KUALA LUMPUR 1 Ogos - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar akan dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Perancis.
Menurut sumber, beliau akan menggantikan Tan Sri Dr. Abdul Aziz Zainal, 61, yang telah berkhidmat selama kira-kira tiga tahun di negara tersebut.
Ismail, 60, menyerahkan tugasnya selaku Ketua Polis Negara kepada Timbalannya, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 16 Mei lalu.
Difahamkan, Abdul Aziz yang juga bekas Panglima Angkatan Tentera pula akan diberi tanggungjawab baharu, yang antara desas-desus berlegar beliau dikatakan calon utama untuk mengisi jawatan Pengerusi Malaysia Airline System Bhd. (MAS).
Menurut sumber, Pengerusi MAS, Tan Sri Md. Nor Yusof dijangka tamat kontrak pada hujung tahun ini.
Md. Nor menyandang jawatan Pengerusi MAS sejak 1 Ogos 2011.
P/S: Tuan2 nampak apa yang aku nampak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha