Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

29 Jun, 2015

Hadi ohhh Hadi!

P/S: Cakap la apa pun. Penyokong PR luar PAS malahan segelintir ahli PAS sendiri telah tidak memperdulikan PAS 2015-2017. Pergi mampus la!

28 Jun, 2015

Bukti PAS asal dari UMNO.

Ahmad Fuad seorang guru agama (Ustaz) yang berasal dari Terengganu. Beliau lepasan Maahad Ihya Assyariff, Gunung Semanggol dan menyertai UMNO pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran UMNO.

Sebagai Pengerusi Badan Agama Umno, beliau tidak rela membenarkan aktiviti judi loteri dan funfair bagi mengutip dana. Ketika itu banyak kelab malam atau penari kaberat Melayu di bandar-bandar besar untuk mencari rezeki . Beliau mencadangkan menubuhkan kesatuan ulama bagi menyatukan seluruh pendapat ulama di Tanah Melayu. Tulisan beliau bertajuk “Ulama Malaya Belum Bersatu & Belum Mempunyai Organisasi” tersiar dalam lidah rasmi parti -'Suara UMNO'. Katanya, para ulama bagaikan 'sampah' yang dihina dan tidak dihargai langsung kerana tidak ada kekuatan. UMNO pula mengabaikan nasib Natrah yang dimurtadkan pada 1950.

Ekoran itu, pada 15 Ogos 1951, Persidangan Ulama Tanah Melayu telah berjaya di adakan di Kuala Lumpur bagi membincangkan tuntutan tersebut serta merangka Perlembagaannya. Seterusnya pada 24 November 1951, Persidangan Ulama Kali Ke-3 telah di adakan di Bangunan UMNO Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai, Pulau Pinang.Persidangan ini telah berjaya menubuhkan Persatuan Ulama Se-Malaya dan seterusnya ditukarkan kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) atas persetujuan ramai.

Ahmad Fuad menentang Tunku Abdul Rahman bagi jawatan Yang DiPertua UMNO selepas krisis kepimpinan Dato Onn Jaafar.Ahmad Fuad adalah rakan karib Onn Jaafar dan cara politiknya dipengaruhi oleh Onn Jaafar . Onn Jaafar sebagai bekas pegawai daerah Batu Pahat dan berjaya menyelesaikan sengketa kaum di Batu Pahat , mahu membawa bukan Melayu menyertai UMNO. Onn Jaafar meletak jawatan secara tiba-tiba kerana kecewa cadangannya ditolak ahli parti. Ketika itu Malaysia masih dalam darurat (1948-1960) di mana PKM mengangkat senjata, berjuang menentang pemerintahan semula British.

Ahmad Fuad dilantik sebagai Yang DiPertua PAS pada 1951 . Majalah tulisan Jawi, Qalam yang terbit di Singapura menyuarakan harapan agar PAS dapat mengukuhkan perkembangan agama Islam. Penubuhan PAs direstui oleh UMNO sendiri. Tambahan pula ketika itu dibenarkan keahlian dua parti. Ramai juga yang membantah tindakan ulama menubuhkan persatuan bercorak politik.

Cawangan pertama PAS ialah di Butterworth pada 9 Mac 1952. Cawangan lain ialah Kuala Kangsar (10 April 1952), Perlis (2 Mei 1952), Kerian (6 Julai 1952) dan Kuala Lumpur(13 Julai 1952). 16 cawangan ditubuhkan pada 1952 di seluruh Malaya dan Singapura.

Ustaz Amaluddin Darus dan Ahmad Yatim menubuhkan cawangan PAS di Pasir Mas, Kelantan pada 23 Julai 1953 dan merupakan yang pertama di Pantai Timur.

Pada 4 Januari 1953Persidangan PAS diadakan di Kepala Batas, Seberang Perai bagi mengukuhkan hala tuju parti politik .Antaranya mahu menubuhkan negara merdeka berciri Islam. Negar Islam ini hendaklah dicapai melalui sistem demokrasi. Undang-undang Islam dan pendidikan bercorak Islam akan diutamakan bagi kesejahteraan umat.

Pada 26 Ogos 1953, Persidangan PAS ke-2 diadakan di Madrasatul Ulum, Bagan Datoh, Perak . 600 perwakilan sekali lagi memberi mandat kepada Ahmad Fuad memimpin PAS.

Ketika ini, Ahmad Fuad dijemput menghadiri Persidangan Kebangsaan tajaan Datuk Onn Jaafar bersama tujuh orang Menteri Besar dan Persidangan Kebangsaan yang ditaja oleh Tunku Abdul Rahman (UMNO – MCA). Tujuan persidangan kebangsaan ini ialah bagi menyelaraskan usaha mencapai kemerdekaan , membincangkan status kerakyatan jus soli, hak mengundi dan sebagainya.

Pada 23 September 1953, Persidangan khas PAS diadakan di Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang bagi menentukan sikap PAS. Hasilnya PAS menyokong cadangan Ustaz Amaludin Darus menolak gagasan Dato Onn kerana mengiktiraf kerakyatan dan persamaan hak antara kaum . PAS menyokong gagasan Tunku Abdul Rahman (UMNO-MCA).

Ahmad Fuad adalah rakan rapat dan penyokong Onn Jaafar dan keputusan PAS itu melemahkan kepimpinannya. Onn Jaafar telah menubuhkan Parti Malaya Merdeka (IMP). Usaha Ahmad Fuad menggabungkan PAS dengan IMP telah ditolak. Oleh itu pada 23 September 1953 , Ahmad Fuad meninggalkan PAS dan menyertai IMP dan Parti Negara apabila IMP dibubar.

27 Jun, 2015

Wajah pengkhianat gerakan membenam umno.

Gerakan membenam umno akan lebih mudah selepas ini selepas mereka dikenalpasti.

Insyaa Allah.

13 Jun, 2015

Sebuah parti baru bakal muncul menggantikan PAS!

Kita sama2 tengok.
Depa mengelupur atau tidak!

SHAH ALAM: A non-governmental organisation (NGO), mainly comprising PAS supporters unhappy with the Islamist party's leadership, has announced that it will set up a new party with other pro-Pakatan Rakyat NGOs and individuals.

Parti baru pro-Pakatan selepas Aidilfitri

Sebuah parti baru dijangka ditubuhkan selepas Aidilfitri ini ekoran keputusan diambil Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) hari ini.

Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi bagaimanapun berkata parti itu bukanlah peralihan daripada pertubuhan berkenaan, sebalikya sebuah entiti lain.

Katanya, parti baru itu nanti ditubuhkan untuk menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat, manakala PasMa kekal sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Phahrolrazi berkata parti baru itu akan dbentuk melalui sebuah jawatankuasa penaja yang dianggotai oleh pelbagai NGO proPakatan.

"PasMa hari ini mengambil ketetapan bahawa sebuah parti politik baru perlu ditubuhkan dan peranan PasMa dalam parti politik ini ialah untuk memastikan kesinambungan peranan PAS dalam komponen Pakatan," katanya dalam sidang media di Shah Alam hari ini

Phahrolrazi berkata PasMa akan terus kekal sebagai NGO dan tidak akan menjadi parti politik.

"Kami kekal dengan peranan terdahulu," katanya.

Phahrolrazi menambah, urusan penubuhan parti baru itu akan diambil oleh sebuah jawatankuasa penaja untuk mendapatkan persetujuan semua pihak.

12 Jun, 2015

Senarai pengkhianatan Hj Hadi dalam Pakatan Rakyat

Oleh: M S Ibrahim Al-Malbar

PUNCA SEGALA MASALAH DALAM PAKATAN RAKYAT ADALAH DARIPADA HAJI HADI AL-MARAKBAR WAL BARUA WAL BROKER WAL TOLOL, INI FAKTANYA:-

1. Tuan Guru Mursyidul Am sokong DS Anwar dalam isu 16 September tetapi Haji Hadi tidak setuju, berlaku perbalahan antara Tuan Guru Mursyidul Am dengan Haji Hadi, mengapa Haji Hadi tidak wala' kepada Tuan Guru Mursyidul Am?. Surat terbuka Tuan Guru Mursyidul Am kepada Harakah yang menyokong 16 September tidak disiarkan oleh Harakah, arahan daripada Siapa?. Haji Hadi atau Mustafa Ali?.

2. Haji Hadi hendak PAS Perak bentuk kerajaan dengan umno di Perak selepas PRU-12 tahun 2008.

3. Haji Hadi adakan rundingan dengan Pak Lah untuk bentuk kerajaan UG.

4. Isu PM, dalam mesyuarat PR PAS setuju DS Anwar jadi PM tetapi dalam mesyuarat PAS Pusat Mac 2013 tolak DS Anwar jadi PM dan hantar wakil memujuk Kuli untuk jadi PM.

5. Bertembung di dun Kota Damansara dan tiga dun di Terengganu PRU-13 (dalam mesyuarat PR telah dipersetujui PKR bertanding, tetapi hari penamaan calon Haji Hadi bagi watikah khas kepada calon PAS).

6. Haji Hadi gagal selesaikan masalah PAS Kedah sehingga PAS tumbang di Kedah dalam PRU-13 walau pun telah ada usul daripada dewan ulamak PAS Kedah supaya tukar MB sebelum PRU-13.

7. Isu MB Selangor dalam mesyuarat 17 Ogos sudah setuju Wan Azizah dan Azmin sebagai calon MB dan telah bersetuju tidak menuntut MB Selangor, tetapi selepas itu Haji Hadi hendak PAS jadi MB Selangor. Dr.M kata BN tidak pernah hantar nama lebih daripada seorang samada calon MB atau PM sewaktu zamannya dan kaedah itu kekal hingga sekarang. Apa yang Haji Hadi hendak di Selangor?. (Haji Hadi hantar tiga nama yang tiga2 itu adun PAS, tetapi dalam ucapan penggulungan cakap PAS tak kemaruk nak jadi MB Selangor, cakap lain dan tindakan lain).

8. Dalam mesyuarat PR, PAS hendak kekal dalam PR dan dalam muktamar PAS juga telah dipersetujui perkukuhkan PR, tetapi dalam mesyuarat JK PAS Pusat 25 Ogos Haji Hadi hendak bersama umno (rujuk mesyuarat 25 Ogos14).

9. Mesyuarat Majlis Syuro Ulamak selepas 25 Ogos tidak cukup korum dan notis jemputan mesyuarat juga tidak cukup 14 hari, Haji Hadi bercakap mengenai perlembagaan PAS tetapi Haji Hadi sendiri pijak Perlembagaan PAS.

10. Haji Hadi tak bersetuju dengan cadangan supaya Y.B. Dr Syed Azman dipilih sebagai MB Terengganu ketika krisis MB di Terengganu (seolah-olah Haji Hadi mahu umno/BN kekal memerintah Terengganu).

11. Pilihanraya semula di Perak selepas rampasan kuasa oleh umno/BN tidak dipersetujui oleh Haji Hadi dengan alasan takut DAP akan jadi MB (nampak sangat fikrah Haji Hadi dah sama dengan fikrah umno).

12. Malam PRK Parlimen Bukit Gantang 2009 dalam mesyuarat Lajnah politik PAS Pusat di Markaz Tarbiyah PAS Perak Air Kuning,Taiping Haji Hadi membangkitkan bahawa Najib Tun Razak ada hubunginya membincangkan kerajaan perpaduan, tetapi Almarhum Tuan Guru Harun Taib telah membantah usul tersebut dan mohon presiden fokus kepada PRK Bukit Gantang.

13. Berita Awani 13.2.2015 perbualan melalui telefon dengan Nasharudin Mat Isa, Nasharudin mengesahkan telah ada perbincangan mengenai kerajaan perpaduan dengan umno oleh Majlis Syuro PAS Pusat sejak 2008 lagi, tetapi tanpa pengetahuan Tuan Guru Nik Aziz.

14. Sebelum PRU-13 telah dibuat perjanjian bertulis ditandatangani oleh Haji Hadi selaku presiden PAS dan Ustaz Azizan Razak, Ustaz Azizan tidak akan dicalunkan bertanding PRU-13, tetapi Haji Hadi langgar perjanjian yang dia sendiri ada tandatangan.

15. Haji Hadi sokong persempadanan kawasan pilihanraya yang akan memberikan kemenangan kepada umno/BN.

16. Pendaftaran PR gagal kerana Haji Hadi seolah-olah tidak mahu PR didaftarkan.

17. Haji Hadi arahkan Mat Yaakub angkat sumpah jadi MB Kelantan walau pun Tuan Guru Nik Aziz belum buat apa2 keputusan (angkat sumpah pun secara tergesa-gesa).

18. Sahabat dari Kedah bekas adun bagi tahu teman Almarhom Ustaz Yahya Othman (ketika hidup) bertanya kepada sahabat teman tu "apa dah jadi kepada Haji Hadi dan Mustafa Ali", arwah dah meninggal dunia agak lama juga, maknanya dah lama Haji Hadi dan Mustafa Ali meragam.

19. Haji Hadi dijanjikan (rasuah) oleh umno akan tambahkan kerusi parlimen di kawasan PAS boleh menang di negeri Kelantan dan Terengganu, sebab itu Haji Hadi sokong persempadanan kawasan pilihanraya, tetapi Haji Hadi tak nampak bahawa dalam masa sama umno akan tambahkan kerusi parlimen di negeri2 yang umno/BN boleh menang dengan tambahan kerusi berkali ganda dari apa yang dijanjikan kepada Haji hadi dengan itu umno/BN akan kekal berkuasa hingga kiamat.

20. PRU-13 DUN Damak,Pahang Haji Hadi secara terbuka sokong calon bebas Cikgu Kah Boon Heng sedangkan PR meletakkan calon PKR Jamaluddin Abdul Rahim.

21. Dalam mesyuarat setuju bantu PKR di Permatang Pauh, luar mesyuarat setuju PAS kawasan Permatang Pauh boikot PRK. Mengapa tiada tindakan kepada PAS kawasan Permatang Pauh yang tidak wala'?.

22. Tahun 1982 populerkan ungkapan `marakbar'(mampus) ditujukan kepada Dato Asri, 2014 populer dengan kalimah `barua dan broker' ditujukan kepada adun PAS yang berpegang dengan keputusan mesyuarat 17.8.14, tahun 2015 populer dengan kalimah `tolol' ditujukan kepada ahli PAS juga...

Di atas itu adalah fakta....

11 Jun, 2015

Keputusan muktamar muktamad! Harus letak jawatan!

MAHFUZ OMAR DEDAH TINDAKAN LULUS USUL PUTUS HUBUNGAN DENGAN DAP TANPA BAHAS ADALAH ARAHAN PRESIDEN

Keputusan untuk meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DA...P tanpa bahas dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Bekas pengerusi jawatankuasa usul muktamar Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Abdul Hadi telah mengarahkannya untuk berbuat demikian dalam mesyuarat pada hari kedua muktamar, minggu lalu. Katanya, selain Abdul Hadi, mesyuarat itu turut dihadiri Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bekas Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan bekas Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.
"Asalnya usul yang dibawa Dewan Ulama itu memang untuk dibahas. Tetapi pada hari kedua muktamar, presiden dan mursyidul am, timbalan presiden yang baharu, timbalan presiden yang lama dan setiausaha agung panggil saya dan meminta usul itu dijadikan usul tanpa bahas.
"Dalam mesyuarat itu, saya telah sebutkan mengenai implikasi sekiranya usul itu dibahas atau tidak dibahas. Tetapi semuanya mahu usul itu dilulus tanpa dibahas, jadi saya ikut arahan saja," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, meskipun usul itu telah diarahkan untuk dilulus tanpa dibahaskan, muktamar masih mempunyai kuasa untuk mengubah keputusan itu.
"Dalam muktamar, ahli Majlis Syura Ulama juga merupakan sebahagian perwakilan. Jika mereka mahu usul itu dibahaskan, mereka boleh buat begitu kerana kuasa muktamar kuat.
"Mereka boleh cadangkan kepada pengerusi tetap dan kalau majoriti bangun sokong, saya percaya usul itu boleh dibahaskan," katanya.
Sehubungan itu, katanya, Pas tidak perlu mengadakan satu muktamar khas untuk membincangkan semula usul berkenaan.
"Bagi saya muktamar khas tidak perlu kalau itu sudah diputuskan. Sepatutnya semua pihak harus peka pada hari muktamar," katanya.

09 Jun, 2015

Putus hubungan dengan DAP. PAS terperangkap!

Pengerusi JawatanKuasa Pemilihan Pas Asmuni Alwi merujuk kepada Fasal 7 Perlembagaan PAS dan berkata parti itu perlu bermuktamar semula jika ia mahu menarik balik usul itu yang diluluskan tanpa bahas minggu lalu.

“Dengan kata lain, usul diluluskan itu seperti undang-undang yang perlu dilaksanakan memandangkan gerak kerja dan pentadbiran PAS perlu mengikut keputusan muktamar seperti dicatatkan dalam perlembagaan," katanya

"Saya sendiri tidak faham mengapa usul ini beria-ia mahu dibawa dan diluluskan oleh mereka (Dewan Ulama) tanpa memikirkan risiko terpaksa ditanggung.

“Usul dalam muktamar bukan perkara main-main dan tidak boleh ditarik balik pada bila-bila masa. PAS kena laksana, dah tidak boleh bagi alasan,” Asmuni dilaporkan berkata.

NOTAKAKI:

Jelas keputusan dewan ulama meluluskan usul tanpa bahas iaitu memutuskan hubungan dengan Dap semasa Muktamar lalu mengundang masalah pada parti Pas dan Pakatan Rakyat.
Dengan ertikata lain terpaksa mengadakan Muktamar khas jika hendak membatalkan usul tersebut atau terpaksa melaksanakan usul yg telah diluluskan walaupun terpaksa berdepan risiko kehilangan jawatan dlm kerajaan dan perpecahan PR di negeri P.Pinang dan Selangor.

Mengelupur!

08 Jun, 2015

PAS memang patut dah keluar dari PR

Selangor. Umno 12, PAS 13 (-2), bebas 1. Jumlah 26 dari 56. Maka terpaksa la terima PKR. Cuba jumlahnya 30, kompom PKR lebih dibenci dari DAP!
Toksah takut. PRU13 PAS memang dah sabotaj PKR dan DAP. Yang berbaki kini cuma pertindihan calon dalam PRU yg jadi masalah utama.

04 Jun, 2015

Masa depan DUN PAS Selangor

Rasanya memang semua DUN PAS Selangor menang jasa undi cina DAP.
PRU14 akan memberi bukti.

mm=majoriti menang. %c= % cina

DUN PAS menang di Selangor.

N17 Gombak Setia. mm 4.2%. %c 11.73%
N18 Hulu Kelang. mm 7.2%. %c 14.32%
N2 Sabak. mm2.1%.. %c 12.23%
N20 Lembah Jaya. mm 20.7%.. %c 31.86%.
N21 Chempaka. mm25.9%. %c 38.17%.
N23 Dusun Tua. mm10%. %c 37.72%.
N26 Bangi. mm25.2%. %c 18.96.
N29 Seri Serdang. mm25.4%. %c 31.6%
N38 Paya Jaras. mm14.3%. %c 27.3%
N42 Meru. mm25.6%. %c 27.5%
N45 Selat Kelang. mm8.7%. %c 26.0%
N51 Sijangkang. mm10.8%. %c 15.2%.
N53 Morib. mm2.6%. %c 22.7%
N54 Tanjung Sepat. mm3.4%. %c 28%.

PRU13 PAS dah memang sabotaj PKR dan DAP.
Jika pengundi cina boikot DUN2 di atas dalam PRU14?
Tak payah penuh. Cukup separuh.
Semua akan bungkus.

01 Jun, 2015

18 Dalil Haji Hadi wajib berundur

MENGAPA  HAJI HADI WAJIB BERUNDUR DARIPADA PRESIDEN PAS PUSAT TAHUN INI (2015),  ANTARANYA (ini antaranya sahaja, ada lagi dalil2 yang lain yang lebih  sulit):-

Sumber.