WAL HASIL BALIK ASAL
Bila ada sahaja isu baru dan panas adalah NGO dan pihak yang nak cari nama mengambil kesempatan untuk mencadangkan perkataan "BOIKOT" . Kadang-kadang ianya macam tak masuk akal lebih kepada tujuan untuk mempopularkan diri dan NGO sahaja.
Terbaru selepas PRU13 ada mereka yang mencadangkan supaya
memboikot perniagaan orang Cina kerana tsunami Cina semasa PRU13 dan
yang terkini ada pihak yang mahu memboikot syarikat penerbangan tambang
murah
Air Asia kerana kenyataan Ketua Pegawai Eeksekutif AirAsia X Azran Osman
Rani yang mencemuh Utusan Malaysia.
Dalam reaksi balasnya Utusan Malaysia telah menyiarkan
kenyataan dari pemimpin PERKASA, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan
juga kenyataan aktivis anti-PKR yang antara lainnya menyelar sikap
“bongkak” dan “lupa diri” Azran.
Pemangku presiden PERKASA Datuk Abdul
Rahman Bakar dalam laporan Utusan berkata eksekutif tersebut “angkuh”
kerana lupa bahawa beliau mungkin tidak mampu berada di kedudukan
tersebut tanpa “kuasa Melayu yang diperjuang Utusan Malaysia”.
"Tidakkah Azran terfikir lesen yang dikeluarkan kerajaan kepada Air
Asia adalah kerana pada peringkat awalnya syarikat penerbangan itu
dimiliki orang Melayu?
Persatuan Veteran Umno dan Presiden CUEPACS juga mengeluarkan arahan kepada anggotanya supaya memboikot perkhidmatan penerbangan tambang murah AirAsia dan AirAsia X berikutan kenyataan itu.
Benarkah apa yang disebut atau ditulis Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Azran Osman Rani ianya satu penghinaan ke atas kaum Melayu atau bolih dikatakan ia Melayu yang lupa identiti bangsanya atau Melayu yang dikatakan kacang lupakan kulit.
Mudah sungguh pemimpin NGO Melayu menghukum orang orang Melayu. Bagi memudahkan kita faham cuba kita baca tulisanya di
Facebook: "I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by
Utusan's editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya antiperkauman.
Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan),"
Azran juga mengumumkan untuk menarikh balik iklan AirAsia, di Utusan Malaysia dan menyebut: "Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia."
Bagi kita yang waras dan berfikiran di mana ayat yang boleh kita katakan ia menghina Melayu atau dia Melayu yang lupa identiti bangsanya atau Melayu yang dikatakan kacang lupakan kulit.
Azran juga mengumumkan untuk menarikh balik iklan AirAsia, di Utusan Malaysia dan menyebut: "Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia."
Bagi kita yang waras dan berfikiran di mana ayat yang boleh kita katakan ia menghina Melayu atau dia Melayu yang lupa identiti bangsanya atau Melayu yang dikatakan kacang lupakan kulit.
Dengan memboikot Air Asia bolehkah MAS atau Fire Fly atau Malindo Air
memberikan tambang semurah Air
Asia atau pihak yang mencadangkan boikot menyediakan kemudahan lain yang
lebih murah atau akhirnya mendesak kerajaan menggunakan duit rakyat
bagi menyediakan subsidi dan bantuan bagi memuaskan hati orang yang
mencadangkan boikot.
Begitu juga dengan isu
memboikot apa-apa perniagaan yang berkaitan dengan orang Cina. Cadangan
boikot perniagaan Cina ini mungkin didorong oleh tuduhan
“tsunami Cina” yang dibuat oleh Perdana Menteri selepas PRU13 bila
pengundi cina tidak menyebelahi BN.
Perkara ini pernah dibangkitkan dan menjadi isu yang hangat semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Ia pernah
ditanya mengenai apa akan terjadi kalau orang Cina meninggalkan negara
ini.
Jawapan Dr Mahathir mudah saja. Beliau bertanya mampukan orang bangsa-bangsa lain, khasnya Melayu, mengambil alih rangkaian perniagaan runcit orang Cina?
Adakah mereka mempunyai kepakaran berniaga, modal, dan rangkaian bekalan untuk mengisi ruang yang ditinggalkan oleh orang Cina?
Bolehkah orang melayu memboikot perniagaan cina. Ianya bukan semudah
kita bercakap perkataan "BOIKOT". kita kena akui tanpa perniagaan
orang Cina orang melayu akan lebih sukar untuk berniaga kerana
kebanyakkan peniaga Melayu bergantung perniagaan kepada peniaga Cina.
Ini kerana harga peniaga Cina lebih murah, boleh bincang,
boleh tawar-menawar, pandai ambil hati dan yang terpenting boleh hutang
Kita jangan lupa yang banyak mematikan perniagaan orang Melayu adalah
orang Melayu
sendiri, termasuk pemimpin Melayu yang berkuasa. Siapa yang benarkan
ujud Giant, Tesco dan super market besar di bandar kecil dan yang
terkini Kedai 1Malaysia. Siapa yang mansuhkan Kementerian Pembangunan
Usahawan. Itu belum lagi soal cemburu dan khianat sesama Melayu yang
berniaga.
Kalau kita tengok boikot-boikot yang di canang dan dicadangkankan
sebelum ini pun tiada yang berjaya dan tiada yang berhasil. Akhirnya
yang mencadangkan boikot dan penyokong boikot juga yang terlupa pasal
boikot. Anak beranak pergi membeli barang yang diboikot. Wal hasil balik
asal. Lebih-lebih lagi orang Melayu gertaknya sahaja yang lebih.
Akhirnya buy kot dan yang tentu bior kot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha