Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

01 Jun, 2015

18 Dalil Haji Hadi wajib berundur

MENGAPA  HAJI HADI WAJIB BERUNDUR DARIPADA PRESIDEN PAS PUSAT TAHUN INI (2015),  ANTARANYA (ini antaranya sahaja, ada lagi dalil2 yang lain yang lebih  sulit):-
 1. Tuan Guru Mursyidul Am sokong DS Anwar dalam isu 16  September tetapi Haji Hadi tidak setuju, berlaku perbalahan antara Tuan  Guru Mursyidul Am dengan Haji Hadi, mengapa Haji Hadi tidak wala' kepada  Tuan Guru Mursyidul Am?. Surat terbuka Tuan Guru Mursyidul Am kepada  Harakah yang menyokong 16 September tidak disiarkan oleh Harakah, arahan  daripada Siapa?. Haji Hadi atau Mustafa Ali?.
 2. Haji Hadi hendak PAS Perak bentuk kerajaan dengan umno di Perak selepas PRU-12 tahun 2008.
 3. Haji Hadi adakan rundingan dengan Pak Lah untuk bentuk kerajaan UG.
  4. Isu PM, dalam mesyuarat PR PAS setuju DS Anwar jadi PM tetapi dalam  mesyuarat PAS Pusat Mac 2013 tolak DS Anwar jadi PM dan hantar wakil  memujuk Kuli untuk jadi PM.
 5. Bertembung di dun Kota Damansara  dan tiga dun di Terengganu PRU-13 (dalam mesyuarat PR telah dipersetujui  PKR bertanding, tetapi hari penamaan calon Haji Hadi bagi watikah khas  kepada calon PAS).
 6. Haji Hadi gagal selesaikan masalah PAS  Kedah sehingga PAS tumbang di Kedah dalam PRU-13 walau pun telah ada  usul daripada dewan ulamak PAS Kedah supaya tukar MB sebelum PRU-13.
  7. Isu MB Selangor dalam mesyuarat 17 Ogos sudah setuju Wan Azizah dan  Azmin sebagai calon MB dan telah bersetuju tidak menuntut MB Selangor,  tetapi selepas itu Haji Hadi hendak PAS jadi MB Selangor. Dr.M kata BN  tidak pernah hantar nama lebih daripada seorang samada calon MB atau PM  sewaktu zamannya dan kaedah itu kekal hingga sekarang. Apa yang Haji  Hadi hendak di Selangor?. (Haji Hadi hantar tiga nama yang tiga2 itu  adun PAS, tetapi dalam ucapan penggulungan cakap PAS tak kemaruk nak  jadi MB Selangor, cakap lain dan tindakan lain).
 8. Dalam  mesyuarat PR, PAS hendak kekal dalam PR dan dalam muktamar PAS juga  telah dipersetujui perkukuhkan PR, tetapi dalam mesyuarat JK PAS Pusat  25 Ogos Haji Hadi hendak bersama umno (rujuk mesyuarat 25 Ogos14).
  9. Mesyuarat Majlis Syuro Ulamak selepas 25 Ogos tidak cukup korum dan  notis jemputan mesyuarat juga tidak cukup 14 hari, Haji Hadi bercakap  mengenai perlembagaan PAS tetapi Haji Hadi sendiri pijak Perlembagaan  PAS.
 10. Haji Hadi tak bersetuju dengan cadangan supaya Y.B. Dr  Syed Azman dipilih sebagai MB Terengganu ketika krisis MB di Terengganu  (seolah-olah Haji Hadi mahu umno/BN kekal memerintah Terengganu).
  11. Pilihanraya semula di Perak selepas rampasan kuasa oleh umno/BN  tidak dipersetujui oleh Haji Hadi dengan alasan takut DAP akan jadi MB  (nampak sangat fikrah Haji Hadi dah sama dengan fikrah umno).
 12.  Malam PRK Parlimen Bukit Gantang 2009 dalam mesyuarat Lajnah politik  PAS Pusat di Markaz Tarbiyah PAS Perak Air Kuning,Taiping Haji Hadi  membangkitkan bahawa Najib Tun Razak ada hubunginya membincangkan  kerajaan perpaduan, tetapi Almarhum Tuan Guru Harun Taib telah membantah  usul tersebut dan mohon presiden fokus kepada PRK Bukit Gantang.
  13. Berita Awani 13.2.2015 perbualan melalui telefon dengan Nasharudin  Mat Isa, Nasharudin mengesahkan telah ada perbincangan mengenai kerajaan  perpaduan dengan umno oleh Majlis Syuro PAS Pusat sejak 2008 lagi,  tetapi tanpa pengetahuan Tuan Guru Nik Aziz.
 14. Sebelum PRU-13  telah dibuat perjanjian bertulis ditandatangani oleh Haji Hadi selaku  presiden PAS dan Ustaz Azizan Razak, Ustaz Azizan tidak akan dicalunkan  bertanding PRU-13, tetapi Haji Hadi langgar perjanjian yang dia sendiri  ada tandatangan.
 15. Haji Hadi sokong persempadanan kawasan pilihanraya yang akan memberikan kemenangan kepada umno/BN.
 16. Pendaftaran PR gagal kerana Haji Hadi seolah-olah tidak mahu PR didaftarkan.
  17. Haji Hadi arahkan Mat Yaakub angkat sumpah jadi MB Kelantan walau  pun Tuan Guru Nik Aziz belum buat apa2 keputusan (angkat sumpah pun  secara tergesa-gesa).
 18. Sahabat dari Kedah bekas adun bagi tahu  teman Almarhom Ustaz Yahya Othman (ketika hidup) bertanya kepada  sahabat teman tu "apa dah jadi kepada Haji Hadi dan Mustafa Ali", arwah  dah meninggal dunia agak lama juga, maknanya dah lama Haji Hadi dan  Mustafa Ali meragam.
 Di atas itu adalah fakta....

Sumber.



Tiada ulasan: