Kata Nazri Aziz!
Saya sarankan Menteri Besar Selangor, Ketua Menteri Pulau Pinang dan exco kerajaan negeri mereka guna duit sendiri terlebih dahulu," katanya kepada media dalam majlis Warna-Warni Aidilfitri anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di Kuala Lumpur malam ini.
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar) bersetuju dengan rakan Kabinetnya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menggesa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) untuk memulakan cadangan di pihak mereka terlebih dahulu bagi mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk peruntukan wang petrol.
Saya sarankan Menteri Besar Selangor, Ketua Menteri Pulau Pinang dan exco kerajaan negeri mereka guna duit sendiri terlebih dahulu," katanya kepada media dalam majlis Warna-Warni Aidilfitri anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di Kuala Lumpur malam ini.
Menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu, oleh kerana cadangan itu datang dari pihak PR maka mereka yang harus melaksanakannya terlebih dahulu.
Mohamed Nazri turut menyelar Pengarah Stategi PKR Rafizi Ramli kerana cadangannya meminta menteri dan timbalan menteri melaksanakan perkara tersebut sebagai satu cadangan bodoh.
"Budak itu (Rafizi) bodoh. Dia bukan tahu apa, main cakap je. Dulu saya tidak terlibat dengan rasuah pun dia cakap saya terbabit dengan rasuah.
"Kita tidak cadang itu. Perkara itu datang dari mereka, jadi merekalah yang buat, saya sarankan Menteri Besar Selangor, Ketua Menteri Pulau Pinang dan exco kerajaan negeri mereka guna duit sendiri terlebih dahulu," katanya kepada media dalam majlis Warna-Warni Aidilfitri anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di Kuala Lumpur malam ini.
Rafizi awal hari ini mendesak menteri dan timbalan menteri membayar wang petrol sendiri ekoran menyifatkan langkah Putrajaya menaikkan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak RM0.20 seliter sebagai menghukum rakyat yang sudah sedia bergelut dengan kesempitan kewangan.- 3 September, 2013.
P/S: Jika kerajaan PR buat, Nazri Aziz akan kata apa? jeng jeng jeng!
P/S: Jika kerajaan PR buat, Nazri Aziz akan kata apa? jeng jeng jeng!
Nazri akn buat bodoh sbb die mmg bodoh!!
BalasPadam