Pendedahan. Punca sebenar PAS tewas di Kedah!
Dengan tidak bertanggungjawab beliau melepaskan beban pemilihan
calon-calon kepada PAS Pusat, dengan beliau menjadi master mind dipilih
senarai yang beliau restui sahaja.
PRU
ke-13 telah lebih seminggu berlalu dengan keputusan yang dimaklumi
semua orang. PRU13 menyaksikan tsunami rakyat menolak BN kecuali di
beberapa negeri.Kecelaruan SPR masih tidak menghalang kecemerlangan
Pakatan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dan hampir-hampir
menguasai semula Perak dan Terengganu, sementara berjaya menidakkan
majoriti 2/3 di Negeri Sembilan.
Tetapi berlainan pula keputusannya di Kedah yang berjaya dimenangi
semula oleh BN. Sebagai seorang ahli politik anak Kedah, saya kemukakan
analisa dan sebab-sebab bencana kekalahan yang sememangnya sudah
dijangka di Kedah.
Pentadbiran ala-Umno
Kemenangan Pakatan Kedah dalam PRU12 adalah mesej dan manifestasi
kehendak majoriti rakyat yang mahukan perubahan setelah ditadbir lebih
50 tahun oleh Umno-BN.
Harapan ini nyata dipersia-siakan oleh kerajaan Datuk Seri Azizan Razak
apabila sejak dari awal lagi beliau dikatakan menjadikan Tun Dr Mahathir
Mohamad tokoh korporat yang dikaitkan dengan Umno sebagai mentor dan
sumber rujukan dalam melaksanakan pentadbiran negeri.
Jawatan-jawatan penting dalam syarikat dan institusi berkaitan kerajaan
negeri diberikan kepada mereka yang bukan sahaja tegar dengan Umno
tetapi berusaha sepanjang masa mensabotaj kerajaan negeri sama ada
secara langsung atau tak langsung.
Maka lahirlah isu-isu seperti kes pelantikan YDP Majlis Daerah Kubang
Pasu, isu alam sekitar di Carok Genting Bunga dan Gunung Inas, isu
bercambahnya pusat hiburan dan karaoke berlesen dan tanpa lesen, isu
krisis kewangan, pentadbiran dan kebajikan pelajar serta kakitangan di
KUIN.
Kesemua isu di atas tidak diatasi ataupun diselesaikan.
Azizan cukup
bangga dengan jawapan-jawapan politik di media-media arus perdana tanpa
melihat kesan yang dialami oleh orang bawahan.
Saya mendapat maklum majoriti staf KUIN yang menyokong PAS tidak memberi
undi kepada parti itu dalam PRU yang lalu.
Rakyat melihat pentadbiran Azizan lemah, tidak efisyen, tiada
perancangan dan bertindak mengikut kehendak sendiri walaupun dinasihati
disebaliknya.
Lalu harapan rakyat yang ingin melihat suatu perubahan bawah pentadbiran
PAS disia-siakan. Rakyat kecewa dan kekecewaan ini ditafsirkan di
peti-peti undi.
Hampir 20 peratus undi diberi kepada BN hasil dari
kekecewaan itu.
Pergolakan dalaman
Pergolakan dalam cawan antara exco Datuk Phahrol-Dr Ismail dan Azizan
yang telah selesai dan dilupakan dihidupkan semula oleh Azizan sendiri
melalui pemilihan calon-calon PRU13.
Azizan dilihat 'mencantas' Phahrol dan Dr Ismail dan beberapa orang lagi
yang bukan kroni beliau. Phahrol dihantar ke Parlimen Jerlun untuk
disembelih, sementara Dr Ismail dibuang terus.
Bantahan demi bantahan dari orang ramai akhirnya menyaksikan Phahrol
dibawa semula ke Pengkalan Kundor dan Dr Ismail dihantar ke Jerlun.
Lebih malang lagi apabila senarai calon-calon ini tidak pernah dibincang
dalam tiga mesyuarat tertinggi di peringkat negeri - mesyuarat harian,
politik dan pilihan raya serta dadan perhubungan.
Malah permintaan ahli perhubungan negeri untuk supaya ia dibincangkan
tidak pernah diambil peduli.
Dengan tidak bertanggungjawab beliau melepaskan beban pemilihan
calon-calon kepada PAS Pusat, dengan beliau menjadi master mind dipilih
senarai yang beliau restui sahaja.
Pemilihan calon-calon yang tidak mengikut prosedur ini telah mendapat
tentangan dan menimbulkan kemarahan yang amat sangat di peringkat
jentera parti di segenap peringkat yang membawa kepada sabotaj dan
kelesuan jentera pilihan raya.
Jabatan pilihan raya gagal
Jabatan Pilihan Raya (JPN) PAS negeri sejak dari awal lagi telah
menyimpang dari landasanya apabila mencampuri urusan pemilihan
calon-calon yang telah diketahui umum bahawa itu bukan bidang tugas JPN.
Hampir kesemua AJK JPN terlalu berpolitik untuk memastikan hanya Azizan
dan kronimya sahaja menang.
Lagak dan pembawaan mereka amat memualkan.
Tiada strategi dan perancangan yang dibuat JPN untuk memenangkan Kedah
selain dari daftar pemilih dan pengundi luar kawasan.
Lebih malang apabila apabila bilik gerakan membuat laporan membodek
menyatakan faktor Azizan akan menyumbang 70 peratus kepada kemenangan
Kedah walaupun fakta sebenar sebaliknya.
JPN gagal membaca kehendak semasa pengundi. Calon-calon masuk bertanding
tanpa strategi khusus untuk menang.
Strategi yang sudah tentu berbeza mengikut DUN dan Parlimen, berbeza
mengikut ras, jantina, umur dan tidak kurang penting juga strategi akan
berubah mengikut ketokohan dan kewibawaan calon lawan.
Ketiga-tiga faktor di atas menjadi faktor utama, di samping
faktor-faktor lain mengapa Allah memberi kekalahan kepada PAS Kedah.
Semoga "teguran Allah" ini bisa memberi bekas kepada kepimpinan yang
tidak lagi boleh berbincang atau ditegur. Mereka memilih jalan susah dan
jalan yang lebih panjang untuk belajar.
Sesungguhnya kemenangan itu hak Allah dan kita sebagai hamba-Nya hanya
perlu melengkapkan ciri-ciri yang akan membawa kepada kemenangan.
Dan Allah akan menarik kemengan itu jika kita melampau dan tidak
memenuhi cirri-ciri itu dan itulah yang berlaku di Kedah.
Semoga kita sama-sama bermuhasabah.
P/S: Tak payah la presiden PAS sakit kepala buat post mortem. Tiru aje bulat2 la artikel di atas!
2 ulasan:
Salam The Sniper
Yong pun nampak lebih kurang begitu. Cuma tak sampai hati nak tulis sebab yang empunya diri tengah sakit.
Salam Bro,
Kawan aku telah bangkit pada aku kira-kira 3 tahun lalu, iaitu MKK atau Majlis Ketua Kampong lantikan Kerajaan Negeri tidak memainkan peranan langsung dengan masyarakat kampung. JKKKP kerja buat MKK. Yang peliknya MKK bagi kerja sama pada JKKKP. Sedangkan JKKKP uti musuh politik MKK.
Ada sorang Ketua Kampong bagitau pada kawan aku, "kalau penduduk ada masalah mai jumpa aku, aku suruh depa jumpa Pengerusi JKKKP. JKKKP ada duit dan ada peruntukan, kita wakil kerajaan negeri, tak dak duit, kita pun macam Ustad Azizan bagi taklimat kena berkerjasama dengan JKKKP, tak mau gaduh sama sekampung".
Kawan aku siasat, didapati kebanyakan MKK bersikap macam tu. Dia maklumkan pada pimpinan tertentu tapi tak jadi apa jugak.
Tidakkah bodoh & bangang.... rakyat ada masalah suruh jumpa musuh kita untuk selesaikan. Rakyat makan budi JKKKP dan untungnya UMNO.
Catat Ulasan