03 Januari, 2014

Sanggahan kenyataan Harussani dari sudut agama.

1. Bughah ( pemberontak) adalah gelaran Bagi Sesiapa Yang Memberontak Terhadap Kerajaan Islam yang betul- betul melaksanakan Hukum- Hakam Islam Ikut Al- Quran dan As- Sunnah 100% secara Syumul, Masaalahnya nak tanya dengan TOK MUFTI? adakah Umno melaksanakan Islam ikut Al- Quran dan As- Sunnah 100% secara Syumul? Umno Hanya Laksanakan Undang- Undang Lord Reid Peninggalan Penjajah.

2. Imam Al- Ghazali rahimahullah, ada menyebut dalam bab pertama kitab Ihya Ulumuddin mengenai mereka yang bergelar ulama. Menurut beliau ulama terbahagi kepada dua golongan yakni ulama dunia atau ulama usuuk dan ulama al-akhirah.

Ulama dunia adalah ulama yang menggunakan agama demi sedikit kepentingan keduniaan seperti habuan wang ringgit, anugerah dan pangkat. Kebiasaan ulama jenis ini akan mendampingi para penguasa bagi memastikan matlamat mereka tercapai, malah kadang-kala mereka sanggup mengeluarkan fatwa demi membenarkan tindakan penguasa meskipun ianya adalah jelas salah di sisi syarak.

Manakala antara ciri utama para ulama akhirat adalah tidak tergesa-gesa dalam mengeluarkan fatwa. Mereka akan sentiasa berdiri teguh dan sentiasa mencari jalan melepaskan diri daripada memberikan fatwa.

Kata Imam Ghazali,

“Jikalau mereka ditanya mengenai hukum yang benar-benar jelas ada dalam al-Quran dan Sunah, ijmak dan qias maka berfatwalah mereka. Dan apabila ditanya kepada mereka sesuatu yang diragukan, maka mereka akan menjawab, ‘La adri (aku tidak tahu)’, jika mereka ditanya mengenai sesuatu yang hampir diyakininya, berdasarkan ijtihad dan tekaan mereka, maka mereka akan berhati-hati, mempertahankan diri dan menyerahkan penjawapan kepada orang lain, jika ada kemampuan tersebut pada orang lain.” (Ihya Ulumuddin, jidil 1)

Kerana ulama akhirat adalah berhati-hati sifatnya, dalam perbuatan mahupun kelakuan. Pada mereka al-hazmu berhati-hati besar manfaatnya, kerana mereka tahu andai ijtihad itu dilakukan tanpa suatu kajian dan ilmu khusus ia menjadi fatwa ikut-ikutan dan pastinya besar implikasinya kepada diri mereka khususnya masyarakat yang mengambil fatwa mereka sebagai pegangan.

2 ulasan:

  1. DAJAL INI TELAH MEMUTAR BELITKAN TAFSIR JADI ADALAH HALAL DARAHNYA,KELUARGA NYA DAN KETURUNANNYA.JADI ORANG KG MELAYU HALAU DAJAL PENDATANG NI DARI KAMPUNG .PULAU DIA SERTA SEMUA AHLI KELUARGANYA.JANGAN BAGI LAGI DIA JADI IMAM DI MESJID KG MELAYU TUHALAU PENDATANG NI.

    BalasPadam
  2. SEKARANG INI KITA SEPERTI DI PERMULAAN DAKWAH ISLAM DAHULU DENGAN MELIHAT KEADAAN UMAT ISLAM SELURUH DUNIA SEKARANG.SAYA KIRA PENDAPAT MUFTI INI TIDAKLAH SETERUK TUDUHAN HADI AWANG TERHADAP UMNO.KERANA MELIBATKAN AKIDAH.ADA ORANG ISLAM BERTINDAK BODOH SEHINGGA TIDAK NAMPAK BAHAYA KEPADA UMAT ISLAM DIKEMUDIAN HARI.

    BalasPadam

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha