oleh: Aspan Alias
Negara perlu disusun semula dari alif, baa, taa
Serius, negara kita wajar disusun
semula segala-galanya. Kita tidak lagi mempunyai sistem sebuah kerajaan yang
‘sustainable’ dalam segala bidang. Semuanya sudah tidak boleh dipakai lagi dan
jika tiada perubahan maka kita tidak akan lagi berada di dalam sebuah negara
yang berkerajaan yang benar-benar selari dengan kehendak demokrasi dan kehendak
kemajuan dunia masakini.
Keyakinan terhadap semua
institusi demokrasi sudah sampai tahap terendah dan tidak diketahui lagi samada
kita ini akan maju ketahap dunia pertama atau berundur dan mengelongsor ketahap
kerajaan dunia ketiga. Kita membiarkan kepimpinan kerajaan
menyerang dan merobohkan semua institusi demokrasi. Sistem kehakiman, kepolisian, undang-undang dan
berbagai-bagai lagi telah dilacurkan. Kita seolah-olah sedang tinggal dalam sebuah negara yng
sama tahap kewibawaannya seperti Zimbabwe,
Mali, Congo dan lain-lain.
Jatuhnya kewibawaan sesebuah
negara dan kerajaan itu berkait rapat dengan kewibawaan pemimpin-pemimpinnya.
Di negara kita sistem yang ada sudah tidak diyakini lagi oleh bukan sahaja
rakyat kita sendiri, tetapi telah menjadi cemuhan masyarakat antarabangsa.
Sudah tiada pihak yang serius untuk melakukan perubahan untuk mengembalikan
negara kita ketahap yang pernah kita alami dahulu.
Dulu negara kita adalah negara
yang paling hampir kepada tahap dunia pertama dan negara maju.sejurus kita
mencapai kemerdekaan dahulu. Pencapaian kemajuan yang dimaksudkan bukannya dari
segi pembangunan fisikal semasa itu, tetapi sikap dan suasana kepimpinan semasa
itu jauh lebih baik dari masa sekarang. Dulu kepimpinan kita begitu masyhur
dengan kewibawaan sebagai pemimpin sebuah negara yang cepat mencapai tahap
negara maju.
Tetapi bagi pimpinan sekarang
mereka mengaku dan memuji diri sendiri yang kita telah hampir ketahap itu.
Tetapi apakah benar kita sudah menghampiri tahap dunia maju seperti yang digembar-gemburkan
itu? Kalau kita sebut negara maju itu apakah definasi negara maju sebenarnya? Adakah cukup
dengan membina bangunan tinggi-tinggi yang hampir setinggi awan itu untuk
menjadi kayu pengukur kemajuan itu?
Adakah sudah mencukupi jika kita
membina jambatan panjang-panjang atau membina tiang bendera yang tertinggi di
dunia itu sudah melayakkan kita digulungkan ke dalam negara maju? Bagaimana
dengan sikap dan nilai pemikiran kita tidak perlu dibina untuk melayakkan kita
menjadi sebuah negara maju? Tidak perlu kah kita membina kepimpinan yang
beretika dahulu sebelum kita menjadi negara maju?
Apa kah sebenarnya ciri-ciri
penting yang perlu ada sebelum kita boleh menganggap negara kita sudah mencapai
ke tahap negara maju itu? Pendeknya tahukah kita semua apa dia negara maju itu?
Negara maju itu adalah sebuah
negara yang matang. Kematangan negara itu bukan setakat mencapai kemajuan
fisikalnya tetapi kematangan yang meliputi bidang kehidupan yang lain. Kematangan
sesebuah negara itu boleh kita lihat dari segi politiknya, kemajuan pemikiran
rakyat lebih-lebih lagi pemikiran pimpinannya. Negara maju yang matang mempunyai
rakyat yang hidupnya penuh dengan etika kehidupan sehariannya dan lebih-lebih
lagi dari segi sikap mereka terhadap semua isu ada didepan mata mereka.
Dalam sebuah negara maju sistem kehakiman
mereka tidak boleh dipengaruhi oleh politik dan menyebelahi sesuatu pihak.
Pihak eksekutifnya tidak boleh masuk campur dalam hal yang berkaitan dengan
kehakiman itu. Sistem kehakiman kita suatu ketika dahulu adalah badan bebas
tetapi dihancurkan oleh pimpinan kerajaan (executive) semasa pimpinan seorang
Perdana Menteri yang boleh berjalan di atas air dahulu.
Di England badan yang
mengendalikan pilihanraya tidak menunjukkan sikap seperti pimpinan SPR di sini
yang menunjukkan ‘thumbs up’ di depan media setelah BN berjaya mengekalkan
mandat walaupun mandat yang bertambah kecil. SPR di sini seolah-olah adalah
salah satu dari anggota Barisan Nasional yang berbelas-belas itu.
Di negara maju anggota Polisnya
lebih menumpukan tenaga untuk menjaga keselamatan negara dan tidak seperti
disini di mana anggota Polisnya lebih menumpukan perhatian kepada pemimpin
pembangkang sahaja. Jenayah bertambah-tambah dan segala jenis jenayah nampak
seperti tidak ada kawalannya. Polis sudah hilang ‘priority’ terhadap
tanggungjawabnya.
Mereka lebih percaya yang
perhimpunan anjuran PKR itu lebih bahaya dari kumpulan penyamun yang sentiasa
mengintai-ngintai untuk menyamun rumah-rumah yang boleh mereka masuk untuk
menyamun. Pendeknya seluruh sistem dan kewibawaan kerajaan sudah tidak boleh
lagi diperbaiki oleh pimpinan yang ada sekarang ini.
Seperti yang selalu saya
sarankan, negara kita perlu melakukan transformasi, bukan seperti yang dianjurkan
oleh Najib tetapi transformasi yang hakiki. Kita terpaksa memulakan dengan
menyusun kembali negara ini dari ABC atau alif baa taa.
‘The elders have to take charge’
buat sementara untuk menyususn kembali negara yang telah tersimpul mati dengan
kemelut dan masalah yang tidak kunjung selesai itu. ‘Budak-budak’ yang
tidak berhenti-henti berkelahi itu duduk di tepi dahulu, hisab cerut atau rokok daun,
atau duduk bersama saya di kedai kopi mamak mana-mana.
Untuk memulakannya biar lah mereka
yang memahami selok belok siasah dan pentadbiran dan mempunyai roh sejati untuk
memperbaiki keadaan ini. Najib hanya pandai bercakap tentang ‘national
reconciliation’. Tetapi beliau juga adalah pihak yang terlibat dalam pergaduhan
untuk mengekalkan kuasa dengan orang yang hendak mendapatkan kuasa itu.
Jika Najib benar-benar jujur
untuk matlamat itu, beliau sepatutnya mempunyai otot yang cukup kuat untuk
mendisiplinkan ahli-ahli partinya untuk tidak berkata dan bertindak tanpa
mempunyai ‘clue’ yang betul untuk melakukannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha