28 Februari, 2015

Akhir zaman. Ulama menyesatkan manusia.

Mentuhankan Ulama / Pimpinan Mereka

“Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. “ [At Taubah:31]
Baca selengkapnya di: http://media-islam.or.id/2009/07/16/bahaya-taqlid-membebek-dan-fanatisme-golongan-ashobiyyah/
Mereka menganggap Ulama dan pimpinan mereka bebas dari kesalahan. Padahal Nabi yang maksum saja seperti Nabi Adam masih bisa berbuat salah seperti memakan buah khuldi. Namun para Nabi Maksum (bebas dari dosa) karena begitu salah, mereka langsung mengakui kesalahannya dan bertobat. Nah kelompok munafik ini sama sekali meresa tidak pernah melakukan kesalahan.

Memecah Belah Islam dan Fanatik Golongan / Ashobiyyah

Mereka menganggap kelompok merekalah yang paling baik. Paling Islam. Paling Nyunnah. Paling Suci, dsb. Mereka merendahkan ummat Islam lainnya. Tak jarang jika bertentangan soal politik, mereka fitnah Muslim lain sebagai Munafik, Kafir, Musuh Allah, Musuh Islam, dsb. Tak peduli Ulama Al Azhar sekalipun bisa mereka lecehkan.
Ka’ab bin ‘Iyadh Ra bertanya, “Ya Rasulullah, apabila seorang mencintai kaumnya, apakah itu tergolong fanatisme?” Nabi Saw menjawab, “Tidak, fanatisme (Ashabiyah) ialah bila seorang mendukung (membantu) kaumnya atas suatu kezaliman.” (HR. Ahmad)
Bukan termasuk umatku siapa saja yang menyeru orang pada ‘ashabiyah (HR Abu Dawud).
Dalam hadits yang lain Nabi mengatakan bahwa orang yang mati dalam keadaan ashobiyah (membela kelompoknya, bukan Islam), maka dia masuk neraka.
Dalam Islam dilarang ashobiyah/fanatisme kelompok dan membangga-banggakan kelompoknya karena Islam itu adalah satu.
“Yaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.” [Ar Ruum:32]
“Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah agama-Nya dan mereka menjadi bergolongan, tidak ada sedikitpun tanggung jawabmu kepada mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah terserah kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka perbuat.” [Al An’aam:159]

26 Februari, 2015

Hj Hadi digesa berundur demi maruah PAS!

KENYATAAN MEDIA

SARAN TG ABDUL HADI BERI LALUAN TOKOH BAHARU ISI KERUSI PRESIDEN, PERKASAKAN MSU JADI MURSYIDUL AM PAS


1. Pas Kawasan Batu menyarankan agar Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengosongkan kerusi Presiden pada pemilihan Muktamar Pas ke 61, Mei ini, bagi memberi laluan kepada tokoh baharu untuk mengepalai parti Islam terbesar ini.

2. Saranan ini tidak bermaksud Pas Kawasan Batu mahu mengetepikan beliau dalam arus perdana politik tanahair, sebaliknya mencadangkan tokoh karismatik Pas ini diangkat lebih tinggi mengetuai Majlis Syura Ulama (MSU) sebagai Mursyidul Am bagi mengggantikan murabbi ummah, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang meninggal dunia pada 13 Februari lalu.

3. Sesuai dengan kedudukan Tuan Guru Abdul Hadi di peringkat antarabangsa selaku Naib Kesatuan Ulama Sedunia, menjulangnya sebagai Mursyidul Am adalah sangat tepat, efisyen dan mampu membawa Pas menangani pelbagai isu dalaman, tempatan dan antarabangsa.

4. Pas Kawasan Batu juga bersikap terbuka dalam pemilihan pucuk pimpinan parti yg diizinkan oleh Perlembagaan Pas dan tidak mustahil boleh berlaku pertandingan pada semua jawatan utama termasuk kerusi nombor satu Pas pada pemilihan kali ini.

5. Bagi menjaga keutuhan jemaah dan mengecilkan sikap berpuak-puak yang mula menular ketika ini, maka Pas Kawasan Batu mohon Tuan Guru Abdul Hadi mempertimbangkan saranan ini dan melihat ianya sesuatu yg positif dalam jaringan mata rantai perjuangan Islam yg dibawa oleh Pas.

6. Untuk rekod, jawatan Mursyidul Am Pas diwujudkan pada era kepimpinan ulama, dan Yang DiPertua Agong Pas ketika itu, Haji Yusuf Ar Rawa menjadi Mursyidul Am yg pertama sebaik melepaskan jawatan Yang DiPertua Agong (Presiden) pada masa tersebut.

7. Tempat kosong yg ditinggalkan oleh Hj Yusuf Ar Rawa itu kemudiannya diisi oleh Tuan Guru Dato' Fadzil Mohd Noor sebagai Presiden. Setelah Hj Yusuf Ar Rawa meninggal dunia, jawatan Mursyidul Am diamanahkan pula kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

8. Sehubungan itu, Pas Kawasan Batu berkeyakinan penuh, jika diterima saranan ini, kepimpinan Tuan Guru Abdul Hadi mampu memperkasakan MSU sebagai badan yang berwibawa dalam memandu jemaah berada pada landasan yang tepat, progresif, dirahmati dan mendapat limpahan redha Allah SWT.

HAJI ISHAK BIN SURIN
Yang DiPertua Pas
Kawasan Batu, Kuala Lumpur
Tel: 013 3291966

26 Februari 2015

22 Februari, 2015

Tidakkah Ahmad Yaakob sedar PEKIDA adalah alat UMNO?




PRU-13: Pekida ikrar pangkah BN
Fazy Sahir

Presiden Jamaluddin Yusof berkata Pekida bertanggungjawab untuk memenangkan Barisan Nasional supaya orang Melayu bernafas.

PETALING JAYA: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) menyatakan ikrar mereka untuk setia ‘pangkah’ Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU-13) akan datang.

Presiden Pekida, Jamaluddin Yusof berkata tidak cukup untuk pertubuhan itu memberi sokongan moral semata-mata memandangkan kemenangan BN pada PRU-13 kelak menjadi keutamaan bersama.

“Kita bagi sokongan dengan mengajak ahli-ahli Pekida untuk memenangkan BN agar kekal memerintah negara. Sokongan moral sahaja tidak cukup, maka kita mahu ahli-ahli pangkah BN pada pilihan raya nanti. Kerana pada anggapan Pekida BN menjalankan pemerintahan dengan berkesan.

“Semua ahli-ahli Pekida perlu sokong BN….kita ibarat adik-beradik maka akan sama dan perlu bantu antara satu sama lain. Pekida bertanggungjawab untuk memenangkan BN supaya orang Melayu bernafas.

“Tapi bagaimana untuk kami gerakan kepada ahli-ahli ia adalah rahsia,” katanya kepada FMT.

Pekida kini mempunyai dua juta ahli di seluruh negara dengan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah merupakan penaung bagi pertubuhan berkenaan.

Sementara itu, Jamaluddin mengakui bahawa sokongan orang Melayu terutama anak muda menjadi pertikaian memandangkan mereka kini lebih banyak terpengaruh dengan fahaman luar.

Sokongan anak muda terhakis

Katanya ia menjadi ancaman kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengekalkan pemerintahannya kerana secara tidak langsung menghakis sokongan anak muda kepada pemimpin nombor satu negara tersebut.

Walau bagaimanapun, menurut Jamaluddin Pekida mempunyai ‘cara’ tertentu untuk menarik minat golongan anak muda ini terus menyokong BN.

Namun beliau enggan menjelaskan secara terperinci perkara itu, dan sebaliknya berkata ada perkara tertentu perlu diselesaikan Najib sebelum mengadakan PRU-13 nanti.

“Pengundi muda atau anak muda ini tidak faham tentang politik merdeka, kerana kebanyakan mereka mendapat pendidikan luar negara.

Tapi bagi pengundi veteran mereka masih menyokong BN.

“Pekida ada kunci untuk itu, bagaimana untuk yakinkan anak muda untuk menyokong BN. Anak muda sebegini telah terhakis pemahaman mereka kerana menerima pengaruh dari luar,” jelasnya.

Dalam pada itu, ujar Jamaluddin program pemutihan terhadap ahli Pekida turut dilakukan bagi menghakis pandangan masyarakat yang beranggapan bahawa pertubuhan berkenaan sebagai gangster.

“Program pemutihan ini agar status ahli Pekida nampak putih dan disenangi masyarakat. Ini kerana selama ini Pekida diberi andaian sehingga terheret dalam golongan samseng, gangster walhal itu bukan sikap sebenar Pekida.

“Orang guna, jual nama Pekida sehingga memburukkan reputasi pertubuhan ini. Namun kami buat satu ikrar dengan Pekida terus memberi sokongan kepada Najib dan kepimpinan BN untuk terus memerintah negara,” katanya.

Maka Jamaluddin berkata Pekida bertanggungjawab memastikan BN menang dan menjadi benteng daripada pihak-pihak tertentu yang mempunyai niat menjatuhkan negara ini.

18 Februari, 2015

TARIKH PILIHAN RAYA KECIL N06 CHEMPAKA KELANTAN

TARIKH PILIHAN RAYA KECIL N06 CHEMPAKA KELANTAN

a. Tarikh Writ :  18/2/2015

b. Tarikh Notis Pilihanraya : 18/2/2015

c. Tarikh penamaan calon : 10/3/2015

d. Tarikh Pengundian Awal : 18/3/2015

e. Tarikh Pengundian Biasa : 22/3/2015

Jika tiada perubahan

16 Februari, 2015

Tiada undi untuk calon MSU dalam PRU14!

Bekas timbalan presiden PAS beri bukti projek UG – Mohd Sayuti Omar
Malam tadi saya dikirimkan rakaman temu bual sebuah stesen televisyen berbayar dengan bekas timbalan presiden PAS, yang antara lain menyentuh mengenai masa depan PAS selepas ketiadaan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kembali ke rahmatullah Khamis lalu. Lagi Al-Fatihah.
TV itu mahu tahu daripada bekas timbalan berkenaan apakah PAS akan menyemak balik cadangan kerjasama dengan Umno yang diusahakan sebelum ini yang sempat menimbulkan kontroversi dalam PAS dan terheret sampai kini.
Kita faham kenapa pertanyaan itu ditimbulkan dan ia diajukan kepada bekas timbalan itu. Ini kerana bekas timbalan itu salah seorang pemain utama (konsultan) untuk mewujudkan kerjasama PAS dengan Umno menerusi apa disebut UG - Unity Government. Beliau pernah mengakui sebagai orang diamanahkan untuk melaksanakan projek berkenaan.

Jadi apabila Nik Aziz sudah tiada menimbulkan persoalan apakah ia mungkin usaha yang terbantut itu disambung kembali.
Allahyarham Nik Aziz adalah antara pemimpin tertinggi PAS yang tidak setuju projek berkenaan dan marah dengan usaha itu. Setengah qaul mengatakan kemarahan Nik Aziz itu disebabkan beliau tidak diberitahu rundingan mengenai projek berkenaan. Manakala setengah qaul lain menuduh Nik Aziz tidak diberikan gambaran sebenar dalam erti kata lain memberi pemahaman yang terpesong mengenai kerjasama dengan Umno itu.
Kemarahan allahyarham atas usaha ini sehinggakan allahyarham meminta bekas timbalan itu keluar meninggalkan PAS. "Kalau nak bawa PAS masuk Umno, elok orang itu keluar tinggalkan PAS," demikian kira-kira begitulah ucapan allahyarham.
Menarik dan bagus juga apa yang disoalkan stesen televisyen berkenaan dan jawapan diberikan bekas timbalan itu. Menurutnya dia tidak dapat menjangka apakah cadangan itu akan disemak semula selepas ketiadaan Nik Aziz dan juga dengan terpenjaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya ia bergantung kepada akar umbi dalam PAS dengan memberi semangat semoga muktamar PAS menjelang tiba akan membuat penentuan.
Cara dan nada percakapan bekas timbalan itu semacam menyeru ahli PAS membuat semakan dan meneruskan projek berkenaan. Boleh jadi tanpa ada apa-apa tindakan disiplin yang diambil ke atasnya oleh PAS beliau masih lagi valid sebagai konsultan projek UG itu.
Sebenarnya saya tidak berminat untuk menghuraikan perkara yang sudah jelas bagi saya ini. Tetapi mungkin ada sesetengah ahli PAS atau orang ramai kabur mengenai projek UG ini. Bagi saya PAS bergabung atau tidak dengan Umno tidak ada masalah. Atas maslahat agama, ummah dan watan, no problem. Semua orang inginkan kebaikan dan kesejahteraan.
Seperti mana dijelaskan dan diakui sendiri bekas timbalan itu, kerjasama PAS dengan Umno (UG) itu digerakkan sendiri oleh Majlis Syura Ulama. Beliau yang bertindak sebagai mediator mengadakan pertemuan dan rundingan atas arahan majlis itu. Jadi orang bertanggungjawab memikul dosa usaha itu (kalau ia satu dosa besar) ialah anggota Majis Syura Ulama.
Tidak patut kalau disalahkan kepada bekas timbalan itu 100% mengenai idea projek UG ini kerana beliau hanya melaksanakan tugas dan tanggungjawab saja dengan harapan manalah tahu ia kalau-kalau berjaya beliau akan memperoleh sedikit komisen. Secara peribadi beliau pernah menyebut kepada saya kalau projek itu jadi beliau akan dilantik menjadi menteri Kabinet.
Di sini apa yang hendak ditimbulkan, pengakuan cadangan kerjasama PAS - Umno itu memang wujud dan ia tidak boleh diragu sangsikan lagi. Penjelasan bekas presiden itu mengesahkan apa yang berlaku.
Jadi jawapan itu boleh menghuraikan pertanyaan sesetengah ahli PAS bawahan yang keliru dengan cadangan itu kerana ada yang menafikan sekeras-kerasnya dan menganggap ia fitnah kononnya untuk menjatuhkan kumpulan tertentu dengan menggunakan isu berkenaan.
Dalam konteks ini adalah munasabah kalau Persatuan Sejahtera Ummah Malaysia (PasMa) ditubuhkan untuk menjadi benteng atau halangan kepada usaha berkenaan.
P/S: PRU14 aku takkan bagi undi pada calon MSU dan calon pro MSU

15 Februari, 2015

Sejarah kerajaan perpaduan Hj Hadi.


 1. Tuan Guru Mursyidul Am sokong DS Anwar dalam isu 16  September tetapi Haji Hadi tidak setuju,  berlaku perbalahan antara Tuan  Guru Mursyidul Am dengan Haji Hadi,  mengapa Haji Hadi tidak wala' kepada  Tuan Guru Mursyidul Am?. Surat  terbuka Tuan Guru Mursyidul Am kepada  Harakah yang menyokong 16  September tidak disiarkan oleh Harakah, arahan  daripada Siapa?. Haji  Hadi atau Mustafa Ali?.
 2. Haji Hadi hendak PAS Perak bentuk kerajaan dengan umno di Perak selepas PRU-12 tahun 2008.
 3. Haji Hadi adakan rundingan dengan Pak Lah untuk bentuk kerajaan UG.
   4. Isu PM, dalam mesyuarat PR PAS setuju DS Anwar jadi PM tetapi dalam   mesyuarat PAS Pusat Mac 2013 tolak DS Anwar jadi PM dan hantar wakil   memujuk Kuli untuk jadi PM.
  5. Bertembung di dun Kota Damansara  dan tiga dun di Terengganu PRU-13  (dalam mesyuarat PR telah dipersetujui  PKR bertanding, tetapi hari  penamaan calon Haji Hadi bagi watikah khas  kepada calon PAS).
  6. Haji Hadi gagal selesaikan masalah PAS  Kedah sehingga PAS tumbang  di Kedah dalam PRU-13 walau pun telah ada  usul daripada dewan ulamak  PAS Kedah supaya tukar MB sebelum PRU-13.
   7. Isu MB Selangor dalam mesyuarat 17 Ogos sudah setuju Wan Azizah dan   Azmin sebagai calon MB dan telah bersetuju tidak menuntut MB Selangor,   tetapi selepas itu Haji Hadi hendak PAS jadi MB Selangor. Dr.M kata BN   tidak pernah hantar nama lebih daripada seorang samada calon MB atau  PM  sewaktu zamannya dan kaedah itu kekal hingga sekarang. Apa yang Haji   Hadi hendak di Selangor?. (Haji Hadi hantar tiga nama yang tiga2 itu   adun PAS, tetapi dalam ucapan penggulungan cakap PAS tak kemaruk nak   jadi MB Selangor, cakap lain dan tindakan lain).
  8. Dalam  mesyuarat PR, PAS hendak kekal dalam PR dan dalam muktamar  PAS juga  telah dipersetujui perkukuhkan PR, tetapi dalam mesyuarat JK  PAS Pusat  25 Ogos Haji Hadi hendak bersama umno (rujuk mesyuarat 25  Ogos14).
   9. Mesyuarat Majlis Syuro Ulamak selepas 25 Ogos tidak cukup korum dan   notis jemputan mesyuarat juga tidak cukup 14 hari, Haji Hadi bercakap   mengenai perlembagaan PAS tetapi Haji Hadi sendiri pijak Perlembagaan   PAS.
  10. Haji Hadi tak bersetuju dengan cadangan supaya Y.B. Dr  Syed Azman  dipilih sebagai MB Terengganu ketika krisis MB di Terengganu   (seolah-olah Haji Hadi mahu umno/BN kekal memerintah Terengganu).
   11. Pilihanraya semula di Perak selepas rampasan kuasa oleh umno/BN   tidak dipersetujui oleh Haji Hadi dengan alasan takut DAP akan jadi MB   (nampak sangat fikrah Haji Hadi dah sama dengan fikrah umno).
  12.  Malam PRK Parlimen Bukit Gantang 2009 dalam mesyuarat Lajnah  politik  PAS Pusat di Markaz Tarbiyah PAS Perak Air Kuning,Taiping Haji  Hadi  membangkitkan bahawa Najib Tun Razak ada hubunginya membincangkan   kerajaan perpaduan, tetapi Almarhum Tuan Guru Harun Taib telah  membantah  usul tersebut dan mohon presiden fokus kepada PRK Bukit  Gantang.
   13. Berita Awani 13.2.2015 perbualan melalui telefon dengan Nasharudin   Mat Isa, Nasharudin mengesahkan telah ada perbincangan mengenai  kerajaan  perpaduan dengan umno oleh Majlis Syuro PAS Pusat sejak 2008  lagi,  tetapi tanpa pengetahuan Tuan Guru Nik Aziz.
 Di atas itu adalah fakta....

08 Februari, 2015

Perhimpunan Konservatif VS Progresif PAS di Jalan Raja Laut











P/S: Untuk perhimpunan jln raja laut, ni je komen aku:


Fahaman wilayatul faqeh dan imam ma'sum dtg dari syiah atau sekurang2nya menghampiri syiah..siapa ahli x wala akn dicop munafik haraki dan kalau bukan ahli mgkin kafir haraki. sebab dlm syiah ada 2 jenis kafir. 1 kafir keluar agama 1 lg kafir wilayah.

07 Februari, 2015

Hj Hadi membawa PAS ke fahaman Syiah?


Fahaman wilayatul faqeh dan imam ma'sum dtg dari syiah atau sekurang2nya menghampiri syiah..siapa ahli x wala akn dicop munafik haraki dan kalau bukan ahli mgkin kafir haraki. sebab dlm syiah ada 2 jenis kafir. 1 kafir keluar agama 1 lg kafir wilayah.
Dan mat sabu yg kena tuduh supaya individu sebenar dpt dilindungi..

04 Februari, 2015

Rahsia kejatuhan PAS Terengganu!

Guna kereta rasmi pergi beli nasi lemak
Fathi Aris Omar (Malaysiakini, 6 Jun 2000)
6 Jun: Ketika perwakilan Pemuda PAS sedang bermuktamar Khamis lalu, di luar dewan, seorang aktivis akar umbi parti itu merungut tentang 'gelagat baru' pemimpin parti itu mentadbir Terengganu. Aktivis pertengahan 30-an itu berkata semua pemimpin parti Islam itu menjadi sasaran kritikan tidak puas hati ahli-ahli PAS sendiri.
"Semuanya (anggota exco dikritik) kecuali Menteri Besar," jelasnya, apabila ditanya tentang berapa ramai lagi pemimpin kanan kerajaan negeri itu dikritik setelah mendengar begitu banyak rungutan terhadap Exco Pembangunan Islam dan Pelaksanaan Syariah, Harun Taib.
"Tetapi lama kelamaan, orang ramai akan pertikaikan MB pula," katanya. "Kalau dah tahu banyak complaint, kenapa (MB) tak buat apa-apa?" hujahnya dalam pelat Terengganu.
Beliau bercerita tentang banyak rungutan - bermula pemberian kawasan balak kepada salah seorang ahli Umno tetapi tidak melalui tender terbuka hinggalah soal penyalahgunaan kenderaan rasmi untuk tujuan peribadi.
Menurutnya, maklumat tentang isu balak itu beredar melalui mesej emel tetapi tidak dapat mengesahkan sejauh mana soal itu dapat disokong dengan bukti atau dokumen rasmi. Bagaimanapun, isu kereta rasmi itu didakwa disaksikannya sendiri.
"Ana nampak dengan mata ana sendiri," ungkapnya, yang mulai berjinak dengan parti Islam itu sejak di sekolah menengah lagi, dengan tata bahasa gerakan Islam. 'Ana', yang bermaksud saya, merupakan istilah Arab yang popular digunakan dalam pertuturan aktivis pertubuhan-pertubuhan Islam.
Aktivis ini tinggal tidak jauh dari rumah exco kanan berkenaan yang selalunya dianggap pakar rujuk dalam hal-ehwal perundangan PAS. "Isteri dia bawak (pandu) pergi beli nasi lemak," tambahnya.
"Sekarang isu ini (kereta rasmi) sudah jadi buah mulut. Yang hairan, ada sebilangan exco sudah mempunyai beberapa buah kereta (peribadi)," rungutnya
lagi.
Tetapi, katanya lagi, yang lebih mengecewakan, jawapan yang diterimanya daripada bekas Ketua Pemuda PAS negeri itu tentang rungutan salah guna kemudahan awam tersebut.
"Isu (kereta) ini, ana malas nak jawab!" kata Ahli Dewan Undangan Negeri bekas aktivis ABIM itu dalam satu mesyuarat agung PAS peringkat kawasan.
"Kita selalu kritik Umno kerana menyalahgunakan
kemudahan awam untuk tujuan peribadi, tetapi bagaimana
sekarang?" beliau terus mempertikaikan.
Beliau bimbang kerajaan PAS Terengganu - yang baru berusia enam bulan - mengulangi KKN (kornisme, korupsi
dan nepotisme) yang menjadi kemarahan rakyat terhadap
Umno.
"Soalnya bukan amalan, soalnya prinsip. Lagipun, perbuatan itu (kereta rasmi) terlalu menjolok mata,"
beliau mempertahankan rungutannya apabila dihujahkah bahawa amalan KKN dalam Umno jauh lebih serius berbanding isu kereta rasmi yang diungkitnya itu.
Sementara seorang kontraktor kecil merungut tentang apa yang didakwa 'amalan tidak telus' kerajaan negeri itu.
"Nampaknya hanya mereka (kontraktor yang dilihat pro-Umno) yang pernah mendapat tender (ketika Umno mentadbir) dulu mendapat kontrak," katanya.
Sementara seorang lagi kontraktor pula merungut kerana terpaksa mengambil kerja-kerja sub-kontrak daripada
seorang kontraktor Umno yang mendapat projek.
Pelbagai rungutan didengar daripada pelbagai peringkat
- daripada pegawai kerajaan negeri dan aktivis parti hingga rakyat biasa - dan semuanya itu bertujuan melihat PAS berada atas landasan yang betul seperti
yang sering diceramahkan oleh parti Islam itu.
"Janganlah bekerja keras untuk PAS dan mengharapkan (sesuatu yang unggul). Nanti kita kecewa," pesan rakannya pula.
Apakah amalan 'tiga Abdul' seperti tulis Sayuti Omar sedang berkembang di sebalik bulan purnama di
Terengganu?

03 Februari, 2015

Keluar PR. PAS akan pecah dua!

Oleh: MSO

Kalau Anwar ke penjara, Pas akan bergaduh besar

Mauduk yang berkisar dan bergeser dalam kepada orang ramai terutamnya pencandu politik ialah mengenai nasib Anwar Ibrahim pada 10 Februari ini. Tarikh itu telah ditetapkan hari memutuskan apakah Anwar kekal bebas seperti mana diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ataupun dia akan dihantar ke penjara berhubung kes liwat yang dituduh terhadapnya.



Anwar masih tersenyum walaupun pintu penjara terbuka.
Anwar sudah menyatakan kesiap-sigaanya untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan. Q-sera sera katanya. Kepada keluarganya juga sudah pasti dia sudah memberi "gemanat taruh" dan juga khutbah akhir bagi menghadapi kemungkinan hitam kali kedua. Anwar sendiri sudah mempersiapkan dirinya dari segi mental dan fizikalnya.

Sebagai seorang pejuang Anwar tidak merasakan apa-apa yang perlu ditakuti. Sunah orang berjuang yang berhadapan dengan pencorba dihafalnya. Anwar sendiri sejak mula menerjunkan diri dalam perjuangan menentang arus sudah insaf dan sedia maklum yang sebelah kakinya sudah berada dalam penjara.

Dia sudah bersedia seperti mana yang selalu diserunya. Kalau takut dilambung ombak usah berumah di tepi laut, lawan tetap lawan. Anwar bukan sahaja berumah tetapi sengaja membina rumah di tepi laut kandati dia tahun amokan gelombang sangat dahsyat dan zalim. Beliau boleh berumah atas bukit atau jauh dari pantai kerana dia ada kesempatan itu kalau dia mahu, tetapi itu tindakan hipokrit dan itu bukan Anwar Ibrahim.

Jadi tentang Anwar tidak perlu dipertikaikan dan didebatkan. Apa yang hendak kita suluh ialah bagaimanakah nasib Pakatan Rakyat amnya dan PKR selepas (sekiranya) beliau direhatkan. Siapakah yang akan mengemudikan Pakatan Rakyat. Apakah Dr Wan Azizah Wan Ismail masih betah untuk berdepan dengan situasi yang memeritkan itu seperti mana dilalunya sebelum ini apabila suaminya itu direngkukkan dalam penjara selama enam tahun?

Ada orang mengatakan Azizah sudah tidak larat. Saya tidak setuju kenyataan itu kerana perjuangan tidak mengenal usia dan gender. Lagipun Azizah bukan bersendirian dalam serba kekerdilan dan kedaifannya, tetapi beliau mempunyai anak dan pengikutnya tersendiri. Tidak mudah untuk serikandi itu mengalah dan berundur. Tua bukan alasan. Tiada istilah monopuse dalam jihad.

Atau PKR akan dikemudikan oleh Mohamed Azmin Ali. Jika mengambil kira kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PKR ia secara automatik tugas mengemudikan PKR dan seterusnya Azmin yang menjadi juara mengerakkan aspirasi perjuangan Anwar. Azminlah pemikul tanggungjawab bakal ditinggal Anwar. Azmin bukan sekadar sahabat yang setia sehidup semati, melentang makan embun meniarap makan debu bersama Anwar, tetapi pemikul amanah perjuangan.

Langkah Kajang yang dilakukan sebelum ini dimana akhirnya berjaya menyingkirkan Abdul Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor yang menjadi kudis gatal waktu malam kepada PKR, dan diganti dengan Azmin adalah transisi yang disediakan untuk menghadapi apa juga kemungkinan berhubung nasib Anwar Ibrahim.

Hari ini dengan kedudukannya sebagai MB Selangor satu-satu jawatan tertinggi dipegang oleh pemimpin PKR sewajar peranan Azmin dihormati. Penyatuan PKR selepas Anwar akan dibawa dan diteruskan oleh Azmin. Tampaknya PKR tidak ada masalah sekiranya Anwar ke penjara kerana Azmin mampu menanganinya. Kecualilah ada budak-budak pemikul bendera hitam yang tidak pernah merasa puas akan menganggu dan memprites Azmin.

Bagi PKR tidak ada apa-apa persoalan. Sebalik apa yang menjadi tanda tanya, macam manakah keadaan Pakatan Rakyat apabila Anwar berada dalam penjara. Apakah Pakatan Rakyat akan berantakan yang kemudian nanti menjadi gemulah?

Sebelum ini orang tahu yang bersungguh mahu melihat Pakatan Rakyat kekal dan menjadi cabaran kepada UBN ialah Anwar. Anwarlah yang bertungkus lumus mencari formula merapatkan saf dalam Pakatan Rakyat. Semua pihak mengakui kalau tanpa Anwar, Pas dan DAP yang berlainan ideologi dan senantiasa saling curiga mencurigai antara satu sama lain tidak mungkin duduk bersama kalau tanpa Anwar menjadi gamnya.

Jadi kalau Anwar sudah tidak ada, siapakah pula akan bertindak menjadi mediator. Peringatan Anwar supaya Pas dan DAP agar jangan bergaduh membayangkan kebimbangan calon PM daripada Pakatan Rakyat itu mengenai masalah Pakatan Rakyat.

Saya ada firsat tersendiri tentang apa yang akan berlaku selepas ini dengan melihat kepada gelagat dan perkembangan dalam Pakatan Rakyat khasnya sikap dan ulah sesetengah pemimpin Pas dan DAP yang "berkekah" sesama sendiri. Apa yang berlaku bukan nature dalam dunia politik tetapi ia semacam diaturkan atau diorkestra demikian rupa untuk mencapai matlamat yang diangan-angankan.

Sesetengah pemimpin Pas dan DAP seolah sudah hilang kepercayaan antara satu sama lain. Perasaan curiga mencuiragai sangat tajam antara mereka. Usaha sepadu bagi mengukuhkan Pakatan tidak tamnpak lagi dan mereka mudah reak kepada hal-hal remeh dan bersikap kebudak-budakan. Apakah mereka termakan dengan umpan pihak musuh yang berusaha meretakkan hubungan sesama mereka.

Bertolak daripada keadaanya ia memberi gambaran menakut mengenai masa depan Pakatan Rakyat sekiranya Anwar sudah diberkas menerusi mahkamah oleh Umno. Saya tidak nampak berlaku perpecahan dalam PKR tetapi apa yang akan terjadi kepada Pas membimbangkan. Walaupun akan ada puak yang memprotes dan menolak Azmin, yang menjadi pengemudi PKR tetapi ia tidak akan sampai ke peringkat keparahan dialami Pas kelak.

Pas akan pecah memandangkan wujud dua kumpulan dalam parti itu yang akan mengambil sikap atau menjadi Anwar sebagai faktor untuk meluaskan sengketa. Puak yang selama ini pesimis dengan Anwar sudah pasti gembira dengan ketiadaan Anwar. Mereka akan membawa Pas keluar dari Pakatan Rakyat. Tindakan inilah nanti akan berlaku konflit dalam Pas. Puak yang mempercayai Pakatan Rakyat boleh muncul menjadi kuasa baru dalam PRU 14, akan tetap mahu mengekalkan Pas berkolobrasi dengan PKR dan DAP.

Konflit inilah nanti akan membawa pergaduhan dalam Pas. Sekiranya Anwar dipenjarakan 10 Februari nanti saat Pas menentukan kerjasama dengan PKR dan DAP akan ditentukan dalam muktamar parti tersebut yang dijadual Jun nanti. Seandaianya Pas mengekalkan kepimpinan teratas yang ada hari ini, tidak syak lagi Pas akan dibawa keluar daripada Pakatan Rakyat manakala sebilangan yang tidak setuju akan terus kekal bersama Pakatan. Anwar akan menjadi titik akhir dan faktor menentukan masa depan Pas dengan Pakatan Rakyat.

Saat ini perbalahan "kurba" (besar)  akan berlaku dalam Pas. Keadaan dan kemungkinan ini yang perlu dihindarkan sekiranya mahu mencatat sejarah baru di negara ini, persalinan kerajaan pada pilihan raya umum akan datang. Tanpa menguar-uarkan Umno sangat mengharap perpecahan dalam Pakatan Rakyat kerana perpecahan akan menyuburkan akarnya untuk terus berkuasa.

Anwar apa keadaan pun tetap menjadi faktor penentu kepada masa depan baik kepada parti pemerintah atau parti pembangkang