Jom kenali calon anda sebelum anda tertipu!
..ALIM ULAMA LAH YANG MEMBERIKAN MAKNA DAN ERTI PADA KEHIDUPAN MANUSIA DI PERMUKAAN BUMI INI….. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai… KEMAKSIATAN DAN KEMUNKARAN AKAN BERMAHARAJALELA……
AGAMA HILANG DENGAN MATINYA ULAMA’
Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “BAHAWASANYA ALLAH S.W.T. TIDAK MENCABUT (MENGHILANGKAN) AKAN ILMU ITU DENGAN SEKALIGUS dari (dada) manusia… Tetapi Allah s.w.t. menghilangkan ilmu itu DENGAN MEMATIKAN ALIM ULAMA… Maka apabila sudah tiada alim ulama, orang ramai akan MEMILIH ORANG-ORANG YANG JAHIL SEBAGAI PEMIMPIN MEREKA…. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan… Mereka SESAT dan menyesatkan…” (Hadits Riwayat Muslim)…
KETERANGAN:
Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan… Satu demi satu pergi meninggalkan kita…. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, “patah tumbuh, hilang berganti”, peribahasa ini tidak tepat herlaku kepada alim ulama…. Mereka patah payah tumbuh, dan hilang payah berganti…. Sampailah suatu saat nanti, PERMUKAAN BUMI INI AKAN KOSONG DARI ULAMA… Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini….. Alam penuh dengan kesesatan…. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup….. SEBENARNYA, ALIM ULAMA LAH YANG MEMBERIKAN MAKNA DAN ERTI PADA KEHIDUPAN MANUSIA DI PERMUKAAN BUMI INI….. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai… KEMAKSIATAN DAN KEMUNKARAN AKAN BERMAHARAJALELA……
Di akhir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w tadi…. Di MANA BILANGAN ALIM ULAMA HANYA TINGGAL SEDIKIT DAN USAHA UNTUK MELAHIRKANNYA PULA TIDAK MENDAPAT PERHATIAN YANG SEWAJARNYA….. PONDOK-PONDOK DAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA KURANG MENDAPAT PERHATIAN daripada cerdik pandai….. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia….. Ini lah realiti masyarakat kita di hari ini….. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya…..
SABDA RASULULLAH S.A.W. ” Al Ulamaa’ warothatul anbiyaa’..” Maksudnya: Ulama adalah pewarith para nabi…. Berikut adalah ciri-ciri Ulama Pewaris Nabi s.a.w:-
1] Ulama itu, dikenali dengan ILMUNYA DAN KETEGUHAN PENDIRIANNYA…. Mereka terpelihara daripada terjebak ke dalam perkara-perkara yang syubahat… Ulama dikenali dengan JIHAD, DAKWAH, PENGORBANAN DARI SEGI WAKTU, HARTA BENDA, nyawa dan kesungguhan mereka di jalan Allah…
2] Ulama dikenali dengan IBADAH DAN KHUSYUK MEREKA KEPADA ALLAH…. MEREKA TAKUT KEPADA ALLAH, DAN TIDAK TAKUT KEPADA MANUSIA…. Mereka merujuk kepada HUKUM-HAKAM ALLAH dalammenyelesaikan masaalah umat… Ulama dikenali dengan jauhnya mereka dari keburukan dunia dan pujuk rayunya… Ulama dikenali dengan pengakuan oleh umat Islam dan jumhurnya dari kalangan ahli hak….
3] Ulama adalah orang YANG TIDAK MENGINGINKAN KEDUDUKAN, dan membenci segala bentuk pujian serta tidak menyombongkan diri atas seorang pun… Walaupun mereka seperti mengejar kedudukan, tetapi adalah dengan NIAT UNTUK MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH… Dia yang tidak hasad kepada seorang pun yang berada di atasnya dan tidak menghinakan orang yang ada di bawahnya dan tidak mengharapkan balasan dalam menyampaikan ilmu Allah….
selanjutnya
Di Perak semasa pemerintahan PR, puak2 ulama dari PAS paling ramai rembat lot balak!
BalasPadam