28 September, 2012

Konsert BERSIH. Pemuda PAS akan buat bantahan?

Aci konsert je, perkara pertama yang menerjah dalam fikiran aku muka mamat nih!

Harap2 penganjur konsert BERSIH tak buat gila jemput kumpulan K-POP dari Korea!

Err... Najib jemput K-POP pemuda PAS tak bising pun! kih kih kih

Baca:

Bersih anjurkan konsert desak lapan tuntutan ditunaikan

- themalaysianinsider.com

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Gabungan Pilihan Raya Adil Dan Bersih (Bersih) hari ini mengumumkan akan mengadakan konsert Bersih 8T pada 13 Oktober ini yang akan berlangsung di Stadium Kelana Jaya.
Menurut kenyataan media yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini, mereka menganjurkan konsert itu selepas kerajaan enggan untuk melaksanakan lapan tuntutan yang diminta oleh gabungan tersebut.

“Kerajaan masih enggan untuk mendengar suara rakyat, lapan tuntutan dari Bersih dan 22 cadangan dari Jawatankuasa Parlimen masih lagi belum ditunaikan, maka kami anjurkan konsert Bersih 8T ini sebagai tanda ingatan kepada suruhanjaya pilihan raya (SPR) tentang lapan tuntutan yang masih belum dilaksanakan.

“Berbulan selepas Bersih 3.0, kerajaan hanya menfokuskan untuk menahan mereka yang terlibat dengan perhimpunan, bukan untuk membersihkan daftar pemilih pilihan raya,” kata dalam kenyataan media itu lagi.

Menurut kenyataan media itu lagi, Bersih 2.0 telah terus menerus untuk menyedarkan orang ramai tentang penipuan pilihan raya.

“Setakat ini kami mendapat sokongan orang ramai dan menerima bantuan orang ramai yang menderma,” katanya lagi.

Antara artis yang akan membuat persembahan ialah Ito, Julian Mokhtar and the Gang, Soul Saviors (pemenang Pesta Lagu Jalanan), Republic of Brickfields, kumpulan punk Dum Dum Tak, kumpulan Canto rock Hui Se De Dai and Ray Cheong. Sasterawan Negara, A Samad Said akan membaca puisi pada malam tersebut.

“Konsert ini bukan sahaja untuk kutipan derma dan bergembira, tetapi dalam masa sama untuk menyedarkan orang ramai tentang lapan tuntutan yang harus ditunaikan, jadi kami mahu suara kami didengari agar dapat pilihan raya lebih adil dan bersih,” katanya lagi.

26 September, 2012

Panas! Kisah raja-raja celup di Malaysia!


oleh: Malaysiacrisis

Raja celup

Nama terlalu penting. Mempunyai nama gelaran di pangkal nama lagi penting! Mungkin ada antara kita yang akan bertanya, “Apa ada pada nama gelaran?”
Nama gelaran dengan pangkal nama Raja, Tengku, Tunku, Syed, Nik, Wan, Tun dan sebagainya menunjukkan keturunan seseorang dan merupakan sesuatu yang penting bagi sesetengah pihak. Baru-baru ini seorang penulis dengan nama Kerabat D’Raja Kelantan menulis di ruangan forum Utusan Malaysia mempertikaikan tindakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang melarang penggunaan nama gelaran “Nik” bagi anak-anak kepada pasangan wanita berketurunan raja yang berkahwin dengan bukan berketurunan raja (rujuk Utusan Malaysia bertarikh 25 Januari 2012 dengan artikel bertajuk JPN tidak faham salasilah gelaran ‘Nik’).
Bangsa Cina juga boleh ‘membeli’ untuk menjadi kerabat diraja
Bukan mereka yang berketurunan raja sahaja yang cuba mempertahankan hak menggunakan nama gelaran kerabat diraja. Yang bukan berdarah raja pun cuba mencari helah untuk meletakkan nama gelaran di pangkal nama! Ini yang dinamakan Raja Celup!
Lebih memelikkan apabila mereka yang berbangsa Cina pun berminat untuk menjadi keturunan Raja-raja Melayu, semuanya boleh dibuat jika mempunyai wang ringgit. Itu yang didedahkan beberapa orang mangsa sindiket pembelian watikah dan logo kereta palsu Ahli Kerabat Diraja Perak.
Ramai yang ingin menjadi kerabat diraja. Dengan meletakkan nama gelaran di pangkal nama, umum akan tahu seseorang itu berketurunan raja. Dan sekaligus boleh meletakkan rujukan kehormat “Yang Mulia” di depan nama, contoh YM Tengku Si Polan Bin Si Polan.
Raja Celup dari Johor
Apabila bercakap mengenai Kesultanan Johor, umum menganggap Sultan-sultan Johor Moden adalah berketurunan Bugis, tambahan ada Sultan-sultannya yang kelihatan bengis. Jika dikaji salasilah Kesultanan Johor moden yang berketurunan Temenggong, sebenarnya mereka berketurunan Bendahara Tun Habib Abdul Majid dan bukannya berketurunan Bugis. Darah Bugis hanya di sebelah ibu kepada Daeng Kechil Abdul Hamid.     selanjutnya SINI

25 September, 2012

Panassss! ‘Tentera Punggung’ Pelakon Utama Iklan Fitnah Air Selangor



SEBELUM!





KINI !
 

 Cuba anda camkan betul-betul pelakon utama di dalam produksi filem “Masalah Air Di Selangor” yang bertujuan untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Perhatikan topi komandonya juga! Kalau tak jelas, klik gambar itu kasi dia besar dan jelas lagi. Anda sudah pasti kenal nama pelakon itu: Beliau adalah Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom yang mengetuai senaman punggung di hadapan kediaman pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga pada pertengahan tahun ini.

 
Setelah “berjuang” habis-habisan untuk mendapatkan bayaran dari Zahid Hamidi tidak mendapat layanan, kini terpaksa menjadi pelakon di dalam “filem iklan” untuk memburukkan kerajaan PR Selangor – kononnya rakyat Selangor berdepan dengan masalah air paling meruncing dalam dunia!pihak produksi pula ketika ditemui enggan menjelaskan butiran terperinci rancangan televisyen komersial itu kerana ia didakwa melibatkan kerahsiaan dengan pelanggannya. “(Iklan) kempen air. Selebihnya saya tak boleh cakap. Saya harap awak semua hormati tugas saya,” kata penerbit filem itu ketika ditemui di tapak penggambaran.

Selanjutnya SINI 

19 September, 2012

Dokumen UMNO mansuh tanah rezab!

Klik untuk lihat lebih jelas
Klik untuk lihat lebih jelas
Klik untuk lihat lebih jelas

17 September, 2012

Video remaja pembuli!

Kejadian disyaki bertempat di FELDA Adela, Johor.

Rasanya ramai yang dah tahu kewujudan satu video yang memaparkan seorang remaja yang masih bersekolah dibuli oleh 4 orang. Dan kat bawah neh ialah wajah2 pembuli tersebut ;






Yup.

4 orang. Walaupun yang jelas kelihatan disitu cuma wajah 3 orang pembuli tetapi si lelaki yang potpet2 bernama ai = tukang subahat juga layak dilabelkan sebagai pembuli sebab dia turut berada di lokasi kejadian. 
Dia tidak mencegah bahkan mengalakkan. Yang lebih biadap ialah gadis2 pembuli siap suruh member lelaki dorang yang bernama ai ‘merogol’ remaja yang dibuli tue lagi. ....selanjutnya...

16 September, 2012

Panassss !!! Pendedahan Umno curi Duit Dana Kebajikan


Terkini ! Chegu Bard Masih Hidup Setelah Membuat Aduan Dari Bangunan SPRM….

Siapakah yang tergamak ‘songlap’ 40% daripada dana untuk kebajikan?? Pada (12 September 2012) Chegu Bard telah mendapat satu set dokumen yang membuktikan bahawa bagaimana geran bantuan Perdana Menteri kepada sebuah badan kebajikan telah diselewengkan sebanyak RM200,000 yang terpaksa dibayar kepada orang tengah sebagai ‘komisyen’. Set dokumen ini mengandungi : Surat bertarikh 28 Mac 2012 dari Kementerian Kewangan yang memaklumkan kepada pertubuhan kebajikan tersebut mengenai peruntukan geran sebanyak RM 500,000.

Surat jawapan persetujuan penerimaan bantuan geran dari pertubuhan tersebut kepada kementerian kewangan Minit mesyuarat pertubuhan tersebut yang menyebut dengan jelas nama pemimpin (antara pemimpin tertinggi Bn) yang membantu mendapatkan geran bantuan dari Perdana Menteri tetapi diputuskan pembayaran ‘komisyen’ sebanyak 40% dari apa yang perolehi harus dibayar ke sebuah syarikat yang ditetapkan.........selanjutnya


14 September, 2012

Calon anda ulama sebenar atau ulama palsu?

 Jom kenali calon anda sebelum anda tertipu!

 

..ALIM ULAMA LAH YANG MEMBERIKAN MAKNA DAN ERTI PADA KEHIDUPAN MANUSIA DI PERMUKAAN BUMI INI….. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai… KEMAKSIATAN DAN KEMUNKARAN AKAN BERMAHARAJALELA……

AGAMA HILANG DENGAN MATINYA ULAMA’

Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “BAHAWASANYA ALLAH S.W.T. TIDAK MENCABUT (MENGHILANGKAN) AKAN ILMU ITU DENGAN SEKALIGUS dari (dada) manusia… Tetapi Allah s.w.t. menghilangkan ilmu itu DENGAN MEMATIKAN ALIM ULAMA… Maka apabila sudah tiada alim ulama, orang ramai akan MEMILIH ORANG-ORANG YANG JAHIL SEBAGAI PEMIMPIN MEREKA…. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan… Mereka SESAT dan menyesatkan…” (Hadits Riwayat Muslim)…

KETERANGAN:

Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan… Satu demi satu pergi meninggalkan kita…. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, “patah tumbuh, hilang berganti”, peribahasa ini tidak tepat herlaku kepada alim ulama…. Mereka patah payah tumbuh, dan hilang payah berganti…. Sampailah suatu saat nanti, PERMUKAAN BUMI INI AKAN KOSONG DARI ULAMA… Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini….. Alam penuh dengan kesesatan…. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup….. SEBENARNYA, ALIM ULAMA LAH YANG MEMBERIKAN MAKNA DAN ERTI PADA KEHIDUPAN MANUSIA DI PERMUKAAN BUMI INI….. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai… KEMAKSIATAN DAN KEMUNKARAN AKAN BERMAHARAJALELA……

Di akhir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w tadi…. Di MANA BILANGAN ALIM ULAMA HANYA TINGGAL SEDIKIT DAN USAHA UNTUK MELAHIRKANNYA PULA TIDAK MENDAPAT PERHATIAN YANG SEWAJARNYA….. PONDOK-PONDOK DAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA KURANG MENDAPAT PERHATIAN daripada cerdik pandai….. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia….. Ini lah realiti masyarakat kita di hari ini….. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya…..

SABDA RASULULLAH S.A.W. ” Al Ulamaa’ warothatul anbiyaa’..” Maksudnya: Ulama adalah pewarith para nabi…. Berikut adalah ciri-ciri Ulama Pewaris Nabi s.a.w:-

1] Ulama itu, dikenali dengan ILMUNYA DAN KETEGUHAN PENDIRIANNYA…. Mereka terpelihara daripada terjebak ke dalam perkara-perkara yang syubahat… Ulama dikenali dengan JIHAD, DAKWAH, PENGORBANAN DARI SEGI WAKTU, HARTA BENDA, nyawa dan kesungguhan mereka di jalan Allah…

2] Ulama dikenali dengan IBADAH DAN KHUSYUK MEREKA KEPADA ALLAH…. MEREKA TAKUT KEPADA ALLAH, DAN TIDAK TAKUT KEPADA MANUSIA…. Mereka merujuk kepada HUKUM-HAKAM ALLAH dalammenyelesaikan masaalah umat… Ulama dikenali dengan jauhnya mereka dari keburukan dunia dan pujuk rayunya… Ulama dikenali dengan pengakuan oleh umat Islam dan jumhurnya dari kalangan ahli hak….

3] Ulama adalah orang YANG TIDAK MENGINGINKAN KEDUDUKAN, dan membenci segala bentuk pujian serta tidak menyombongkan diri atas seorang pun… Walaupun mereka seperti mengejar kedudukan, tetapi adalah dengan NIAT UNTUK MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH… Dia yang tidak hasad kepada seorang pun yang berada di atasnya dan tidak menghinakan orang yang ada di bawahnya dan tidak mengharapkan balasan dalam menyampaikan ilmu Allah….


selanjutnya

13 September, 2012

Kerusi Parlimen. Utz Nasha Lega!



Azizan: Kedah sedia terima calon imports

sinar harian
ROSLINDA HASHIM
13 September 2012
Azizan Abdul Razak
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
 
ALOR SETAR - Pas Kedah tidak menolak kemungkinan mengetengahkan calon luar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekiranya calon sedia ada tidak berkualiti dan mendapat persetujuan Pusat.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, untuk memastikan kemenangan terus berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR) Kedah, tidak mustahil keputusan hanya akan diputuskan di saat akhir.
“Mungkin kita import calon luar Kedah jika mahukan yang berkualiti, namun terpulang pada pucuk pimpinan parti. Jika ada calon layak berlambak di Kedah, tak kan nak import lagi. Namun sebarang kemungkinan tetap ada,” katanya, selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam.

Menurutnya, sejarah membuktikan, calon luar juga berpotensi menang sekiranya tiada calon sesuai layak diketengahkan di kawasan tertentu.

“Saya hanya kemudi Kedah, Pusat buat keputusan muktamad. Sebelum ini pun, ramai calon import bertanding di Kelantan dan Terengganu, ketika itu tiada calon sesuai, yang penting kita menang. Sebab itu saya katakana, kita tidak terhad pada calon tempatan sahaja,” katanya.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, kriteria calon kini perlu dititikberatkan bagi membolehkan PR menguasai Putrajaya dalam PRU13 akan datang.
“Perkara ini di luar jangkauan, ada ketika kita terpaksa nilai semula calon tempatan yang disenarai di saat akhir. Keutamaan tetap pada calon tempatan, sebab kita ada ramai calon berpotensi,” katanya.

Menurutnya, beliau sudah memainkan peranannya dengan menapis senarai calon bertanding PRU13, dan kini terpulang kepada Majlis Syura Ulama Pas membuat keputusan muktamad.
“Prosesnya mudah, Pas negeri tapis calon yang layak dan kemukakan kepada Majlis Syura   untuk penilaian. Pandangan dari Pusat turut diambil kira sebelum pilih calon yang benar-benar sesuai,” katanya.
Mengulas kesediaan Majlis Syura menetapkan lima peratus calon Pas dari kalangan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Azizan berkata, setakat ini tidak dimaklumkan ianya membabitkan kawasan atau negeri mana.

“Kita masih belum tahu kawasan terlibat untuk DHPP, terpulang pada pimpinan Pusat tentukan,” katanya.





calon luar paling berkaliber!

Azizan turut menegaskan, calon PRU12 yang menang akan dikekalkan sebagai calon, kecuali jika wakil rakyat terbabit menarik diri.

“Yang menang kita kekalkan kecuali dia mahu undur diri atau sakit, tiada sebab nak suruh mereka berhenti kerana prestasi cemerlang. Yang mana tak sehaluan, kita tengok lah,” katanya.
Ditanya sama ada masih ada ‘musuh dalam selimut’ yang akan menyukarkan kesatuan dalam Pas Kedah, Azizan berkata, masalah dalaman sudah selesai dan musuh politik ada di mana-mana sahaja.
“Ahli bagi pandangan berbeza biasa, tetapi bila sampai masa kami bersatu berdepan musuh bersama. Kita dah buktikan sebelum ini, tiada masalah lagi,” katanya.

Menurutnya, agihan kerusi bertanding antara Pas, DAP dan PKR kini sudah mencapai lebih 90 peratus persetujuan, namun belum masanya untuk umumkannya.
“Kita ada jawatankuasa teknikal parti masing-masing teliti perkara ini. Masalahnya, PRU lambat sangat sampai keseronokan sudah hilang, macam kita buat baju Raya awal sangat, tunggu Raya tak tiba lagi,” katanya.

Mengulas tuntutan DAP yang mahukan lebih kerusi bertanding pada PRU13, Azizan berkata, ianya masih dalam perbincangan.
“Mungkin ada lagi sikit perbincangan, kita tidak dapat nak puaskan hati semua pihak. Yang penting PR menang,” katanya.

11 September, 2012

Ku Is. Calon terbaik P67 !

Oleh: Cikgu Din


Bersama Dr Meor Ketua AMK Perak dan Ketua Pemuda PAS Padang Rengas di Rumah Terbuka PAS Kawasan Padang Rengas



Ku Is Kerabat Diraja Perak perlu dicalonkan dalam PRU13 ini. Sudah tentu sebagai anak watan Kuala Kangsar dan mengetahui betapa Kuala Kangsar yang fahaman feudalisma masih menebal, Dr Raja Iskandar perlu dipertimbang untuk bertanding di kawasan Kuala Kangsar. Sama ada DUN atau parlimen.Mungkin juga di kawasan lain di Perak. Ku Is pemimpin nasional dan dikenali di peringkat antarabangsa,sewajarnya dicalonkan oleh PAS Perak.

Ku Is mudah menerima pendapat orang lain. Pernah bersama YB Salahudin dan YB Mahfuz Omar sebagai petugas Dewan Pemuda Malaysia. Anak muda yang mesra rakyat, berkelulusan doktor falsafah itu sudah tentu disenangi Kerabat Diraja Perak.Bagaimana orang Kuale ,adakah anda bersetuju???.

10 September, 2012

Kisah Kalaivanar (Kepala Samseng Barisan Bersatu Nambikkai).

Bukan nak kata baru, aku kenal si Kalaivanar nie sejak dia sertai Keadilan dan Barisan Alternatif/Pakatan Rakyat. Aku nak mula dengan asal-usul dia dulu. Dia pernah bagitau bahawa dia nie orang Buntong,Perak. Masyarakat India Perak kebanyakkannya tahu bahawa Bentong,Perak nie lubok gengster India pada satu ketika dahulu (ada yang kata sehingga kini). Disebabkan aku tak pernah tengok sijil lahir Kalaivanar nie, aku anggap apa yang dia cakap tu betul.



Apabila melihat perangai dia selepas keluar PKR, aku yakin 100% bahawa apa yang dia kata tentang asal usul itu memang betul. Mana tak yakin? perangai gengster. Di beberapa tempat dan kepada beberapa individu dia sendiri pernah hentam beberapa orang. Bukan setakat tangan dan kaki, malah pernah pembesar suara digunakan untuk hentam orang. Selepas Arumugam mengosongkan jawatan ADUN Bukit Selambau, isu calon PKR mula meletop. Kalaivanar antara nama yang disebut-sebut. Pada ketika itu, aku singgah di Sungai Petani sebelum balik ke Ipoh dan buat persiapan untuk bantu PRK Bukit Gantang. Semasa di Sungai Petani, aku sempat berjumpa dengan salah seorang pemimpin india Cabang Sungai Petani. Dalam duk bincang pasal PKR Bukit Gantang dan Bukit Selambau aku tanya kat kawan India itu, “bro siapa mau bertanding di Bukit Selambau? you kah?”. Sambil gelak kawan India itu jawab, “saya tadak isi borang. Keadilan tak bagi saya calon pun takpa. Jangan kasi itu Kalaivanar sudah. Dekat sini, orang memang cari dia pasai banyak kes. Itu Kalivanar ada hutang sama banyak orang,takda bayar. Dia lari dari Sungai Petani”. Aku rasa terkejut bila dengar dengar kata-kata itu. Bila calon PKR di PRK Bukit Selambau, aku rasa lega kerana Kalaivar yang sedang diburu oleh penduduk sekitar Taman Rusa,Sungai Petai tak jadi calon PR/PKR. Kelegaan aku bertambah lagi apabila Kalivanar umum bahawa dia tinggalkan PKR sebab hilang kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim. Aku tertanya-tanya, Apa yang dia percaya kat Anwar Ibrahim? harap nak jadi calon? kah kah kah! Sebelum Krisis Rampasan Kuasa di Perak mungkin kepercayaan Kalivanar itu releven lagi. Tapi, selepas PKR dipersalahkan bekali-kali, Anwar buka mata dalam isu calon. Kalivanar yang ada rekod jenayah yang banyak, memang tak dak harapan ketika itu, kalau ikutkan kaca mata Anwar. Sejak dari keluar PKR, Kalaivanar nie memang kejar dia jadi anjing liar yang menyalak kat Anwar Inrahim, PKR dan Kerajaan Negeri Selangor serta Kerajaan Negeri Kedah. Senang cerita, Kalaivanar nie jadi Ibrahim Ali versi Kolloywood. Sekarang aku masuk pulak bab NGO dia. Si Kalaivanar nie pernah tubuh NGO yang dinamakan sebagai Alternative Action Team (AAT). Melaui NGO nie, beliau tersebut telah meyakinkan ramai oarang India (sebelum keluar PKR) sehingga orang-orang India (luar Sungai Petai) menganggap Kalivanar nie sebagai pejuang mereka. Kalaivanar ajak orang-orang India supaya sertai NGO AAT. Selepas, menerima wang keahlian, Kalivanar tak pandangkan mereka lagi. AAT nie tak pernah pun buat aktiviti. Sekarang nie, dia tubuhkan Barisan Bersatu Nambikei pulak. Apa yang NGO nie buat untuk kebaikan masyarakat India? Kalau Nambikei ditubuhkan, apa pulak dengan status AAT? Semua temberang Pandi Kutty nie. Aku juga pernah dengar dan pernah dengar sendiri daripada masyarakat India bahawa Kalaivanar ini ambik upah untuk tolong orang-orang India untuk menyesaikan masalah mereka seperti masalah kad pengenalan. Jangan anggap dia ambik 50 atau 100. Ada yang cecah samapai 1,000 hingga 3,000. Tapi, janjinya untuk selesaikan masalah hanya dicapatikan. Aku mula-mula aku ingat si Kalaivanar itu hanya buat perangai kat Sungai Petani sahaja. Lama-kelamaan aku dengar bahawa orang-orang India di Perak (terutamya Bagan Serai,Sungai Siput dan Taiping) , Selangor pun kena temberang Kalaivanar. Satu je aku tak faham. Macam mana, orang-orang India nie boleh percaya kat Kalaivanar sedangkan penampilan Kalaivanar itu pun macam para penjahat film Sivaji The Boss? Biaq pi kat dialah.. Tapi, aku tertanya-tanya. Macam mana anak muda Melayu boleh jadi ahli Nambikei dan sekaligus ishtihar diri mereka sebagai Barua Kalaivanar?


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/09/06/pandi-kutty-yang-dikenali/

06 September, 2012

Nasharudin dipecat 9 September? UMNO meroyan!






Nasharudin dipecat 9 September?

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dipercayai akan dipecat daripada parti itu pada Ahad ini, iaitu sempena mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) pusat dan mesyuarat Majlis Syura Ulama parti tersebut.
Menurut sumber Pas, pemecatan Ahli Parlimen Bachok itu akan dipersetujui pada mesyuarat AJK Pas Pusat yang dikuasai oleh golongan ‘Anwarinas’ yang bersidang pada sebelah pagi 9 September ini.
Katanya, golongan ‘Anwarinas’ itu akan mempengaruhi mesyuarat Majlis Syura Ulama pada sebelah malam tarikh tersebut pula bagi memastikan Nasharudin dipecat.
“Difahamkan (Datuk Seri) Anwar telah memberi arahan kepada puak Anwarinas yang duduk sebagai AJK Pas Pusat untuk memecat Nasharudin pada mesyuarat AJK Pusat yang akan diadakan pada pagi 9 September.

P/S: Anwarinas? UMNO anggap ahli PAS tak mampu fikir sendiri ke? Yang sokong UMNO nak gelar apa pulak? UMNGOK?

04 September, 2012

Kemaskini. DUN potensi PKR Perak

(Klik untuk besarkan)

Agak-agak boleh ke PKR menang DUN2 ni?

orang muda dak habis kena cantas orang tua

PRU12 PAS tolong sebab PKR baru dan tak cukup orang.

PRU13 tak cukup orang lagi ke?

Tahniah kepada Azmin dan Syamsul Iskandar.

Hambekkkkk!

Selagi bekas UMNO penuh dalam parti, aku tak nampak boleh menang.

PRU13 mungkin boleh menang 5. Wallahualam.

03 September, 2012

Jawatan Ketua Agama wajar dikaji semula



Syaitan Tetap Menghasut, Tetapi Syaitan Tidak Boleh Dipersalahkan
Gambar Hiasan


"Air Kencing Syaitan" adalah panggilan sinonim kepada minuman yang memabukkan dan ini kerana semua sedia maklum kesan apabila seseorang itu menjadi mabuk akan mula lupa diri mereka dan hidup dalam khayalan. Tetapi kenapa pula air kencing syaitan ini tetap menjadi idaman ramai tak kira Islam atau bukan Islam.
"Pilihan Pelbagai Air Kencing Syaitan"
Air kencing syaitan mudah membuat kita lupa dan khayal. Contoh terbaik adalah artikel Pesta Seks Diraja jelas menunjukan watak seorang lelaki dan minah mat salleh yang dalam keadaan mabuk. Tetapi ada juga mempersoalkan kesahihan gambar tersebut kononya lelaki tersebut juga mat salleh dan sebagainya. Apa pun kebenaran akan jelas siapakah lelaki tersebut apabila anda terus membaca artikel ini..

Dalam artikel berjudul "Pesta Seks Diraja" kita melihat perilaku seorang lelaki bersama minah mat salleh dan ramai juga tertanya siapakah lelaki tersebut. Seluar beliau yang jelas terlondeh dan seolah-olah sedang melakukan sesuatu di bahagian hadapan dan aksi tersebut menghairahkan minah mat salleh tersebut. Apakah aksi sebenar dia sebenarnya?
  
Komen yang memperosalkan kebenaran
Adakah benar watak lelaki tersebut adalah lelaki mat salleh seperti yang ditulis oleh pelbagai pihak bagi menepis kebenaran artikel yang dipaparkan sebelum ini.
Jelas kelihatan punggung lelaki tersebut dan apa pula yang kelihatan dihadapan. Lihat kedudukan tangan dan aksi mereka dan  kita mampu meramalkan apa sebenarnya yang sedang berlaku.
Gambar diatas, jelas sekali menunjukkan pesta seks yang mungkin tidak salah bagi mereka (mat salleh) yang sedang berseronok melakukan adegan tersebut tetapi adalah jijik kepada kita yang yang melihat kebenaran terhadap kebenaran siapakah antara mereka.Agak mudah untuk kita bayangkan dan gambar diatas memberi seribu makna yang tersurat disebalik aktiviti mereka pada malam parti mereka ini.Antara pengesahan kebenaran perihal ini, komen rakan bagi menyokong pelaku pesta seks diraja.
Adakah betul RMS is a good , humble and cool guy?

Siapakah lelaki yang sedang sibuk melakukan aksi berahi dan tidak sedar seluar beliau terlondeh? Jika seluar anda terlondeh seperti diatas dan menampakkan punggung belakang sebegitu rupa,seharusnya anda juga tahu apa pula yang mungkin sedang kelihatan dengan jelas dibahagian hadapan dalam posisi lelaki seperti diatas..
Mana mungkin mereka sedar apabila air kencing syaitan mengalir laju dan memenuhi darah daging mereka. Apabila syaitan merasuk kedalam hati dan jiwa, maka hilanglah rasa takut & musibah kepada Allah SWT kerana bagi mereka dialah yang berkuasa dan kita pula menjunjung mereka tanpa menilai baik atau buruknya mereka.

01 September, 2012

Orang agama pun dah rosak!

Yang menentang perjuangan kaum tertindas adalah mereka yang juga setiap saat di tindas. Orang kampong yang memasang bendera UMNo adalah kaum tertindas, Polis yang memukul orang ramai juga adalah kaum tertindas, Namun begitu golongan ini pula menjadi penyokong dan sanggup menjadi benteng kepada pemguasa untuk terus menindas mereka. Mereka tidak percaya majikan mampu membayar mereka gaji minima kepada kerja yang mereka lakukan. Jika ada yang bangun menuntut gaji dan kemudahan kepada kaum pekerja malaon seperti buruh yang mencuci yang setiap pagi menyuci longkang taik akan berkata kita patut bersyukur dengan gaji sebagai pencuci sampah sebanyak RM500.00. Kita perlu lihat orang yang lebih miskin dari kita.

Akhirnya golongan penindas semakin hari menambah kekayaan mereka hasil dari keringat orang miskin. Para menteri juga sibuk menghimpun kekayaan hasil dari kebodohan manusia seperti umno. Maka lahirlah manusia terkaya di Malaysia. Para menteri bergaji puluhan ribu ringgit dengan segala kemudahan yang di beri percuma atas keringat rakyat.


Namun begitu kaum tertindas akan tetap dihalang oleh golongan agama untuk bangkit menentang penindasan ini. Para agamawan akan berusaha mencari dalil dan nas bahawa menentang pemerintah hukumnya haram. Tanpa kita sedar para ustaz inilah penindas yang paling kejam yang menjadi dalang kepada kebangkitan rakyat.

Artikel penuh SINI

Tanda-tanda kerja puak UG tak diredhai?

Ha ha ha! tengokkan tajuk kompom ramai penyokong UG yang bengkek! Pheeeeeeewit!





seterusnya...