11 September, 2014

MB. Sanggupkah azmin menolak?

Harap Azmin berhenti melobi di belakang dan hantar surat ke Istana malum sokong Wan Azizah

Catatan Pagi

11 September 2014
  1. sila baca tulisan ini dengan latar kejadian permulaan dimana pemecatan DSAI dari TPM secara hina oleh Dr. Mahathir kerana konspirasi melibatkan keluarga kakitangan yang sangat rapat denganya.
  2. PKR kelihatan seperti parti yang anggota bawahnya tidak ada disiplin kerana bebas menggunakan media menyerang parti. Selain inilah cabaran yang harus diterima sebagai parti muda di era internet dimana maklumat tersebar segera dan semua boleh memberikan input secara bebas. Namun ia harus diteliti puncanya juga.
  3. Ia ialah kesalahan Jawatankuasa Disiplin Parti, Presiden termasuk Ketua Umum sendiri apabila membiarkan orang bertaraf Timbalan Presiden Parti sendiri terlibat menggunakan media secara terbuka menyerang Presiden dan keluarga. Malah serangan tersebut kelihatan secara tersusun dibuat sehingga melibatkan penyokong penyokong Timbalan Presiden menyerang keluarga Preisden dan Ketua Umum. Istilah seperti Isana Segambut, Keputusan dalam Kelambu, Wan Azizah pemimpin 'remote' semuanya bukan dimulakan oleh Umno sebaliknya dimulakan oleh musuh dalam selimut yang ditunjangi Timbalan Presiden sendiri.
  4. Pada Mei 2013 Azmin Ali telah menggunakan bukan sahaja TV3 malah Utusan dan banyak lagi media menyerang Presiden parti dengan mengatakan Presiden amalkan nepotisma dan perbagai konotasi negatif. Aduan rasmi dibuat namun tidak ada tindakan.
  5. Penggunaan media termasuk media sosial menyerang Ketua Umum, malah mempertikaikan keputusan parti oleh Azmin bermula awal lagi. Iaitu sejak dia mengatakan kepada ramai bahawa Ketua Umum tipu sebab tak lantik dia jadi MB Selangor walaupun sudah dijanjikan sebelum itu.
  6. Ketika keputusan parti malah dipersetujui PR untuk menggerakkan rakyat selepas PRU 13 dalam kempen Blackout 505, Azmin dengan sengaja menggerakkan penyokong dan pengikutnya menggagalkan Blackout 505. Budak - budak sekolah politik IKD dibawah Khalid Jaafar menyebarkan propaganda tak perlu turun kempen Blackout 505 hanya sia sia, terima sahaja kekalahan. Malah Azmin sendiri dalam akaun twitternya menyerang Ketua Umum sebagai menggunakan rakyat demi kepentingan peribadi. Percaya ini berlaku kerana dia tak dilantik MB.
  7. Bermula 2010 lagi penipuan dalam pemilihan sudah berlaku teruk. 2014, sekali lagi pemilihan PKR banyak terdapat penipuan sehinggalah melibatkan cubaan rasuah kepada anggota JPP, namun semua tidak disiasat. Hampir semua operasi penipuan berlatar belakangkan pasukan Keadilanraya yang diketuai Azmin Ali, begitu juga hampir semua aduan tidak ada tindakan. Aduan dan surat che'GuBard berkenaan pemilihan semuanya tidak berjawab. sila klik Aduan Rasuah kait Azmin Ali
  8. Sama seperti 2010 mereka memaklumkan kepada Ketua Umum sudah dibalas surat dan aduan cheGuBard tetapi saya tidak dapat apa pun, begitu juga sekarang ini saya pasti mereka dah maklum kepada DSAI bahawa mereka sudah balas tetapi tidak wujud balasan itu.
  9. Cuma mahu memberikan jawapan kenapa kita mahu mempersalah anggota bawahan menggunakan media menyerang parti sedangkan Timbalan Presiden sendiri guna media termasuk Utusan dan TV3 serang bukan sahaja parti tetapi menyerang peribadi Ketua Umum dan keluarga.
  10. Satu lagi ialah kegagalan badan displin parti ambil tindakan kepada pembocor maklumat biro politik parti menyebabkan bukan sahaja banyak lagi maklumat bocor malah maklumat tipu konon sumber dalaman terus dipermainkan di media. Contohnya Awani dan beberapa media sering menyatakan maklumat seperti Azmin turut tersenarai sebagai calon MB dan seumpamanya. Ianya maklumat palsu yang menjadi psywar rekaan pasukan tertentu yang menjadikan parti ini bahan tertawa. sila klik PKR gagal tangani pembocor maklumat
  11. Lobi Azmin yang nak jadi MB tak sudah - sudah akhirnya membawa ke episod pemecatan Khalid Ibrahim dan fasa lantikan baru dari Istana. Namun jelas PKR pada peringkat ini seperti hilang kawalan dan seolah tidak dihormatikawan pun. Kenapa ini berlaku ? Jawapanya muda PKR yang diperlihatkan tidak 'solid' kepimpinannya sudah tentu akan dipermainkan /tidak dihormati bukan sahaja oleh musuh, oleh Istana malah oleh sahabat sendiri. Ini berlaku kerana konon kita solid untuk hantar satu nama tetapi ada yang buat lobi belakanguntuk dirinya. Tanyalah pemimpin PAS bagaimana Azmin melalui perbagai saluran melobi sehingga Presiden PAS sendiri mahu membawa namanya tetapi apabila lobinya pada PAS terbongkar dia sendiri mengadap DSAI konon menyatakan Presiden PAS yang mahu melamar dia. Ini antara punca meretakkan lagi hubungan PR.
  12. Di depan umum khususnya media Azmin kelihatan begitu suci, dia bercakap ke media akan tolak sebarang cadangan namanya dan menyokong Wan Azizah tetapi dibelakang ia terus melobi termasuk melobi ke Istana. Masihingat selepas PRU 13 bagaimana PR bersetuju menghantar nama Khalid Ibrahim seorang tetapi dia dan kuncu - kuncunya dalam PKR Selangor menghantar satu lagi nama konon mendapat sokongan ramai yang perlu dipertimbang Sultan yang akhirnya dia kecewa kerana gagal mendapat sokongan parti peringkat Pusat. Itu sebab selepas itu ia menyerang Anwar dan keluarga.
  13. Persoalanya sudah - sudahlah itu Azmin, tidakkahkamu melihat petaka akibat ketamakan itu. Bukan sahaja Selangor malah PKR juga PR sedang berada dihujung tanduk. Hentikan usaha lobi belakang ini, hantar surat ke Istana nyatakan bahawa anda tidak mahu menjadi Menteri Besar menghormati kebijaksanaan Sultan agar menolak sebarang khabar bahawa PKRitu tidak 'solid' keputusan untuk menamakan Wan Azizah dan kamu nyatakan sokongan tanpa belah bagi. Jangan hanay di media sahaja tetapi hantar signal berbeza di Istana dan penyokong kamu dengan harapan Wan Azizah ditolak dan kamu ialah plan B nya.

1 ulasan:

  1. Ada kebenarannya pendedahan Cikgu Bard ini, tapi bagaimana pula sekiranya Azmin Ali ini dilantik sebagai MB oleh Sultan? Bukankah beliau lagi banyak "black list" daripada Khalid Ibrahim dan segala kes dan korupsinya yang terdahulu mungkin dijadikan senjata ampuh oleh UMNO bagi memeras ugut Azmin supaya tunduk kepada setiap kemahuan UMNO di Selangor? Kalau begitulah jadinya maka rakyat Selangor ibarat keluar mulut buaya dan masuk pula ke mulut harimau. Sekiranya perlantikan beliau disokong oleh PAS, PKR dan DAP hatta Sultan merestuinya sebagai MB, maka terjadi pula seperti perkara di atas (mengikut langkah Khalid Ibrahim yang diperas ugut oleh UMNO), siapa yang perlu disalahkan kelak? Adakah PKR dan DAP atau PAS? Ada betulnya pendapat Cikgu Bard itu, lebih baik Datin Seri Wan Azizah dinobatkan sebagai MB Selangor yang baru maka selesai masalah buat sementara menunggu PRU14 melebarkan sayapnya. Lagipun Datin Seri Wan Azizah adalah Presiden PKR (parti yang ditubuhkan pada asalnya untuk membela kekejaman dan kezaliman UMNO terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim). Sebenarnya apa yang Cikgu Bard luahkan itu sudah lama disebarkan oleh Saudara Hishamuddin Rais (blog TT) untuk tatapan umum cuma ramai di kalangan kita yang masih kurang membaca, kurang pengetahuan serta kurang percaya apa itu parti politik di negara demokrasi berparlimen dan maksud raja berpelembagaan serta hala tuju parti politik yang ada nama Islam dan kemudian diletakkan dibawah naungan atau berkiblatkan Suruhanjaya Reid (seorang berbangsa Yahudi) yang diilhamkan oleh British sebelum bersetuju memberi kemerdekaan hakiki kepada Tanah Melayu suatu masa dahulu.

    BalasPadam

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha