03 Julai, 2015

Ringgit Malaysia jatuh teruk?


TERKINI: Hari ini Ringgit mengalami kejatuhan Terburuk Dalam Sejarah

Kali terakhir Ringgit mengalami kejatuhan sehingga ekonomi berada dalam keadaan terumbang ambing pada 1997 tapi pada hari ini nilai ringgit mengalami kejatuhan paling teruk sejak krisis ekonomi 1997.

Perbezaan dulu dan sekarang adalah kos hidup tidak berapa tinggi jika dibandingkan hari ini kehidupan rakyat amat tertekan dengan kos hidup yang tinggi.

Dengan kejatuhan ringgit paling teruk sejak 1997 ini maka bersedialah kita menghadapi kehidupan yang lebih sukar dengan kenaikkan harga barang akan berlaku.

Dagangan Mata Wang Ringgit Hari Ini

MYR 1.0000 = £: 5.8011, USD: 3.8045, SGD: 2.8022, Euro: 4.2233, Aussie: 2.9089, China Yuan: 1.65630 Thai Baht: 8.99333

Kerajaan memberi alasan kejatuhan ringgit kerana masalah ekonomi dunia namun mengapa kita sahaja mengalami kejatuhan begini teruk.

Jawapan Kukuh Kepada Kejatuhan Ini.

1. Masalah kewangan dalam negara sekarang yang membabitkan 1MDB membuatkan banyak pelabur keluar kerana tidak yakin dengan pentadbiran negara.

Letak diri kita sebagai pelabur luar yang membuat pelaburan dan bila satu isu penting membabitkan kewangan negara tiada jawapan dari kerajaan, adakah anda akan terus melabur tanpa mengetahui adakah kerajaan negara mempunyai wang untuk mentadbir atau tidak? Tentu anda akan keluar membawa wang anda. Dan ini yang berlaku dalam negara sekarang.

Pelabur melarikan diri sebagai contoh saham FGV Felda mengalamai kejatuhan teruk hingga memaksa penarikan keluar saham FGV dari diperdagangkan.

Apa yang boleh saya katakan kita yang mempunyai pendapatan kecil ini agar bersedia menghadapi kehidupan yang lebih sukar esok hari.

Allah Selamatkan Negara...Mudahkan Perjalanan Hidup Kami......Amin

2 ulasan:

  1. Siapa kata RN jatuh merundum? Semua fitnah belaka..tipu! RM masih kukuh, tak caya tanya timb menteri kewangan YB Ahmad Maslan (Pakar Kewangan PBB -Parti Bangang Bebenor). Dulu aku pi HK, rm40 dapat HKD100 sekarang RM65 baru dapat HKD100--kena tambah RM25 untuk setiap HKD100. Ringgit bukan jatuh wahai pencacai BN semua TAPI ringgit dah semakin TAK LAKU diluar negara. Dulu kedai-kedai kecil di Vietnam, Sadao (pekan sempanan Thai/Kedah) dan Medah, Indonesia masih terima ringgit TAPI sekarang mereka dah tak sanggup! TAK SANGGUP LAGI....Ini KERAjaan PENYAMUN, belagak seperti KERAjaan KeBAJIKAN! Pooodahh!

    BalasPadam
  2. Salam warga marjaem semua

    Dlm blog kami dah ckp enam bulan dulu ringgit akn jatuh 4.80 -5.80 dan ada yg baca blog kami jual ringit beli doallar skrg dah kaya... Walau Malaysia tumbang dia buat duit...

    Bila Anwar masuk jail. Gerakan antarabangsa janji nak tolong... Dulu kata Anwar bohong konspirasi politik harini Najib pulak kata sabotaj politik!!! Ok kosong-kosong ya

    BEBASKAN ANWAR! ESOK BALA AKAN TUTUN LAGI !!! we guarantee that . Tq wall street journal... Sabotaj Malaysia !!! Kaw kaw with the truth n facts tq

    BalasPadam

Kalau takde nama pegi pejabat pendaftaran dulu sebelum komen. hahaha