MELIHAT KEMBALI
Saya tidak suka menggunakan istilah post-mortem. Ramai kurang sedar istilah ini ini digunakan untuk mayat. Post ertinya sesudah. Mortem ertinya mati. Apabila dicantumkan menjadi : sesudah mati. Post-mortem ialah kerja membedah mayat yang telah mati untuk ditemui sebab musabab kematian. Menemui sebab kematian tetapi TIDAK dapat mayat itu dihidupkan kembali. Justeru saya menolak konsep ini.
Untuk saya lebih tepat digunakan istilah: melihat kembali. Istilah melihat kembali dengan penilaian baru. Melihat kembali apa yang telah berlaku. Memahami apa yang telah berlalu. Dalam kerja politik melihat kembali amat penting. Dalam kerja usaha politik melihat kembali memerlukan sikap berani menggkritik dan telus mengkritik diri. Melihat kekuatan dan memahami kelemahan untuk mara ke hadapan.
Dalam membuat kerja politik adalah wajib mengakui kesilapan dalam masa yang sama menerima kritikan. Aktivis kiri dan kaum progresif sedunia telah menggunakan pendekatan melihat kembali dengan kritik dan kritik diri sebagai alat untuk memperbaiki taktik dan stratreji. Tidak ada pembaikkan diri tanpa kritikan diri.
Mungkin ada yang kurang sedar tentang asal usul ilmu pengetahuan. Mungkin ada yang akan melopong bila mendengar si Anu dan si Anu itu dikatakan berijazah dan berilmu. Suasana ini muncul kerana ramai yang dikatakan ‘ berilmu dan berpengetahuan’ ini sengaja memperlihatkan angkuh diri dan berlagak sombong. Angkuh dan sombong ini dilakukan untuk menyatakan bahawa mereka berilmu. Lagak sombong untuk memberi tahu kepada orang ramai bahawa bukan senang untuk mendapat tauliah atau ijazah. Sebenarnya ini sikap hampeh.
Ilmu pengetahuan ini sebenarnya ialah pengumpulan pengalaman. Tidak lebih dari itu. Semua manusia ini memilki pelbagai macam jenis ilmu. Kepakaran dalam apa ilmu bukan kerana telah menerima tauliah dari Agong Kiri atau Agong Kanan. Sila ambil pencerahan ini : semua ilmu pengetahuan dalam dunia ini adalah hasil dari perbuatan manusia. Ilmu ialah pengumpulan pengalaman manusia ketika dalam membuat kerja.
Ilmu juga muncul dari bilik makmal. Kajian dan percubaan dalam bilik makmal juga melahirkan ilmu pengetahuan. Hakikatnya percubaan dalam makmal itu juga adalah pengumpulan kajian pengalaman manusia.
Bagaimana pula dengan buku? Bukankah dengan membaca buku kita mendapat ilmu pengetahuan?
Betul. Tetapi sedarlah, bahawa apa yang tertulis dalam apa sahaja jenis buku ialah pengumpulan pengalaman manusia. Si Penulis buku ini secara tersusun dan atau secara ilmiah telah menulis dan merakamkan pengalaman manusia yang menjadi isi kajian buku tersebut. Ini mungkin pengalaman pribadi, pengalaman kelompok atau pengalaman satu gerakan parti politik atau pengumpulan kajian dalam bilik makmal.
Saya membuat mukadimah ini dengan tujuan agar satu proses melihat kembali PRU13 dilakukan. Melihat kembali ini bukan hanya oleh pemimpin parti tetapi oleh para pekerja parti dan aktivis sendiri. Dalam PRU13 saya terlibat – justeru kini saya akan menuliskan secara sedar untuk melihat kembali apa yang telah berlaku agar ianya dapat dijadikan ilmu pengetahuan. Melihat dan mengumpul kembali pengalaman PRU13 sebagai ilmu pengetahuan untuk PRU14.
Apa yang telah saya dengar berlaku ketika PRU13 berjalan bukan semuanya fakta. Banyak juga cerita bohong dan desas desus. Saheh atau desas desus tidak penting. Dalam kerja politik yang berdesas desus juga akan mempengaruhi bakal pengundi. Justeru, mendengar desas desus juga adalah mengumpul pengalaman dalam proses melihat kembali PRU13. Mengumpulkan pengalaman ini bertujuan untuk dijadikan ilmu.
Pekara yang amat menonjol dalam PRU13 ialah gagalnya pemimpin politik dalam Pakatan Rakyat untuk memahami tentang asas ekonomi. Huh hah huh hah berceramah memang satu kerja politik tetapi jika tidak memahami asas ekonomi maka kerja berceramah itu hanya berpeluh dan membuang masa. Mengetahui ekonomi ini adalah asas yang paling asas. Kita tidak perlu membaca kitab ekonomi yang tebal-tebal atau mencari nama yang ejaanya susah musah. Tak perlu rujuk Adam Smith, Karl Marx atau Paul Krugman.
Asas politik ialah ekonomi. Berpolitik ialah berjuang untuk mengambil kuasa. Kuasa diambil untuk dapat memiliki ekonomi. Contoh yang jelas - Rosmah ada kuasa maka Rosmah berupaya memberikan 110 juta ringgit kepada anaknya untuk membeli sebuah kondo – NOTA: sebuah kondo bukan satu blok kondo. Ismail Sabri berkuasa maka dia boleh melakukan kenduri kedara 3 hari tiga malam kerana dia ada kekuasan ekonomi yang dimilikinya. Kuasa ekonomi yang dimiliki oleh Rosmah dan Ismail Sabri datang melalui kuasa politik.
Ekonomi dan politik tidak dapat dipisah. Kita berpolitik kerana ekonomi. Tujuan untuk ke Putrajaya ialah untuk merampas kuasa. Contohnya : Najib menggulingkan kerajaan Nizar di Perak untuk merampas kuasa. Dengan kuasa maka harta kekayan di Perak boleh dimiliki kembali oleh Najib dan kuncu-kuncunya. Bagitu juga – Pakatan Rakyat - berjuang untuk menggulingkan United Malays National Organisation – untuk berkuasa di Putrajaya. Bila ada kuasa maka ekonomi Malaysia adalah milik Pakatan Rakyat. Bila kuasa dalam tangan – cara acuan ekonomi Pakatan yang akan menjana Malaysia.
Justeru, dalam kempen dan ceramah ajenda ekonomi wajib dikupas dengan tuntas. Memang betul - berat badan Rosmah memang enak untuk dijadikan bahan ceramah. Tetapi isi penting dalam ceramah politik masih lagi perjalanan ekonomi negara. Menunjukkan keburukan United Malays National Organisation tidak salah tetapi Pakatan juga wajib memaparkan secara jelas masa depan negara kepada pengundi. Masa depan dan ekonomi sosok yang akan mengundi itu amat penting diyakinkan.
Dalam PRU13 dahulu – dilihat jelas sokongan rakyat. Sokongan ini terbukti betul. Pakatan mendapat 52% undi rakyat. Tetapi gagal meneraju Putrajaya. Kenapa gagal walau pun telah mendapat undi majoriti?
Satu jawapan yang jelas perlu diterangkan kepada semua pennyokong Pakatan. Penerangan itu wajib dilakukan kelmarin. Saya lihat ini TIDAK berlaku. Tidak ada penerangan yang tuntas kenapa majoriti 52% telah dimiliki tetapi masih TIDAK berkuasa.
Jawapan yang tuntas kepada 52% pengundi pastilah sistem pilihanraya di Malaysia tidak adil. Sistem pemilihan dalam negara ini telah dibuat untuk memastikan United Malays National Organisation terus berkuasa. Yang wajib diterangkan ialah SISTEM pemilihan.
Sayangnya, saya perhatikan pemahamam tentangSISTEM PRU ini tidak difahami secara tuntas oleh pemimpin parti, pekerja parti dan juga aktivis parti. Dalam masa yang sama saya juga yakin ramai pemimpin parti terutama yang memiliki DNA United Malays National Organiisation tahu dan sedar bahawa sistem inilah yang membolehkan Parti Ketuanan Melayu terus berkuasa. Mereka yang memiliki DNA Ketuanan Melayu ini bukan sahaja sedar malah satu ketika dahulu mereka membuat perancangan bersama SPR untuk memastikan gerakan rakyat tidak mungkin maju dan ampoh. Seharusnya mereka wajib bersuara atau mereka ini sedang mengeram?
Memasuki PRU14 tanpa memahami sistem PRU yang diwujudkankan oleh SPR samalah saperti menyeberang padang Pasir Sahara tanpa bekalan air. Atau berkereta dari Kuala Lumpur ke Bukit Kayu Hitam tanpa minyak petrol. Atau ingin ke Mekah tetapi tidak ada paspot. Justeru, memahami sistem adalah wajib. Kerana sistemlah yang melahirkan keputusan PRU13.
Sistem pilihan raya dalam negara kita ini diluluskan oleh Parlimen. Waspada! Kalau dilulus oleh Parlimen tidak samestinya sistem ini adil. Sistem pemilihan ini diwujudkan sademiakan rupa untuk memberi bayangan bahawa rakyat Malaysia ini ada hak untuk memilih kerajaan.
Seimbas pandang memang dilihat di Malaysia wujud pilihan raya. Tetapi apabila di halusi, apabila dikaji selidik maka kita akan mendapati bahawa sistem pilihan raya di Malaysia ini adalah satu penipuan. Pilihan raya selama ini telah digunakan untuk mengkaburi mata orang ramai. Untuk memberi harapan dan mampi.; Mimpi ini bertemakan harapan - kalau orang ramai mengundi maka ada kemungkinan akan dapat berlaku perubahan. Ini adalah angan-angan tengah hari. Ini mimpi ditengah panas.
Justeru salah satu dari ajenda melihat kembali apa yang telah terjadi dalam PRU13 ialah melihat SISTEM pilihan raya itu sekali lagi. Sistem ini wajib dikupas untuk difahami. Apabila sistem ini telah dikupas maka saya amat yakin pemimpin parti, pekerja dan aktivis parti akan terperanjat. Satelah terperanjat mereka akan faham dan sedar betapa mustahilnya untuk Parti Ketuanan Melayu dikalahkan. Pekerja dan aktivis parti yang telah faham tentang sistem pemilihan ini wajib menerangkan hakikatnya kepada orang ramai. Ini untuk memberi pencerahan dan memperkasa fikrah bakal pengundi.
Memanag ada pemimpin parti dan juga aktivis parti yang merasa menentang SISTEM pilihan raya ini tidak penting. Untuk mereka mencari sokongan dan undi lebih penting. Jalur ini berpendapat bahawa jika peratus sokongan bertambah maka Purtajaya akan ditawan. Yakinlah, sesiapa yang memiliki jalur pandangan sademikian bermakana mereka TIDAK ingin menggulingkan United Malays National Organisation.
Jalur pemikiran sademikian gagal memahami asas politik. Gagal memahamai asas ekonomi. Jalur pemikiran ini kelihatan sejalur dengan pemikiran United Malays National Organisation. Malah pegawai SPR sendiri memiliki dan menyebarkan jalur ini.
Melihat kembali PRU13 ialah melihat kembali SISTEMpemilihan itu sendiri. Disini saya bersetuju untuk menggunakan post-mortem. Kita post-mortem SPR – bedah dan lihat – agar mayat SPR itu tidak akan bangun-bangun lagi. (TT)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha