Kerajaan Negeri Selangor sedia maklum
tentang laporan meluas oleh media tentang kedudukan Ahli Lembaga Pengarah
Perbadanan Kemanjuan Negeri Selangor (PKNS) yang memberi gambaran seolah-olah
perkara ini melibatkan kepentingan awam yang mendesak.
Kita berpendapat perkembangan tidak
sihat ini berlaku kerana spekulasi yang dibuat oleh pelbagai pihak tanpa
merujuk kepada fakta yang sahih.
Saya telah berbincang dengan pegawai
kanan kerajaan tentang perkara ini dan menyerahkan surat kuasa kepada Dato’
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohamed Khusrin Munawi untuk melaksanakan
tindakan pentadbiran terhadap Pengurus Besar dan Setiausaha Eksekutif Kerja
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Surat kuasa ini membolehkan Dato’
Setiausaha Kerajaan Negeri untuk melakukan siasatan dalaman bagi merungkai
persoalan yang melibatkan fakta dan undang-undang.
Bagi melaksanakan siasatan menyeluruh
adalah amat sukar jika keduaa-duanya masih bertugas di PKNS. Justeru, Dato’
Setiausaha Kerajaan telah mengeluarkan arahan kepada dua pegawai ini ditukarkan
sementara ke Ibu Pejabat SUK bermula hari ini. Ini adalah kerana mereka adalah
penjawat awam dan sebarang tindakan perlu mengikut peraturan penjawat awam.
Antara pekara-perkara yang perlu
disiasat secara terperinci ialah bagaimana surat pemecatan Ahli Lembaga
Pengarah dikeluarkan oleh Pengurus Besar tanpa pengetahuan Menteri Besar selaku
Pengerusi PKNS.
Keputusan ini telah saya maklumkan
kepada kedua-dua pegawai terlibat dan meminta mereka memberi kerjasama penuh
kepada siasatan. Saya juga telah memberitahu keputusan ini kepada Ahli Lembaga
Pengarah PKNS dalam mesyuarat sebentar tadi.
Sementara itu, kedudukan Ahli Lembaga
Pengarah PKNS berkenaan kekal seperti yang diarahkan oleh Pengurus Besar PKNS
pada 8 Januari lepas untuk mengelakkan sebarang komplikasi perundangan.
YAB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
20
JANUARI 2014
Seterusnya............
Seterusnya............
MB: Dua pegawai PKNS ditukar sementara untuk siasatan dalaman
Oleh Lizawati Madfa
SHAH ALAM 20 JAN: Dua pegawai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hanya ditukar sementara ke ibu pejabat kerajaan Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata tindakan itu dilakukan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi bagi membolehkan siasatan dalaman dibuat.
“Mereka adalah penjawat awam dan sebarang tindakan perlu mengikut peraturan penjawat awam,” katanya pada kenyataan media petang ini.
Dua pegawai itu ialah Pengurus Besar PKNS, Othman Omar dan Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek. Isu itu berkait rapat dengan pengguguran Mohamed Azmin Ali dari jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS.
Abdul Khalid berkata, antara yang disiasat ialah bagaimana surat pemecatan Ahli Lembaga Pengarah dikeluarkan oleh Pengurus Besar tanpa pengetahuan Menteri Besar selaku Pengerusi PKNS.
“Keputusan ini telah saya maklumkan kepada kedua-dua pegawai terlibat dan meminta mereka memberi kerjasama penuh kepada siasatan.
“Saya juga telah memberitahu keputusan ini kepada Ahli Lembaga Pengarah PKNS dalam mesyuarat sebentar tadi,” katanya.
Abdul Khalid berkata, surat kuasa itu membolehkan Khusrin melakukan siasatan dalaman bagi merungkai persoalan yang melibatkan fakta dan undang-undang.
“Bagi melaksanakan siasatan menyeluruh adalah amat sukar jika kedua-duanya masih bertugas di PKNS,” katanya.
Kenyataan itu, kata Abdul Khalid, dibuat berikutan laporan meluas media mengenai kedudukan Ahli Lembaga PKNS yang memberi gambaran seolah-olah ia melibatkan kepentingan awam yang mendesak.
Beliau menyifatkan ia sebagai perkembangan tidak sihat berikutan spekulasi pelbagai pihak tanpa merujuk fakta sahih.
“Saya berbincang dan menyerahkan surat kuasa kepada Mohamed Khusrin untuk melaksanakan tindakan pentadbiran terhadap Pengurus Besar dan Setiausaha Eksekutif Kerja PKNS,” katanya.
Pada kenyataan media sama, Abdul Khalid berkata, kedudukan Ahli Lembaga Pengarah PKNS, kekal seperti yang diarah Pengurus Besar PKNS pada 8 Januari lalu bagi mengelak sebarang komplikasi perundangan.
Hmm...Selalu kencing, kena kencing pulak.
BalasPadamsalam
BalasPadampkmak la insider job oleh PAS dan DAP.... nak dengki dngan PKR pun agak agak laaa...
nak hasan mangkuk ali brulang ker ??? mat bulat inskandar semak ??
heran eh macam mana nama ko dengan datuk apek teng boleh ada dalam senarai lantikan ...
wakil pk selain mb sebagai chairman siapa ???
iskandar oooiiii ko jgn main main baru sebulan jadi peseruhaya pas selangor ko nak buat stail hassan mangkuk