15 April, 2013

Isu PSM. PKR jangan buat hancing!


Oleh: TG Abu Nawas II

PSM tidak pernah gila kerusi nak bertanding. Aktivis PSM berkerja di mana mana membantu orang miskin, buruh dan petani tanpa mengharap apa apa. Mereka di barisan hadapan ketika rakyat di zalimi.

PSM bukan seperti parti parti lain yang meletakkan calon walaupun calon tersebut tidak pernah berjasa sedikit pun kepada rakyat tempatan. PSM hanya bertanding di tempat mereka bekerja di akar umbi tanpa mengira musim pilihanraya atau tidak.

Siapa yang tidak kenal Arul di Semenyih.... berbelas tahun Arul bekerja untuk rakyat Semenyih walaupun dia bukan wakil rakyat.... Dia bukan baru muncul di waktu hendak pilihanraya..

Ketika isu perkampungan Berembang di halau keluar... Arullah yang mempertahankan Surau orang Islam yang mahu di robohkan penguasa. Arul jadikan dirinya benteng dengan tidur di dalam surau ketika jentolak hendah menolak surau tersebut.

Kini Anwar dan PKR cuba mengkhianatnya.... Maka dengan ini aku istiharkan tiada undi aku dan keluarga aku untuk Anwar di Permatang Pauh kali ini jika isu ini tidak di selesaikan...

 

 

 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha