31 Disember, 2013

Menegakkan undang2 atau meruntuhkan perlembagaan?


Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—
(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—
(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan;
(b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;
(c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.
(3) Sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau pendidikan.
(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181 melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu

P/S: Polis under KDN. Menteri KDN Zahid Hamidi.

Khas untuk Ustaz2. Sebab musabab Islam tidak berkembang.

Lesen besar dari TGNA. kehkehkeh!


Mengapakah di Msia agama Kristian berkembang dan agama Islam tidak ? 

1)Orang Islam menjual / memperdagangkan agamanya. Air jampi di jual, Jus Tok Guru kononnya telah di jampi, Minyak ubat urut Anugerah kononnya di bacakan ayat suci 30 juzuk di jual dgn harga mahal. Agama Kristian tak jual malahan produknya di beri PERCUMA

2) Ustaz ustaz mengajar agama demand / meminta bayaran tinggi. Mubaligh Kristian berdakwah secara percuma. Sehingga jauh ke pendalaman. Malahan menanggung sendiri makan minum dan tempat tinggalnya.

3) Jabatan Agama Islam sibuk nak tangkap khalwat , orang pergi karaoke dan bernikah di Siam. Agama Kristian sibuk membantu org dalam kesusahan (janda miskin, mangsa tanah runtuh)

4)Gereja boleh dimasuki pada bila bila masa. Tetapi masjid di kunci. (Tak bagi org masuk tidur kononnya)

5)Imam solat kerana waktu kerjanya (di bayar gaji). Paderi sukarela

6)Air zam zam di jual mahal. Tapi Kristian memberi Holly Water secara percuma

7)Jabatan Agama Islam sibuk menghukum dan menakutkan orang. Tapi Kristian sibuk berdakwah

8)Ustaz ustaz sibuk menjual tanah suci. Membawa org ke Mekah. Umrah. Harganya mahal. Bermotifkan keuntungan melampau. Paderi sibuk menaja org org susah membaiki rumah dan barang dapur.

9)Pegawai pegawai jabatan agama Islam , jabatan zakat sibuk promosi nak naik gred bergaji besar. Bajet "pengurusan" lebih besar di bandingkan kpd golongan asnaf.Paderi sibuk membuat kebajikan

10) Ustaz ustaz sibuk menjadi Tok Bomoh boleh mengubati seribu macam penyakit. Paderi sibuk membina hospital


sumber





PANDUAN PESERTA PERHIMPUNAN TURUN 31.12.2013



1. Apa yang perlu anda buat apabila DIBERHENTIKAN polis?

o Minta beliau tunjukkan Kad Kuasa Polis

o Catit nama dan nombor anggota yang tercatat dalam Kad Kuasa Polis

o Jika beliau berpakaian seragam, catit nombor anggota pada pakaian seragam

o Jika beliau berkenderaan, catit nombor pendaftaran kenderaan

2. Apa perlu anda buat jika diminta pengenalan diri?

o Berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat sahaja

o Jangan sekali-kali menyerahkan kad pengenalan anda kepada polis; hanya tunjuk sahaja

o Jika polis paksa anda serahkan kad pengenalan, minta dikeluarkan Borang Pemeriksaan sebagai bukti kad pengenalan dirampas

3. Bilakah anda ditahan?

o Apabila anda dihalang beredar dari tempat tersebut

o Apabila anda digari

4. Apa harus anda buat 
apabila ditahan?

o Jangan melawan dan jangan beri alasan kepada polis untuk gunakan kekerasan

o Tanya apakah alasan anda ditahan

o Tanya ke balai mana anda akan dibawa

5. Apakah hak anda setelah ditahan?

o Anda berhak membuat panggilan telefon kepada keluarga dan/atau peguam dan maklumkan balai tempat anda dibawa, sebab tangkapan dan nama polis yang membuat tangkapan

6. Berapa lama polis boleh menahan anda?

o Polis boleh menahan anda tidak melebihi 24 jam di balai atau lokap polis

o Anda boleh ditahan melebihi 24 jam jika anda diberikan
Perintah Reman oleh Mahkamah Majistret tertakluk kepada tempoh maksimum 7 (4+3) hari

7. Apakah yang perlu dibuat apabila anda dibawa ke hadapan Majistret untuk mendapatkan Perintah Reman?

o Beritahu polis/Majistret bahawa anda ingin diwakili peguam

o Jika anda diwakili peguam, anda tidak perlu bercakap kerana peguam yang akan bercakap bagi pihak anda di hadapan Majistret

o Anda hanya perlu beritahu peguam yang mewakili anda sekiranya anda sakit, didera, diugut atau tidak diberikan makanan/air/pakaian secukupnya semasa dalam tahanan. Buat laporan polis dengan segera jika berlaku keadaan sedemikian

o Beritahu juga kepada peguam sama ada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda dalam tahanan

8. Apakah yang perlu dibuat apabila polis ingin merakam Kenyataan Bertulis semasa dalam tahanan?

o Kenalpasti nama dan pangkat pegawai yang menyoal siasat anda

o Berikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (butir-butir peribadi) jika diminta

o Selain memberikan butir-butir peribadi, anda dinasihatkan untuk berdiam diri dari menjawab soalan dari pegawai polis

o Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan “saya akan jawab di mahkamah” terhadap sebarang soalan yang dikemukakan kepada anda dan polis tidak boleh memaksa, mengugut atau memukul anda jika anda enggan menjawab soalan 

9. Bilakah anda didakwa di mahkamah?

o Anda boleh didakwa di mahkamah pada atau sebelum tempoh reman yang diberikan terhadap anda tamat

o Anda didakwa jika pertuduhan dibacakan terhadap anda di hadapan seorang Majistret/Hakim dan anda ditanya sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan

o Pastikan anda MENGAKU TIDAK PBERSALAH dan peguam 'TURUN' akan mewakili anda sehingga perbicaraan selesai. 

29 Disember, 2013

PRU14 Kelantan akan jatuh! (Data disertakan)


Perhatikan data di bawah. DUN yang dimenang PAS dengan majoriti bawah 10%


Bandingkan dengan DUN yang dimenangi PAS Kedah bawah dengan majoriti bawah 10% dalam PRU12. PRU13 semua tertonggeng!


Jika PAS Kelantan meneruskan legacy Allahyarham Ustaz Azizan + mertua dan menantu buat hal, PRU14 sebanyak 13 DUN akan jatuh ke tangan UMNO! UMNO menang 26 DUN! TGNA dah takde. Bandingkan dengan beliau, Ahmad Yaakob dan Nik Amar 10 tiang belakang! Bantuan Najib sebanyak 2 Billion kepada Kelantan bukan saja-saja!

28 Disember, 2013

Selangor, Penang, Kelantan harus keluar dari Malaysia?


Kalau berpandukan kata2 ketua wanita UMNO kat bawah ni macam tu la lebih kurang.



Wanita Umno Bahagian Kuantan meminta pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) meninggalkan negara ini dan tinggal di negara yang disukainya.


Ketuanya Datuk Zaiton Mat (gambar) berkata, adalah mudah untuk mempertikaikan kelemahan kerajaan tetapi dalam masa yang sama menafikan usaha kuat yang dibuat kerajaan untuk melahirkan suasana yang bebas dan harmoni di negara ini.
Zaiton berkata demikian selepas mengetuai 50 anggota Umno Kuantan dan Paya Besar yang membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan semalam, lapor The Star.
Laporan polis itu dibuat berikutan cadangan “Himpunan Guling Kerajaan” menjelang sambutan tahun baru di Kuala Lumpur.
Masyarakat Kuantan dan Paya Besar antara pihak yang paling marah dengan kerajaan ekoran kegagalan jentera kerajaan membantu mereka ketika banjir besar melanda Kuantan baru-baru ini.
Ekoran itu, pelbagai kata nista ditujukan kepada kerajaan khasnya Umno ekoran kegagalan pemimpinnya turun membantu mangsa banjir.
Usaha anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh untuk mendapatkan bantuan melalui usul agar diumumkan darurat di Kuantan pula dicerca oleh ahli Parlimen daripada BN termasuk meminta beliau pulang sahaja ke kawasannya yang sedang banjir itu.
Kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil yang menggunakan perkataan “bangsat” terhadap beliau semakin memarahkan penduduk Kuantan kepada kerajaan BN. – 28 Disember, 2013. MI

27 Disember, 2013

Fuiyo! kayanya anak Rosmah bapak lain nih!


Ni Kisah anak rosmah bapak lain!

Sampai kini rakyat Malaysia masih tak mengenali suami pertama Rosmah. Pelikkan?


Ni anak Najib mak lain!

Ni maknya.



Sudikah Khalid dan Guan Eng dengar idea aku?


Selangor dan Penang banyak duit. Alangkah indahnya jika Selangor dan Penang mewujudkan biasiswa pengajian tinggi untuk melawan PTPTN. Untuk pelajar yang tercicir, wujudkan pusat latihan vokasional percuma. Jika menjadi realiti, aku yakin PRU14 90% pengundi baru akan mengundi Pakatan Rakyat.

Kiraan mudahnya begini, kebanyakan DUN, PR kalah antara 4 hingga 10%. Pengundi baru average bertambah 30%. Jika 90% pengundi baru mengundi PR, PR akan mendapat penambahan sebanyak 15 hingga 20% undi. Tak gitu?

Macam biasa politician takkan dengar pendapat aku ni untuk mengelak dikatakan bangang. Tetapi diam2 akan ikut. Tak kisah la. Keh keh keh!


Kepada yang tak berapa nak percaya cakap aku (maklum ler aku takde degree), di bawah (kaler kuning) terdapat 15 DUN yang mampu dimenangi jika PR mampu memperoleh tambahan 15% undi. 28 + 15 = 43. Ok la tu!



P/S: Sama2lah kita tunggu.

26 Disember, 2013

Panas! Staff Kerajaan berhutang perumahan dengan pelabur asing!


Rafizi Ramli, Pengarah Strategi
Penjualan Aset Negara: Kerajaan Tidak Menafikan Malah Cuba Memberi Alasan

Kenyataan rasmi Kementerian Kewangan mengenai kontroversi penjualan dan penggadaian aset negara untuk mencapai sasaran defisit tidak sedikit pun menafikan laporan Bank Dunia bahawa perkara-perkara berikut telah berlaku:

1. Kerajaan tidak akan mencapai sasaran defisit yang diumumkan jika pendapatan tambahan yang tidak dirancang di dalam Belanjawan 2013 sebanyak RM11.8 bilion diperolehi;

2. Kerajaan terpaksa menjual aset negara sebanyak RM1.4 bilion untuk mendapatkan pendapatan tambahan itu;

3. Kerajaan terpaksa menggadaikan portfolio pinjaman perumahan kakitangan kerajaan sebanyak RM4.2 bilion melalui pensekuritian pinjaman perumahan (securitization of mortgages) untuk mendapatkan pendapatan tambahan itu;

Sebaliknya, Kementerian Kewangan hanya memberikan alasan bahawa penjualan aset dan pensekuritian pinjaman perumahan kakitangan kerajaan adalah satu perkara biasa dan telah pun berlaku sebelum ini.

 
Kementerian Kewangan tidak boleh menafikan fakta-fakta yang dibentangkan Bank Dunia mengenai terdesaknya pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam mencapai sasaran defisit, terutamanya perkara-perkara berikut:


1. Setakat laporan Bank Dunia bertarikh Disember 2013, belanja mengurus Kerajaan Persekutuan telah melebihi belanjawan yang diluluskan sebanyak RM14.3 bilion atau 7.1%;

2. Pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2013 lebih teruk dari dijangkakan semasa unjurun Belanjawan 2013 dibuat;

3. Kedua-dua keadaan ini menyebabkan pendapatan berkurang dan defisit semakin teruk;

4. Maka, satu-satunya cara untuk mencapai sasaran defisit 4% yang telah diumumkan Dato’ Seri Najib Tun Razak bagi tahun 2013 ialah dengan menjual dan menggadai lebih banyak aset kerajaan (yang tidak dirancang dan diunjurkan semasa Belanjawan 2013 dibentangkan.

Oleh itu, jelas bahawa Kerajaan Persekutuan telah pun mengakui bahawa laporan Bank Dunia itu benar dan aset-aset negara telah dijual dan digadai untuk mendapat pendapatan tidak dirancang bagi mencapai sasaran defisit negara.



Saya juga khuatir jika kaedah pensekuritian pinjaman perumahan kakitangan kerajaan terus digunakan sebagai jalan mudah untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Pensekuritian pinjaman perumahan kakitangan kerajaan bermula dalam tahun 2004 dan dikendalikan oleh Cagamas iaitu syarikat pinjaman perumahan negara.

Pensekuritian melibatkan kerajaan menjual portfolio pinjaman perumahan kakitangan kerajaan kepada pelabur melalui penerbitan bon. Ini bermakna bahawa kakitangan kerajaan secara tidak langsung berhutang dengan pelabur-pelabur yang membeli bon yang diterbitkan melalui kaedah pensekuritian ini. Walaupun ia amalan yang telah dimulakan sejak tahun 2004, pensekuritian pinjaman perumahan menjadi salah satu punca krisis kewangan subprima yang melanda Amerika Syarikat dalam tahun 2007 dan 2008. Ia mempunyai risiko tersendiri kerana rumah-rumah yang dibeli peminjam digadaikan pula kepada pelabur yang mereka tidak ketahui.

Oleh itu, hakikat bahawa Kerajaan Persekutuan menjual aset negara dan menggadaikan pinjaman perumahan kakitangan kerajaan melalui pensekuritian membuktikan terdesaknya pengurusan kewangan negara di bawah Dato’ Seri Najib Tun Razak.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

Jawapan kepada fenomena turunnya salji di Mesir.



PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH. Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari !! 

Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut.

Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian. 

Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013. Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!! 

Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah. Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam. 

Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir. Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. 

Malaysia? 

Dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku. 

BERUBAH : Khatulistiwa berada di Antartika Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan " flip" di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan. Semasa pergerakan " flip" peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis. 

Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat. Bandar-bandar ditepi laut akan ditenggelami air Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan tenggelam terus. Begitu juga Australia barat. 

Apabila berlaku "flip" pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api dimatahari, angin solar, ribut surya dan "sun spot". 

Manakala "flip" juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi,letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu. 

Pergerakan kutub memang sedang berlaku. makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku. 

Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku? Mengikut anggaran saintis ianya akan berlaku pada 2015. 

Hanya Allah yang Maha Mengetahui kerana semuanya adalah perencanan ilahi. Samada merujuk kepada Komet ISON atau kejadian langit yang lain yang belum muncul, berikut adalah sabdaan Rasulullah SAW dan kata-kata sahabat tentang fenomena bintang berekor yang bakal disaksikan di akhir zaman. 

Terdapat sabdaan Rasulullah saw dan Saidina Ali tentang sejenis komet yang memberi indikasi sejarah. Samada hadis dan sabdaan tersebut merujuk kepada kehadiran Komet ISON, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui. 

Sabda Rasulullah SAW " antara tanda muncul Imam Mahadi ialah munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya menerangi langit dan menyebabkan tenggelamnya kawasan pantai” 

Kata Saidina Ali RA Saidina Ali k.a.w mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), 

"Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) 
dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. 
Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. 
Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. 
Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. 
Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang- orang yang baik, 
dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat". 

Antara fakta Komet ISON ialah: 

1. ISON digelar “ Komet abad ini” 
2. ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013. 
3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013 
4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari. 
5. ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam. 
6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km. 
7. ISON adalah komet yang paling dilihat oleh ramai orang. 
8. ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan. 
9. ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm. 
10. Bumi akan merempuh debu2 komet ISON pada 14 Januari 2014. 

Artikel ini ditulis bukan untuk menggempar dan menakutkan. Apa yang bakal terjadi akan tetap terjadi. Semoga setelah membaca artikel ini, saudara- saudari serta sahabat sahabatku bertambah kesedaran dan keinsafan. Bertambah taat pada Allah. Bertambah akan amalan agama. Di waktu yang sama terus peka dengan perubahan-perubahan serta lebih rajin membaca dan mengkaji fenomena perubahan kutub ini.




25 Disember, 2013

Koleksi gambar dan video ikan bunuh diri di Tambisan Sabah - tanda tsunami??




Kehadiran beribu-ribu ikan dipermukaan air laut di Tambisan, Lahad Datu, Sabah sangat menakjubkan. Peritiwa ini mengingatkan kita kepada peristiwa tsunami yang pertama dahulu.

Sebelum tsunami berlaku para penduduk di beberapa kawasan muara sungai yang bertemu dengan laut tidak menyangka apa-apa apabila mereka mendapati ikan seperti siakap dan jenahak dilihat dan dapat ditangkap dengan jala.

Kehadiran ikan jenahak yang merupakan ikan laut dalam sebenarnya sesuatu yang pelik. Tannjung Sedili, Kuala Kurau, dan Sungai Remis di Perak mengalami kehdiran ikan dalam kuantiti banyak yang sangat pelik sebelum tsunami 2004.

Kini ikan muncul lagi dalam kuantiti banyak dan menunjukkan diri di permukaan air. Adakah ini rezeki atau petanda bencana besar. Sabah pernah mengalami bencana kemusnahan besar akibat taufan.

Tentu kita masih ingat kejadian dahsyat Gempa Bumi dan 'Tsunami' yang melanda Acheh, Indonesia pada 26 Dicember 2004..Peristiwa hitam yang mengorbankan ratusan ribu orang








Sebab utama nak ber "UG" ditemui!




Seorang anak kepada ahli politik Umno , yang juga seorang pengurus jualan anak syarikat Telekom Malaysia (TM) Berhad didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan memalsukan dokumen untuk menipu seorang pembekal dengan jumlah RM228,700.

Hamdy Mohd Nakhaie, 34, melalui syarikatnya Government Integrated Telecommunications Network (GITN) Sdn Bhd, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan memalsukan lapan invois menggunakan satu lagi nama syarikat untuk menipu seorang pengarah syarikat peralatan rangkaian, Abdul Razak Mohd Noor.

Hamdy adalah anak kepada Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, yang pernah menjadi Naib Presiden PAS sebelum menyertai Umno pada tahun 1989.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dengan menyalahgunakan nama syarikat daripada HMN Global Enterprise dalam invois bertarikh antara Disember 2010 dan Februari 2012.

Kesalahan bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika disabit kesalahan.

Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Zamzani Mohd Zain membenarkan diikat jamin dengan jumlah RM25,000 dengan seorang penjamin.

Kes tertuduh akan disebut semula pada 27 Januari tahun depan. 

Dalam satu lagi kes, seorang lagi pengurus GITN dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam petang ini atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM260,000.

Difahamkan bahawa dalam kes tersebut, tertuduh didakwa membantu syarikat Numix untuk mendapatkan kontrak pemasangan kemudahan rangkaian dari TM.

Mohd Nakhaie yang turut hadir di mahkamah bagi menyediakan penjamin bagi Hamdy.

Sebelum itu, Hamdy melalui peguamnya Shamsul Sulaiman memberitahu mahkamah bahawa beliau enggan merekodkan pengakuan selepas mendengar pertuduhan dibacakan kerana ingin melihat salinan invois dari pihak pendakwaan.

Shamsul mendakwa tuduhan tersebut tidak adil kepada anak guamnya kerana daripada invois dan tarikh kesalahan tersebut tidak mengandungi sebarang maklumat palsu sebagaimana yang didakwa. 

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Firdaus Abu Hanipah pula menjelaskan bahawa Seksyen 152 Kanun Prosedur Jenayah menetapkan bahawa sebarang bukti pemalsuan hanya akan dibuktikan semasa perbicaraan bukan di peringkat pertuduhan pertama. 

Mohd Firdaus berdasarkan fakta berkata semua maklumat invois adalah palsu. 

Maka dengan itu, Hamdy akan dijelaskan ketika perbicaraan nanti. sumber



Errr... patutnya ditulis begini: Seorang anak kepada ahli politik Umno (Bekas pimpinan PAS). kehkehkeh!
Nakhaei tu Nakhaei yang ni ke?

P/S: Boleh buat duit wooo! hahaha

PERKASA. Isa Samad pecah lobang! kehkehkeh!


Umno selama ini membela Perkasa, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Isa Samad. Gambar fail.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Isa Samad hari ini membidas amaran pertubuhan pendesak Melayu, Perkasa yang mahu mengambil alih tugas Umno sekiranya parti Melayu terbesar itu gagal mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.
Beliau berkata, Perkasa tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian memandangkan nasib pertubuhan itu selama ini juga dibela oleh Umno.
Malah, katanya, amaran yang diucapkan itu adalah berbaur emosi dan tidak rasional.
"Nasib dia (Perkasa) pun kita bela, bagaimana mereka hendak menggantikan Umno, ini satu kenyataan yang berbaur emosi," katanya pada sidang media selepas menyampaikan sijil Majlis Graduasi, di Menara Felda Kuala Lumpur, hari ini.
Pengerusi Felda Holding itu berkata, tidak kira Perkasa atau mana-mana pihak sekali pun harus memahami situasi dan kesukaran yang dihadapi oleh kerajaan sebelum menilai atau menjatuhkan hukuman.
Semalam, dalam Persidangan Agung Perkasa ke-4, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, berkata Perkasa memberi amaran bakal menggantikan parti Melayu terbesar Umno jika mereka gagal mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera di negara ini.
Ibrahim berkata, Umno menunjukkan bahawa mereka lemah dan “tidak bertaring” dalam mempertahankan hak Melayu.
Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, jika Umno gagal dengan Agenda Pemerkasaan Bumiputera, Perkasa tidak teragak-agak untuk mengambil alih peranan parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu.
Selain itu, beliau menyelar kenyataan Ibrahim yang ingin melaksanakan Indeks Penanda Aras Prestasi (KPI) untuk mengukur prestasi perdana menteri dan jemaah menteri dalam mentadbir negara dan membela kepentingan melayu.
Isa berkata, KPI Perkasa turut boleh dipersoalkan sebelum mereka mahu mempersoalkan KPI Umno.
"Apa KPI Perkasa sebelum mereka hendak tentukan KPI Umno, menteri kita mahu tahu apa KPI Perkasa," katanya.
Katanya, bukan salah Umno atau kerajaan sekiranya ekonomi Melayu Bumiputera masih gagal mencapai apa yang disasarkan.
Ini kerana, katanya, kerajaan sentiasa berusaha memperjuangkan nasib Melayu tetapi keadaan menjadi sukar apabila terpaksa berdepan dengan kegawatan ekonomi.
"Program untuk membantu ekonomi Melayu dan Bumiputera dilakukan secara berterusan,” katanya.
Semalam Ibrahim berkata, indeks (KPI) yang ingin ditetapkan kepada pemimpin Umno akan memberi petunjuk kepada masyarakat sekiranya tindakan pemimpin merugikan orang Melayu.
"Saya nak tanya siapa hendak menentukan KPI perdana menteri dan timbalan perdana menteri dan menteri-menteri Kabinet?
"Saya hendak akhbar laporkan, KPI PM, TPM dan menteri-menteri Kabinet akan ditentukan Perkasa," katanya.
Sementara itu,  Isa turut menafikan sokongan kaum Melayu terhadap Umno tergugat gara-gara tindakan kerajaan yang ingin melaksanakan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan pada tahun depan.
"Barang naik buat apa marah pada Umno, marah pun boleh buat apa, bukannya boleh turun harga kerana kenaikan kos sara hidup memang kita tidak boleh elak.
"Seperti yang selalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak katakan ia demi kepentingan ekonomi negara dan rakyat kena daham punca kos naik dan pengurangan subsidi ," katanya.

23 Disember, 2013

Petisyen. 3 Parlimen 1 DUN lulus untuk dibicarakan.


Parlimen yang terlibat:

1.  Bagan Datoh - Perak
2.  Tapah - Perak
3. Ketereh - Kelantan

DUN

1. Lubok Merbau - Perak

Sekian dimaklumkan

21 Disember, 2013

Najib dah biol?




Kata Najib!

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang susulan kenaikan harga barang yang akan dilaksanakan tahun hadapan.

Menurut Najib, kenaikan harga barangan serta penstrukturan semula subsidi adalah langkah terbaik bagi memastikan rakyat mendapat manfaat yang sepatutnya.

