Baca:
Isu Azmin: MPN Selangor serah memo kepada presiden
Tarikh: January 13, 2014
SHAH ALAM - Susulan pengguguran Timbalan Presiden PKR sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menegaskan satu memorandum untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu akan diserahkan kepada presiden parti, esok.
Menurutnya, melalui satu mesyuarat yang telah diadakan semalam bersama Majlis Pimpinan Negeri Selangor, memutuskan tidak bersetuju dengan keputusan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menggugurkan Mohamed Azmin dalam PKNS.
Beliau berkata, mereka sependapat menyatakan prestasi Mohamed Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS adalah baik dan tidak wajar digugurkan.
"Kita telah adakan mesyuarat semalam bersama pentadbiran negeri, memang kita tak bersetuju Azmin digugurkan, kita mahukan penjelasan proses pengguguran itu dilakukan daripada menteri besar.
"Azmin mempunyai prestasi yang baik dalam PKNS... kita juga putuskan akan menghantar satu memo kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk membantu mendapatkan penjelasan daripada menteri besar pada esok, dalam mesyuarat biro Pusat," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Tambahnya, keputusan pengguran Mohamed Azmin itu juga dakwanya, tidak dibincangkan bersama pimpinan negeri itu.
"Kita tak setuju... keputusan Abdul Khalid itu (ada berbincang), kena tanya beliau, kita tak setuju," katanya.
Pada Sabtu lalu, media melaporkan Mohamed Azmin yang juga Adun Gombak itu tidak dikekalkan sebagai ahli lembaga pengarah dalam PKNS bagi penggal baru.
Mohamed Azmin dimaklumkan mengenai perkara ini pada Khamis melalui panggilan telefon, menurut sumber dalaman parti.
Mereka berkata bahawa Azmin tidak diberi masa untuk berbincang mengenai kemungkinan lanjutan tempoh perkhidmatan beliau.
"Dia menerima panggilan pada hari Khamis dan mendapat surat yang memberitahunya bahawa dia tidak lagi diperlukan dalam PKNS pada hari berikutnya," kata sumber berkenaan.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas adakah pengguguran Mohamed Azmin itu membuktikan pemimpin itu tidak sependapat dengan menteri besar dan cara untuk singkirkan pemimpin nombor dua parti itu, Zuraida berkata perkara itu perlu merujuk Abdul Khalid.
"Perkara itu kena merujuk menteri besarlah," katanya dalam keadaan tertawa.
Selain itu, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata isu pengguguran Mohamed Azmin daripada PKNS itu tidak akan menjejaskannya dalam pemilihan parti itu yang akan diadakan pada Mei depan.
"Tak akan mempengaruhi Azmin, dia ada kekuatan tersendiri, tak akan menjejaskan," tegasnya.
P/S: 2 x 5 UMNO. Anggap kerajaan kepunyaan parti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha