25 Disember, 2013

PERKASA. Isa Samad pecah lobang! kehkehkeh!


Umno selama ini membela Perkasa, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Isa Samad. Gambar fail.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Isa Samad hari ini membidas amaran pertubuhan pendesak Melayu, Perkasa yang mahu mengambil alih tugas Umno sekiranya parti Melayu terbesar itu gagal mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.
Beliau berkata, Perkasa tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian memandangkan nasib pertubuhan itu selama ini juga dibela oleh Umno.
Malah, katanya, amaran yang diucapkan itu adalah berbaur emosi dan tidak rasional.
"Nasib dia (Perkasa) pun kita bela, bagaimana mereka hendak menggantikan Umno, ini satu kenyataan yang berbaur emosi," katanya pada sidang media selepas menyampaikan sijil Majlis Graduasi, di Menara Felda Kuala Lumpur, hari ini.
Pengerusi Felda Holding itu berkata, tidak kira Perkasa atau mana-mana pihak sekali pun harus memahami situasi dan kesukaran yang dihadapi oleh kerajaan sebelum menilai atau menjatuhkan hukuman.
Semalam, dalam Persidangan Agung Perkasa ke-4, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, berkata Perkasa memberi amaran bakal menggantikan parti Melayu terbesar Umno jika mereka gagal mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera di negara ini.
Ibrahim berkata, Umno menunjukkan bahawa mereka lemah dan “tidak bertaring” dalam mempertahankan hak Melayu.
Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, jika Umno gagal dengan Agenda Pemerkasaan Bumiputera, Perkasa tidak teragak-agak untuk mengambil alih peranan parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu.
Selain itu, beliau menyelar kenyataan Ibrahim yang ingin melaksanakan Indeks Penanda Aras Prestasi (KPI) untuk mengukur prestasi perdana menteri dan jemaah menteri dalam mentadbir negara dan membela kepentingan melayu.
Isa berkata, KPI Perkasa turut boleh dipersoalkan sebelum mereka mahu mempersoalkan KPI Umno.
"Apa KPI Perkasa sebelum mereka hendak tentukan KPI Umno, menteri kita mahu tahu apa KPI Perkasa," katanya.
Katanya, bukan salah Umno atau kerajaan sekiranya ekonomi Melayu Bumiputera masih gagal mencapai apa yang disasarkan.
Ini kerana, katanya, kerajaan sentiasa berusaha memperjuangkan nasib Melayu tetapi keadaan menjadi sukar apabila terpaksa berdepan dengan kegawatan ekonomi.
"Program untuk membantu ekonomi Melayu dan Bumiputera dilakukan secara berterusan,” katanya.
Semalam Ibrahim berkata, indeks (KPI) yang ingin ditetapkan kepada pemimpin Umno akan memberi petunjuk kepada masyarakat sekiranya tindakan pemimpin merugikan orang Melayu.
"Saya nak tanya siapa hendak menentukan KPI perdana menteri dan timbalan perdana menteri dan menteri-menteri Kabinet?
"Saya hendak akhbar laporkan, KPI PM, TPM dan menteri-menteri Kabinet akan ditentukan Perkasa," katanya.
Sementara itu,  Isa turut menafikan sokongan kaum Melayu terhadap Umno tergugat gara-gara tindakan kerajaan yang ingin melaksanakan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan pada tahun depan.
"Barang naik buat apa marah pada Umno, marah pun boleh buat apa, bukannya boleh turun harga kerana kenaikan kos sara hidup memang kita tidak boleh elak.
"Seperti yang selalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak katakan ia demi kepentingan ekonomi negara dan rakyat kena daham punca kos naik dan pengurangan subsidi ," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha