Azizan: Kedah sedia terima calon imports
sinar harian
13 September 2012
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, untuk memastikan kemenangan terus berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR) Kedah, tidak mustahil keputusan hanya akan diputuskan di saat akhir.
“Mungkin kita import calon luar Kedah jika mahukan yang berkualiti, namun terpulang pada pucuk pimpinan parti. Jika ada calon layak berlambak di Kedah, tak kan nak import lagi. Namun sebarang kemungkinan tetap ada,” katanya, selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam.
Menurutnya, sejarah membuktikan, calon luar juga berpotensi menang sekiranya tiada calon sesuai layak diketengahkan di kawasan tertentu.
“Saya hanya kemudi Kedah, Pusat buat keputusan muktamad. Sebelum ini pun, ramai calon import bertanding di Kelantan dan Terengganu, ketika itu tiada calon sesuai, yang penting kita menang. Sebab itu saya katakana, kita tidak terhad pada calon tempatan sahaja,” katanya.
Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, kriteria calon kini perlu dititikberatkan bagi membolehkan PR menguasai Putrajaya dalam PRU13 akan datang.
“Perkara ini di luar jangkauan, ada ketika kita terpaksa nilai semula calon tempatan yang disenarai di saat akhir. Keutamaan tetap pada calon tempatan, sebab kita ada ramai calon berpotensi,” katanya.
Menurutnya, beliau sudah memainkan peranannya dengan menapis senarai calon bertanding PRU13, dan kini terpulang kepada Majlis Syura Ulama Pas membuat keputusan muktamad.
“Prosesnya mudah, Pas negeri tapis calon yang layak dan kemukakan kepada Majlis Syura untuk penilaian. Pandangan dari Pusat turut diambil kira sebelum pilih calon yang benar-benar sesuai,” katanya.
Mengulas kesediaan Majlis Syura menetapkan lima peratus calon Pas dari kalangan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Azizan berkata, setakat ini tidak dimaklumkan ianya membabitkan kawasan atau negeri mana.
“Kita masih belum tahu kawasan terlibat untuk DHPP, terpulang pada pimpinan Pusat tentukan,” katanya.
calon luar paling berkaliber! |
Azizan turut menegaskan, calon PRU12 yang menang akan dikekalkan sebagai calon, kecuali jika wakil rakyat terbabit menarik diri.
“Yang menang kita kekalkan kecuali dia mahu undur diri atau sakit, tiada sebab nak suruh mereka berhenti kerana prestasi cemerlang. Yang mana tak sehaluan, kita tengok lah,” katanya.
Ditanya sama ada masih ada ‘musuh dalam selimut’ yang akan menyukarkan kesatuan dalam Pas Kedah, Azizan berkata, masalah dalaman sudah selesai dan musuh politik ada di mana-mana sahaja.
“Ahli bagi pandangan berbeza biasa, tetapi bila sampai masa kami bersatu berdepan musuh bersama. Kita dah buktikan sebelum ini, tiada masalah lagi,” katanya.
Menurutnya, agihan kerusi bertanding antara Pas, DAP dan PKR kini sudah mencapai lebih 90 peratus persetujuan, namun belum masanya untuk umumkannya.
“Kita ada jawatankuasa teknikal parti masing-masing teliti perkara ini. Masalahnya, PRU lambat sangat sampai keseronokan sudah hilang, macam kita buat baju Raya awal sangat, tunggu Raya tak tiba lagi,” katanya.
Mengulas tuntutan DAP yang mahukan lebih kerusi bertanding pada PRU13, Azizan berkata, ianya masih dalam perbincangan.
“Mungkin ada lagi sikit perbincangan, kita tidak dapat nak puaskan hati semua pihak. Yang penting PR menang,” katanya.
Tiada masalah PAS Kedah ambil calon dari luar tapi tak semestinya Nasharuddin Mat Isa.
BalasPadamTiada masalah PAS Kedah ambil calon dari luar tapi kami tak perlu di kalangan puak UG, PEKIDA dan UMNO berkulitkan PAS. Yang kami perlukan adalah pemimpin dan pejuang Islam yang sejati dan ikhlas.
BalasPadam