25 Ogos, 2015

Kg Mutiara. Kisah belakang tabir




A.

GAMBARAN ISU KG. MUTIARA

Sebelum saya perjelaskan isu kononnya orang Melayu Kg. Mutiara diusir oleh Kerajaan Negeri, elok dapat gambar sebenar dulu isu tersebut.

الحكم على الشيء فرع عن تصوره

Isu Kampung Mutiara dekat Batu Feringghi, Pulau Pinang pun sebenarnya membabitkan tiga pihak.

Pertama, tuan tanah persendirian. Kedua, pemaju. Dan ketiga, penduduk asal di situ.

Tuan tanah persendirian itu menang kes di peringkat Mahkamah Rayuan Putrajaya, sekaligus mengakibatkan pengusiran penduduk asal dari kampung tersebut.

Secara pentadbiran, telahpun menyediakan khidmat guaman untuk penduduk-penduduk asal berwajib demi menghadapi tuntutan tuan tanah persendirian tersebut hingga ke peringkat akhir mahkamah.

Dari segi undang-undang, Tuan Tanah Persendirian memang mempunyai hak ke atas tanah tersebut, tetapi, Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) secara pentadbiran biasanya tidak akan meluluskan permohonan pelan perancangan pembangunan di atas tanah tersebut sehinggalah tuntutan penduduk asal di situ turut diambil kira.

Selain itu, pemaju serta tuan tanah perlu mendapatkan kelulusan memulakan kerja-kerja daripada MBPP sungguhpun telah ada perintah mahkamah,  supaya tidak berdepan risiko undang-undang macam kes perobohan Pasar Perai yang akan didengar pada 18 September depan.

Rundingan mesti dilakukan antara ketiga-tiga pihak terbabit, dan Kerajaan Negeri memang mahu situasi 'menang-menang' berlaku.

Contoh terbaru, 54 setinggan/penduduk asal di Sandiland Offshore dekat Komtar dapat 'rumah ganti rumah' apabila pemaju Tanjung Villa setuju dengan syor negeri.

Justeru, mengapa pula pentadbiran Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng digambarkan cuba mengusir komuniti Melayu daripada kampung setinggan berkenaan, jika kaedah pentadbiran seperti di atas dilakukan.

Dan, mengapa kita yang GHB pun digambarkan sanggup berdiam diri sebab nak bekerjasama dengan DAP dalam Kerajaan Negeri?

Kalau parti Islam berkenaan telah putuskan tahaluf siyasi dengan DAP, jangan panjangkan kebencian sesama rakyat Pulau Pinang yang mahu keharmonian kaum dan agama.

Firman Allah S.W.T :

وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ

"... dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa..." (Surah Al-Maidah: 8)

Sekian.

B.

Perjumpaan JK Khas (Ghb) Kg Mutiara dgn YB Zairel.


Fakta.

1. Kes ini adalah antara Penduduk Kg Mutiara  dengan Tuan Tanah.

Ringkasan.

Tanah Kg Mutiara asalnya milik Lorraine Osman.

Atas sebab2 tertentu,  Bank melelong tanah tersebut dan dibeli oleh Tuan Tanah sekarang pada 2007.

Tuan Tanah selaku Plaintif, telah memfailkan di Mahkamah supaya penduduk mengosongkan tanah miliknya.

Kes ini telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi, seterusnya di Mahkamah Rayuan, memihak kpd Tuan Tanah.

2. Kes ini pada asal dan awalnya dikendalikan oleh Umno. 'Kebetulan' majoriti penduduk Kg Mutiara adalah ahli dan/atau penyokong Umno.

3. Tanah Park Royal Hotel.
Sebahagian penduduk Kg Mutiara sebelum ini menduduki tanah Hotel Park Royal. Bila Hotel Park Royal dibina,  mereka berpindah ke Kg Mutiara.

4. Sehingga hari ini, TIDAK PERNAH ADA  perundingan/perbincangan antara Penduduk dgn Tuan Tanah.

Atau antara Penduduk dengan Kerajaan Negeri.

Yang ada, adalah naik turun mahkamah yg akhirnya tetap berpihak kpd Tuan Tanah.

5. Oleh kerana kes ini kes yg melibatkan penduduk dan tuan tanah,  dan pada asal dan awalnya dikendalikan oleh Umno, Kerajaan Negeri tidak terlibat dalam kes ini.

6. Peranan Kerajaan Negeri.  Kerajaan Negeri akan berpegang kpd polisi pentadbiran nya; iaitu TIDAK AKAN MELULUSKAN apa jua projek memajukan tanah tersebut SEHINGGA penduduk diberi pampasan yang sewajarnya.

Hingga hari ini, Tuan Tanah tidak hantar apa2 permohonan untuk memajukan tanahnya.

7. Tuan Tanah tidak mengemukakan apa apa permohonan untuk memajukan tanahnya, sebaliknya,  mengguna kuasa Mahkamah supaya penduduk mengosongkan tanahnya.

8. Atas kuasa tersebutlah, kampung tersebut sepatutnya dirobohkan pada hari ini, 24.8.15.

9. Atas pandangan keselamatan pihak polis,  mereka menangguhkan perobohan ini selama 2 minggu.

10. Ambil maklum, bahawa TIADA PERNAH PERUNDINGAN RASMI antara Penduduk vs Tuan Tanah , dan Penduduk vs Kerajaan Pulau Pinang.

YB Zairel , TKM1, dan YB Mujahid  akan cuba membawa Tuan Tanah ke meja rundingan BUAT PERTAMA KALI.

Ini akan dilakukan dalam masa 2 minggu ini.

Semoga dipermudahkan Nya dan berjaya.


Dr Zaidi Zakaria
Wakil
JK Khas (Ghb) Kg Mutiara

C.

Bantah sebarang projek pembangunan di atas tanah Kampung Mutiara selagi pampasan adil tidak diberikan kepada penduduk

Penduduk Kampung Mutiara, Batu Ferringhi yang sudah menetap di kawasan tersebut sejak 50 tahun dahulu kini berhadapan dengan tindakan pengusiran berikutan penghakiman mahkamah bertarikh 3 Julai 2012, perintah bertarikh 20 April 2015, writ milikan bertarikh 25 Jun 2015, dan akhirnya, notis keluar bertarikh 9 Julai 2015.
Kemelut Kampung Mutiara, yang terdiri daripada 90 lebih unit rumah kampung, telah bermula pada tahun 2007 apabila pemilik baru, Encik Loke Leng Seak, telah membeli hartanah Lot 39 dan 40, Seksyen 1, Daerah Timur Laut, Bandar Batu Ferringhi, Pulau Pinang yang berukuran seluas lebih kurang 3.5 ekar.
Setahun kemudian, Encik Loke telah memulakan tindakan mahkamah untuk mengusir penduduk kampung tanpa sebarang pampasan kepada mereka. Walaupun tidak bercanggah dengan kanun tanah negara, namun tindakan ini merupakan tindakan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Di bawah garis panduan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, mana-mana pelan pembangunan tidak akan diluluskan tanpa pampasan adil dan setimpal kepada penduduk di kawasan tersebut. Sebagai contoh, di Kampung Chetty, iaitu sebuah kampung berdekatan dengan Kampung Mutiara, pampasan satu unit rumah kos sederhana rendah (LMC) telah diberi sebagai ganti rugi bagi setiap rumah yang dikosongkan. Ini adalah hasil rundingan antara penduduk dan pihak pemaju dengan Kerajaan Negeri sebagai pemudahcara.
Namun begitu, dalam kes Kampung Mutiara, sampai sekarang tidak ada sebarang permohonan kebenaran merancang yang dibuat. Oleh itu, Kerajaan Negeri tidak mempunyai locus standiuntuk menolak atau menyekat tindakan mahkamah yang diambil oleh tuan tanah Encik Loke.
Pun begitu, kami selaku wakil rakyat tempatan bertekad akan membantah dan mendesak Kerajaan Negeri untuk menolak sebarang projek pembangunan di atas Lot 39 dan 40 Kampung Mutiara, selagi pampasan yang adil dan setimpal tidak diberi kepada semua penduduk kampung tersebut. Kami berpendapat bahawa pampasan bagi penduduk yang sudah berpuluh tahun menetap di situ adalah suatu hak asasi yang wajib ditunaikan atas prinsip perikemanusiaan.
Teh Yee Cheu
Adun Tanjong Bunga
Zairil Khir Johari
Ahli Parlimen Bukit Bendera
Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang
NB: This press statement was released on 10 August 2015 in George Town.
http://www.zairil.com/bantah-sebarang-projek-pembangunan-di-atas-tanah-kampung-mutiara-selagi-pampasan-adil-tidak-diberikan-kepada-penduduk/

UMNO. Tukang jual tanah yang menyamar jadi pembela!

PJ PAS Perak. Menyebuk ada buat homework ke?


Akhirnya, PAS turut menjadi juara fitnah demi
menjaga hati UMNO!






1 ulasan:

  1. Selepas MUKTAMAR tiada lagi hati pada PAS.
    Mulut kata isle isle tapi kelaku menjebon, mentolol dan membarua kan orang. Banyak lagi ulama yg boleh kita ikut tapi bukan LEBAI HADI
    Lihat kelakunya dalam berpolitik, lihat bahasa mulut longkang nya PASTI akan dijauhi kecuali yg membabi buta

    Sedih begini model kunun islam

    BalasPadam

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha