Kenyataan umum : Sebab Ustaz Ahmad Awang tandingi posisi Presiden PAS.
i. Sebagai parti yang menggunakan perkataan Islam dalam pendaftarannya, setiap ahli terutama pemimpinnya menggalas tanggungjawab yang sangat besar. Buruk dan baik kelakuan seseorang ahli akan membabitkan, membina atau merosakkan imej perkataan Islam itu sendiri, Muhammad saw dan Allah. Kami memohon keampunan Mu.
ii. Sebab itu perlu difahami, bahawa politik Islam hanyalah tafsiran tindakan politik daripada sumber-sumber Islam. Yakni, Quran, hadis, sirah dan pendapat ulama. Tafsiran ini boleh dibantah, dipersetujui, dibahaskan, dalam kerangka ukhwah. Ianya bukan akidah. Tetapi cabang pendapat. Cabang pendapat (tafsiran) yang banyak dan beraneka adalah rahmat dalam kita memilih.
iii. Oleh itu, PAS mempunyai Majlis Syura Ulama yang mengawal cabang-cabang pendapat yang terkeluar dari sumber teras Islam. Dalam semua cabang pendapat yang tidak terkeluar dari teras Islam, Majlis Syura Ulama TIDAK BOLEH menentukan cabang pendapat untuk PAS. Ianya ditentukan oleh muktamar. Dan dijalankan oleh AJK PAS Pusat, termasuk Presiden. Inilah konsep Kepimpinan Ulama. Kepimpinan Ulama adalah sistem. Bukan di atas makhluk.
iv. Kebelakangan ini, apa yang berlaku di dalam PAS, sangat menyedihkan. Lebih menakutkan kita untuk menjawab di mahkamah Allah, ialah nama Islam yang dibawa PAS menjadi semakin aib. Apakah punca semua ini terjadi?
Saya berpandangan, perkara ini terjadi adalah kerana salah faham konsep berjemaah. Semakin ramai dari kita berjemaah di atas makhluk atau manusia yang kita kagumi. Semua kerja yang kita lakukan adalah demi makhluk yang kita kagumi. Kita tidak lagi membina jemaah.
v. Kerana kita tidak lagi membina jemaah dalam setiap kerja kita, kita telah lama membina makhluk dalam setiap kerja kita; maka kita telah lama 'mengharamkan' pemilihan Presiden PAS.
Sebenarnya, kesemua posisi dalam PAS, termasuk Presiden, adalah pekerja jemaah. Pekerja jemaah ini pula berhak dipilih oleh ahli. Wajib ditunaikan hak memilih itu kepada ahli. Pemilihan kesemua posisi, termasuk presiden, bukan tindakan membina makhluk. Tetapi membina jemaah.
Malangnya, apabila hak ini 'diharamkan', tambah-tambah pula dengan memanipulasi hujah Islam, maka, pertamanya ahli dinafikan hak memilih pekerja jemaah. Maka, kemudiannya mereka mula mencari kaedah-kaedah lain. Maka, kemudiannya dibalas dan dilawan oleh pihak yang menafikan hak memilih tadi. Kemudiannya ukhwah sesama kita pudar. Seterusnya memasuki perihal kedua yang paling menakutkan kita di hadapan Allah. Manipulasi hujah agama digunakan kedua-dua pihak. Membuatkan Islam semakin aib, mengelirukan dan menjauhkan usaha dakwah.
vi. Untuk semua ini, demi membina jemaah, saya mengumumkan menawar diri untuk bertanding posisi Presiden PAS. Saya ingin mengembalikan hak memilih pekerja jemaah kepada setiap ahli yang diwakili perwakilan.
Saya faham, di antara saya dengan Abdul Hadi, beliau mempunyai beberapa kelebihan. Saya faham bahawa beliau mempunyai jiwa yang sangat terbuka dan besar. Dan sejak dahulu menggalakkan pemilihan posisi yang disandangnya.
vii. Saya merayu, demi jemaah ini, kembalilah kepada sistem, jemaah dan tajuk. Bukan berjuang kerana mahkluk. Kita patut malu dengan parti masyarakat kiri. Pemilihan tidak membuatkan kita pecah kecuali golongan yang berakidahkan makhluk.
Penutupnya, selepas hak memilih pekerja parti ditunaikan, apa pun keputusannya; saya berharap, semua ahli meninggalkan makhluk, menerima keputusan dan kembali membina, bekerja untuk jemaah. Ingatlah semua. Parti kita bukan perihal manusia yang kita kagum. Bukan perihal Kelantan atau Terengganu atau Malaysia. Parti kita mempunyai nama Islam. Mengheret nama Islam ini seperti memikul seluruh isi alam semesta di atas bahu, kemudiannya dihisab kita pula di mahkamah Allah.
Ahmad Bin Awang
Pekerja jemaah.
Parti Islam SeMalaysia.
Gunung Semanggol.
Jika pas boleh berbaik dgn umno
BalasPadamMaka
Pas juga boleh berbaik dgn Yahudi
(ApCO penasihat hadi awang yg baru setelah menantu di singkir)
Kenyataan macam inilah yang kita harap dari saorang yang matang! Saya sokong Ahmad bin Awang! InsyAllah PAS akan menjadi BARU bukan BARUA!
BalasPadamAdakah org lain sahaja yg akan dihisab oleh Allah...
BalasPadam