02 Mac, 2014

Timbalan presiden. Anwar dah bagi hint!

Nampaknya, kawan2 akan mulai lari sikit demi sikit. Baca:

Anwar nasihat calon timbalan presiden PKR utamakan persahabatan

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK 
MARCH 02, 2014
LATEST UPDATE: MARCH 02, 2014 09:23 PM
PKR merupakan sebuah parti terbuka terhadap pertandingan jawatan dalam parti dan mana-mana calon yang berhajat untuk bertanding perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan parti, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar).
Ketua Umum PKR itu berkata semangat persahabatan dalam parti perlu dikekalkan selain mendukung agenda reformasi yang merupakan salah satu wadah perjuangan.
"Persaingan itu mestilah dalam kerangka persahabatan dan semua agenda menyokong reformasi serta menghalang apa-apa kecaman sengit antara satu sama lain.
"Bila PKR marah betul macam salah ada pertandingan. Tidak boleh kita beri gambaran tidak boleh ada pertandingan," katanya mengulas hasrat Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mahu bertanding merebut jawatan timbalan presiden parti.
Khalid pada Jumaat mengumumkan untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan parti April ini sebagai satu tanggungjawab untuk memperbaiki asas parti yang disifatkannya mempunyai kelemahan.
Katanya, beliau lebih senang apabila perjuangan yang bakal dilalui bersama parti itu ditunjangi dasar kesaksamaan dan keadilan yang lebih baik.
"Dari segi pelaksanaan, nampaknya ada yang tidak betul, ada yang betul, ada yang tahu dan tidak tahu, ada yang indah dan tidak indah,” katanya.
Anwar menggesa calon yang akan bertanding dalam pemilihan PKR pada April ini mengambil semangat pertandingan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang berdebat dan berhujah secara sihat.
“Umpamanya pertandingan AMK cukup sihat setakat ini. Calon memberi kenyataan dan menyatakan agenda masing-masing serta mengelak daripada menyerang satu sama lain dalam pertandingan jawatan,” katanya.
Azmin dalam mengulas hasrat Khalid untuk bertanding jawatan nombor dua parti mengalu-alukan pengumuman itu tetapi berkata, misi memastikan kemenangan parti itu di Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan seterusnya pelantikan Anwar sebagai menteri besar Selangor yang baru, perlu berjaya terlebih dahulu.
Azmin berkata, sebagai sebuah parti yang mengamalkan demokrasi, sesiapa pun boleh bertanding untuk apa-apa jawatan.
"Bagi saya, tumpuan hari ini ialah untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di Kajang. Itu fokus saya bagi memastikan PR yang diwakili Anwar bukan sekadar menang biasa tetapi kita akan berusaha memastikan beliau menang dengan cukup menyakinkan.
"Harapan kita menang dengan majoriti lebih besar, tetapi kita kena berusaha ke arah itu," katanya.
Kedua-dua pemimpin PKR tersebut dilihat tidak sebulu dan bersaing antara satu sama lain. Pertelingkahan mereka diburukkan lagi dengan pemecatan Azmin daripada anak syarikat negeri Selangor, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor baru-baru ini.
Anwar diberitakan bakal menggantikan Khalid sebagai menteri besar jika menang di Kajang, walaupun Khalid menafikannya.
Pada masa sama, Khalid menawarkan dirinya sebagai pengarah jentera PKR di Kajang, tugas yang menjadi tanggungjawab Azmin sebagai Pengerusi PKR Selangor.
Ia dilihat sebagai usaha Khalid menonjolkan dirinya sebagai pemimpin berwibawa dan mendapatkan pengaruh, menjelang pemilihan parti.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa permintaan dilantik pengarah pilihan raya di Kajang dibuat sendiri oleh Khalid kepada Anwar, sebagai perjanjian melepaskan jawatan menteri besar. – 2 Mac, 2014.
P/S: Melihat kepada video di bawah, agak2 siapa yang cari musuh? hahaha


1 ulasan:

  1. Gua sokong Khalid. Dia mau minda umno dihapuskan dalam PKR. Hidup Khalid!!!

    BalasPadam

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha