Masihkah maki hamun terus jadi amalan ceramah?
Dalam PRU 14 yang lalu, penceramah-penceramah, calon-calon, pemimpin dan tukang kempen PAS menggunakan taktik memburukkan lawan. Maki hamun lawan. Tak cukup dengan tenaga yang ada, dipanggil mereka yang murtad Umno untuk berceramah menceritakan keburukan Umno.
Dalam masa yang sama, tukang-tukang kempen ini tidak menceritakan apa sistem alternatif yang hendak dibawa. Dan diakhir ceramah..masing-masing meminta pengundi mengundi depa.
Pengundi bukan bodoh. Hangpa cakap pung-pang...pengundi tahu hangpa cuma nak jadi YB. Diakhirnya...pengundi tak mau undi PAS sebab hangpa cuma tau menceritakan keburukan orang lain. Akhirnya PAS bukan saja kehilangan satu negeri..malah menjadi parti minoriti dalam PR dari jumlah kerusi.
Bukan depa suka sangat kat Umno..tapi pasai depa meluat dengan orang yang hanya tahu tentang keburukan orang lain.
Strategi yang gagal dalam PRU lalu sekarang dibawa dalam Pemilihan AJK PAS pulak.
Belum apa-apa lagi, dah keluar macam-macam cerita buruk. Mat Sabu syiah la. Khalid Samad liberal la. Dr. Zul bawa pluralisma la. Mujahid pun dah nak murtad pasai asyik masuk gereja.
Kesemua nama yang aku sebut diatas dah lama dalam PAS. Pasai apa sekarang baru keluar cerita-cerita buruk ni?
Semua pasal nak jawatan..nak kemewahan...nak kuasa.
Ulama-ulama PAS dok pung-pang sana sini tentang perjuangan islam. Dok sembang pasal akidah. Dok sembang pasal balasan di akhirat.
Tapi bila depa minta supaya semua jawatan utama dalam PAS perlu diberi kepada ulama....bila jawatan dalam kerajan negeri dan GLC pun depa mintak...orang tau yang ulama-ulama ni hanyalah gila kuasa. Dan kerana gila kuasa, depa sanggup memburuk dan memfitnah kawan-kawan depa sendiri.
Diakhir muktamar nanti..kalau ahli PAS memilih mereka yang teraniaya...jangan pula ulama PAS menuduh ahli-ahli mereka tak wala'..sesat..liberal.
Bukan depa suka sangat kat Mat Sabu, Khalid Samad, Mujahid atau Dr. Zul...tapi pasai depa meluat dengan sikap hipokrit ulama yang sanggup "membunuh" kawan kerana kuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha