20 Mac, 2014

MH370. Guna polis untuk cover 'reput'?


Baca selanjutnya SINI

Jom baca tulisan dari Berita Semasa yang mendedahkan 'kereputan' pimpinan negara.

MH370
MH370 MAS Malaysia : Perdana Menteri datang dalam satu PC (Press Conference) yang melibatkan satu tragedi yang cukup trending di seluruh dunia sekarang ini (KLIK SINI). Tetapi…
Tetapi, hanya sekadar bagi datang kenyataan dan balik? Sedangkan beliau adalah pemimpin nombor satu di Malaysia. Satu dunia datang dan menumpukan sepenuh perhatian mengenai tragedi MH370 yang merupakan “national crisis” ketika ini. Malangnya…..
Malangnya, apabila wartawan dan media antarabangsa mahu bertanya kepada pemimpin besar seperti Perdana menteri atau Presiden, Perdana Menteri tidak mahu menjawabnya. Kalau begitu siapa lagi yang patut ditanya?
New York Times Mh370Inilah buat pertama kalinya di dunia, sekali lagi…..di dunia Perdana Menteri atau Presiden baik dari China, Amerika Syarikat, Rusia, Jepun, India dan lain-lain lagi datang memberikan Press Conference (PC) tetapi kita tidak membenarkan soalan diajukan kepada Perdana Menteri kita. What?
Jadi pemimpin negara mesti berani, ada pendirian, bukan sahaja berani ketika Malaysia dipuji dilambung tinggi dengan kata-kata yang “indah-indah ibarat di syurga” seperti yang dilaporkan melalui media arus perdana tetapi juga mesti berani berhadapan dengan sebarang kemungkinan lebih-lebih ketika Malaysia ditimpa tragedi MH370 seperti ini di mana lensa kamera dan mata penduduk dunia ditumpukan ke arah bumi Malaysia.

Press Conference MH370 : Najib Razak VS Media Antarabangsa Berprofil Tinggi?

  • Mesti berani berhadapan dengan media
  • Mesti berani menjawab setiap soalan yang berbangkit dan isu dengan baik
Sekarang ini. bukan lagi situasi di mana pemimpin negara berhadapan dengan media arus perdana (KLIK TAHAP MEDIA DI MALAYSIA) seperti ______________, ______________ yang boleh mereka datang dan pergi tanpa mahu menjawab soalan. Kali ini, satu dunia media anarabangsa yang lebih berani, ada pendirian, ‘keras’ mahu mendapatkan jawapan. Baik itu yang pertama.
Keduanya adalah cara Malaysia kendalikan “national crisis” melibatkan tragedi MH370.
Berita Semasa sebenarnya masih lagi terngiang-ngiang beberapa soalan daripada media antarabangsa dan jawapan daripada pemimpin dan pegawai tertinggi negara. Contohnya?

Press Conference MH370 : Senarai Contoh Soalan Media & Jawapan Pemimpin Serta Pegawat Tertinggi Negara

Astro Awani MH370
  • Soalan kepada Zahid Hamidi : Adakah sudah menyiasat pilot Mh370 di rumahnya (BIODATA LENGKAPNYA DI SINI)?
  • Jawapan Zahid Hamidi : Ya…kita mesi siasat. Bukannya kita tuduh. Kita mahu dan kita sedang siasat dia.
  • Soalan kepada Hishamuddin : Adakah sudah menyiasat pilot MH370 di rumahnya?
  • Jawapan Hishamuddin : Eh…..kita tidak mahu siasat kapten Zaharie
Seorang kata sedang siasat. Seorang lagi pemimpin negara tidak mahu siasat. Erm….
mas mh370
  • .Soalan kepada Ketua Polis Negara (KPN) : Berapa ramai yang guna passport curi?
  • Jawapan KPN : Empat orang
Jauhari MH370 MAS
  • Soalan kepada Malaysia Airlines (MAS) : Berapa ramai yang guna passport curi?
  • Jawapan MAS : 2 orang
MH370 malaysia
  • Kenyataan Panglima Tentera Udara : Dapat kesan kapal terbang ada di Laut China Selatan dan telah berpatah balik.
  • Media bertanya : Tahu kapal terbang yang mana?
  • Kenyataan Panglima Tentera Udara : Tidak tahu
Beberapa hari selepas itu…..
  • Kenyataan Rasmi Datuk Najib semasa PC : MH370 dari Laut China Selatan telah menuju ke Lautan India

Tragedi Mh370 : Bagaimana Tahap Kerajaan Malaysia Urus “National Crisis”?

Kepada pemimpin dan pegawai tertinggi negara, ini isu yang sangat besar yang melibatkan ‘national security’.
Bagaimana kapal terbang boleh ‘cross’ Kelantan, Perak, Penang terus ke Kedah, kita tidak tahu? Apa dia…kita tidak tahu? Jikalau musuh datang serang Malaysia secara tiba-tiba bagaimana?
Seingat Berita Semasa, Datuk Najib sebelum ini ada memesan Marconi radar yang telah dipasang di Gong Kedah, Terengganu. ‘Very sotifiskated radar‘. Bagaimana tidak boleh mengesan MH370? Ini kalau musuh serang Kedah, penang, tidak boleh nampak?
Sekarang ini media antarabangsa seperti New York Times, CNBC, HuffingPost, USA Today, The Guardian, Wall Street Journal, Jakarta Post, Bloomberg, Hindustan Times, akhbar China Hongkong, malah Vietnam mengatakan jikalau begini cara Malaysia kendalikan isu, tanya tak jawab, tanya tak jawab Vietnam bakal tarik diri daripada operasi mencari MH370. Tetapi…..
Tetapi paling teruk sekali apabila negara kuasa besar dunia seperti China mula menemplak Malaysia. Negara China yang dikenali daripada sudut politik antarabangsa cukup menjaga hubungan dengan negara-negara dunia, tidak kacau negara lain. Tetapi untuk kali ini China ‘lebih keras daripada biasa’….
China Mh370
Antara kenyataan China (dalam bahasa yang mudah difahami) :
  • Mula-mula, berilah maklumat dan keterangan yang membantu
  • Kamu (Malaysia) mahu kami tolong, hantar kapal, hantar pesawat, kita mahu cari di mana? Laut China Selatan ini luuaaaas….ssss.
  • 2 Kali kerajaan China bagi notis teguran kepada kerajaan Malaysia
  • Terbaru, kerajaan China dalam kenyataan rasminya melalui Kementerian Luarnya kepada kerajaan Malaysia. Berbunyi….
  • ‘Kami kesal, kami belanja jutaan ringgit hantar kapal, hantar pesawat. Kamu tahu MH370 bukan di Laut China Selatan, kenapa kamu (Malaysia) buang masa kami mencari MH370 di Laut China Selatan?
Tiba-tiba…..

MH370 : Bomoh 1Malaysia Sebagai Penyelamat?

BOMOH MH370Tiba-tiba dengan tidak semena-mena datang kumpulan Bomoh 1Malaysia yang diketuai Ibrahim Mat Zin, lengkap dengan sut 1Malaysia. Siap polis escort lagi Ibrahim Mat Zin dan konco-konconya ala-ala VVIP di KLIA.
Bebas berkeliaran dan membuat ritual di KLIA tanpa ‘diusik‘ dan ‘dikacau‘. Hebat……
Betapa ‘kebalnya‘ Ibrahim Mat Zin dengan undang-undang Malaysia. Siapa beri kebenaran buat begitu?
  1. DCA?
  2. KLIA?
  3. Menteri Dalam Negeri?
  4. Malaysia Airlines (MAS)?
  5. Siapa?
Hakikatnya, adegan ritual Ibrahim Mat Zin menjadi tontonan seluruh dunia yang pastinya mendapat akses mudah di Internet sehingga mendapat liputan media antarabangsa. Akhirnya, Malaysia terus menjadi bahan sindirian dan bahan ketawa seluruh dunia (CONTOHNYA DI SINI).
Sebenarnya, negara kita bukan sahaja kehilangan MH370 tetapi sudah mula mengalami kehilangan kredibiliti negara & pemimpin Malaysia, apabila melihatkan kerajaan Malaysia mengurus krisis negara cukup lemah. Seolah-olah kita tidak ada pengalaman sama sekali.

Tragedi MAS MH370 Malaysia : Teguran & Harapan Berita Semasa

Harapan Berita Semasa, disebabkan ini semua melibatkan imej dan kredibiliti negara. Negara kita Malaysia. Kami semua sayangkan Malaysia dan tidak sanggup lagi melihat negara lain memandang enteng terhadap kemampuan Malaysia lebih-lebih lagi apabila meletusnya tragedi MH370 ini. Dengan syarat pemimpin dan pegawai tertinggi Malaysia harus berubah menjadi yang lebih baik. Perbaiki cara pengurusan negara daripada sekarang. Usah lagi cakap berdegar-degar di media arus perdana, tetapi realitinya?
Berita Semasa sentiasa akan menyokong apa sahaja tindakan pemimpin negara yang berada pada landasan yang betul tetapi jikalau Berita Semasa terlihat tindak-tanduk pemimpin negara agak ‘tergelincir’, Berita Semasa perlu tegur untuk kebaikan kita bersama, neagara dan rakyat Malaysia. Insyaallah. Amin.
Bukannya sokong membuta tuli begitu sahaja. Bukan….
MH370 MAS
  • Setiap kenyataan harus disahkan
  • Mesti ada apa yang dipanggil ‘central command
  • Mesti ada satu kenyataan rasmi. jangan jadi carca merba seperti aap yang berlaku sebelum ini contohnya (eh…mungkin patah balik, eh..mungkin tidak). Cukuplahhhhh……
Teguran Berita Semasa yang begitu cintakan Malaysia. Kita tidak boleh urus krisis negara dengan cara sebegini rupa. Tidak boleh.
Ayuh…pemimpin negara dan kerajaan Malaysia, buktikan kepada dunia yang kita bukan hanya jaguh di hadapan media arus perdana sahaja malah mampu menguruskan ‘national crisis’ seperti ini dengan baik di hadapan media antarabangsa & masyarakat dunia umumnya. Insyaallah. Apa respon balas & hujah anda pula?

2 ulasan:

  1. Salam

    Matematik dan geospatial kita lemah mcm budak tadika

    Najib 47% layak terajui Malaysia?

    BalasPadam
  2. Hampeh..tak jumpa takpe.tapi kapal terbang hilang da beberapa jam baru sedar..pc tak de orang yang berkarisma menjawap soalan wartawan luar..semua jaguh kampung..bagi la orang yang educated sikit..pray for mh370.

    BalasPadam

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha