KAH KAH KAH! Dan yang azab dengan penurunan harga getah dan sawit juga adalah pengundi kampung!
Barisan Nasional (BN) diseru lipat gandakan usaha mereka bagi menawan hati pengundi bandar yang faham hak asasi manusia, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata beliau sedar dan insaf dalam pengalaman ketika Pilihan Raya 2013, yang menyaksikan BN menang dengan majoriti lebih tipis, apabila sekadar memenangi 133 kerusi Parlimen berbanding 140 kerusi dalam Pilihan Raya 2008.
"Berdasarkan pengaman lalu, saya sedar dan insaf, cabaran kita makin besar, jadi untuk pastikan parti sentiasa mendapat perhatian, terutamanya di Wilayah Persekutuan, sebab ia tingkap kepada negara kerana penduduk di sini terdiri daripada pelbagai golongan dan negeri lain," katanya ketika berucap dalam majlis berbuka puasa anjuran Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan dan Umno Titiwangsa di sini.
"Kita patut mulakan selepas pilihan raya untuk tumpukan sepenuh masa lihat betapa serius masalah yang membebani penduduk bandar," katanya, dan menambah sikap mereka akan lebih baik sekiranya BN mengambil berat masalah mereka.
Muhyiddin turut mengingatkan agar kepimpinan BN tidak mengambil mudah masalah pengundi bandar kerana BN berkemungkinan tidak akan kekal jika gagal menawan hati mereka.
"Jika kita ambil mudah itu pilihan silap dan kemungkinan kita tak mampu bertahan dengan apa yang kita kekalkan sekarang," katanya.
Mengulas berhubung pemilihan Umno, Timbalan Presiden Umno itu berkata, setiap bahagian sedikit sebanyak tidak akan terlepas dari dilanda masalah dalaman masing-masing namun itu bukan penghalang besar untuk parti.
"Saya yakin semua ini dapat diselesaikan sebelum pemilihan tidak lama lagi," katanya.
Umno akan menjalankan pemilihan mereka pada Disember depan.
Ahli Parlimen Pagoh itu menambah, peluang dan ruang harus diberikan kepada calon yang berkebolehan untuk memberikan khidmat kepada rakyat dengan berkesan.
"Sesiapa yang kita lihat bersungguh-sungguh, bersedia dan berminat melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat, itu yang patut diberi tanggungjawab," katanya.
"Kalau kita telah mula dari sekarang, mereka akan melihat kita serius dan sikap mereka akan berubah menjadi lebih baik," tegasnya lagi. -2 Ogos,2013. - sumber

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha