15 Februari, 2015

Sejarah kerajaan perpaduan Hj Hadi.


 1. Tuan Guru Mursyidul Am sokong DS Anwar dalam isu 16  September tetapi Haji Hadi tidak setuju,  berlaku perbalahan antara Tuan  Guru Mursyidul Am dengan Haji Hadi,  mengapa Haji Hadi tidak wala' kepada  Tuan Guru Mursyidul Am?. Surat  terbuka Tuan Guru Mursyidul Am kepada  Harakah yang menyokong 16  September tidak disiarkan oleh Harakah, arahan  daripada Siapa?. Haji  Hadi atau Mustafa Ali?.
 2. Haji Hadi hendak PAS Perak bentuk kerajaan dengan umno di Perak selepas PRU-12 tahun 2008.
 3. Haji Hadi adakan rundingan dengan Pak Lah untuk bentuk kerajaan UG.
   4. Isu PM, dalam mesyuarat PR PAS setuju DS Anwar jadi PM tetapi dalam   mesyuarat PAS Pusat Mac 2013 tolak DS Anwar jadi PM dan hantar wakil   memujuk Kuli untuk jadi PM.
  5. Bertembung di dun Kota Damansara  dan tiga dun di Terengganu PRU-13  (dalam mesyuarat PR telah dipersetujui  PKR bertanding, tetapi hari  penamaan calon Haji Hadi bagi watikah khas  kepada calon PAS).
  6. Haji Hadi gagal selesaikan masalah PAS  Kedah sehingga PAS tumbang  di Kedah dalam PRU-13 walau pun telah ada  usul daripada dewan ulamak  PAS Kedah supaya tukar MB sebelum PRU-13.
   7. Isu MB Selangor dalam mesyuarat 17 Ogos sudah setuju Wan Azizah dan   Azmin sebagai calon MB dan telah bersetuju tidak menuntut MB Selangor,   tetapi selepas itu Haji Hadi hendak PAS jadi MB Selangor. Dr.M kata BN   tidak pernah hantar nama lebih daripada seorang samada calon MB atau  PM  sewaktu zamannya dan kaedah itu kekal hingga sekarang. Apa yang Haji   Hadi hendak di Selangor?. (Haji Hadi hantar tiga nama yang tiga2 itu   adun PAS, tetapi dalam ucapan penggulungan cakap PAS tak kemaruk nak   jadi MB Selangor, cakap lain dan tindakan lain).
  8. Dalam  mesyuarat PR, PAS hendak kekal dalam PR dan dalam muktamar  PAS juga  telah dipersetujui perkukuhkan PR, tetapi dalam mesyuarat JK  PAS Pusat  25 Ogos Haji Hadi hendak bersama umno (rujuk mesyuarat 25  Ogos14).
   9. Mesyuarat Majlis Syuro Ulamak selepas 25 Ogos tidak cukup korum dan   notis jemputan mesyuarat juga tidak cukup 14 hari, Haji Hadi bercakap   mengenai perlembagaan PAS tetapi Haji Hadi sendiri pijak Perlembagaan   PAS.
  10. Haji Hadi tak bersetuju dengan cadangan supaya Y.B. Dr  Syed Azman  dipilih sebagai MB Terengganu ketika krisis MB di Terengganu   (seolah-olah Haji Hadi mahu umno/BN kekal memerintah Terengganu).
   11. Pilihanraya semula di Perak selepas rampasan kuasa oleh umno/BN   tidak dipersetujui oleh Haji Hadi dengan alasan takut DAP akan jadi MB   (nampak sangat fikrah Haji Hadi dah sama dengan fikrah umno).
  12.  Malam PRK Parlimen Bukit Gantang 2009 dalam mesyuarat Lajnah  politik  PAS Pusat di Markaz Tarbiyah PAS Perak Air Kuning,Taiping Haji  Hadi  membangkitkan bahawa Najib Tun Razak ada hubunginya membincangkan   kerajaan perpaduan, tetapi Almarhum Tuan Guru Harun Taib telah  membantah  usul tersebut dan mohon presiden fokus kepada PRK Bukit  Gantang.
   13. Berita Awani 13.2.2015 perbualan melalui telefon dengan Nasharudin   Mat Isa, Nasharudin mengesahkan telah ada perbincangan mengenai  kerajaan  perpaduan dengan umno oleh Majlis Syuro PAS Pusat sejak 2008  lagi,  tetapi tanpa pengetahuan Tuan Guru Nik Aziz.
 Di atas itu adalah fakta....

3 ulasan:

  1. Niat dihati nak cipta sejarah semacam Asri Muda semasa penubuhaan BN dulu, tapi tak kena gaya.

    BalasPadam
  2. Salam. Maaf ana terpaksa hanya untuk satu kali ni shk mencarut. Dgn penuh insaf izinkan ana sebut

    Baaabeee hadi!

    BalasPadam
  3. Assalam, di hati ana pun rasa nak sebut macam Malaysiabaru. Belum sebut je lagi.

    BalasPadam

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha