18 Ogos, 2013

ANALISIS #1. KRISIS PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN ASAS POLEMIK MESIR HARI INI





Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, 


SAYA BUKAN PRO SISI 

1.Sejujurya, analisis ini agak lewat untuk disiarkan atas beberapa faktor.Saya bukan seorang yang pandai menulis dengan ayat-ayat yang mempesona.Saya hanya menulis dengan ayat yang mudah dan berdasarkan kajian.

2.Sejak dari awal siri pndedahan, saya dikecam hebat kononnya penyokong Jeneral Al Sisi.Ini adalah merupakan tuduhan melulu.Sebagai rakyat Malaysia, apalah keperluan saya menyokong tentera Mesir? Seperti yang pernah dinyatakan sejak dari awal, saya TIDAK MENYOKONG rampasan kuasa yang semestinya ianya sesuatu yang buruk.Namun, saya bukan penentang beliau.

3.Saya juga bukan anti Ikhwan Muslimin sebelum ini.Saya seperti yang ramai yang pernah ikuti ulasan saya semasa PILIHANRAYA PRESIDEN dahulu, saya hanya sebagai pemerhati dan saya juga telah menyatakan telahan kemenangan Ikhwan Muslimin dalam pilihanraya parlimen 2012.

4.Namun, pendirian saya berubah apabila melihat banyak unsur keraguan yang bagi saya, seperti ada sesuatu yang tidak kena.

5.Semasa revolusi 25 Januari tercetusm saya antara orang yang pergi terus menyaksikan keadaan dataran tahrir.Gambar2, siri ucapan dan tiada sebarang unsur yang meragukan seperti timbunan botol kaca dan tayar2 lama.

6.Berbeza semasa perhimpunan menyokong Mursi selepas Mursi digulingkan, tercapat banyak unsur2 yang meragukan itu.Apakah maksud pengumpulan botol2 kaca dan tayar2 lama di sekitar dataran Rabaah? Semasa proses peleraian oleh pihak berkuasa Mesir, kita dipaparkan oleh berita media Mesir menyatakan serangan balas molotov oleh penunjuk perasaan di Rabaah. Jika berita tersebut tidak benar, mereka akan berdepan dengan penyaksian palsu di akhirat kelak.

7.Begitu juga dengan pembakaran Masjid Rabaah, penyokong Mursi dan pihak keselamatan kelihatan tuduh menuduh antara satu sama lain.Namun, apa yang meragukan saat ini, terdapat lebih kurang 30 gereja koptik dibakar oleh kumpulan manusia yang bersenjata di Arish, Suez, Fayyoum, El menya, Bani Suef, Asyut dan Aswan.Kumpulan bersenjata ini yang tidak dikenali ini adalah kumpulan AL JIHADI yang merupakan antara sekutu kuat IKHWAN MUSLIMIN.Siasatan perlu dijalankan dan pihak yang terlibat mesti dihadapkan ke muka pengadilan.Bukan membakar Masjid sahaja HARAM, bahkan membakar GEREJA juga haram kerana ianya mengundang fitnah dan melampau.

DIMANA BERMULA?

8.Jika kita melihat isu Mesir bermula pilihanraya presiden Jun 2012 fan berakhir dengan penggulingan beliau setahun selepas itu, sudah pasti saya bersetuju bahawa ianya satu perbuatan yang tidak boleh diterima dan tindakan tersebut tidak menghormati semangat demokrasi.Ianya tidak boleh dibenarkan berlaku apalagi menyokong.Itu dari satu aspek.

9.Adalah lebih adil jika pelomik di Mesir hari ini dilihat seawal Revolusi Pemuda 25 Januari 2011.Dengan melihat tentetan isu seawal tarikh tersebut, kita akan faham polemik hari ini dengan lebih teliti dan sudah tentu kita memikirkan semula kewajaran menyokong atau menentang Ikhwan Muslimin.

10.Sejujurnya, seluruh dunia memerhatikan revolusi 25 Januari sebagai satu proses menjatuhkan sebuah sistem kerajaan yang korup, lemah dan membiarkan kemiskinan.Rakyat Mesir sudah jemu dengan ketidak adilan sosial, kadar kemiskinan yang tinggi sekitar 21.6 dimana 51.7% kemiskinan luar bandar, kadar pengangguran yang tinggi 12% dari jumlah guna tenaga mereka bahkan peratusan golongan yang tidak berpendidikan dari peringkat rendah dan tidak boleh membaca mencacatkan yang tinggi kira2 35.5%.

11.Kita juga sedia maklum, revolusi 25 Januari juag tercetus untuk memjatuhkan sebuah kepinpinan yang bersikap kuku besi dengan dibantu polis politik Amni Daulah dan monopoli sesuatu kumpulan sahaja iaitu Hizbul Watani pimpinan Mubarak.

12.Revolusi 25 Januari juga adalah juga rentetan insiden berdarah dan konspirasi jahat pihak Amni Daulah hingga terbunuhnya pemuda yang berpendidikan dan aktif bernama Khaled Saed.Beliau mempunyai dua kerakyatan, Mesir dan Amerika Syarikat.Beliau dibunuh dengan kejam di tangan polis politik regim.

13.Semangat revolusi 25 Januari datang dari semangat insiden berkenaan apabila Wael Ghanaim CEO GOOGLE Timur Tengah memainkan isu ini dengan rancak selama berbulan2 di facebook hingga berjaya mengumpulkan para pemuda di Mesir dari pelbagai kumpulan seperti Syabab sittah April dan lain2.Perlu diingatkan, IKHWAN MUSLIMIN tidak menyertai perhimpunan pada hari selasa itu.

14.Melihat suasana yang mula kelam kabut di Mesir dengan sebaran2 media pada Rabu 26 Januari, gugurnya beberapa orang pemuda yang menjadi mangsa tembakan rambang, maka, para pemuda yang diketuai oleh Wael Ghanaim tersebut menyatakan hasrat untuk mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran dengan menggelarkan hari perhimpunan 28 Januari 2011 sebagai Jumaat Kemarahan.

15.Hakikatnya, Wael Ghanaim berjaya mengumpulkan para pemuda dengan tanpa matlamat yang benar2 jelas selain menjatuhkan Husni Mubarak terlebih dahulu dan saat itu juga mereka gagal disatukan di bawah satu entiti yang berbentuk gabungan.

16.Selama di bawah pemerintahan regim, gerakan2 politik menerima pelbagai tekanan dan sekatan.Mereka gagal disatukan dan untuk membentuk sebuah parti politik yang berlainan ideologi, sudah tentu memerlukan memakan masa.

17.Anehnya, dalam suasana tekanan selama 30 tahun itu, Ikhwan Muslimin tetap teguh dan padu bahkan mereka mempunyai pengikut yang ramai hingga menguasai beberapa unit akar umbi terutamanya di kawasan pedalaman dan luar bandar.

18.Di tengah2 suasana itu, maka, satu peluang besar bagi sebuah gerakan yang tersusun dan kuat untuk mengambil peluang terhadap satu situasi kebarangkalian kejatuhan regim kerana kebarangkalian regim untuk jatuh begitu besar dengan melibat mood dan suasana "Arab Spring" yang berlaku di Tunisia beberapa minggu sebelum itu.

19.Akhirnya, Ikhwan Muslimin mengumumkan untuk menyertai JUMAAT KEMARAHAN pada 28 Januari.Penjara2 dipecahkan, pejabat2 Gabenor,mahkamah, Balai Polis dan Mahkamah dibakar bahkan ibu pejabat parti Mubarak juga tidak terlepas dari sasaran mereka.Banyak suhadak yang gugur dan Mesir diisytiharkan darurat.

20.Selama lapan belas hari mereka berkampung di Dataran Tahrir.Namun, perkampungan mereka dari ideologi yang pelbagai.Ikhwan Muslimin dengan Islamisnya, Liberal, sekular dan sosialisnya dengan ideologi masing2 bahkan pro demokrasi dari golongan sederhana juga dengan kumpulan mereka.Apa tuntutan mereka berbentuk terhadap politik negara mereka? Masih samar2 kecuali mereka bersatu hati menjatuhkan Mubarak seperti yang dinyatakan tadi.

21.Mereka tidak bercakap soal bagaimana bersama2 membina Mesir baru.Mereka tidak sepakat mengenai sistem politik yang baru kelak, bahkan mereka tidak bersatu dalam soal bagaimana memulihkan keadaan ekonomi negara mereka saat itu.

22.Ditengah2 suasana itu, Syeikhul Azhar dan Mufti Mesir mengingatkan bahaya menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya.Mereka diseru peluang ke rumah masing2Mereka dikecam oleh syeikh Dr Yusuf Al Qardhawi yang memang terkenal kecenderungan beliau terhadap Ikhwan Muslimin.

23.Akhirnya, Mubarak dijatuhkan hasil desakan jalan raya di dataran Tahrir dan Pihak Tentera sebenarnya merupakan faktor kejayaan utama menjatuhkan beliau apabila Pagi Jumaat, 18 Februari 2011, Tentera membuat satu desakan secara halus dengan menubuhkan Majlis Tertinggi Angkatan Tentera tanpa dipengerusikan oleh ketua turusnya, Husni Mubarak.Marsyal Hussien Tantawi dilantik mempengerusikan majlis tersebut.Bau2 kejatuhan Mubarak semakin kuat apabila media melaporkan beliau terbang ke Sharm El Syeikh pada tengahari Jumaat.Petang jumaat jam 6 malam, Mubarak diisytiharkan "mengosongkan kerusi presiden".Persoalannya, mengapa bukan beliau sendiri yang menyampaikan ucapan peletakan jawatan? Mengapa timbalan beliau yang baru dua mingggu dilantik dan bekas ketua perisikan yang mengumumkan? Mengapa istilah "mengosongkan jawatan" dan bukan "meletakkan jawatan".Apapun disebalik itu semua tidak dihiraukan rakyat Mesir saat itu melainkan bergembira atas kejatuhan Presiden dan regim.Jika ada perbahasan berkenaannya, ia hanya helaian kertas yang tidak dibaca dan tidak diendahkan.

24.Setelah kerajaan dijatuhkan melalui jalan raya atas nama REVOLUSI PEMUDA 25 Januari, Mesir telah menjadi sebuah negara yang membina demokrasi atas objektif utama revolusi berkenaan seperti yang dinyatakan, secara ringkas, tuntutan yang disepakati tanpa organisasi adalah :

1) MENOLAK PENGUASAAN POLITIK OLEH SATU2 KUMPULAN
2)MEMBANGUNKAN SEMULA EKONOMI MESIR, MEMBASMI KEMISKINAN DAN PENGANGGURAN
3)KEADILAN SOSIAL

25.Tidak pernah kedengaran membina sebuah negara Islam dan menjatuhakan Mubarak atas nama agama dan revolusi berkenaan bukan diketuai Ikhwan Muslimin.

PERLEMBAGAAN ATAU PILIHANRAYA

26.Suara2 dan cadangan2 pembinaan Mesir baru telah mula dibicarakan.Ada yang mencadangkan Perlembagaan dahulu sementara ada juga yang mencadangkan pilihanraya parlimen dan presiden terlebih dahulu.

27.Ikhwan Muslimin menubuhkan sayap politik mereka kerana objektif Revolusi 25 Januari yang menolak monopoli politik oleh sesuatu kumpulan itu telah memberi kebebasan mereka membentuk Parti Kebebasan dan Keadilan (selepas ini disebut FJP).

28.Cadangan pihanraya sebelum pembentukan perlembagaan akan menguntungkan Ikhwan Muslimin kerana kumpulan pemuda dari pelbagai ideologi masih dalam proses pembentukan parti.Jauh sekali untuk bersatu jika masih gagal membentuk parti masing2.Usah dibicarakan soal penguasaan akar umbi.Sudah tentu, Ikhwan Muslimin mendahului mereka.

29.Satu pengutan suara diadakan pada 19 Mac 2011 dan seperti dijangka, majoriti mempersetujui mendahulukan pilihanraya parlimen dan presiden berbanding pembentukan perlembagaan dan ini diwartakan oleh SCAF pada 30 Mac 2011, termaktub pada perkara 41 deklarasi perlembagaan 2011 yang berperanan sebagai Perlembagaan Sementara Mesir yang mana jangka hayatnya adalah selama proses peralihan kuasa sahaja.Perkara 41 tersebut memperuntukkan bahawa proses pilihanraya parlimen dan presiden hendaklah diadakan enam bulan selepas deklarasi berkenaan diwartakan.

30.Perkara 60 perlembagaan sementara berkenaan juga memperuntukkan hak SATU PERTIGA ahli parlimen yang bukan lantikan (Parlimen Mesir memperuntukkan 10 orang ahli parlimen lantikan presiden) untuk melantik 100 orang ahli majlis penggubalan Perlembagaan Baru Mesir.

KRISI BERMULA

31.Setelah pilihanraya parlimen berjaya dengan tanpa majoriti 2/3 akan tetapi, 1/3 parlimen telah dikuasai oleh Ikhwan Muslimin melalui sayap politiknya.

32.Dengan kemenangan brsar FJP, maka, sudah tentu masa depan pembentukan jawatankuasa penggubal perlembagaan baru Mesir dimanahkan kepada parti itu dengan mengikut tatacara dan peruntukan perlembagaan sementara Mesir.

33.Apa yang berlaku adalah di luar dugaan dan terkeluar dari objektif revolusi 25 Januari yang merupakan asas pembinaan semula demokrasi Mesir.Kuasa 1/3 yang dimiliki FJP telah bertindak keterlaluan dengan membuat keputusan melantik 50 orang Ahli Jawatankuasa Penggubal Perlembagaan dari kalangan mereka dan 50 ahli yang lain dari kalangan bukan ahli parlimen.

34.Keputusan tersebut dikecam hebat oleh penganalsis politik, ahli akamdemik, pakar undang2 dan perlembagaan dan para pemuda mula berkumpul semua di Medah Tahrir secara berkala.Slogan2 anti Ikhwan mula kedengaran.

35.Keputusan parlimen tersebut telah dicabar di mahkamah Pengurusan dan kemudiannya di Mahkamah Tinggi Perlembagaan Mesir.Maka, Pengurusan Mesir telah menggantung pelantikan Tersebut pada 10 April 2012 dan kemudiannya di bawa ke Mahkamah Tinggi Perlembagaan Mesir yang merupakan badan perundangan tertingi di Mesir yang turut memperkui bahawa tatacara pelantikan yang dibuat oleh Ikhwan Muslimin tersebut TIDAK SAH dan BERCANGGAH DENGAN PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN.Ahli2 Parlimen hanya mempunyai kuasa "memilih" ahli2 Jawatankuasa dan bukannya "dipilih".

36.Mereka dilihat akur pada awalnya akan tetapi pada 16 Jun 2012, mereka kembali membuat pelantikan yang serupa dengan cara yang sama.Keberanian mereka didorong oleh keyakinan mengusai kerusi Presiden yang semakin hampir dimiliki mereka.

37.Setelah Dr Morsi memenangi jawatan Presiden, beliau telah meluluskan tatacara lantikan tersebut dengan memperakuinya pada 13 Julai 2013.

38.Kuasa satu pertiga FJP tersebut bukan sahaja mencabar keputusan mahkamah, bahkan juga mereka telah melanggar peruntukan perlembagaan.Sementara presiden Mesir yang baru memenangi pilihanraya itu telah cuba menguji popularitinya saat itu yang sememanya beliau sangat popular saat itu.

39.Jelas campur tangan beliau terhadap badan kehakiman dan perundangan semakian ketara dengan memecat Pendakwa Raya Mesir saat itu.Pemecatan tersebut telah mengundang kemarahan rakyat dan kelab Hakim2 Mesir akan tetapi faktor "bayangan Mubarak" yang menjadi alasan pemecatan tidak mampu menggoyangkan kerusi presidennya ketika itu.

40.Jauh lebih besar ialah dekri Presiden Republik yang beliau keluarkan pada 21 November 2012 dengan mengumumkan deklarasi perlembagaan baru yang tanpa prosedur yang sah, menyatakan pada perkara 5 dikri berkenaan menyebut, "MANA-MANA BADAN KEHAKIMAN TIDAK BOLEH MEMBUBARKAN MAJLIS EL SYURA (yang berperanan seperti Dewan Negara di Malaysia) atau Jawatankuasa Penggubal Perlembagaan untuk membentuk perlembagaan".

41.Tindakan ini telah dikecam hebat oleh pengamal perundangan, para hakim, penganalisis politik, parti2 politik hingga mereka menubuhkan MAJLIS PENYELAMAT NEGARA yang diketuai El Baradei.

42.Wael Ghanaim selaku FIGUR perjuangan Revolusi 25 Januari telah memberikan jolokan DIKTATOR BARU kepada Dr Mursi melalui Tweeternya dan berhujah, diktator besar bermula dengan sikap diktator yang kecil.

43.Akhirnya lahirlah kumpulan PEMBERONTAK atau TAMARRUD yang terdiri dari para pemuda revolusi pelbagai ideologi tadi selepas FJP dan Presiden Dr Mursi berdegil dan tidak mengendahkan tuntutan2 mereka.

44.Walaupun DIKTATOR tersebut bergelar sementara, akan tetapi ianya tidak diterima kerana asas pembentukan perlembagaan batu itu TIDAK MELIBATKAN ramai pihak dan walaupun selepas itu pungutan suara memihak kepada mereka dan Dr Mursi berjaya melepaskan dirinya dari gelaran diktator sementara seperti janjinya memberikan semula kuasa kekebalan kepada mahkamah selepas perlembagaan terbentuk.Namun, apa yang ditolak adalah ASAS PEMBENTUKAN perlembagaan dari awal dikuasai oleh satu pihak sahaja dilihat merencatkan objektif revolusi 25 Januari.

45.Isu kegagalan ekonomi, pembangunan sosial dan infrastruktur, Isu Nil, kekeurangan rizab antarabangsa, kekurangan bekalan bahan bakar dan bahan elektrik yang selalu terputus hanya membantu isu utama dan pokok yang mendasari perjalanan dan pergerakkan TAMARRUD hingga mendesak Dr Mursi mengadakan pilihanraya presiden lebih awal semasa perhimpunan besar-besaran pada 30 Jun 2013.

46.Bayangkan jika Dr Morsi tidak digulingkan tentera, Ikhwan Muslimin akan berhadapan dengan kumpulan TAMARRUD yang sudah pasti mengundang perang saudara.

47.Hari ini, Ikhwan Muslimin hanya berhadapan dengan Tentera dan tentera bukan menguasai kerajaan baru dengan membentuk kerajaan junta sebaliknya diserahkan kepada Hakim Mahkamah Tnggi Perlembagaan mengikut lunas2 undang2.

48.Dalam keadaan ini, Ikhwan Muslimin memang kehilangan jawatan presiden akan tetapi peluang untuk kembali ke tampuk pememerintahan tetap cerah kerana penguasaan akar umbi mereka akan tetapi, proses peralihan kuasa hari ini hendaklah membentuk perlembagaan dahulu sebelum sebarang pilihanraya bagi meredakan semua pihak.

49.Adakah Mesir akan kembali aman jika Ikhwan Muslimin kembali memerintah, perlembagaan dibentuk terlebih dahulu sedangkan terdapat objektif2 revolusi 25 Januari yang berpotensi untuk dicabuli atau disabotaj?

50.Perkara paling asas ialah kebenaran Ikhwan Muslimin kembali ke lanskap politik Mesir selepas apa yang berlaku sepanjang tempoh lebih sebulan di Rabaah dan Nahdzah.


SUMBER

8 ulasan:

  1. Tulis panjang2... BODOH!!!
    Kenapa Mesir perlukan satu lagi pilihan raya???? Dr Mursi menang melauli pilihanraya demakratik yg diiktiraf oleh seluruh badab dunia....ADA FAHAM??? Presiden pilihan rakyat walau apa pun alasannya TIDAK boleh digulingkan....HARAM!!! ada faham???
    Bodoh punya penulis!!!

    BalasPadam
  2. Malaysian, jika 1 lagi pilihanraya dapat menghentikan pembunuhan rakyat?

    BalasPadam
  3. Sniper, sya tak faham cara anda berfikir.
    Berdasarkan apa yg berlaku, pilihan raya baru pun akan di nafikan keputusannya seandainya masih memihak kepada golongan yg "islamic".Where will all this end?????
    Apakah demokrasi hanya di iktiraf seandainya golongan sekular yg berjaya???? Ini sangat menjijikan!! We stand by principle...golongan islamist TELAH pun menang pilihan raya lalu, they should be allowed to rule and shape out Egypt. What ever the reason that you can think off....Kerajaan Mursi TIDAK boleh to gulingkan secara tidak demokratik. Do you see the real picture now!!!

    BalasPadam
  4. Malaysian.
    Memang banyak perkara yang penting. Dalam keadaan sekarang utamakan yang terpenting dari yg terpenting dulu. Kewujudan negara adalah kerana rakyatnya. Utamakan kesejahteraan rakyat dahulu. Yang lain menyusul selepas itu.

    BalasPadam
  5. Sniper
    Dalam perjuangan tak ada yg mudah. Tak payah kita bicara tentang perlaksanaan islam yg hakiki oleh golongan islamist setelah menag PRU Egypt....itu bagai pungok rindukan bulan.
    Yg rakyat Mesir berdepan sekarang ialah HAK rakyat yg di robek2 oleh golongan munafiq dan fasiq sekular menggunakan senjata. It is time that "GIVES IN" is no longer an option. semoga Allah swt gives to me courage to go there and prepared to die if that what its takes to send a message the modern day firaun.

    BalasPadam
  6. "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar". [At Taubah: 111]

    BalasPadam
  7. Saya setuju dgn penulisan tuan dan akur bhw peristiwa di mesir bermula apabila kuasa presiden digunakan secara diktator dan ketepikan konsep syura..dr morsi lupa bhw beliau naik atas bantuan rakan rakan yg bukan ikhwan muslimin dan ketidakkujur dlm perjuangan boleh mengundang musibah..sekarang ni pemberontak anti morsi vs penyokong morsi lalu tentera jd org tengah yg tembak penyokong kedua duanya demi elakkan perang saudara spt di syria..klu tidak dileraikan perhimpunan ni maybe ratusan ribu lg akan terbunuh

    BalasPadam
  8. Burhan,
    Berapa banyak nyawa group secular yg dah melayang setakat ni?? Yg dok dengar dan baca hanya orang2 penyokong Dr Mursi sahaja. and now the secular group can claim victory....awak pun mungkin puas hati sekarang.
    ----------------------------------
    (Reuters) - An Egyptian court ruling has raised the prospect of freedom for deposed military strongman Hosni Mubarak............

    BalasPadam

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha