Sebelum
Kemudian
Kemudian
selanjutnya SINI |
SHAH ALAM - Kritikan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC), Azmin Ali dan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan kenaikan gaji ahli dewan negeri didakwa memperlihatkan kemelut dalaman parti itu.
Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Shamsudin Lias berpendapat, ia bukan masalah gaji tetapi masalah besar dalam pergolakan politik antara Azmin dan Menteri Besar.
"Ia sebenarnya bukan masalah gaji itu sendiri tetapi lebih kepada masalah politik di dalam PKR.
"Saya nampak itu saja... Azmin ini ada masalah besar politik dalaman PKR antara dia dengan MB,” katanya ketika ditemui di lobi Dewan Annex, hari ini.
Beliau juga berpandangan, kenyataan Azmin itu berkemungkinan ada kaitan dengan Anwar melihat keakraban mereka.
“Mereka ini macam ‘adik-abang’ yang rapat dan sangat intim. Mungkin boleh jadi, apa yang disuarakan Azmin itu juga kata-kata Anwar,” dakwanya.
Beliau juga melahirkan rasa hairan, apabila mendapati Azmin tidak mengambil bahagian dalam perbahasan ketika dewan bersidang membincangkan usul kenaikan gaji.
Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan kehadiran Azmin ketika persetujuan mengenai kenaikan gaji diumumkan dan tiada sebarang tentangan disuarakan malah ia dipersetujui keseluruhan ahli dewan.
Mohamad Shamsudin berkata, barisan pembangkang tiada masalah dengan kenaikan gaji Adun yang dirasakan mampu meringankan beban wakil rakyat.
“Kenaikan ini perlu lihat keadaan dan jika kerajaan negeri mampu jadi bolehlah kerana kita tidak mahu ia jadi bebanan besar kepada negeri.
“Untuk kenaikan gaji Adun, ia berpatutan dan tidaklah terlalu tinggi berbanding sektor swasta contohnya seorang pengurus gaji sekitar RM20,000 hingga RM50,000, pengarah eksekutif sekitar RM150,000 ke RM200,000.
"Mereka ini tanggung sebuah organisasi sahaja, kita ini tanggung rakyat,” katanya.
Tambahnya, pihak pembangkang akan terus memantau pencapaian kerajaan negeri dalam memacu peningkatan pendapatan rakyat melalui program yang akan dilaksanakan.
“Kita tidak mahu yang naik gaji barisan pemimpin sahaja tetapi pendapatan rakyat juga perlu ditingkatkan dan kami (BN) akan pastikan ia dilakukan,” katanya

P/S: Best nih! "fix deposit" azmin pemilihan lepas di Sabah dah terlungkup! Jeng Jeng Jeng!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha