31 Januari, 2014

Ahmad Yaakub tak pernah ronda negeri semenjak jadi MB?

Oleh: MSO

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakub atau timbalanya Mohd Amar Nik Abdullah diminta memberi penjelasan berhubung satu pekeliling dikatakan dikeluarkan oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang melarang kira-kira 30 individu daripada memasuki Kota Darul Darul Naim iaini pusat pentadbiran kerajaan Kelantan.

Ahmad diminta penjelasan.
Pekeliling berkenaan katanya dihantar ke semua pejabat-pejabat kerajaan Kelantan termasuk pejabat Tanah dan Jajahan, majlis daerah dan juga pejabat Kadi. Larangan ke atas sekumpulan individu itu juga meliputi semua pejabat kerajaan negeri di 14 Jajahan di seluruh Kelantan.

Arahan atau larangan menerusi pekeliling berkenaan dilihat sebagai satu tindakan anih yang belum pernah dilakukan oleh kerajaan negeri yang memakai cogankata, Membangun Bersama Islamitu.

Sepanjang pentadbiran Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan tidak ada larangan sebegitu dan menyekat mana-mana individu dari memasuki pusat pentadbiran Kerajaan Kelantan. Bahkan Nik Aziz mengamalkan pintu terbuka membenarkan sesiapa saja untuk memasuki ke pusat pentadbiran negeri itu.


Pekeliling berkenaan juga tidak wajar kerana ia dikatakan sebagai menyekat kebebasan bergerak seseorang yang dijamin oleh perlembagaan. Menurut pengamatan seorang peguam kanan, arahan seperti itu tidak sah kerana ia bertentangan dengan perlembagaan.

Orang ramai yang tahu mengenai arahan berkenaan, merasa bingung dengan pekeliling itu dan apakah ia  dasar baru kerajaan Kelantan. "Untuk apakah kerajaan pimpinan Ahmad Yaakub mengambil tindakan tidak popular begitu?" soal seorang pelanggan Kota Darulnaim ketika menghubungi saya.

Manakala seorang pegawai kanan kerajaan Kelantan yang mengetahui hal itu pula apabila diminta mengulas mengenai perkara itu, enggan bercakap lebih hanya berkata; "entahlah boh (bos) banyak perkara berlaku dan pelik-pelik di Kelantan selepas Nik Aziz berhenti jadi MB.

"Ahmad Yaakub jauh berbeza dengan Nik Aziz, bukan saja dia kelihatan sejuk, tetapi untuk melawat ke Jajahan juga belum dibuat lagi walaupun sudah hampir setahun jadi MB." katanya. Beliau melahirkan rasa anih dengan sikap MB itu kerana untuk melawat Jajahan berat tetapi belum sampai tiga bulan selepas jadi MB sudah terbang ke Eropah.

Adalah wajar Ahmad Yaakub dan timbalannya Mohd Amar Nik Abdullah memberi penjelasan terhadap arahan dan pekeliling itu apakah ianya merupakan dasar baru kerajaan Kelantan itu. Sekiranya pekeliling itu melanggar perlembagaan ia juga perlu dimansuhkan. Ahmad tidak boleh bersikap membisu terhadap pekeliling itu kerana ia adalah tanggungjawab beliau selaku ketua kerajaan sejak lapan bulan lebih lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha