19 April, 2013

Terhot! Global Witness terima cabaran Taib!


Sama-sama kita tunggu dalih Taib Mahmud!


Taib Mahmud: Menghadapi empat syarat- syarat Global Witness. — Gambar fail


KUALA LUMPUR, 19 April — Global Witness menerima cabaran Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk debat secara terbuka dalam isu tuduhan rasuah, rampasan tanah dan penipuan cukai oleh kumpulan aktivis tersebut yang ditunjukkan dalam video “Inside Malaysia’s Shadow State” dikeluarkan bulan lepas.

Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini, Global Witness mengatakan mereka menerima jemputan daripada ketua menteri Sarawak yang dibuat melalui televisyen atas talian The Malaysian Observer awal bulan ini.

“Dalam wawancara bersama program “Let’s Talk” di The Malaysian Observer, kamu mencabar Global Witness untuk berdebat mengenai pertuduhan rasuah, rampasan tanah dan penipuan cukai dalam filem “Inside Malaysia’s Shadow State”.

“Kami menulis untuk menerima jemputan kamu,” kata Global Witness dalam satu surat yang turut dihantar kepada The Malaysian Insider menjelang hari penamaan calon untuk pilihan raya 5 Mei ini.
Kumpulan tersebut turut mengirimkan dokumen sebagai respon kepada komen yang dibuat Taib mengenai penyelidikan mereka tentang kesalahan dalam perdagangan kayu Sarawak.
“Lampiran kepada surat ini adalah satu taklimat ringkas menggariskan kenyataan anda dan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Awang Tengah yang bertujuan menggambarkan industri kayu Sarawak dan perladangan adalah mapan, dan jawapan Global Witness ‘kepada dakwaan tersebut’.

“Seperti yang anda akan lihat, sumber kami termasuk analisis terbaru imej satelit, maklumat umum dari Jabatan Hutan Sarawak, penilaian kesan alam sekitar yang lengkap untuk syarikat perhutanan Sarawak dan Pertubuhan Kayu Tropika Antarabangsa, yang anda sendiri kerap sebut,” kata kumpulan itu.

Global Witness juga memberi empat syarat-syarat kepada Ketua Menteri Sarawak yang lama berkhidmat itu untuk memastikan perdebatan “telus dan terbuka”.
Syarat-syaratnya adalah:

* Jaminan dari Sarawak dan kerajaan Malaysia pekerja Global Witness akan selamat masuk dan keluar negara dan dari negeri Sarawak, debat disiarkan secara langsung dalam Internet dan di hoskan oleh seorang yang tidak berpihak dan profesional, dihadapan hadirin yang tidak berpihak, termasuk anggota badan bukan kerajaan Malaysia yang mahu hadir;

*Memberikan pendedahan penuh sebarang ahli lembaga pengarah atau pemegang kepentingan saham yang anda atau dipegang oleh ahli keluarga anda - termasuk melalui orang dinamakan — dalam syarikat-syarikat yang memegang lesen kayu dan perladangan, dan hak milik tanah di Sarawak. Ini termasuk menyatakan keadaan di mana Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar membuat keputusan untuk mengarahkan Jabatan Perhutanan Sarawak dan/atau Tanah Sarawak & Ukur untuk mengeluarkan lesen dan hak milik tanah;

* Memberikan pendedahan penuh aset dalam bidang kuasa luar pesisir yang anda dan/atau keluarga anda adalah pemilik atau penerima manfaat;

* Memberikan pendedahan penuh mana-mana kes-kes undang-undang atau urusan kewangan yang melibatkan peguam Alvin Chong yang bertindak bagi pihak anda atau kepentingan Kerajaan Sarawak.

Global Witness tidak memberikan tempoh masa untuk perdebatan, tetapi berkata, “kami tidak sabar-sabar untuk mendengar daripada anda tidak lama lagi” dalam surat kepada Taib.
Dalam wawancaranya, ketua menteri itu menuduh kumpulan aktivis alam sekitar antarabangsa itu mempunyai agenda tersembunyi dengan melawat negeri terbesar Malaysia itu dengan “cara menyelinap” dan mencadangkan terdapat kaitan diantara Global Witness dan parti pembangkang.
“Jangkamasanya keterlaluan untuk diabaikan ... saya fikir ada kaitan antara mereka dan pembangkang,” kata Ketua Menteri Sarawak itu menyatakan pengeluaran video menunjukkan bagaimana rundingan tanah haram didakwa berlaku di negeri itu tidak lama sebelum Pilihan Raya 2013 tidak lama lagi.

Tuduhan Global Witness terhadapnya juga disebabkan oleh maklumat terpakai diperolehi dari Bruno Manser Fund (BMF), tambah Taib. - MI







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha