09 Januari, 2014

Isu Allah. Jom baca fatwa dari abang tokeh kilang arak!


  • Datuk Mukhriz Tun MahathirDatuk Mukhriz Tun Mahathir
 1 / 1 
ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah hari ini mengulangi  pendiriannya bahawa penggunaan kalimah 'ALLAH' adalah khusus untuk orang Islam sahaja.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pendirian itu selaras  dengan fatwa Kebangsaan dan keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober lepas yang memutuskan kalimah 'ALLAH' adalah eksklusif untuk umat Islam.

"Kerajaan negeri menganggap penting untuk menyatakan pendirian ini secara  jelas bagi menghindari daripada sebarang perkara tidak diingini walau sekecil mana pun.

"Hubungan harmonis antara agama di Kedah sejak sekian lama meyakinkan kita bahawa pendirian ini langsung tidak akan menimbulkan masalah kepada mana-mana pihak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Setakat ini, katanya kes berkaitan penggunaan kalimah 'ALLAH' oleh penganut agama lain agak terpencil, namun ketetapan perlu dibuat sebelum ia menjadi serius.

"Saya sudah berbincang dengan rakan-rakan lain bahawa kita perlu buat  kenyataan jelas (berhubung perkara ini)," kata Mukhriz.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat  Kerajaan Negeri bersetuju menubuhkan sebuah jabatan tadbir urus dan integriti bagi memantapkan lagi pentadbiran negeri ini.

"Kedah juga ingin mencontohi tadbir urus dan integriti  tinggi yang ditunjukkan oleh kerajaan Persekutan dan untuk itu, kita rasa sangat sesuai sebuah jabatan baru ditubuhkan," katanya.

Beliau berkata jabatan baru itu akan diketuai oleh seorang pegawai tinggi bertaraf N54 atau JUSA manakala timbalannya pula akan dicadangkan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Langkah itu juga menujukkan kesungguhan kerajaan negeri dalam soal tadbir urus dan integriti selain berharap ia dapat mendedahkan punca kegiatan tidak sihat seperti penyalahgunaan kuasa, katanya. - Bernama


KUALA LUMPUR, Sept 10 — Mirzan Mahathir, the eldest son of Tun Dr Mahathir Mohamad was recently appointed to the board of San Miguel Corp, the biggest food and beverage conglomerate in the Philippines and the owner of San Miguel Brewery Inc.
San Miguel Corp told the Philippines stock exchange last week about Mirzan’s appointment which is to represent the interests of Q-Tech Alliance Holdings Inc on the board.

P/S: kih kih kih! Ahlul Sunah Wal Jamaah ala malaysia!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha