31 Ogos, 2009

Suasana Bandaraya Ipoh sempena hari Kemerdekaan.

Sempena cuti kemerdekaan, pagi tadi aku pergi ke Ipoh bersama isteri. Tempat arah tujuan yang pertama aku ke rumah aku yang disewakan di Simpang Pulai kemudian macam biasa singgah di gedung kain Riamoda di persimpangan Simpang Pulai, Lahat, Ipoh dan Cameron Highlands. Sambil-sambil isteri aku pergi membeli kain ela, aku layan anak lelaki aku yang berumur 2 tahun ke kedai 2 ringgit yang berhampiran. Hampir sejam setengah selepas itu isteri aku selesai membeli belah terus kami menuju ke Ipoh. Mulai dari Simpang Gopeng melalui flyover menuju ke Ipoh memang tak ada langsung tanda-tanda menyambut merdeka.

Tiada bendera dipasang di kedai-kedai! Tiada aktiviti di Padang Ipoh! Aku tertanya-tanya tentang kelesuan sambutan kemerdekaan ini. Mungkin kedatangan bulan Ramadhan dan wabak H1N1 yang melanda? Sehinggalah apabila aku sampai ke persimpangan jalan stesen keretapi, barulah aku temui jawapannya dan sebab-musababnya yang menyebabkan warga Ipoh hilang semangat untuk sambut kemerdekaan!
Cisss... ! Potong Stim! Banner mamat 2 ekor ni yang tersengih-sengih di tengah-tengah Bandaraya Ipoh telah berjaya mematikan semangat warga Ipoh untuk menyambut kemerdekaan.
(gambar kurang memuaskan kerana pakai kamera handset)

26 Ogos, 2009

PAS menang atau Rakyat menang?

Fuhh... lega! Pakatan Rakyat (dibaca: Rakyat!) menang lagi! Ekspresi muka gedebe taik kucin UMNOngok yang aku terperasan; Najib - Mata kehulu kehilir masa cakap dalam TV semalam! Hishamudin (sepupu Najib) - tak dapat bezakan SPR dengan SPRM! Mohyidin - Cakap sampai bergegar pipi sembab! Berkaitan berita ini , aku berpendapat kalau takat nak jatuhkan MB Mat Said ganu PKR nak terima Rosul Wahid n the gang baik ler tak payah! Lagi satu yang aku pelik dengan kengkawan aku nih bila menang pilihanraya akan ulas sebagai 'PAS menang', 'PKR menang'. Ghentikan ler nak 'up' parti masing-masing komer oii! Yang menyebabkan komer menang tu adalah kerana undian penyokong Pakatan Rakyat yang tak berparti macam aku nih! Komer tau ke atau buat-buat tak tau!? Lain kali, kalau menang lagi komer wajib declare 'Rakyat Menang!', Baghu ler semiak sikit aku nengornyer! Tak reti nak menjaga hati langsung! Lepas ni, kalu ada majlis kesyukuran kemenangan Permatang Pasir pakat-pakat oghang PAS aje yang mentekedarah, siap komer! nak jamu, jamu semua sekali! Anyway, kemenangan ke 8 ini haruslah dibaca sebagai "Momentum Rakyat berterusan untuk menyingkirkan UMNO dan memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Negara". Ingat bebenor tu! Jangan nak perasan!

23 Ogos, 2009

Singkirkan Dol Hancing sebelum rakyat menyingkir anda!

Hari ni, ADUN PKR Lunas mengisytihar bebas! Bebas dari apa? Skrip sebab? Skrip sama macam Jamaludin dengan Osman!

Aku tertanya-tanya? Apakah budaya jemaah PAS dalam pentadbiran negeri menyebabkan keadaan ini berlaku? Kalau di Perak dan Kedah berMBkan PAS tetapi mengapa keadaan ini turut berlaku di Selangor? (baca di sini)

Jawapan yang mudah, ini kerja kerajaan laki bini! Itu salah satu sebab tetapi tiadakah sebab salah sendiri?

Yang positifnya, ADUN-ADUN yang berkulit PKR tetapi berbadankan UMNO mulai menyingkirkan diri sendiri! This is very good situation kata omputeh! Untuk PRU 13 tak teruk sangat nak tapis-tapis! Tetapi awas! masih ada lagi calon-calon berkulitkan PKR berbadan UMNO yang tewas pada PRU yang lalu masih kekal dalam parti. Kepada ahli-ahli PKR, singkirkan mereka mulai sekarang! pedulikan kepada bidaah seniority!

16 Ogos, 2009

Selsema Babi, Topeng Muka Anika Pilihan.

1 ply. Harga semasa 9 kupang! 3 ply. Harga semasa 7 kupang! Free! ber ply-ply! 1 boleh dapat 2! 1 pakai, 1 spare! atau untuk diberi kepada sahabat handai dikala keadaan memerlukan (Disyorkan pakai semasa dengar ceramah atau berdemo!). Mungkin isteri anda kini telah menggunakan saiz 42 maka yang lama-lama bersaiz 38, 39, 40, 41 boleh diguna untuk mengelakkan pembaziran! Amaran: Jangan guna yang dah bertaik lalat!

Apa itu Influenza A H1N1?

Apa itu Influenza A H1N1? Viral Novel Influenza type A H1N1. Ianya berasal dari Virus Avian Flu (Selsema Burung H5N1) yang telah menjangkiti Babi @ Khinzir dan telah bergabung dengan Swine Flu (yang sepatutnya hanya menjangkiti ternakan Babi sahaja) dan telah evaluasi (Mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yang lebih tinggi didalam rantaian makanan@manusia Dan semasa didalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia. Jangka Hayat Virus Oleh kerana ia adalah Virus yang 'air born', ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host ( badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik, akan 'bersih' dr virus tersebut. Apa Yang Perlu Tahu Asal virus ini: Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrakedi Mexico . Virologi Virus H1N1 Incubation Period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkiti pesakit pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat-lewatnya hari ke-4 H1N1 sebenarnya adalah Selsema Biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk. Cara Serangan Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan.Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kepada golongan yangg berisiko tinggi. Siapa yang berisiko: 1. Orang yang ada masalah 'obesiti' @ gemuk. 2. Perempuan yang mengandung. 3. Orang yang ada asthmatic (Bronkiol Asthma) 4. Orang-orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi (menjalani 'operation yg besar', kanak-kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan-golongan yang rendah tahap imuniti eg. HIV ext.) *kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan-golongan di atas. 44 kematian di laporkan setakat 12 Ogos 2009. Simptom-Simptom hari 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya. hari 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal (demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam). hari 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas. hari 4 - sakit dada yg teruk jumpa doktor dengan segera. hari 5 - and above lung collapse @ koma. Langkah-langkah kawalan 1. Golongan-golongan yang berisiko, elakkan daripada kesesakan (kawasan yang padat dengan orang ramai) 2. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran . 3. Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat' . 4. Jika kurang sihat, elakan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan) 5. Jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask). 6. Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat. 7. Jika ada tanda-tanda simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan 8. Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus. 9. Tak perlu ambil anti-viral @ apa-apa ubat influenza. jika sihat dan mengambilnya, akanmengakibatkan resistan (lali) kepada vaksin @ ubat-ubat untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal. 10. Vaksin hanya akan 'wujud' seawal-awalnya pada oktober 09 dan hanya untuk 'frontliner' sahaja dan untuk awam selewat-lewatnya pada 2010. 11. Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di dua makmal sahaja di malaysia, mengambil masa 6 jam untuk run test kepada satu batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan. 12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi outbrake ini. Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin… Sumber Rujukan: Taklimat Influenza A H1N1 oleh Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit dari Kementerian Kesihatan Malaysia di Pan Pasific KLIA pada 01 Ogos 2009. Untuk maklumat lanjut pertanyaan/kemusykilan/soaljawab layari lamanweb Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai Influenza A H1N1 http://h1n1.moh.gov.my

Muhyiddin - di mulut dan di dalam hati

Tangani ponteng sekolah, gangsterisme - Muhyiddin PUTRAJAYA 14 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu ibu bapa dan pihak sekolah memberi perhatian terhadap gejala ponteng dan gangsterisme di kalangan pelajar bagi mengelak masalah disiplin khususnya jenayah yang lebih serius. Dalam hati: mmm... lagi bertambah budak-buadak ni maka lagi bertambahlah ahli UMNO untuk masa akan datang! Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha bersepadu perlu dilakukan bagi mengelakkan dua gejala itu berleluasa di kalangan pelajar sekolah. "Gejala ini (ponteng dan gangsterisme) cenderung untuk membawa kepada masalah disiplin dan kegiatan berunsur jenayah yang lebih serius seperti penagihan dadah, ragut dan pelbagai bentuk jenayah lain. Dalam hati: aku cakap je.. benda-benda ni lantak la Guru Besar yang handle! "Usaha bersepadu perlu dilakukan untuk membendung gejala ini di peringkat awal dan mengelakkannya daripada terus berleluasa di kalangan murid," katanya. Dalam hati: errr.... bersepadu tentang apa aaa....? kalau cikigu-cikgu tanya apa pulak aku nak jawab ni!? belasah je lah! kalau ada cikgu-cikgu yang lebih-lebih aku tukarkan ke Sabah!

09 Ogos, 2009

Rakyat bawahan akan ditipu sampai bila-bila!

Dari aku kecik sampai aku dah tua bangka ni, aku nengok stail budaya orang-orang politik di Malaysia ni tak pernah berubah. Baik Umno ke, PAS ke, DAP ke, PKR ke (baru lagi, kalau tak dibentuk dari awal, penyudahnya akan jadi macam sial!). Maksud aku yang tak berubah tu ialah bila depa naik, mula-mula biasalah, buat-buat baik dulu, jumpa rakyat, bantu orang susah. Tapi bila dah lama sikit mulalah keluar tembelang sebenar! Faraid harta negeri sesama depa! Sebab tu walaupun negara kita banyak hasil mahsul tapi rakyat bawahan ramai yang papa kedana! Haramjadah! Aku pikirlah, sebab musabab depa ni tak berubah adalah kerana salah pengundi jugak! Dibawah ni contoh-contoh jawapan yang aku dapat dari pengundi-pengundi yang menyebabkan semua Wakil Rakyat mudah mengambil kesempatan! Soalan kepada pengundi-pengundi "Sebagai pengundi, mengapa abang/encik/tuan tak mau bertindak? contohnya menyertai parti dan menyingkirkan pemimpin yang macam sial. Tak ke abang terfikir tindakan abang buat derk ni menyebabkan budaya politik kita takkan berubah! ahli politik makan isi, kita dapat kuah?" Jawapan yang aku dapat; 1. Peniaga gerai makan "Tak boleh yob, pelanggan aku ramai, kalau aku buat tindakan depa boikot kedai aku, aku nak makan apa?" 2. Kontraktor "He he! aku tak peduli, janji aku dapat projek. Tak kira ler aku punya sendiri atau dapat sub! janji masyuukk!" 3. Tokeh kedai hardware "haiya! tak boleh loh! dia olang moleh mikin maciam-maciam! sekalang aa.., wa punya balang manyak underwater punya! wa nyolok cikit lia olang liam la! lu mau niaga itu balang ada cukai ka? itu maciam mau bayat itu letlik pun tala cukup wo!" 4. Pemuda tempatan "aaa... politik? lantak la depa, janji wa layannnn...." ciss! mat pek hon! 5. Pengundi wanita "Keme pun getik juger! masalahnyer kalau PAS meghentah, semua oghang jantan mudah sangat kawin banyak! kecuali kalau PAS masukkan dalam manifesto deme takkan memudahkan lelaki kawin ramei keme bila-bila masa pun memang nak nyokong PAS ni!" 6. Warga emas "Kami ni udah tak laghat keghojer, dapat deme bagi beghaih seguni sebulan dengan duit 100 ghinggit tu pun dah seghibu rahmat dah! getik memang ler getik, tapi nak buat camaner? oghang yang baguih-baguih idak nak janji apa-apa, kalau kami nyokong yang lain dibuatnyer teghenti bantuan, mati keghin lerrrr....." 6 harkat lerrrrr nya! Itu ler serba sedikit! lepaih ni aku nak keghobek apa lagi sebab yang menyebabkan politik kita ni macam gampang dari dulu sampai sekarang!

08 Ogos, 2009

Sial Najib jangkit 1 Malaysia!

Petang tadi aku pegi kedai runcit, berselisih denganPak Long. Muka masam mulut muncung. "Apa kehei pulak oghang tua ni!?" kata aku dalam hati. "Pak Long! Assalamualaikum! apa keheinyer masam benor! Maghah kat teman ke!?" aku tanya. "Hampeh betoi ler, malam ni aku nak buat doa selamat, gula boleh beli sekilo aje! mana ghoper aku nak menjamu oghang! err.. waalaikumsalam" jawab Pak Long sambil teghangkat kenin. "Ater ngapenyer tak beli awal2? Udah tau nak buat doa selamat, beli ler 10 haghi sebelum ni haghi-haghi, sedang elok ler haghi ni cukuo 10 kilo!" ciss.. macamana ler aku boleh cakap macam ni. "Tengkoghak kamu! krisis gula ni baghu jadi 5,6 haghi ni aje! kalau aku tau, awal2 aku beli seguni! heeee.... sial betoi ler sejak Najib jadi PM ni! mula2, chikangunya, peh tu selsema babi, sekhang ni pulok gula tak mandang! posa dah dekat! mana ler ghoper oghang pasar ramadhan nak buat koi besok! jawabnya. Kah kah kah! tak pasal2 Najib kena sial! Aku pikir lah, lepas jadi PM ni najib tak mandi susu dengan guruji dia kot? Sebab tu sial dia jangkit abih 1 Malaysia!

03 Ogos, 2009

Tanda-tanda awal DUN perak akan dibubarkan!

Banyaknya khemah! Tertulis di tepi khemah Parlimen Padang Rengas!
Rafidah Aziz Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Ramli Zahari ADUN Manong dengan bertopengkan majlis kempen kitar semula tetapi acara utama adalah menghargai @ menyatakan terima kasih dan memberi sumbangan kepada penyokong hardcore UMNO dari saloran 1 ! Majlis ini akan berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan Talang, Kuala Kangsar pada 4 Ogos 2009 .
Si Rafidah selama hari ni semasa memegang jawatan menteri tak pernah pulak menghadiri sebarang majlis di Kuala Kangsar tetapi semenjak hilang jawatan menteri dan ketua wanita rajin bebenor menjengok! Dah buang tebiat nak mampos atau ada perancangan yang lebih besar! Nampak gayanya ada chance ler oghang Kuale (atau orang Perak) dapat jalan baru, jambatan baru dan duit raya kalau betul2 ada pilihanraya kecil!
Pilihanraya ni kemungkinan besar jadi tapi bukan Parlimen Kuala Kangsar tetapi DUN satu negeri Perak (lihat di sini).

Dok berangan nak perintah negara konon!

Hajat hati nak ke KL, tiba-tiba kereta rosak di tengah perjalanan. Kerana tiada langsung ilmu tentang injin kereta, tunggulah pomen datang walhal yang rosak cuma kabel plug tercabut kerana hentakan terlanggar bangkai anjing di tengah jalan. Kerana dah terlewat maka hajat hati nak ke KL dibatalkan. Macam tu lah jugak Pakatan Rakyat ni. PKR. Anwar sekarang ni sedang berperang kerana tuduhan liwat si saiful. Tiadakah pimpinan PKR yang dapat mengambilalih sementara misi Anwar? Aku dengar PKR mesyuarat sana-sini tapi aku tak nampak pun sebarang langkah berkesan yang diambil untuk persediaan PRU 13! Apa? Puas hati dah pasal dah boleh kontrol Selangor? Rakyat terutamanya pengundi baru ramai yang cenderung menyokong PKR tapi tak pernah pun aku nampak orang kuat PKR tempatan menghampiri depa ni. Apa? tunggu depa isi borang UMNO baru hangpa nak hambat? PAS. PAS pulak sekarang ni sejak ada kepimpinan baru memang nampak kalut. Bukan kalut nak menghampiri pengundi di luar jemaah tetapi kalut menegakkan kononnya pendapat UG Hj Hadi adalah yang terbaik untuk kemakmuran negara dan sanggahan Nik Aziz tidak wajar diikuti. Dah ada blogger ahli PAS dah berani lah pulak menasihati Nik Aziz supaya mengundur diri. Woii! Hangpa ni mengigau ka apa? Aku agaklah, hangpa ni sebenarnya memang takdak visi dan misi pun nak memerintah negara! Keadilan untuk semua lah! Menegakkan Islam lah! Hangpa ingat kalau hangpa terus jadi pembangkang hangpa boleh realisasikan semua tu? Tak Payah! Kiriiimmm Salammm bebanyak!