26 Mac, 2015

Hudud. PAS kena kencing dengan UMNO!


Menteri-PAS bertikam lidah, Mahfuz kena keluar dewan

Beberapa anggota parlimen PAS membantah - akibatnya seorang diperintah keluar Dewan Rakyat - selepas seorang menteri mendedahkan bahawa kerajaan pusat tidak membawa cadangan pindaan undang-undang hudud ke mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu pada 11 Mac.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata enakmen syariah itu tidak pernah dibawa untuk perhatian majlis itu sejak mula lagi.Pengakuan itu mencetuskan kemarahan wakil-wakil rakyat PAS yang berkata kerajaan pusat pernah berjanji dalam jawatankuasa teknikal hudud untuk berbuat demikian sebelum pindaan dibawa ke Parlimen.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) diarah keluar dewan selepas beberapa kali cuba menyoal Jamil Khir sebab kerajaan tidak mahu mengikut apa yang telah dipersetuju dalam jawatankuasa teknikal.

Beliau diarah keluar oleh Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamad Said selepas 30 minit bertikam lidah, dengan menteri tersebut tidak memberi jawapan memuaskan berhubung perkara itu.



Hmmm...



2 ulasan:

  1. Bhai Chor Sniper...

    UMNO dan ngelat mana boleh berpisah... Hahaha... Samer seperti taik dan kentut... Takkan berpisah.... Hahaha

    BalasPadam
  2. Kalau ikut mamat bodoh(abduh)
    Lingkup pas
    Dalam dewan senyap nk mampus
    Kat luar cakap bergegar2
    Pi mampus la lu bodoh

    BalasPadam

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha