18 Ogos, 2013

Mesir. Peristiwa penyebab rampasan kuasa.


Oleh:

Apabila Mubarak dijatuhkan, Ikhawanul Muslimin tidak pernah mempunyai cita-cita untuk memerintah, apatahlagi meletakkan orang-orangnya sebagai Presiden Mesir. Malah Ikhwan tidak terlibat dalam revolusi yang menentang Mubarak, mungkin kerana mereka mengikut nasihat Nik Abduh supaya jangan gopoh.

Selepas kejatuhan Mubarak

Nathan brown, seorang ahli akademik Amerika dari Carnegie Endownment for International Peace berulangkali berjumpa dengan Khairat El-Shater untuk memujuk IM supaya mengambil bahagian untuk memulihkan Mesir.  Setiap kali juga Shater menolak dengan alasan masalah Mesir terlalu besar untuk ditanggung oleh IM.

Tetapi, prinsip yang dipegang teguh oleh IM itu semakin hari semakin meluntur apabila mereka sudah mula mendapat sokongan dari rakyat Mesir.

Apa yang berlaku selepas itu adalah takdir. IM memenangi pilihanraya dan menguasai parlimen dengan sokongan beberapa parti kecil yang lain dan juga calon-calon bebas. Walaupun begitu, IM tidak dapat melakukan perubahan besar kerana kuasa masih lagi ditangan tentera.

Keresahan mula melanda pemikiran ahli-ahli IM – terutamanya yang muda- dan mereka mula membuat desakan supaya IM mengubah pendirian mereka dan bertanding jawatan Presiden supaya mendapat kuasa yang lebih besar untuk melakukan perubahan.

Keseluruhan Majlis Syura IM menentang idea tersebut. IM tidak mahu orangnya menjadi Presiden. Mereka cuba memujuk dua orang bekas hakim, Ahmed Mekky and Hossam Gheriyani untuk dicalonkan sebagai Presiden tetapi kedua-dua hakim ini menolak.

Gehad El-Haddad, salah seorang pemimpin muda IM, dan sekarang menjadi jurucakap IM,  bertindak menentang Majlis syura IM dengan mengadakan kempen menggunakan Facebook dan Twitter untuk mengubah pemikiran Majlis Syura IM..

Isu ini menjadi panas dan satu mesyuarat khas diadakan di ibupejabat IM dipuncak bukit Daerah Moqattam, pinggir Kaherah..

Mereka bermesyuarat selama tiga hari berturut-turut. Berdebat dan berhujah yang akhirnya membuat keputusan untuk diadakan undian. Dalam undian untuk menentukan sama ada IM perlu meletakkan calon untuk Presiden itu, 56 bersetuju dan 52 tidak bersetuju. IM terbahagi dua.

Sebaik saja keputusan dibuat, Nama Khairat El-Shater tiba-tiba menjadi calon utama untuk dicalonkan bagi merebut jawatan Presiden..Khairat el-Shater adalah orang nombor dua IM, merupakan tauke industri perabot dan megamall yang bukan saja kaya, tetapi dianggap tegas dan mampu mentadbir.


Tetapi pencalonan Shater tidak dapat diteruskan apabila Suruhanjaya Pilihanraya menolak pencalonan beliau kerana pernah didapati bersalah dalam satu kes jenayah.

Tanggungjawab untuk memimpin IM kemudiannya jatuh kepada orang nombor tiga dalam IM…Morsi. Morsi menerima tanggungjawab ini dengan berat hati. Beliau pulang kerumah dan menangis kerana terpaksa menerima satu tanggungjawab yang tidak pernah dihajatinya..

Morsi memenangi pertandingan Presiden mesir dalam pusingan kedua dengan memperolehi 52% mengalahkan Ahmed Shafik, seorang jeneral Angkatan Udara Mesir. Morsy memenangi pemilihan tersebut dengan sokongan golongan liberal dan puak berhaluan kiri yang mahu menamatkan saki baki pemerintahan Mubarak.

Mereka menyokong Morsi setelah diberkan janji-janji bahawa mereka akan di ambil bersama untuk membentuk kerajaan. Mereka bukan penyokong IM, tetapi bersatu untuk menumbangkan Ahmad Shafik.

Sebaik saja menjadi Presiden, Morsi cuba menguasai tentera. Dalam masa enam minggu, dia telah memerintahkan Ketua Angkatan Tentera, Field Marshal Hussein Tantawi dan Chief-of-Staff, Jeneral Sami Enan supaya bersara. Morsi kemduiannya memilih seorang yang dilihat rapat dengan IM, seorang yang alim…Jeneral Abdel Fatah Al-Sisi sebagai Ketua Angkatan Tentera.

Bapa saudara Al-Sisi adalah Abbas Al-Sisi, seorang pengikut dan murid Hassan al-Bana.Juga salah seorang pemimpin IM. Ramai dari keluarga Al-Sisi adalah pengikut IM.

Satu kesilapan Morsi ialah dia terlalu yakin bahawa tentera sudah memihak kepadanya. Apa yang tidak diketahui oleh Morsi ialah tentera juga seperti rakyat Mesir. Mereka menyokong Morsi, hanya untuk menyingkir Ketua Turus Angkatan Tentera yang sudah terlalu lama memegang tampuk pemerintahan tentera.

Tentera Mesir adalah secular dan mereka tidak akan menerima ketua Negara yang mahu mengembalikan Mesir kezaman Khalifah.

Apabila IM dan Morsi mengemukakan pindaan perlembagaan yang baru  yang lebih islamik, mereka mendapat tentangan dari golongan secular dan pertubuhan masyarakat yang lainnya. Terutama tentang kebebasan dan ketiadaan jaminan terhadap hak-hak wanita, Keristian dan NGO.

Selepas berminggu berdebat, IM merasakan cadangan mereka mungkin ditolak oleh mahkamah yang masih lagi dipenuhi oleh hakim-hakim yang dilantik semasa zaman Mubarak. Lantas Morsi memperkenalkan satu lagi pindaan dimana keputusan parlimen tidak boleh disanggah oleh mahkamah. Apabila langkah ini diumumkan, semua pembangkang meninggalkan dewan dan memboikot sidang.

Golongan liberal perpendapat ini adalah kesilapan terbesar Morsi dan IM. Ia masih boleh diperbetulkan tetapi sikap IM dan Morsi yang enggan bertolak ansur telah memulakan satu penentangan terhadap Morsi. Mereka yang dahulunya menyokong Morsi, mula beralih dari menyokong IM.

Pindaan pelembagaan ini merupakan “turning point”. Menteri-menteri tidak diajak berbincang sebelum pindaan ini dibawa ke Parlimen. Lima penasihat Morsi meletak jawatan kerana tidak bersetuju dengan pindaan tersebut tetapi Morsi tetap bertegas dengan keputusannya.

Pindaan perlembagan ini mencetuskan beebrapa siri demonstrasi dihadapan rumah Morsi yang berserta serangan bom petrol, dan lontaran batu. Kecewa kerana polis dan pengawal republic gagal mengawal keadaan, IM meletakkan pengawal mereka sendiri untuk melindungi Presiden yang mana akhirnya berlaku pertempuran pada 6 Disember 2012.

Protes tersebut berakhir, tetapi kehadiran pengawal Ikhwan yang ramai walaupun tanpa senjata telah menggerunkan lebih ramai golongan liberal dan tentera.

Satu lagi protes berlaku pada 25 January, hari ulangtahun kedua kejatuhan Mubarrak manakala di zon Terusan Suez, keadaan semakin tegang berikutan kematian dalam satu pergaduhan yang berpunca dari perlawanan bola. Kematian tersebut diputarbelitkan sehingga berlaku ketegangan lantas Morsi mengisytiharkan perintah berkurung di Port Said.

Larangan perintah berkurung itu tidak dipatuhi oleh rakyat dan tentera.. Ahmed Mekky yang telah menjadi Menteri Kehakiman turut mentertawakan larangan perintah berkurung itu. “Apabila Presiden member arahan perintah berkurung, tetapi tentera dan rakyat bermain bola ditengah malam, morsi sepatutnya tahu bahawa dia sudah tidak dihormati.”