"Mereka ini pembangkang akan mula bising bila kita naikkan harga barang tetapi mereka naikkan gaji Speaker mereka dan Adun mereka sampai 200-300 peratus, cuba lihat siapa yang naikkan gaji mereka hingga terlalu tinggi?
 
"Gaji Speaker lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri, logikkah?," katanya pada Perhimpunan Agung MCA kali ke-60 yang diadakan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, dalam isu menaikkan kadar tol misalnya, kerajaan belum pun sempat membuat keputusan rasmi untuk menaikkan harga ke atas konsesi tol, namun pembangkang dilihat lebih dulu menaikkan cukai perniagaan sehingga 400 peratus seperti yang berlaku di Selangor.
 
"Itu pun belum muktamad lagi, belum proses lagi, kita otkk dulu...kita otkk dulu (dalam erti kata lain kita tunggu dulu).
 
"Tapi mereka lebih dulu, Selangor umumkan kenaikan cukai perniagaan sehingga 400 peratus, lagi dahsyat," katanya.

Kerajaan negeri Selangor baru-baru ini didesak untuk mengkaji semula kenaikan lesen perniagaan dan cukai pintu di beberapa daerah di negeri itu yang naik secara mendadak oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Difahamkan kenaikan membabit antara lain Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Subang Jaya, dibuat menerusi undang-undang kecil di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

ULASAN

NAJIB mendapat nasihat yg salah atau sememangnya SATURATION POINT daya fikirnya telah sampai,bertanyakan soalan macam budak PERMATA yg Rosmah naungi?

Minyak naik setelah gaji ADUN Selangor atau naik atau sebelum?

Naiklah berapa juta pun gaji asalkan ada kemampuan membayar dan tiada RASUAH DAN KETIRISAN serta rakyat Marhain tidak terbeban!

Najib,gaji kamukah yg kamu persoalkan? Kalaupun seringgit gaji kamu...semua telah percuma......malah ramai lagi yg berhajat membiayai kamu jika kamu tidak BERGAJI SEKALIPUN! Jaga bini,jaga akhlak!

Jika Najib jujur...RAKYAT mungkin boleh mengajikan KAMU dgn jumlah gaji yg tertinggi dimalaysia berpadanan dgn taraf kamu tetapi dgn beberapa syarat.....

1. Kamu dan keluarga kamu tidak boleh menjalankan SEBARANG PERNIAGAAN YG BERKAITAN DGN KERAJAAN dan memegang mana2 jawatan didalam GLC.....AHLI KABINET PUN SAMA!

2.SEMUA kos yg ditanggung rakyat hanyalah KOS yg melibatkan urusan KAMU selaku PM tidak sebagai Presiden Parti!

3.Sebaik sahaja Parlimen dibubarkan, sebagai Ketua kepada care taker goverment, Kamu tidak berhak untuk membelanjakan wang rakyat kecuali hanya untuk keperluan negara yg disahkan oleh 3 orang wakil pembangkang.

4. Tiada arahan yg terpakai oleh kamu melainkan melibatkan keputusan JIKA negara berada diambang peperangan. Sebarang penggunaan harta kerajaan diwaktu Parlimen telah dibubarkan,hendaklah diluluskan oleh jawatankuasa yg sekurang-kurangnya seorang wakil pembangkang dilantik didalam jawatankuasa itu....setuju?

5.Kamu layak menerima tetamu dari luar dan memberikan penghormatan dan keperluan sewajarnya tetapi tidak berhak berada dimana-mana negeri atas kapasiti PM untuk mengumumkan sebarang perbelanjaan untuk Rakyat sejajar dgn kedudukan kamu didalam care taker! KAMU berhak belanjakan Harta Parti Kamu!

6.SPR DAN POLIS DIBERI KEBEBASAN MENGENDALIKAN PILIHANRAYA TANPA TERTAKLUK KEPADA SEBARANG TEKANAN MEMENANGKAN PARTI KAMU!

SEKARANG JIKA SEMUA SYARAT ITU BOLEH DIPERSETUJUI, BERAPA GAJI YG KAMU MAHU?

Mungkinkah itu yg kita semua akan OFFER pada Najib dan juak seangkatannya?
 


sumber

Bawah ni alasan paling pundek!