Pengikut

24 Mei, 2013

Kebangkitan Rakyat. Amaran kepada pimpinan PR!



Jeming Hassan

Kalau ada mana-mana pimpinan pakatan rakyat bersuara seperti umno, berminat untuk menjadi jurucakap umno, mengkhianati tanah rakyat dengan menjadi ejen umno, saya ajak saudara saudari sekalian untuk menentang mereka sehingga mereka tumbang ditangan rakyat. Jangan cuba khianati amanah rakyat dengan menjadi ejen pemerintah zalim umno barisan nasional.

Photo
errr.. agak2,kalau Adam Adli masuk PAS boleh jadi calon atau depa bagi tugas cari buluh je? Kita tengok sama2. tungguuuuuu!

Hmmm...
 


Tambahan

oleh: C++


Bhai.... Dalam menentang penipuan... kebejatan dan segala macam salah laku serta magik pada PRU13 yang baru selesai nih... rakyat marhaen macam lu dan gua kali ini bersendirian.... alone...

Semua yang dah menang... semua parti politik yang selama nih "kununnya" bersama rakyat... skrang sudah lari... menyorok.... malah siap berbuat penafian bahawasanyrr diorang menyokong sistem demokrasi... sistem pilihanraya yang ader.. Macam celaka jer....

Masa macam nih la kiter boleh tengok perangai sebenar ahli politik dan jugak parti politik di Malaysia... semua play safe... Tak kisah la sesapa pon... Semua macam dah hilang telur untuk melawan BN yang dah macam orang giler dok hambat sana sini rakyat marhaen dan mustad'afin nih....

Celaka punya parti PAS, DAP, PKR .... Macam celaka jer... Yang skrang masih bersama dengan rakyat marhaen dan mustad'afin berjuang melawan BN secara berdepan aderlah PSM jer... PSM yang dikatakan komunis dan sesat oleh Ulamak "Ke Laut"....

Mmmmm.... Dengan ulamak-ulamak skali lari mencicit.... Hahaha... Dulu siap cakap berkobar-kobar "kununnya" Allah Taala sudah menyuruh menggempur Putrajaya... cakap macam gempak... bersuara macam hebat... tapi rupanyer jenis mengejar daki dunia jugak... Poodah la...

Skrang nih yang lawan BN cuma rakyat marhaen dan mustad'afin jer... pemimpin dan ulama semua sudah kecut telur.... memang celaka... pejuang taik kucing la...

Gua nak "hasut" lu orang nih.... kalu lu nampak mangkuk-mangkuk nih buat ceramah atas pentas mana-mana... konon nak tunjukkan diorang la pejuang rakyat.... Lu baling jer telur busuk ker...  selipar cabuk ker... terompah ker kat mangkuk-mangkuk juara pentas nih... Sebab diorang nih memang celaka... cakap gempak... tapi lari dari berjuang bersama rakyat marhaen dan mustad'afin biler nak melawan BN dalam kes penipuan PRU13...

Lu tengok la statement sekor-sekor mangkuk nih.... macam sial jer... skrang gua dah naik angin... dan ayat maki dah makin kerap keluar... 

Patutlar BN makin berkuasa.... sebab dapat pembangkang yang pengecut... bangsat betul lar...

Kiter skrang bersendirian (alone) .... 


 

23 Mei, 2013

Sesungguhnya UMNO adalah parti untuk manusia IQ rendah?







Parti kampung ialah parti yang menang hanya di kawasan pedalaman dan kampung-kampung. Parti bandar ialah parti yang menang besar di kawasan bandaraya dan bandar-bandar besar di seluruh negara. Parti kampung ialah parti yang berjuang secara kekampungan dengan budaya sogok, rasuah, adu domba, fitnah dan penipuan. Mereka sering berjanji lebih 12 kali dan pada PRU 13 juga terus berjanji walaupun mungkin ianya tidak ditepati. Parti kampung menjadikan media arus perdana dan tradisional sebagai senjata ampun mereka kerana media-media ini sudah lama menjadi kita rujukan 'muktabar' mereka.

Parti bandar jauh bezanya dengan parti kampung. Parti bandar ialah parti yang menjadikan dasar, perancangan dan manifesto sebagai alat untuk memberitahu rakyat apa yang mereka akan laksanakan jika diberi mandat memerintah. Mereka menggunakan media alternatif seperti blog, FB, Twitter, Whatsapp dan sebagainya sebagai medium penyaluran maklumat mereka. Parti Bandar dihalang dari menggunakan media pencacai arus perdana yang 24 jam membodek parti kampung.
Parti Bandar menggunakan hujah dan bukti untuk dipersembahkan kepada rakyat apa yang mereka hendak lakukan. Parti Bandar menjadikan Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Perak (selama 10 bulan) sebagai model dan bukti dasar dan program yang mereka telah laksanakan.
Malangnya Parti Kampung menjadikan video porno, fitnah, penipuan dan cerita-cerita karut untuk memainkan emosi orang Melayu menyokong mereka. Antara momokan mereka ialah jika Parti Bandar menang Cina komunis jadi pemerintah, hak istimewa orang Melayu dihapuskan, agama Islam digantikan dengan agama kristian sebagai agama rasmi dan banyak lagi 'hikayat tahyul dan khurafat' yang mereka jadikan senjata untuk mengelirukan rakyat.
Akhirnya orang bandar menyokong parti bandar dan orang kampung menyokong parti kampung. Dengan lain perkataan orang cerdik, berpelajaran, berpengetahuan dan sebagainya menyokong parti bandar. Sebaliknya orang kurang cerdik, tidak berpelajaran, miskin mudah ditipu dan digula-gulakan oleh parti kampung.
 


Harakah dirampas. Sabar...syukur...dan redho....jangan gopoh....





 

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini bertindak merampas akhbar lidah rasmi PAS, Harakah di beberapa buah negeri di seluruh negara.

Antara negeri yang dilaporkan berlaku rampasan itu termasuk Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Perak.

Menurut Pengurus Pemasaran Harakah, Ahmad Faisal Tawang, pagi ini beliau menerima pangggilan telefon daripada pengedar-pengedar yang memaklumkan pihak KDN menjalankan operasi merampas Harakah.

Katanya, KDN bukan sahaja merampas Harakah di kedai-kedai malah turut menyerbu premis pengedar.

Jelasnya, di Melaka dianggarkan lebih 500 naskah Harakah dirampas manakala di Alor Setar Kedah pula dilaporkan sebanyak 1,000 naskah.

Rampasan di Kedah itu dilaporkan dibuat di atas lori, sebelum sempat akhbar itu diturunkan untuk diagih kepada pengedar dan dijual.

"Di Seremban Negeri Sembilan pejabat pengedar turut diserbu oleh KDN. Tetapi di Kedah pihak KDN tidak menunjukkan kad penguatkuasa dan surat dari KDN yang sah sebelum bertindak," katanya kepada Harakahdaily.

Bahkan beliau turut mendapat maklumat, di Alor Setar KDN menggunakan lima van kementerian itu untuk merampas Harakah.

Harakah yang dirampas adalah Edisi Jumaat 24-26 Mei yang memaparkan tajuk muka depan "GST hadiah BN untuk rakyat".

Azmin dan Zuraida dah kecut perut!


“Salah satu sebab penangguhan ini adalah kerana parti baru sahaja melalui satu 'pertempuran' sengit, iaitu pilihan raya umum ke-13 dimana banyak sumber dan tenaga telah digunakan.

Salah satu je? sebab lain? Bukan kerana nak tunggu kemarahan ahli kepada Azmin dan Zuraida lega? Apa yang aku nampak, jika Azmin dan Zuraida terus kekal memegang jawatan dalam parti, sokongan kepada PKR di PRU14 akan merosot teruk! Ahli-ahli sedang menunggu dengan sabar untuk buang Azmin dan Zuraida. Tungguuuuuu!

Jom lihat pola pengundi mengikut generasi dalam PRU13
Nota: 
Boomers. Lahir sebelum 1965
Gen X. Lahir bermula 1965 hingga 1983.
Gen Y. Lahir pada 1984 ke atas.

Boomers jenis setia kepada parti. Gen X separuh setia kepada parti dan separuh lagi adalah jenis pemberontak. Gen Y hampir 90% pemberontak yang bencikan perangai pengampu dan kronisme yang menjadi amalan boomers zaman berzaman. Berdasarkan data statistik di atas jumlah Gen Y dicampur dengan separuh dari gen X adalah berjumlah 36.6% manakala selebihnya adalah campuran boomers dan separuh dari golongan gen X. 

 

Lihat keputusan PRU13! Dicampur dengan penipuan oleh SPR dan perasaan menyampah kumpulan ini PR terus gagal menawan Putrajaya. 


Bagaimana jika dalam PRU14 golongan gen Y terus bertambah menjadi 50% dan budaya mengampu dan kronisme dalam parti terutama PKR dan PAS terus tidak berubah? Adakah PR akan berjaya? Jawapan kepada masalah ini, golongan pimpinan dalam PKR dan PAS yang mengamalkan budaya mengampu dan kronisme sememangnya wajib di "segarkan" kembali!

Artikel berkaitan tajuk di atas:

PETALING JAYA, 22 Mei — Pemilihan parti PKR yang sepatutnya berlangsung November tahun ini mungkin akan ditangguhkan, kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini yang memberikan alasan langkah tersebut diambil kerana mereka baru sahaja melalui pilihan raya umum sengit pada 5 Mei lalu.

Setiausaha agung PKR itu walau bagaimanapun berkata penangguhan memerlukan kelulusan dalam kongres dan perlu meminda perlembagaan parti.
“PKR menimbang untuk menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya dijalankan November ini,” kata Saifuddin dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR, di sini.

“Namun, untuk parti menangguhkan kami perlu memanggil satu Mesyuarat Khas Tahunan bagi dapatkan kelulusan dan pinda perlembagaan.”
Menurut Saifuddin (gambar) lagi, antara faktor utama penangguhan tersebut adalah kerana jentera dan ahli akar umbi baru sahaja melalui “pertempuran” iaitu dalam pilihan raya 5 Mei lalu.

“Salah satu sebab penangguhan ini adalah kerana parti baru sahaja melalui satu 'pertempuran' sengit, iaitu pilihan raya umum ke-13 dimana banyak sumber dan tenaga telah digunakan.
“Saya juga sendiri telah menemui pihak  Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk memberitahu mereka tentang kemungkinan parti menangguhkan pemilihan,” kata Saifuddin lagi.

Menyentuh tentang Kongres Nasional Tahunan Ke-9 yang bakal diadakan hujung minggu ini,
Saifuddin menegaskan ia diadakan hanya untuk memenuhi syarat yang ditetapkan oleh RoS memandangkan PKR tidak mengadakan kongres tahunan tahun lepas.

Saifuddin menjelaskan tiga usul utama dalam kongres kali ini ialah ucapan presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, perbincangan tentang Pilihan Raya 2013 dan seterusnya tentang perancangan parti untuk bergerak ke hadapan selepas ini.

“Tiga usul akan dibentangkan kali ini, usul utama yang dibahaskan kali ini pastinya pasca pilihan raya umum ke-13.
“Disamping itu, kongres juga akan membincangkan tentang langkah untuk mengukuhkan kepimpinan parti,” tambahnya lagi.

Sebanyak 2,500 delegasi akan bersidang pada kongres yang akan diadakan pada 25 Mei ini di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), disamping kehadiran pemerhati dan tetamu khas parti serta wakil daripada 221 cabang diseluruh negara.

Kali terakhir PKR mengadakan pemilihan parti adalah pada tahun 2010 lalu, RoS telah menetapkan setiap pertubuhan yang berdaftar perlu mengadakan pemilihan setiap tiga tahun sekali.
PKR merupakan parti politik pertama melaksanakan pemilihan secara langsung bagi semua jawatan di peringkat cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), termasuk jawatan presiden, timbalan presiden, empat naib presiden dan 20 anggota MPP.

Dalam pilihan raya 5 Mei lalu, PKR memenangi 30 kerusi Parlimen daripada 89 keseluruhan yang diperoleh oleh gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR), DAP memenangi 38 kerusi manakala PAS pula 21 kerusi.

Keputusan Pilihan Raya 2013 menyaksikan parti pemerintah Barisan Nasional (BN) buat kali pertama hilang undi popular apabila hanya memperoleh 47 peratus berbanding PR memperoleh 50 peratus.

22 Mei, 2013

KPN ni naik kerana bijak atau sebab kaki bodek?

 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar "Perhimpunan haram halang polis tumpu pencegahan jenayah"

 Pehal pulak? biarlah depa nak berhimpun pun! Kalau depa mintak kerjasama polis untuk kawalan keselamatan hangpa mai saja la!

Jom kita sama2 baca!

 Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan

(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—

(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—
(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan;
(b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;
(c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.

(3) Sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau pendidikan.

(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181 melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.

 

Seterusnya baca artikel di bawah dan nilaikan!


KUALA LUMPUR, 22 Mei — Sikap penganjur dan peserta perhimpunan yang tidak mematuhi syarat-syarat Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 menyukarkan polis untuk menumpukan tugasan hakikinya menjaga ketenteraman awam dan membanteras jenayah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sikap penganjur yang tidak memaklumkan mengenai perhimpunan dan tidak berbincang dengan pihak polis adalah antara tindakan yang tidak mematuhi syarat dalam APA.
Akibatnya, beliau berkata pasukan polis terpaksa mengambil langkah keselamatan yang lebih dengan menggerakkan anggota pasukan di satu kawasan dalam jumlah yang besar.

"Kerana ingin menjaga ketenteraman awam di perhimpunan itu, kita terpaksa tempatkan ramai anggota kerana khuatir jika ada kumpulan lain yang menentang perhimpunan itu hadir mengadakan demonstrasi dan akhirnya berlaku pergaduhan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara pertamanya bersama media selepas dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Ismail Omar di sini, hari ini.

Khalid, 55, menggantikan Ismail, 60, yang tamat kontraknya Jumaat lepas. Katanya selepas pilihan raya umum ke-13 berakhir, pembangkang telah mengadakan beberapa siri perhimpunan haram di beberapa negeri membantah keputusan pilihan raya umum dan didapati perhimpunan mereka telah melanggar syarat di dalam APA.

Pembangkang telah menganjurkan lima perhimpunan iaitu di Perak, Kelantan, Sabah, Selangor dan Pulau Pinang dan kesemuanya adalah perhimpunan haram.
Beliau berkata akibat tindakan menjaga sesuatu perhimpunan itu, tugasan pasukan polis telah terganggu daripada menjalankan rondaan pencegahan jenayah.

"Kita menggunakan sumber yang ramai untuk tujuan itu, perhatian kita telah dialihkan daripada tugas untuk menangani tugas-tugas lain dalam kepolisan ini, selain mencegah jenayah, mengawal lalu lintas dan sebagainya," katanya.

Jika pihak penganjur memaklumkan kepada polis dan mematuhi syarat mengikut APA, beliau memberi jaminan perhimpunan yang ingin dianjurkan akan berlangsung dalam keadaan aman dan terkawal. — Bernama