Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

30 April, 2011

"mudahnya dapat jaket kalis peluru?"

"Mudahnya dapat jaket kalis peluru?" celah Pak Long semasa sesi sembang di kedai kopi selepas isyak tadi

Sambungnya lagi "Kalu ghoper itu aku pun nak satu, mana tau kot terkena peluru sesat masa aku noreh getah!"

Sahut Pak Tam "Bukan senang nak dapat kome oii! lain ler kalu ada jual kat pasar malam bawah geghotak tu!"

"Ater, mana dapat si eskay siam tu jaket kalis peluru masa sumpah laknat pegang Quran terbalik tadi?"

"Ishhh kome! biasa ler! polis ler bagi! Polis duduk bawah sapa!? bukan bawah hisyamudin hussein!? hisyamudin pulak bawah sapa!? bukan bawah Najib!?" jelas pak Tam.

"Ater, Najib tadi ngabor dia ke, umno ker tak terlibat dengan sumpah laknat tu! Mana ghopernya pulak?" Tanya Pak Long terkebil-kebil.

"Kamu tu ler pasal! tua sesajer! biasanya oghang umno ni kalu tak ngaku ibaratnya macam ngaku ler juga!" Jelas pak Tam.

"Ater kalu buatnya tak betoi idak ker deme tak takut laknat di Tuhan?" Tak abih lagi tanya pak Long.

Pak Tam "Tak payah tunggu! sekaghang pun orang umno dah kena laknat! cer mike periksa kat kampong kita ni, anak sapa yang ngandung luar nikah? anak sapa yang kena tangkap edar dadah? anak sapa yang kena buang sekolah? anak sapa yang kita hempok ramai-ramai sebab curi getah buku haghi tu? Bukan anak oghang umno? Tak payah tunggu deme kena laknat! Deme tu dah lama kena laknat! Biasa ler! Oghang kena laknat nih bukan sedor deme dah kena laknat! yang deme tau, nyalahkan oghang tu! nyalahkan oghang ni! Najib ajer udah ler buat contoh, elok kawin anak dara, pegi cerai lepaih tu kawin dengan janda! kalu elok lawa takpe ler juger! Ini idak, udah ler pendek, gemok pulak! Ater, idak kena laknat namanya tu?"

P/S: Nampaknya sumpah laknat Eskay tak laku kat orang kampong! Kih Kih Kih! Lambat lagi la PRU13!

28 April, 2011

Adakah anda benar2 ingin mengalahkan UMNO?

'BERLATIH DI WAKTU AMAN, BERJUANG DI WAKTU PERANG'

Ceramah - delete (cukup hanya menyalur maklumat kepada ahli untuk sebaran awam)
Mesyuarat tak putus2 - delete

Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan,Latihan, tanpa kenal jemu

Semakin banyak latihan, semakin kurang risiko kesilapan!

18 April, 2011

Penang lulus, Kedah dan Selangor gagal!

Merujuk kepada tajuk (pergh.. ala-ala surat rasmi pulak!)

Penerimaan kepada pentadbiran negeri-negeri Pakatan Rakyat yang baru muncul iaitu Penang, Selangor dan Kedah diterjemahkan oleh pengundi Sarawak.

Aku terbaca komen dalam satu blog (lupa),
Nabi berpesan tuntutlah ilmu sehingga ke Negeri China. Jadi, oleh kerana orang-orang China dah ada di Malaysia apa salah menuntut dari depa?

Dalam tajuk politik, PKR dan PAS memang patut belajar dengan DAP.

Sanggupkah PKR dan PAS belajar dari DAP?
Susah sikit kot?

PKR - Nak jadi leader kepada parti2 dalam Pakatan Rakyat tapi majoriti ahlinya B&P (Bengap & Poyo).

PAS - Boleh tapi individu yang nak menurunkan ilmu kena jadi sebahagian dari jemaah dulu. (Dulu ler, skang tak tau la pulak!)

P/S: Dalam keadaan sekarang, mungkin impian aku nak melihat BN tumbang takkan tercapai sampai bila-bila.

15 April, 2011

Najib meneran di malam akhir! KAH KAH KAH!

Syok sungguh aku menonton TV 3 suku jam 8 p.m sat ni. Najib dengan stail meneran (Bandi amok dah tak boleh cari makan nih!) mengutuk Anwar macam-macam! KAH KAH KAH!

Woi Najib! Dayak Sarawak bukan nak dengar citer pasal Anwar! Dayak nak dengar citer tanah adat depa dipulangkan pada yang hak! Dayak nak dengar citer jalan perhubungan ke kampung depa dilaksanakan! Dayak nak dengar jambatan ke kampung depa dibina!

DAN YANG PALING UTAMA, DAYAK NAK TAIB MAHMUD BUNGKUS!

dan aku tau, yang paling tak senang duduk sekarang ialah suami Najib!

Kalau Taib tumbang, PRU13 Najib tumbang. Kalau Najib tumbang, suami Najib dah tak boleh perabih duit beli bra dan spender di dubai! KAH KAH KAH!

errr.... hari ni Najib meneran, mungkinkah besok Najib terberak? KAH KAH KAH!

P/S: sori Bro Isham. Gua pinjam lu punya KAH KAH KAH!

Aku setuju dengan RPK!

Bila RPK kata "Mampukah Anwar mentadbir walaupun beliau tak mampu menyelesaikan masalah dalam partinya sendiri?"

Tapi pasal aku getik dengan UMNO maka masalah di atas simpan dulu!

Kasi UMNO tersembam dulu. Kalau Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya, fasa 2 adalah operasi memerangi pemimpin peringkat tertinggi hingga ke ketua cabang yang 'sembang macam guroh, kerja macam kepala but*h'.

P/S: PAS pun sama. Sila pilih calon yang handal hal agama dan pentadbiran. Sembang boleh, buat kerja handal. Sama naik!

14 April, 2011

Perak: DUN Panas menjelang PRU 13!

N5 : Selama - BN - majoriti 355
N6 : Kubu Gajah - BN - majoriti 66
N9 : Kuala Kurau - PKR - majoriti 467
N10 : Alor Pongsu - BN - majoriti 95
N12 : Selinsing - PAS - majoriti 547
N13 : Kuala Sepetang - PKR - majoriti 564
N15 : Trong - BN - majoriti 916
N16 : Kamunting - BN - majoriti 555
N17 : Pokok Assam - DAP - majoriti 865
N20 : Lubok Merbau - PAS - majoriti 72
N23 : Manjoi - BN - majoriti 348
N29 : Kepayang - DAP - majoriti 490
N35 : Manong - BN - majoriti 749
N36 : Pengkalan Baharu - BN - majoriti 14
N43 : Sungai Rapat - BN - majoriti 636
N45 : Teja - PKR - majoriti 175
N53 : Rungkup - BN - majoriti 454
N56 : Changkat Jong - PAS - majoriti 899

Pakatan Rakyat 8 DUN
PAS 3 + PKR 3 + DAP 2

VS

BN 10

P/S: UMNO dah longgok segala mak datuk bantuan TEKUN, Amanah Ikhtiar di DUN ni. Pakatan Rakyat buat apa?

13 April, 2011

Rakyat Sarawak jangan jadi bangang macam rakyat Semenanjung!

JANJI TAIB MAHMUD TAHUN 1995


Rakyat Sarawak 2011 - 1995 = 16 tahun.

Rakyat Semenanjung 2011 - 1957 = 54 tahun!

ATAU RAKYAT SARAWAK TERINGIN NAK MENGATASI BANGANG RAKYAT SEMENANJUNG?

11 April, 2011

Clutch plate haus bawak Mat Sembab!

Helikopter terhempas lepas turunkan rombongan TPM

Sebuah helikopter terhempas dari ketinggian 10 kaki ketika hendak berlepas dari Sibu Townsquare.

Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu

Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddn tidak menaiki helikopter yang terhempas itu.

Menurut OCPD Sibu, ASP Shafie Ismail, kejadian itu berlaku pada jam 1.50 tengahari selepas helikopter itu menurunkan semua penumpangnya di Sibu Townsquare.

"Helikopter tersebut hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan, (tetapi) kemudian jatuh ketika cuba terbang. Ia berada pada ketinggian kira-kira 10 kaki," katanya.

Berikutan itu, juruterbangnya mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital.

Dua daripadanya adalahmilik Hornbill Skyways, dan helikopter yang terhempas itu adalah dari Sabah Air.

Kejadian itu dipercayai berlaku akibat hujan lebat di Sibu.

P/S: Heli ada clutch plate ke? Hih hih hih!

06 April, 2011

Pengerusi SPR dibersarakan selepas PRN Sarawak.

Sat ni aku dapat sms (2.50 p.m.) dari sedara (adik beradik kongsi moyang) aku memaklumkan perihal SPR yang masih buat2 bodoh walaupun sehingga tempoh bantahan berakhir SPR masih tak mengumumkan calon yang bertanding. Alkisah calon BN yang tak menyertakan laporan kewangan masih tidak dibatalkan pencalonan.

Ooo! kalau calon PR yang silap cepat sungguh hangpa buat kerja iyer!?

Hampeh punya SPR!

P/S: Kalau SPR tak leh cover Calon BN kat Muara Tuang kompom jadi macam tajuk kat atas!

01 April, 2011

Tanda-tanda PAS akan tinggal 1 kerusi di Perak!

Sat ni teman baru bersembang dengan Wak Al Banjari. Teman nanyakan pasal bajet nak ke Sarawak. Nak menitik ayor mata teman nengor ceghiter dia. Setakat ni bajet nak ke Sarawak tak cukup lagi weh!

Teman "Ater, pimpinan PAS yang dapat lot balak zaman Nizar ari tu tak ngulor2 ke Wak?"

Wak "Ana dah tulis dalam blog takkan depa tak paham kot?" (Wak sembang slang jemaah PAS dengan teman}

Teman "Aik! aku nengok dah ada yang pakai Estima, Mercedes takkan tak boleh hulur seratus dua?"

Wak "Tak tau la yob, Ana ni Presiden Blogger PAS pun depa buat tak peduli mungkin bila ente tulis dalam blog baru depa notice kot?"

Teman "Aduihhh! tu la! bila kalah pilihanraya macam2 depa salahkan. Sebab SPR tipu lah! Padang tak rata lah! SPR kalih tiang goal la! Ni sikit punya hal pun tak boleh nak setel! Mungkin depa kalah sebab pengundi tak percaya depa boleh mentadbir kot? Kalau berterusan macam ni mungkin PRU 13 dari 6 kerusi PAS akan tinggal 1 je, itu pun kerusi Nizar!"

Wak "Ana tak boleh cakap macam tu, ente tak per la, kalau Ana cakap cenggitu masak ana!"

P/S: Semua pimpinan PAS utamakan persediaan muktamar kot?