Pada 29 januari, Tentera telah memberikan satu amaran bahawa ketidakstabilan yang berlaku akan menyebabkan Mesir akan hancur dan tentera akan terus bertanggungjawab untuk memastikan perkara ini tidak akan berlaku. Ia satu amaran kepada Morsi bahawa tentera akan masuk campur sekiranya sesuatu tidak dilakukan.

Semua ahli politik pembangkang memboikot Morsi kecuali Ayman Nour yang masih lagi meneruskan hubungan baik dengan Morsi.

Dalam masa yang sama, Kesatuan Eropah (EU) dengan di sokong oleh Amerika melancarkan usaha diplomatic untuk membawa dua pihak yang bertelagah ke meja rundingan untuk membentuk kerajaan perpaduan. Tujuannya ialah untuk mengadakan satu lagi pilihanraya baru dan memperolehi pinjaman IMF yang tergendala akibat daripada pindaan perlembagaan yang diluluskan oleh Morsi..

Untuk beberapa bulan, Bernardino Leon berulang alik berjumpa dengan pemimpin NSF, Morsi, tentera dan IM. Menjelang April, Leon menghasilkan satu draf perjanjian untuk kedua-dua belah pihak mempersetujuinya.
Morsi menolak dan terus memutuskan hubungan dengan wakil EU.

Satu sebab mengapa IM menolak pelan damai ini mungkin kerana mereka menganggap NSF tidak relevan. NSF merupakan gabungan parti-parti politik yang bertentangan ideologi tetapi bersatu menentang Morsi. Keadaan yang sama semasa mereka bersatu dengan IM untuk menentang Mubarak.

Apabila Ketua Dasar Luar EU, Catherine Ashton kembali ke Kaherah pada 18 Jun 2013, keadaan semakin teruk. Catherine memberitahu Morsi, “‘Mr President, you are running out of time. The country is running out of time'."

Kalau Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan BN sekalipun, PR akan berhadapan dengan situasi yang sama seperti dihadapi oleh Ikhwan. Harapan rakyat terlalu tinggi dan PR perlu menangani masalah dalam masa yang pendek. Rakyat tak akan menerima alasan bahawa mereka baru memerintah. rakyat tak akan terima alasan, "Tak ada siapa yang dapat buat bangunan dalam masa 100 hari."

Ikhwan mewarisi ekonomi yng sudah hancur ketika mengambil alih pemerintahan. Dalam masa 17 bulan pemerintahan sementara, simpanan Mesir jatuh dari $36 billion kepada $15.5 billion., cukup untuk menyara keperluan impot selama 3 bulan. Mesir berhutang kepada syarikat tenaga asing sebanyak $8 billion, yang menyebabkan syarikat tenaga mengurangkan bekalan kepada Mesir. Pelaburan terhenti manakala pengeluaran gas domestic berkurangan.

Pelancungan jatuh dengan mendadak akibat daripada penyiaran keganasan didalam media. Tentera menentang percubaan untuk meminjam dari IMF untuk mengelak daripada hutang yang bertimbun. Tentera juga takut, kekacauan akan meletus sekiranya subsidi makanan dan minyak dihapuskan kerana mengikut perjanjian IMF.

Terdapat percanggahan pendapat antara Morsi yang mahu meminjam dari IMF, manakala tentera tidak bersetuju. Tiba-tiba, Morsi membuat pindaan perlembagaan yang mana tidak dipersetujui oleh IMF. Morsi tersepit kerana ketiadaan dana untuk memulihkan ekonomi Mesir.

Bantuan kewangan dari Arab Saudi dan UAE terhenti kerana pertelagahan antara Saudi dan Ikhwan. Morsi terpaksa bergantung kepada Qatar yang memberikan bantuan kewangan sebanyak $8 billion dan sejumlah kecil dari Turki dan Libya yang simpati kepada Ikhwan.

Sistem subsidi yang tidak efisien telah menyebabkan kekurangan disel. Ketika kemuncak musim panas, bekalan elektrik selalu terputus sehingga menyebabkan kemarahan rakyat dan inflasi mencecah hampir 10%.
Ikhwan merasakan terdapat sabotaj dari mereka yang setia kepada rejim lama yang memanipulasi bekalan minyak dan elektrik manakala rakyat pula menyalahkan Morsi kerana gagal mengurus negara.

Satu lagi kegagalan Morsi ialah mengekalkan keamanan. Pergaduhan selalu berlaku akibat perebutan bekalan minyak.
.Masalah ekonomi ini telah mendorong sekumpulan anak muda memulakan satu gerakan baru yang dipanggil Tamarod” untukmembuat satu petisyen menuntut Morsi meletakkan jawatan dan mengadakan pilihanraya baru. Ianya dilancarkan pada 1 Mei dengan hanya menggunakan laptop dan handphone.

Diantara yang hadir semasa siding media yang dibuat disebuah bangunan using pada 12 May, salah seorang wakil daripada NSF turut hadir. Dalam masa beberapa ahri, dua juta tandatangan berjaya diperolehi.

Dalam mesyuarat NSF seterusnya, Khaled memberitahu bahawa NSf perlu menyokong kumpulan Tamarod ini kerana mereka adalah diantara kumpulan yang bijak. (Brilliant) kerana mereka mempunyai idea yang jauh lebih baik daripada Ikhwan.

Sehingga 30 Jun, Tamarod Berjaya mengumpul 22 juta tandatangan dan walaupun kesahihanya dipertikaikan, Tamarod telah Berjaya membuat satu kejutan.

Ikhwan percaya bahawa Tamarod dibiayai oleh Negara asing, ahli perniagaan yang kaya di luarnegeri dan juga tentera, ikhwan enggan menerima kenyataan bahawa Tamarod adalah gerakan rakyat..

Kejayaan Tamarod telah berjaya menarik sokongan dari kalangan mereka yang anti-Morsi.  Free Egyptian Parti telah menawarkan jaringan ahli-ahlinya untuk membantu Tamarod..

Tentera pula sudah mula berfikir dan berbincang, apakah mereka mahu terus berdiam diri dan membiarkan Mesir terus bergolak atau mengambil bahagian?

Pelan damai

Sebulan sebelum Morsi disingkirkan, satu pertemuan rahsia dibuat untuk mencuba menyelesaikan kemelut politik Mesir. Ikhwan diwakli oleh Al-Shater nakala NSF diwakil oleh Amr Moussa, bekas Menteri Luar Mesir dizaman Mubarrak.

Pertemuan tersebut berlangsung dirumah Ayman Nour disebuah pulau yang bernama Zamalek. Ia adalah usaha terakhir untuk mengelak pertumpahan darah.

Amr Moussa mencadangkan supaya Ikhwan menerima desakan pembangkan dan salah satu dari desakan tersebut ialah meminta Morsi berundur dan diadakan pilihanraya semula. Shater hanya mendengar dan ada yang dipersetujui, ada yang tidak dipersetujui. Tetapi secara keseluruhanya, Shatter enggan tunduk kepada pembangkang.

Pertemuan tersebut sepatutnya rahsia, tetapi ia bocor dan wartawan sudah dapat menghidu. Amr Moussa meninggalkan mesyuarat tersebut dan merasakan baahwa Ikhwan terlalu angkuh dan tidak memahami apa yang berlaku didalam tentera dan juga dijalanraya.

Apa yang berlaku selepas itu, adalah sejarah yang kita lihat hari ini. Morsi tumbang, tapi belum tentu Al-Sisi akan dapat bertahan lama. Pengajaran penting yang boleh kita pelajari dari peristiwa ini ialah tentang kuasa mereka yang non-partisan. Lalang mungkin tidak berguna kepada mana-mana pihak, tetapi lalang juga boleh menentukan sama ada sesuatu pihak itu berkuasa atau jatuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha