Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

29 September, 2015

Ini penyebab utama PSM tidak dipelawa menyertai Pakatan Harapan?

Ahli parlimen Parti Sosialis Malaysia Dr Jeyakumar merupakan satu-satunya ahli parlimen yang mengisytiharkan hartanya SETIAP TAHUN?
Berikut merupakan pengisytiharan harta beliau yang dibuat pada 2014:
1.Sebuah rumah di Ipoh - RM140,000 (meningkat daripada RM130,000 pada tahun lepas);
2. Kereta Volvo 1988 ( kereta rasmi beliau) - RM10,000 (meningkat daripada RM2,000 tahun lepas);
3. Kenderaan Pajero 4WD 1996 (hadiah dari rakan) - RM6,000;
4. Kereta Mazda 1986 (yang digunakan oleh cawangan PSM Buntong) - RM300;
5. Kereta Nissan Sentra 2000 - RM15,000;
6. Wang simpanan - RM50,000 (meningkat daripada RM10,000 pada tahun lepas);
7. Saham - RM44,000 (meningkat daripada RM10,000 tahun lepas).
Jumlah keseluruhan : RM140k +RM10k + RM6k + RM300 + RM15k + RM50k = RM221 300
Pengisytiharan ini disahkan oleh pesuruhjaya sumpah.
Jeyakumar berkata ahli-ahli parlimen adalah penjawat awam dan tidak boleh menggunakan kedudukan mereka untuk mendapatkan kekayaan. Beliau adalah satu-satunya ahli Parlimen yang konsisten berbuat demikian setiap tahun semenjak dipilih menjadi ahli parlimen Sungai Siput pada PRU12.
PSM mempunyai tradisi bahawa wakil rakyatnya wajib untuk mengisytiharkan harta mereka SETIAP TAHUN, sesuatu yang tidak dilakukan oleh ahli parlimen Barisan Nasional mahupun Pakatan Harapan (atau sebelum ini Pakatan Rakyat).


Semakin ramai ADUN PAS bakal sertai Amanah!

Tuan-Tuan dan Puan-Puan semua.

Jebonesta Reports ada mendapat maklumat bahawa ada beberapa ADUN lagi di Pahang, Terengganu dan Kelantan yang akan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam masa terdekat ini.

Selanjutnya

07 September, 2015

PAS nak letak calon di kerusi DAP? Gila atau biol?

Dah habis fikir ke?

Agak2 pengundi Cina kat DUN bawah ni akan terus mengundi PAS ke?

Nota: mm=majoriti menang. %c= % cina

DUN PAS menang di Selangor.


N17 Gombak Setia. mm 4.2%. %c 11.73% 

N18 Hulu Kelang. mm 7.2%. %c 14.32% 

N2 Sabak. mm2.1%.. %c 12.23% 

N20 Lembah Jaya. mm 20.7%.. %c 31.86%.

 N21 Chempaka. mm25.9%. %c 38.17%. 

N23 Dusun Tua. mm10%. %c 37.72%. 

N26 Bangi. mm25.2%. %c 18.96. 

N29 Seri Serdang. mm25.4%. %c 31.6% 

N38 Paya Jaras. mm14.3%. %c 27.3% 

N42 Meru. mm25.6%. %c 27.5% 

N45 Selat Kelang. mm8.7%. %c 26.0% 

N51 Sijangkang. mm10.8%. %c 15.2%. 

N53 Morib. mm2.6%. %c 22.7% 

N54 Tanjung Sepat. mm3.4%. %c 28%.

 

Pengundi Cina kat Perak ni akan terus mengundi PAS ke?

Macam biasa,

PAS akan jawab,

Menang kalah semua urusan Tuhan!

Tau dah!



02 September, 2015

PAS Johor lumpuh!



PAS JOHOR LUMPUH
- 5000 ahli berserta kedua sayap dan 25 exconya akan menyertai Parti AMANAH Negara.
PAS JOHOR MENYAHUT CABARAN PRESIDEN PAS DAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT .
KETUA DEWAN PEMUDA & KETUA DEWAN MUSLIMAT SERTA 25 EXCO NYA KELUAR PAS.

Keluar Pas Golongan Tolol - Hadi
https://youtu.be/P69rb-4D1pk. ~~ Keluar Pas jd golongan TOLOL.

Seramai 25 anggota Exco Pemuda dan Muslimat PAS Johor termasuk ketua kedua-dua sayap parti itu hari ini mengumumkan peletakan jawatan dalam parti bagi menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).
Semalam, Pengerusi Gerakan Harapan Baru (HB) Mohamad Sabu mengumumkan 'Amanah' akan digunakan sebagai nama rasmi wadah politik HB.
Pengerusi HB Johor Aminolhuda Hassan berkata peletakan jawatan beramai-ramai ahli PAS Johor bagi menyertai parti baru ini bukan kerana dipaksa, tetapi keranaia (parti baru) lebih menepati hala tuju yang diingini.
Ketua Dewan Pemuda PAS Johor Mohd Faizul Mohd Salleh dan Ketua Dewan Muslimat PAS negeri, Norhayati Bachok antara mereka yang meletakkan jawatan.
"Kita mahu lebih fokus kepada isu rakyat, maknanya pendekatan kita lebih mendekati masalah rakyat dan bukan permasalahan dalaman.
"Kita menggunakan pendekatan parti baru iaitu Amanah, Inklusif dan Peduli," kata Aminolhuda ketika mengumumkan perkara itu di Johor Bahru hari ini.
Beliau yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Negeri, berkata pihaknya menyasarkan seramai 5,000 keanggotaan baru menjelang pelancaran parti itu peringkat negeri 11 September ini.
Pada 24 Ogos lalu, seramai 91 ahli jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan GelangPatah meletakkan jawatan masing-masing.
Semalam, Mat Sabu, bekas timbalan presiden PAS berkata, HB telah mengambilalih Parti Pekerja-pekerja Malaysia yang dijenamakan semula sebagai Amanah.

Himpunan jawapan2 najib mengenai RM2.6 bilion!

Satu soalan tetapi jawapannya tidak menjawab sama sekali.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 1 : (Diam)

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 2 : Akaun itu tidak wujud.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 3 : Ejaan nama Najib Razak oleh WSJ adalah silap.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 4 : Saya tak guna duit itu untuk kegunaan peribadi.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 5 : Penulisan Wall Street Journal adalah berunsur fitnah.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 6 : Kebenaran akan terbukti. Saya akan saman WSJ pada hari Selasa.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 7 : Yahudi kini sedang menyerang Malaysia.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 8 : Adalah bodoh jika Najib Razak nak guna akaun sendiri untuk terima wang.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 9 : RM2.6 bilion itu tidak wujud.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 10 : RM2.6 bilion itu adalah Derma.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 11 : Penderma RM2.6 bilion itu adalah adalah dari Timur Tengah.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 12 : Najib berhak untuk merahsiakan derma.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 13 : Pembangkang perlu isytihar Penderma.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 14 : Tun Mahathir cemburu beliau tak dapat duit derma sebanyak itu.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 15 : Duit itu saya guna untuk pilihanraya & kerja kebajikan.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 16 : negara Arab bagi kerana Malaysia's efforts in combating the Islamic State (IS).

Satu soalan yang perlu dijawab YA atau TIDAK sahaja. Tetapi malangnya jawapan yang diterima sekali berubah ikut nafsu.
Please no more pisang goreng..✌