6 Bulan Pertama 2015 Bersama Najib dan Konco-Konconya....
Dalam 6 bulan pertama tahun ini sahaja...nampak terlalu goyah kepimpinan Najib dari segi pengurusan isu, politik dan dalam menguruskan ekonomi negara. Antara yang jelas dimata rakyat:
1. Perlaksanaan GST bagi merasionalisasikan pemberian BR1M.
2. Pembelian jet baru RM28 juta disaat rakyat sakit hati dengan GST
3. FGV yang menjadi anak emas Najib digantung dari senarai Bursa Saham selepas mencatatkan kejatuhan yang teruk.
4. Isu hutang 1MDB RM 43 billion yang gagal dijawab dan Najib dilihat sbg pengecut kerana tidak hadir dialog di PWTC walaupun sehari sebelum itu beliau mengakui berdarah pahlawan.
5. Duit Tabung Haji digunakan untuk membeli tanah TRX dengan harga yang terlalu tinggi...sehingga kini tanah itu masih gagal dijual balek.
6. RM 4billion wang KWAP diambil untuk diberikan kepada SRC International Sdn Bhd, anak syarikat 1MDB untuk pelaburan di Mongolia yang hingga kini tiada khabar berita.
7. Harga minyak naik 20 sen pada 1 Jun.
8. Najib mengamuk di Putrajaya selepas berita cadangan kenaikkan harga tol dibocorkan sblm mesyuarat kabinet dan mengakibatkan kabinet ditekan rakyat.
9. Kapal yang membawa minyak RON95 dirampas lanun tanpa dikesan. Gambaran awal ttg kenaikan harga minyak sekali lagi.
10. Polis Australia siasat aset Mara di Melbourne yang didakwa dibeli dengan harga yang terlalu mahal dan terdapat unsur rasuah.
11. Najib cuba mengambil hati kakitangan kerajaan dengan memberikan bonus Hari Raya RM500 pada 25 Jun tetapi pada 1 Julai dia naikkan harga minyak untuk sejahterakan hidup rakyat!....
12. Dengan bangganya Najib umumkan pemilihan Umno ditanguh 18 bulan......
13. Operasi pencarian MH370 diswastakan.....
14. Nilai matawang negara jatuh teruk....
Tidak cukup dengan itu...Menteri2 Najib juga turut berlumba2 meraih populariti kalangan rakyat dengan lawak dan tindakan mereka:
1. Rohani Karim cadang untuk bawak akta yang membolehkan ibu bapa yang merotan anak-anak mereka dihukum oleh undang-undang.
2. Ahmad Maslan tidak habis2 dengan Nasi Goreng GSTnya
2. Hassan Malek buat kenyataan mengatakan pengundi di Rompin menyokong GST dan kemudian diselar oleh Calon BN dirompin sebagai "bodoh"
3. Zahid Hamidi ugut wartawan supaya tidak lagi mengambil kenyataan-kenyataan beliau untuk disiarkan media.
4. Zahid Hamidi marah sebab rakyat pertikaikan 3 jam tangan mewahnya yang bernilai RM 1 juta.
5. Zahid Hamidi berdolak dalik untuk terima pelarian Rohingya yang tersadai ditengah laut tetapi dengan selamba umum akan bawa masuk 1.5 juta warga Bangladesh untuk 3 tahun ini sebagai pekerja.
6. Nazri Aziz pula memberikan gelaran "Bodoh" bagi mereka-mereka yang mahu melaksanakan hudud di Malaysia.
7. Sekali lagi Nazri menarik perhatian dengan memberikan amaran kepada Tengku mahkota Johor supaya tidak mencampuri urusan politik negara jika tak nak kena "Belasah"
8. Ismail Sabri sebagai Menteri Pertanian sekali lagi seru rakyat bercucuk tanam....pening rakyat yg duduk umah Flat nk mikir.
9. Shahidan Kasim membuat kemunculan dengan mencadangkan premis makanan dan restoran tidak boleh beroperasi 24.
10. Jamil Khir buat fatwa sendiri, "Kurang pahala Ramadhan fitnah 1MDB"....
Tidak cukup dengan itu Rosmah juga cuba mencari perhatian dengan:
1. Mengadu turut terkesan dengan GST kerana sblm GST kos memanggil pendandan rambutnya ke rumah hanya RM1200
2. Mengadu mat rempit menganggu tidurnya pada waktu malam....walaupun rumahnya dijalan duta agak jauh dari Jalan kuching yang kononya jadi litar mat rempit.
3. Mengakui menghubungi Presiden Russia, Vladimir Putin untuk call semula Najib bagi membincangan isu MH17 yang ditembak jatuh.
4. Tersenarai sebagai Isteri pemimpin kedua tercantik di Asia oleh listabuzz.com, namun dalam asianranking.com namanya langsung tiada dalam senarai.
*Hutang Negara kurang 55% dr KDNK negara dan siling yang ditetapkan. Tapi dengan tindak tanduk kepimpinan negara yang ada sekarang, jangan terkejut jika lebih banyak aset negara terpaksa digadai, kos hidup lebih tinggi, tabung-tabung amanah bocor....bon bersepah-sepah...dan negara kita dibanjiri oleh wrga asing
Najib bawa BALA'
BalasPadamSegera turunkan Najib!
Bebaskan Anwar!
bn kena kuburkan dengan segera kalau tidak negara tercinta ini akan terjual.
BalasPadam