14 Oktober, 2013

Pergh Zuraida! Macam la wanita PKR bagus sangat!


Sibuk pasal UMNO pasai pa? Wanita PKR tu upgradekan! dah "Nang bu ti nang kui bu ti kui"! (hidup tak serupa hidup mati tak serupa mati)



PKR: Kekalkan Shahrizat bukan keputusan tepatShare on facebook
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin
Zuraida Kamaruddin
SHAH ALAM –  Keputusan memenangkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada pemilihan Ketua Wanita Umno mungkin bukan satu keputusan yang tepat, dakwa PKR.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mendakwa, sekiranya bekas Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga itu dikekalkan dalam pentadbiran parti dan negara, dikhuatiri imej kerajaan akan terjejas kerana Shahrizat pernah dikaitkan dengan isu skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp).

“Agak malang jika wanita Umno masih tidak sedar dengan implikasi dengan mengembalikan semula Shahrizat  sebagai Ketua Wanita Umno.

“Walaupun suami Sharizat telah didakwa dengan dua tuduhan pecah amanah ke atas salah urus dana dalam NFCorp, namun isu kontroversi itu masih berterusan dan masih belum ada kesimpulannya lagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, pada pemilihan ketua sayap Umno, Shahrizat, 60, mendapat menerima 100 undi selepas menewaskan dua pencabarnya, iaitu bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan dan seorang calon 'underdog', Raihan Suleiman Palestin.

Shahrizat turut menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kepong.

Dalam pada itu, Zuraida turut mempersoalkan mesej yang cuba disampaikan Umno kepada rakyat susulan tranformasi yang cuba dilakukan pada pemilihan parti itu semalam gagal mencapai matlamat sebenar dan tidak mendokong semangat demokrasi sebenar.

Zuraida mendakwa lagi, perwakilan sayap parti itu masih mengekalkan calon yang dikaitkan dengan skandal penyelewengan dana awam berjuta ringgit dan masih diberi tempat dalam kerajaan walaupun sekadar bergelar senator.

“Apakah jenis mesej yang Umno hendak beri kepada rakyat bahawa tidak mengapa bagi seseorang yang dikaitkan dengan skandal untuk memegang jawatan dan menjadi pemimpin negara?

“Jika Sharizat tidak terbabit dalam skandal tersebut, beliau patut mendakwa suaminya kerana mencemarkan namanya. Beliau juga patut memohon maaf kepada orang ramai pembabitan keluarganya dalam skandal NFCorp,” tegasnya.

Sumber

1 ulasan:

  1. dah kena dah..perompak memilih ketua penyamun...

    BalasPadam

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha