21 Julai, 2015

Bukti Hj Hadi kalah bila PAS bersendirian.


Hj Hadi mula bertanding pada Pilihanraya Umum Malaysia 1978 di Dun Marang mewakili PAS tetapi kalah dengan kekurangan 64 undi kepada calon BN, Tengku Zahid Tengku Musa. Pada Pilihanraya Umum Malaysia 1982, beliau dicalonkan mewakili PAS bagi DUN Marang dan berjaya merampasnya dengan majoriti 320 undi, tetapi tewas di Parlimen Dungun yang turut ditandinginya di tangan Haji Awang Jabar.

Pada 1986, beliau menang sekali lagi di Dun Rhu Rendang (Nama baru bagi Dun Marang selepas persempadanan semula) dan beliau berjaya menewaskan Abdul Latif Muda dan mengekalkannya sehingga sekarang. Namun, bagi kerusi Parlimen Marang pada tahun itu, beliau kalah kepada Datuk Abdul Rahman Bakar 

Semasa Angkatan Perpaduan Ummah 1990 hingga 1996, Hj Hadi
menang kembali pada 1990, terus menang pada 1995 dan 1999 tetapi tewas sekali lagi kepada Abdul Rahman pada 2004 (BA berpecah)

Semasa Barisan Alternatif (Pakatan Rakyat) 1999, 2004, 2008, 2013, Haji Hadi memenanginya semula pada 2008. Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2013, beliau berjaya mengekalkan kedua-dua kerusi yang ditandingi. Beliau menang di Parlimen Marang dengan majoriti 5124 undi  , menewaskan DatukYahya Khatib Muhammad dari BN . Manakala beliau menang di DUN Rhu Rendang dengan majoriti 2819 , menewaskan Nik Dir Nik Wan Ku dari BN .

PRU14?

2 ulasan:

  1. Cuba2lah nasib kuar dari bawah tempurong Marang......cuba populurity bertanding diPantai Barat ke.....ade berani...mcm LKS. ...pp pj melaka sekarang dijohor......

    BalasPadam
  2. Semua ini kerana DIA
    1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda?
    2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
    3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb?
    4. ahli pas buat solat hajat nak kekalkan kahild sbg mb walhal org tua tu sengaja tinggal solat? org yg istiqimah dlm solat mohon pd Allah swt supaya kekalkan org munafiq jd pemimpin dia?
    5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro?
    6. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
    7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro?
    8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
    9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran haram dan tak Islam?
    10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
    11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
    12. dia selalu ponteng sidang parlimen?
    13. dia mencanangkan hudud Allaha swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?

    dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

    BalasPadam

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha