10 Disember, 2014

Ulama PAS tidak memerlukan sokongan anda!

PAS TAK PERLU menang pilihanraya sebab:
1. PAS berjuang Islam, menang pilihanraya bukan matlamat.
2. PAS parti Islam, tak menang pilihanraya pun kekal sebagai parti Islam.
3. PAS gerakan Islam, keredhaan Allah matlamat gerakan Islam.
4. Dasar PAS Islam, menang pilihanraya bukan penentu dasar.
5. Pemimpin PAS ulama', ulama bawa ke syurga w/pun kalah pilihanraya.
6. PAS harakah Islamiyyah, pilihanraya bukan matlamat harakah kita.
7. PAS perjuang hudud, biar kalah p/raya asalkan hudud terlaksana.
8. Al-Quran rujukan PAS, biar PAS ditolak rakyat asalkan tetap rujuk al-Quran.
9. Tarbiah keutamaan PAS, kalah pilihanraya juga sebahagian drpd tarbiah.
10. Wala' adalah tunggak, menang pilihanraya pun kalau hilang wala' tak guna juga.
11. PAS parti tunggak dalam PR, walau kalah p/raya PAS tetap kuat.
12. PAS nak selamatkan ahli dari neraka, menang pilihanraya bukan penyelamat.
13. DAP dan PKR parti sekular, menang pilihanraya tapi sekular tak guna apa-apa.
14. PAS sayang Islam, kalau menang p/raya rakyat tolak Islam tiada makna juga.
15. PAS pegang hadis, biar kalah kerana Nabi juga pernah kalah dalam perang.
16. PAS parti lama, sudah acap kali kalah, jadi kalah p/raya adalah perkara biasa.
17. PAS parti Islam, Islam tetap menang w/pun kalah p/raya.
18. PAS berjuang Islam, kalau menang dan Islam tergadai apa guna.
19. P/raya sistem demokrasi, PAS tak beriman dengan demokrasi.
20. Ahli PAS ikhlas, menang p/raya bukan penentu ikhlas.
21. Ahli PAS pejuang, kalah p/raya pun kita tak berundur dalam perjuangan.

9 ulasan:

  1. aduh....tak faham aku mentaliti 'ulama PAS' ni....

    BalasPadam
  2. Dah tak perlu menang pilihanraya ape ker jadahnya menghabiskan duit dan tenaga untuk pilihanraya - bodoh ker ape?

    BalasPadam
  3. Betul, Tuan Zolkharnain Abidin Al-Abjadhi...!!!

    SAYA FAHAM TUAN BEGINI;
    1. PAS tiada matlamat menang pilihanraya.
    2. PAS takkan kekal sebagai parti jika menang pilihanraya.
    3. PAS sahaja bermatlamatkan keredhaan Allah.
    4. Dasar PAS akan berubah jika menang pilihanraya.
    5. Pemimpin PAS ulama' yang bawa ke syurga. 'Ulama lain bawa ke neraka.
    6. PAS harakah yang tiada matlamat bila berpilihanraya.
    7. PAS tidak akan perjuang hudud, jika menang p/raya.
    8. As-Sunnah bukan rujukan PAS, biarkan PAS ditolak rakyat asalkan tetap bukan as-Sunnah. (antihadis ka)
    9. Tarbiah keutamaan PAS. Menang pilihanraya juga matlamat tarbiah.
    10. Wala' adalah tunggak, menang kalah pilihanraya kalau hilang wala' LAGI tak guna.
    11. PAS parti tunggak dalam PR, jika menang p/raya PAS tetap lemah.
    12. PAS nak selamatkan ahli dari neraka bukan rakyat. Kalah pilihanraya adalah penyelamat.
    13. DAP & PKR parti sekular. Kalah pilihanraya tapi sekular adalah sangat berguna.
    14. PAS sahaja sayang Islam, kalau kalah p/raya rakyat tolak Islam LAGI tiada makna.
    15. PAS pegang hadis, biar menang kerana Nabi juga pernah menang dalam perang.
    16. PAS parti lama, kurang kali menang, jadi menang p/raya adalah perkara LUAR biasa.
    17. PAS parti Islam, Islam tetap kalah w/pun menang p/raya.
    18. PAS berjuang Islam, kalau kalah dan Islam tergadai LAGI tak guna.
    19. P/raya sistem demokrasi,PAS menang p/raya dikira tak beriman.
    20. Ahli PAS sahaja ikhlas. kalah p/raya bukan penentu ikhlas.
    21. Ahli PAS pejuang, menang p/raya kita akan berundur dalam perjuangan.

    BalasPadam
  4. OK...........aku cari ulama lain.........

    BalasPadam
  5. bagus... hari -hari buat dosa..

    BalasPadam
  6. Alamak bro macamana nak claim pas parti islam apabila sekelompok manusia dalam pas yang merasakan dirinya ulama mengutuk dn melabel rakan2 yg tidak bersetuju dengannya. Asalnya buat usrahlah, tamrinlah, muktamar tetapi dlm mukaddimahnya, selitan dalam ucapannya telah mengutuk dan melabel ahli yg tidak bersetuju dengan pendapatnya. Islam kah ini

    BalasPadam
  7. klu pas ni ada dua sifat. iaitu bdn dakwah dn parti maka ia xblh tidak mesti perlu kpd menang pilihnraya utk dpt kuasa strusnye mndaulatkn islam, x de kuasa amat sukar nk meletakkn islam dimercu pemerintahn, ulama trsbut perlu muhasabah dlm hal ni

    BalasPadam
  8. Geng serban ni kerja malas, malas berfikir, hidung tinggi, perasan mulia dari insan Allah yang lain, banyak komplain, suka membangkang tanpa penyelesaian, suka jual nama Allah atau Islam untuk menyuruh insan lain mengikut telunjuk mereka, sentiasa mahu dihormati, susah untuk menghormati insan lain, bersikap kurang ajar ketika memandu, suka langgar undang-undang dan peraturan jalan raya, kalau jadi pemimpin suka pilih kasih dan melantik kroni dan kebanyakkan mereka bersikap munafik.

    BalasPadam
  9. Geng Serban jgn angkoh mengangkat diri sebagai ulamak.

    Setahu aku , mereka yg digelar ulamak
    bukan sahaja memiliki ilmu agama yg
    tinggi, bahkan telah diuji dgn
    kesempurnaan Akhlak terpuji.

    Geng Melatu Serban - anda bukan ulamak perwaris nabi. Anda hanya
    digelar ulamak oleh pengikut tegar
    anda yg taksub tanpa ilmu .Taraf.anda
    ia lah ustaz.

    Untuk pencerahan , para Ulamak Hakiki telah membuktikan keilmuan mereka
    melalui kupasan ilmu - ilmu agama
    dgn mezahirkan Kitab-Kitab mukhtabar untuk dijadikan rujukan akedemik .

    Geng Melayu Serban harus cermin diri , tolong muhasaba diri - Kitab apa yg
    telah anda karang ? sebagai ulamak
    kononnya ....oppps ustaz aja.

    Contohi lah - Al Ghazali , Jamaluddin
    Al Afghni , Syed Qutb dan Dr.Ali Syriati
    sekiranya ingin bergelar ulamak.

    Jagan copy and paste surah yassin , tahlil atau bab hid dan nifas - doa doa umrah dan haji kemudian cop nama ustaz ini ustaz itu dan akhirnya baca doa selepas solat waa ampu sini , waa
    ampu sana .

    Akhir sekali aku nak ingatkan - Pas bukan Islam dan Islam bukan Pas. Pas hanya Parti yg daftarkan . Islam milik Haqiqi Allah SWT.

    Pas dan seluruh pengikutnya Binasa -

    Pencipta Yang Maha Pastinya Tidak Binasa .

    BalasPadam

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha