PEMISAHAN UBAT DARI KLINIK; SATU LAGI BALA KEPADA RAKYAT MALAYSIA
1. Selepas GST, satu lagi bala yang akan menimpa rakyat Malaysia adalah pemisahan antara dispensari dan klinik. Ianya bakal menambah kesengsaraan rakyat apabila terpaksa berbelanja lebih untuk urusan kesihatan jika ia benar-benar diluluskan.
2. Seperti yang kita ketahui, pada hari ini urusan klinik samada swasta dan kerajaan terbahagi kepada dua, iaitu yang pertama proses pemeriksaan dan kaunseling doktor, dan kedua proses dispensari ataupun pengambilan ubat. Tetapi selepas ini, kedua proses ini bakal dipisahkan. Klinik hanya menjalankan proses pertama. Selepas itu, pelanggan terpaksa ke farmasi untuk mendapatkan ubat-ubatan.
3. Perubahan ini bakal menyebabkan rakyat terpaksa menambah perbelanjaan dengan begitu banyak kerana kedua-dua proses ini dikenakan caj yang berbeza. Sebelum ini, walaupun sesetengah doktor turut mengenakan caj atas khidmat pemeriksaan dan nasihat, tetapi ianya tertakluk budi bicara doktor. Ada yang caj hanya RM15, RM 10 dan kadang-kadang tidak dicaj langsung. Tetapi mengikut rang undang-undang farmasi yang bakal dibentang ini, doktor wajib caj antara RM30 hingga RM125 hanya untuk tujuan nasihat dan pemeriksaan. Ini tidak lain hanyalah menyusahkan rakyat.
4. Akan muncullah tabiat baru dikalangan rakyat iaitu terus ke farmasi bagi mendapatkan ubat tanpa terlebih dahulu merujuk doktor demi mengelakkan caj pemeriksaan dan kaunseling. Tabiat ini amat berbahaya kerana mungkin ubat yang diberi tidak sesuai dengan penyakit yang dicerita.
5. Bagi pengusaha farmasi pula, mereka tidak boleh menganggap peluang ini boleh melariskan premis mereka. Kerajaan yang mengamalkan kronisme seperti sekarang akan memberi tender yang besar kepada kroninya untuk membuka puluhan farmasi-farmasi baru yang memiliki ubat-ubatan yang bersesuaian dengan kehendak pesakit. Mereka tidak mungkin dapat bersaing lagi dengan farmasi-farmasi besar sebegini.
6. Pemisahan dispensari ini sebenarnya telah terlebih dahulu dilakukan di kebanyakan negara lain dan kesan daripada amatlah buruk terhadap sosio-ekonomi masyarakat. Doktor dan masyarakat di negara seperti Amerika dan UK telah mula mendesak kerajaan supaya kembali semula kepada penyatuan antara doktor dan dispensari.
7. Sehingga ke hari ini, dokumen RUUF menjadi sebuah rahsia yang dilindungi dibawah akta rahsia rasmi negara. Kenapa rahsia? Kerana kerugian-kerugian yang dinyatakan di atas tidak mahu diketahui rakyat. Apabila tiba sesi persidangan nanti lalu dibentangkan dalam tempoh yang singkat, ramai ahli parlimen termasuk dikalangan parti pemerintah sendiri tidak sempat faham komplikasinya akan terus bersetuju dengan majoriti mudah, dan ia bakal menjadi realiti!
Dr. Munzir Manir
Pemeriksaan doktor dan memberi ubat itu adalah seperti isi dengan kuku. x sepatutnya dipisahkan kerana ia akan menyulitkan pesakit. Rakyat selesa dengan sistem yang ada.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam