Oleh : Aduka Taruna
(1)
Sebelum membaca artikel ini, anda perlu memahami konsep Republik Pekerja Malaysia. Rujuk di sini : http://
Artikel ini menjelaskan konsep dan format. Bagaimanapun, mekanisme terhadap konsep dan format masih belum kemas.
Setiap pengurusan harus berdasarkan ideologi. Apatah lagi pemerintahan. Ideologi memudahkan manusia mengikut landasan yang ditetapkan fahaman yang dipersetujui. Kita stop dulu dan masuk ke dalam otak seorang ulama.
Ideologi adalah ciptaan manusia. Setiap ciptaan manusia adalah sesat. Hanya Islam yang benar kerana wahyu. Ini adalah otak ulama. Mereka dilahirkan bukan sebagai pemikir. Tetapi sebagai penghafal. Memang benar, ideologi adalah ciptaan manusia. Tetapi sebenarnya, Islam lebih tinggi dari ideologi. Islam memberikan kebebasan kepada satu-satu kumpulan manusia, untuk mengikut konsep dan format pengurusan yang bersesuaian dengan sesuatu zaman dan budaya. Asalkan tidak bercanggah dengan Islam itu sendiri.
Sebagai contoh, anda pernah pergi ke jabatan kerajaan atau PBT termasuk Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam itu sendiri? Dalam pengurusan, mereka menggunakan 5S. Berasal dari Jepun bermaksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. Inilah ideologi. Ciptaan manusia IQ pemikir bagi memudahkan manusia IQ biasa mengikut landasan dan falsafah idealogi itu. Tiada masalah pula, kan?
(2)
Dalam konsep Republik Pekerja Malaysia, perkara semulajadi seperti hutan, tanah, hasil bumi, dan seumpamanya adalah hasil tuhan. Bukan hasil pekerja. Bila hasil tuhan adalah hak rakyat. Maka adalah haram diswastakan, diali-babakan, dirunding-teruskan, dikapitaliskan dan seumpamanya. Ianya adalah tanggungjawab kerajaan negeri / negara bagi memastikan hasil tuhan itu adalah hak rakyat melalui kerajaan negeri. Inilah ideologi. Adakah bercanggah dengan Islam? Kenapa ulama boleh mengIslamkan ideologi kapitalis dengan menukar istilah2 Arab sedangkan ideologi lebih adil dianggap kafir? Kita fokuskan dahulu hasil hutan.
Hasil hutan adalah hasil tuhan. Bukan hasil pekerja. Maka hak rakyat. Maka adalah hak kerajaan negeri. Hutan boleh diambil hasilnya melalui 3 perkara :
i. Kekalkan hutan untuk manfaat oksigen, takungan air, riadah, imbangan suhu dan seumpamanya.
ii. Tebang hutan untuk pembangunan. Dan kerana pembangunan, baru diambil hasil balaknya.
iii. Tebang hutan semata-mata kerana balaknya. Tiada perancangan pembangunan di kawasan itu. Kemudian dilakukan tanaman semula pokok balak.
Sebaik sahaja kerajaan negeri memutuskan untuk melakukan perkara (ii) atau (iii), berdasarkan idealogi Republik Pekerja Malaysia, maka, tender dikeluarkan hanya untuk kerja-kerja tebangan, pemotongan dan pengangkutan.
Manakala hasil jualan balak itu adalah hak rakyat. Jualan balak itu harus masuk dalam kantung kerajaan negeri. Jika inilah ideologi sesuatu pemerintahan, tidak berlaku jenayah kopiah putih terhadap hasil tuhan menggunakan Muhammad saw dan Allah sebagai candu perisai mereka. Semoga ulama dibakar Allah dengan kitab-kitab mereka.
(3)
Mari lihat hasil tuhan yang lain. Petroliam. Satu ketika dulu, Menteri Besar dari Parti *ISLAM* SeMalaysia telah tandatangan menyerahkan wilayah laut anak Kelantan kepada syarikat kapitalis-monopoli bernama Petronas. Menteri Besar yang bodoh itu hanya setuju terima 5% royalti.
Jika dia adalah orang yang menggunakan ideologi bagi membantu dirinya membuat keputusan, maka, HARAM ditandatangan menyerahkan wilayah laut anak Kelantan seperti itu. Kerajaan negeri Kelantan WAJIB memiliki hasil tuhan. Petronas / Shell / Exxon Mobil atau sesiapa hanya mendapat tender menggali, mengeluarkan dan mengangkut sahaja sebagai pilihan pertama. Atau diapungkan bidaan jumlah royalti kepada syarikat2. Dalam ideologi ini, adalah haram monopoli.
Malah pada hari ini, oleh kerana syarikat kapitalis-monopoli itu adalah peringkat pusat, maka, untuk menjadikan Petronas mengikut perjanjian bodoh 5% itu memerlukan kehinaan dan kesensaraan anak Kelantan untuk round parlimen seluruh Malaysia. Parlimen seluruh Malaysia perlu memberi simpati kepada anak Kelantan, barulah kerajaan Malaysia ditukarkan. Barulah keputusan Petronas dapat diubah.
Di mana silapnya? Silapnya Parti ISLAM SeMalaysia tidak mempunyai ideologi. Mereka sewenang2nya menganggap Islam adalah begitu dan begini.
(4)
Setiap pemerintahan memerlukan ideologi sebagai panduan. Supaya mereka jelas dan tidak sesat. Supaya tidak mudah mempergunakan nabi dan Allah bagi menghalalkan jenayah kopiah putih mereka. Banyak lagi hasil tuhan yang perlu dipertahankan. Hutan, petroliam, bijih bumi, tanah, air dan sebagainya. Semua ini adalah milik rakyat. Bukan milik sultan atau syaitan. Semoga ulama dibakar Allah dengan kitab-kitab mereka. Telah berlaku banyak kerosakan yang dilakukan mereka.
Amin. Wallahualam.
?
BalasPadam