Soorryyy laaa.. Kesabaran manusia ada tahapnya.. Memang kali ni kesabaran wa sendiri pun dah tak tertahan lagi dengan gelagat segelintir pimpinan atasan yang mula nampak sikap sebenar bila gendang perang PRU 13 telah berbunyi bila PM Najib dah jumpa telur yang tersembunyi sejak sekian lama.
PAS dan DAP
walaupun ada krisis tapi tak terlalu terbuka. Hanya secara internal
saja. TRapi PKR wa cakap lu memang dah mula main bangsat. Dah mula
nampak sikap sebenar muka opportunis yang selama ni berselindung di
belakang parti.
Wa bagi contoh,
Parlimen Tapah. Abg Wan yang umum nak bertanding atas tiket BEBAS kat
situ. Dia sebagai Ketua Cabang PKR Tapah terasa terhina bila calon yang
diumumkan untuk bertanding di situ tanpa berbincang dengan cabang
tempatan. Sedangkan semua gerak kerja yang dijalankan dulu banyak yang
di keluarkan belanja sendiri. Dan dia sendiri pun sebelum ni bukan gila
nak bertanding pun, cuma dia nak bagi signal kat Anwar bahawa dia bukan
balaci macam lembu2 Umno untuk angguk2, geleng2 jer.
Perkara
yang sama berlaku kat Tanjong Malim. Mejar Kamal seperti di permainkan
bila tiba2 calon lain yang diumumkan. Sedangkan sebelum ni dia bersuash
payah bangunkan PKR dari kemusnahan yang telah di buat oleh Jamal Katak.
Tapi ini balasan yang dia terima dari pimpianan atasan? Memang wa
sokong dia bertanding atas tiket PRM. Semua cawangan2 yang dah dia bukak
secara otomatik akan bertukar wajah. PKR, hangpa pandai2 pi buat markas
dengan bilik gerakan hangpa yang baru. Hangpa cari la jentera
pilihanraya hangpa yang baru sebab wa yakin semua yang mengikut Mejar
Kamal akan ikut serta dalam kempen dia kali ni.
Tu belum kira masalah dengan PSM pulak. Yang dalaman pun tak bleh settle, camna nak settle yang luaran pulak kan??
Kini segala
hasil usaha musnah bila Anwar Ibrahim mengumumkan calon yang bukan saja
tak pernah menabur jasa di situ, penduduk local pun langsung tak kenal.
Tetiba jer diangkat menjadi calon. Apa! Anwar ingat yang nak mengundi
nanti cuma ahli PKR dan PR jer ke? Yang atas pagar yang jadi pemerhati
ni hangpa tak mau ka undi depa?
Wa terkilan? Wa kecewa?
Memang arr beb!
Yang kita nak tumbang kan Umno/BN dan bergantung harap kat Pakatan
Rakyat. Tapi nampak jelas dan nyata yang Anwar Ibrahim dan Azmin Ali
dari PKR seperti nak sabotaj gerakan rakyat untuk menumbang UMnmo/BN.
Siapa tak bengang beb!
Ahli2 PKR yang
taksub setia dengan Anwar dan Azmin tu kalau nak marah, maki hamun wa
pun wa tak heran. Sebab pemimpin hangpa rosakkan gerakan rakyat dengan
ketamakan yang menggila dalam perebutan kuasa.
Bukan hanya
dengan Umno, tapi dengan rakan2 dalam Pakatan pun korang nak rebut
sesama sendiri. 5 tahun masa yang diambil untuk berbincang hingga ke
saat akhir pun masih tak selesai2 lagi. Nampak tak keegoaan pemimpin
masing2 dalam parti mengatasi kepentingan rakyat dalam usaha untuk
menumbangkan Umno/BN.
Pesanan
terakhir sebelum wa tutup coretan ni, wa nak pesan kat semua pimpinan
supaya turun dan dengar sendiri siapa calon pilihan dari rakyat bawahan
yang sama2a berjuang menggerakkan gerakan rakyat. Bukan sang pelobi,
pengampu, pecacai yang ibarat lembu jugak. Ingat kat dalam Umno jer
banyak lembu. kat dalam PKR pun sama jugak..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha