04 September, 2013

Benarkah ustaz lepasan Al-Azhar cuma begini?




oleh:   Aduka Taruna

Sudut gagal Universiti Al Azhar.

(1)
Terlalu banyak kejayaan Universiti Al Azhar ini. Tetapi gua dokumentasikan sudut gagal untuk tujuan bahasan perubahan. Maklumat fokus sudut gagal ini adalah dari rakan yang berada di sana.

(2)
Sistem peperiksaan 100%. Universiti barat memiliki sistem 'carry mark'. Ianya membina jati diri kepada pelajar.

Universiti Al Azhar 100% berdasarkan kertas periksa. Ini bermakna pelajar tidak perlu dilatih perkara luaran lain. Mudah katanya, tidak hadir kuliah, tidak ambil aktiviti sepanjang semester pun tidak mengapa. Asalkan belajar sendiri dan lulus dalam peperiksaan.

(3)
Setiap semester mempunyai 3 peluang untuk lulus sebelum naik semester seterusnya. Jika gagal, akan tukar bidang.

Di Al Azhar juga ramai pengajar tidak rasmi. Di luar silibus peperiksaan.

Ramai pelajar terutama Melayu yang gagal walau bertukar kos dan pulang sebagai 'kelulusan' Al Azhar. Mengajar di surau2 Malaysia dengan ilmu tidak rasmi (tadahan kitab pinggiran universiti) dan ilmu rasmi yang tidak lulus peperiksaan. Tidak salah. Cuma menjelaskan situasi.

(4)
Antara natijah sistem kuno sebegini melahirkan kebanyakan pelajar Melayu lepasan Al Azhar sangat naive dalam cabaran dunia sebenar.

Jika masuk politik, akan jadi pemimpin terkebelakang. Mudah dimanipulasi media, ditertawakan dan sebagainya.
Jika tak masuk politik, kebanyakkannya terpaksa beratur mengisi dan meminta kouta pekerja kerajaan.

(5)
Kehadiran Al Azhar di Mesir gagal membentuk budaya bersih rakyatnya. Seperti kehadiran lambakan pondok di Kelantan gagal membentuk budaya bersih di Kelantan. Tidak seperti pendidikan barat dan Jepun yang membentuk budaya kebersihan rakyatnya.

Antara sebab kebangkitan rakyat Mesir terhadap Morsi ialah janji kebersihan bandar. Juga kegagalan Morsi campur tangan empangan luar Mesir yang mengganggu sungai Nil.

Rakyat Mesir mempunyai sentimen terhadap sungai Nil. Sungguh pun begitu, lihat sungai2 mereka. Kotor menyamai pantai2 Kelantan.

Sekian dulu. Wallahualam


Nak komen pegi SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha