ALOR SETAR: Anggota parti di semua peringkat, sama ada pimpinan, para
petugas Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN), Majlis Tindakan Dun (MTD) dan
Unit Peti Undi (UPU) diseru agar berpegang teguh kepada wala’ untuk
menerima serta melaksanakan keputusan pimpinan tertinggi PAS Pusat.
Pengarah JPN Kedah, Senator Muhamad Yusof Husin berkata, telah menjadi
sistem organisasi dan amal jamaie, bahawa keputusan tertinggi dan
muktamad serta kaedah pemilihan calon pilihan raya oleh pimpinan, adalah
didasari ijtihad mereka yang menilai bukan sahaja kepentingan Dun dan
Parlimen atau Negeri, tetapi melihat kepentingan sehingga ke peringkat
nasional.
“Demikian itu penting bagi kita sebagai jentera pelaksana untuk
berlapang dada dan bersikap terbuka untuk mengenepikan segala
ketidakpuasan hati selama ini walaupun barangkali keputusan yang dibuat
pimpinan itu tidak menyenaraikan calon pilihan, sebaliknya keputusan PAS
Pusat perlu diterima sebagai keputusan kita bersama.
“Sudah tentulah persepsi di setiap peringkat berbeza dan tidak akan
memenuhi kehendak seluruh ahli-ahli PAS itu sendiri. Kerana pasti ada
calon-calon pilihan kita tidak tersenarai dan sebaliknya calon yang
tidak kita sukai pula tersenarai. Dalam keadaan sekarang tentunya
mustahil kita dapat senaraikan calon yang mendapat sokongan 100 peratus
ahli PAS,” ujarnya yang turut memaklumkan bahawa prosedur mengenai
pencalonan telah pun dijelaskan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul
Hadi Awang dalam kunjungannya ke Kedah pada 6 April baru-baru ini.
Ujarnya, beliau berharap tidak timbul desakan-desakan untuk tidak
melaksanakan gerakerja dan pelbagai tindakan yang mungkin menjejaskan
fokus memerangi musuh tradisi PAS dan Pakatan Rakyat, iaitu Umno-BN.
Tegasnya, jika wujud sikap-sikap seperti itu, ia hanya memberi kelebihan yang banyak kepada Umno-BN.
“Inilah ujian wala’ kita kepada parti dan jamaah mengikut konsep amal
jamaie di mana apabila sesuatu perkara telah diputuskan, ia sama ada
kita suka ataupun tidak, sebagai ahli PAS yang memahami kewajipan, kita
akan tetap melaksanakan amanah dan menjalankan tugas bagi memastikan
seluruh jentera kita dalam pilihan raya berjalan lancar.
“Saya memberi jaminan, tidak ada Jawatankuasa JPN Kedah cuba memberontak
apatah lagi mensabotaj mahupun mengundur diri daripada melaksana tugas
parti pada PRU ini yang dikira PRU terpenting untuk lonjakan kita bagi
mencapai matlamat perjuangan PAS selama ini. Maka, janganlah pula kita
diperingkat pelaksana menghalakan senjata kita kepada pimpinan kita atau
kepada calon-calon kita yang akan datang,” serunya.
Anggota parti ujarnya, perlu menghindari kepentingan peribadi melebihi
jamaah atau mencari hujah untuk tidak memberi wala’ kepada pimpinan yang
akan menyebabkan tidak mendapat pertolongan Allah.
Perkara itu katanya, dibimbangi PAS bukan sahaja gagal menjejak kaki ke
Putrajaya, bahkan untuk mempertahankan Kedah menjadi satu kesukaran.
Menurutnya, PAS mempunyai ruang dan kaedah tersendiri untuk setiap ahli menyatakan sikap mereka.
“Selepas pilihan raya ini, semua Cawangan akan mengadakan Mesyuarat
Agung diikuti seluruh PAS Kawasan dan Dewan-dewan sehinggalah ke
Muktamar Agung Pusat. Itulah hak dan masanya kita mengenepikan mana-mana
pimpinan atau individu yang kita tidak gemari dan memilih pimpinan yang
kita sukai.
“Apabila pemilihan ini selesai sama ada di peringkat Negeri mahupun
Pusat, keputusan itu adalah keputusan jamaah, keputusan menyeluruh
perwakilan parti. Walaupun pada pemilihan itu nanti pilihan kita tidak
berjaya mendapat tempat, maka pada ketika itu kita sekali lagi diuji
dengan wala supaya patuh dengan keputusan yang dibuat oleh ahli parti
seluruh Malaysia,” katanya.
Beliau menyeru setiap ahli PAS kembali kepada niat asal berjuang dalam
PAS iaitulah kerana menunaikan tuntutan dan kewajipan sebagai seorang
Islam bagi memperjuangkan Islam dan mencari keredhaan Allah SWT.
“Marilah kita bersatu kembali meletakkan tarbiyyah kita terima selama
ini iaitu wala’ kepada kepimpinan yang telah membuat keputusan. Yakin
dan percayalah pada PRU13 ini bukan sahaja Kedah dapat kita pertahankan,
malah kita akan menjejak kaki ke Putrajaya,” ujar beliau menyuntik
keyakinan.
sumber: KedahLanie
P/S: Persoalan yang timbul, adakah segala keputusan kepimpinan selama ini adalah betul dan tepat? Jika betul dan tepat kenapa dari dulu sampai sekarang masih tidak mampu menarik hati pengundi untuk menyokong? Kenapa di DUN pengundi melayu Islam lebih 76% parti masih gagal?
Yusuf Husin ni lah petualang serta duri dalam daging PAS Kedah. Tambah jadi massaalah, dia orang kepercayaan MB bersama setpol.
BalasPadamBanyak DUN yang masih bertelingkah. Kota Siputeh, Alor Mengkudu dok tak ketahuan hala lagi...