11 Julai, 2015

PAS kekal di Selangor kerana Din Ayam!


Pasal Din Ayam masih di perangsang!

Sebagai panduan utk ahli dan pendokong Pas Shah Alam behubung dgn keputusan Mesy MSU

"PAS SHAH ALAM TERUSKAN KERJASAMA DENGAN PKR DAN DAP"

PAS Shah Alam memaklumi bahawa Mesyuarat Majlis Syura Ulamak memutuskan hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal. Dalam masa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR.

PAS Shah Alam juga memaklumi keputusan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.

Sementara itu, PAS Shah Alam menyedari keterlibatan kepimpinan, ahli dan jentera di semua peringkat di dalam merancana, melaksana dan menggalas amanah rakyat Negeri Selangor yang telah memberi mandat kepada Pakatan Rakyat di dalam PRU ke-13 yang lalu.

PAS Shah Alam juga menyedari bahawa Pakatan Rakyat Selangor yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP telah dapat bekerjasama dengan baik;  menyelesaikan isu dan perbezaan dengan harmoni; dan  menerajui Kerajaan Negeri, PBT dan semua institusi di bawah kerajaaan Negeri Selangor dengan mantap dan jaya.

Maka, sehingga ada ketetapan dan kaedah perlaksanaan yang bersesuaian dengan keperluan politik di Negeri Selangor oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, PAS Shah Alam akan terus berkerjasama dan berkawan dengan PKR dan DAP untuk menggalas tanggungjawab membangun negeri dan masyarakat Selangor.

AZLI YUSOF
YDP Pas Shah Alam
11 Julai 2015

6 ulasan:

  1. Baguslah tapi perlu terima juga yang Pakatan Rakyat menjadi Pakatan ber-4 apabila tertubuhanya parti baru kelak. Terang-terang PKR dan DAP setuju untuk membawa masuk parti baru dlm PR. Pas setuju atau tidak terpaksa menerima idea tersebut kecuali PAS keluar dari pakatan tersebut.
    Pas paling akan terkesan jika kekal bersama kerana Parti Baru akan menuntut hak di kawasan DUN dan Parlimen yg mereka menangi sebagai menegkalkan status Quo.

    Selangor juga akan berubah kerana Parti Baru akan mengambil 1/3 hak Pas dlm kerajaan Negeri ( 1 exco dan jawatan dlm GLC ) Ini berlaku jika 2 adun yg di BARUA dan digantung menyertai Parti Baru.

    Pas keluar PR dan sendiri lg parah, pasti sekadar sedikit utuh di Pantai Timur sahaja kerana pola politik pantai barat berbeza. Jika sertai UMNO pasti grass-root Pas tak akan dapat terima kecuali kabilah Walaun sahaja lah. Pantai Timur juga tiada jaminan dan lihat Terengganu dapat sepenggal sahaja kerana Hadi tidak wujud di hati rakyat Terengganu seperti Arwah Tuan Guru di hati rakyat Kelantan, maka Terengganu kekallah jika ceramah di Rusila berkilometer kena jalan kaki kerana ramai datang tp bila PRU tetap BUNGKUS juga.
    Jadi diseur seluruh warga PAS yg berjawatan di Pulau Pinang diarah letak jawatan seandainya Muktamar/Dewan Ulama/ MSU lebih mulia dari DUIT. Berambus lah dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai bukti masih bermaruah dan bertelur.

    Teruskan lah maju jaya pd Barisan Kepimpinan Cai yg ada antaranya suka MENJEBON, MEMBARUA dan MENTOLOL kan orang lain.

    Harapan Baru

    BalasPadam
  2. INI BARU BETUL...celaru haru biru lagi PAS? Kalau nak keluar tahaluf siyasi, buat masa hampir PRU, time sekarang time memerintah, jangan kuburkan kepercayaan rakyat..

    BalasPadam
  3. Aura din ayam lagi tinggi dari keputusan muktamar..kah kah kah..mcm sial!!!

    BalasPadam
  4. ..kat tempat menantu aku takpe lah boleh bertahaluf siyasi dgn pkr & dap, tak jadi haram pun. Tempat lain tak boleh nanti masuk neraka!

    BalasPadam
  5. Kerana budak hingusan bergelar Ding Ayamg

    paskucar kacir .... sehingga si tolol usia 67 tahin pun boleh terpedaya...

    mentang mentang projek air perangsang seks dah dapat hasik pemuda pas...

    maka di suruh bubar jer pakatan selangor ...

    duit 1billiin pas dah dapat blum? Setelah di janji yab najis tun rojak jika oas announce putus dgn dap?

    BalasPadam
  6. pas parti penipu besar yg menggunakan ayat2 al-Qur'an utk menipu umat. dimana al-Qur'an dan hadis apabila:

    1. hadi fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda?
    2. hadi hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
    3. hadi cuba rasuah azmin dgn jawatan mb?
    4. ahli pas buat solat hajat nak kekalkan kahild sbg mb walhal org tua tu sengaja tinggal solat? org yg istiqimah dlm solat mohon pd Allah swt supaya kekalkan org munafiq jd pemimpin dia?
    5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro?
    6. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
    7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro?
    8. hadi gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
    9. hadi dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran haram dan tak Islam?
    10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
    11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
    12. hadi selalu ponteng sidang parlimen?
    13. hadi mencanangkan hudud Allaha swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg hadi ponteng?

    dan banyak lagi...

    pas dah jadi hampas...

    BalasPadam

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha