Ni UMNO
Ni Syamsul Iskandar n gang.
Nak bekap Anwar pun, agak2 la weii!
Err..... Ni bukan bekap. Bodek kot? Pemilihan PKR dah dekat! hahaha
Ni Anak Sungai Derhaka punya komen. Hahaha. Terbaik!
Bukan AMK bakar dan pijak poster Jepun di kedutaan Jepun.. Tapi.. (Video Inside)
Inilah yang orang utara kata "tak dak pasai pi cari pasai".. Demo nak 'Boikot Barangan Jepun' itu satu hal, bakar pula poster bendera Jepun lagi satu hal..
Jika selam ini kita menganggap sesiapa sahaja terutamanya macai yang memijak dan membakar poster atau bendera PKR atau lain-lain parti dalam Pakatan Rakyat sebagai bangang, bodoh, biadap, kurang ajar, tak bertamaddun dan berbagai-bagai lagi..
Apa pula anggapan kita terhadap sekumpulan individu yang mengiringi Ketua AMK ke Kedutaan Jepun menyerahkan memo bantahan ini?
Adakah mereka tidak bangang? tidak bodoh? tidak biadap? bersopan? dan bertamaddun?
Tindakan mereka ini telah meletakkan kita penyokong PR khususnya PKR sama tarafnya dengan macai yang kita kutuk selama ini..
Penyokong Shamsul Iskandar juga dilaporkan bertindak agresif memijak dan membakar poster yang menggambarkan bendera Jepun akibat berang dengan tindakan Kerajaan Jepun yang menghalang Anwar Ibrahim memasuki negara tersebut. .
Walaupun kejadian ini dinafikan dilakukan oleh Ahli AMK dan gambar-gambar serta video menunjukkan mereka bukanlah ahli AMK, sebab nampak dah tua.. ahli AMK bawah 35 tahun.
Tetapi mereka-mereka ini adalah individu-individu yang telah mengiringi Ketua AMK sendiri dalam misi menyerahkan memo bantahan tersebut..
Oleh itu Ketua AMK, Shamsul Iskandar sila bertanggungjawab!
Ini video kejadian..
Perghhh! hahaha
Bi;a baca blog Yong Suka Kuning, tu dia aih! Lagi kaw! hahaha
APA KATA KALAU ANWAR IBRAHIM PECAT PENGAMPU-PENGAMPU KELILING DIA!
Sumimasen, Sumimasen, Sumimasen...
Apa yang patut Anwar Ibrahim buat ialah pecat pengampu di keliling dia.
Pengampu-pengampu ini takde kerja yang berfaedah, selain mengampu.
Tak kisah dia ketua AMK atau apapun pangkat dia...
********************
Okay. Sebelum komer marah Yong bior Yong citer sikit pengalaman kami pergi Jepun ramai2 dan salah sorang dari kami takde visa.
Anwar Ibrahim pergi Jepun seorang diri kah?
Berbalik kepada perjalanan kami ke Jepun (sebelum sistem keperluan visa dimansuhkan), Minah ini, seorang doktor (PhD) muda, sedar dia takde visa ketika barangnya diperiksa. Maka si Minah itupun panik takut dihalau balik ke Malaysia. Ketua kumpulanpun menalipon pihak universiti yang menjemput kami (Universiti Kyoto). Mujurlah wakilnya dah sedia di airport untuk menyambut kami. Sumimasen, sumimasen, dia uruskan semuanya.
Settle, Minah itu dapat masuk ke Jepun dan duduk di Jepun selama 10 hari, 5 hari lebih lama dari kami.
Bezanya Minah itu dengan Anwar Ibrahim ialah - Minah itu orang biasa dan tak pernah masuk penjara. Anwar Ibrahim seorang pemimpin, Ketua Pembangkang Malaysia dan pernah masuk penjara.
Semua rakyat Malaysia tahu Anwar Ibrahim pernah masuk penjara. Soal dia masuk penjara kerana kena fitnah atau sandiwara UMNO itu tak relevan pada peraturan imigresen Jepun.
Anwar Ibrahim tetap pernah masuk penjara. Undang-undang Jepun jelas tentang perkara itu.
ANWAR TAK MOHON KEBENARAN KHAS |
Jadi, siapa yang salah?
Jepunkah?
Sudah tentu bukan.
Yang salah ialah orang yang menguruskan perjalanan Anwar Ibrahim ke Jepun.
Buat apa tunjuk samseng macam Perkasa, Pekida dan pemuda UMNO?
Apa guna tak mengaku yang pijak poster bendera Jepun itu bukan ahli AMK? Nama sudah busuk kerana bertindak terburu-buru.
Bunyi penafian AMK sama macam geng pertahan kangkung UMNO yang tak mengaku bawa banner ancaman 13 Mei.
Apa guna tak mengaku yang pijak poster bendera Jepun itu bukan ahli AMK? Nama sudah busuk kerana bertindak terburu-buru.
GENG KANGKUNG UMNO TAK MENGAKU BAWA BANNER INI |
Bunyi penafian AMK sama macam geng pertahan kangkung UMNO yang tak mengaku bawa banner ancaman 13 Mei.
********************
Nak salahkan Wisma Putra?
Sabotaj?
Wisma Putra bagi tahu pihak Jepun Anwar Ibrahim bekas banduan?
Alahai...Tak perlu Wisma Putra. Satu dunia tahu Anwar Ibrahim bekas banduan.
Kalau orang yang menguruskan perjalanan Anwar Ibrahim lebih prihatin dan membuat permohonan seperti pada lawatan yang lepas, bolehkah Wisma Putra menghalang lalu memalukannya?
Tindakan Ketua AMK hanya memburukkan lagi keadaan.
Tidak termasuk kenderaan - handphone, komputer, TV, peti ais, periok nasi, microwave oven dan sleeper Jepun yang digunakan oleh ahli AMK datang dari mana?
Kalau Anwar Ibrahim ada kuasa memecat, pecat saja pengampu-pengampu ini.
Kalau hanya ahli PKR yang ada kuasa, gunalah kuasa itu - tak payahlah pilih pemimpin atau pemimpin-pemimpin yang tak berapa cerdik ni.
Yong cakap benda yang sama dulu kepada PAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha