26 Jun, 2009
Bila depa nak lantik aku jadi Menteri nih?
Halalkan rampasan kuasa di Perak aku dah buat!
Halalkan Jom Heboh aku dah buat!
Usahakan pertunangan UMNO dengan PAS aku dah buat!
Buat buku bertajuk "Mengelakkan gejala murtad" aku dah buat!
Memberi pandangan terhadap keengganan Nik Aziz untuk menerima UG aku dah buat!
Apa barang lantik askar jadi menteri agama?
Aku ni lagi hebat dari si jamil khir tu sebab aku mufti, siap ketua mufti lagi!
Harap-harap, PRU 13 nanti depa lantik aku jadi calon Ahli Parlimen Kuala Kangsar!
Tapi depa nampak ke apa yang aku dah buat nih? tak boleh jadi nih! aku mesti buat 2,3 perkara lagi baru power!
Tuan rumah: agaknya camtu lah yang ada dalam hati Tan Sri Harussani, Mufti Perak. Oii Najib! tak perasan lagi ke? jangan la hang buat tak nampak! kesian orangtua tu!
21 Jun, 2009
Cicak Kobeng Man!
Sesumpah atau dalam bahasa inggerisnya chameleon tidak diketahui dikampong aku. Tapi kalau disebut Cicak Kobeng semua tau! Haiwan dari spesis cicak ini ada kebolehan utama iaitu menukar warna mengikut keadaan sekeliling.
Pehh! Intro/set induksi macam cikgu sains pulak dah! Sebenornya aku nak bercerita tentang manusia politik (dalam sains politik manusia digelar haiwan politik!)
Parti politik kat Malaysia ni cukup banyak Cicak Kobeng.
Yang paling banyak mestilah parti cap keris! Masa seseorang tu berkuasa, omak! Salam cium tangan! Bila tak ada kuasa, terjumpa kat mana2 siap koner kut lain! Bila kempen janji macam2 tapi bila dapat kuasa buat2 lupa! Yang ni namanya cicak kobeng munafik!
Parti mata dengan parti bola ping pong (kaum tionghua selalu sebut), tak ada? Adaaaa!
Mula2 parti mata. Ada sorang tu dia je yang betul. Kalau cakap berapi-api! Nak letak orang dia duduk tempat penting dengan nak pejatuh kengkawan yang ada potensi tapi bila boss tak layan last2 masuk parti keris! Dia ni semua orang tau! Cicak kobeng kotak!
Kat perak pulak ada 2 cicak kobeng paling top! Sorang bini 4, sorang lagi bini 2. Ni cicak kobeng banyak air! Yang bini 4 perasan nak jadi MB, yang bini 2 mungkin perasan nak jadi timbalan MB! Yang bini 2 aku dengar masa kerja atas bahu 3 ketol! Setau aku kalau pencen atas bahu 3 ketol ni biasanya geng reput, peperiksaan naik pangkat 3 kali tak lulus kena berenti! Camana la boleh lantik dia jadi calon? Kan semua dah terkulat-kulat! 2 orang ni masa dengan parti mata kena kes rasuah kat mahkamah muka gabra tapi bila bersekongkol dengan parti keris masuk mahkamah tersengih-sengih! Dah ejas kut!? Gamaknya lah. jangan menghina mahkamah woi ! Ada satu lagi cicak kobeng ni masih selamat, bila DSAI dengan DSWA datang macam nak tersungkur 2 orang tu pasal cicak kobeng ni berbelit kat kaki! Jadi ketua kat Perak tapi dia duduk kat Kelang! Apakebenda!
Parti Ping Pong ok? Huh! 2x5! Bila berkuasa dulu suruh bini pegi mintak kawasan balak kat MB! Lulus atau tak lulus tak tau le aku. Ada pulak tu baru 6 bulan jadi ADUN dah beli rumah baru! Mungkin duit yang dah lama simpan kot!? Ni namanya cicak kobeng masjid! Hobi pegang tasbih! Kira wirid atau kira duit Wallahualam! Kalau lepak kat kubah masjid kaler dia gold macam kubah dan kalau lekap kat dinding tukar jadi kaler hijau macam kaler cat dinding! Hadis dan surah hafal kat mulut! Implementation belum tentu!
Dalam banyak2 cicak kobeng ni, yang paling masyhur sekali datang dari tempat paling kaya di pantai timur! Kat sini kalau dah pokai boleh kutip emas ikut suka hati! Merata-rata ada emas. Bertanding pakai lambang ping-pong, dah menang lebih keris dari ahli parti keris! Ni cicak kobeng amfibia! 2 alam!
Parti2 kat Malaysia ni, kalau dengar slogan, dasyat! ketuanan melayulah, keadilan untuk semua lah, menegakkan Islamlah! Mantap! Kecicak kobengan ni, Parti keris, majority! Mata dengan ping-pong masih lagi minority kecicak kobengannya. Hati2! Jangan biarkan merebak macam parti keris! Kepada semua penyokong Pakatan Rakyat, marilah sama2 jadi QC! (Quality Control). Silap kalu! Hantam! Amal Makruf Nahi Mungkar jangan kira lawan atau kawan!
Nabi pun ada terbuat silap, apatah lagi manusia biasa!
P/S: Kat Manek Urai camana? Aku dengar parti keris 2 puak dah berebut! Parti ping pong pulak banner tak ada gambar boss! Yang ada banner kutuk 2nd boss! Jangan le kutuk! sian dia! Dah ler kawasan dia kat Bachok tapi rumah besar dia kat Nilai! Nak berulang duit petrol dengan duit tol banyak tuu! Betapa tingginya pengorbanan dia! Pergh!
19 Jun, 2009
Mikio pakai kepala lutut!
Aik! semua dah berenti citer pasal UG ker? Bior aku pulak citer! Siapa yang nak marah, marahlah! Aku ni penyokong Pakatan Rakyat jer! parti tak ada! taat setia ker, wala' ker, aku terkecuali!
Aku ni, kalau komer dari PAS, PKR dan DAP nak tau pasai apa aku menyokong komer, tak lain tak bukan sebab komer aku nengok mengutamakan rakyat dan yang paling utama sebab aku percaya komer mampu melingkupkan UMNO!
Jadi, aku pun ngempen ler pada orang2 muda yang baru layak mengundi supaya menyokong komer. Kughang2 pun dapat ler nambah2 undi untuk Pakatan Rakyat pada PRU 13!
TAPI! (hurup besor tu!), bila berlaku si nasha dengan presiden PAS sebok pasai UG dengan cita2 mulia untuk membela sedara seagama dari UMNO (iyer benor ke! heh, heh, heh!). Teruk aku kena lutu dengan bebudak yang aku kempen tu komer oii!
Komer tau apa aku kabor kat bebudak tu? Aku kabor, "2 oghang tu buang tebiat gamaknya!?". Deme balas, "Buang tebiat apakebendanyer yob! tu, Najib pun dah becakap juga! siap sengeh2 lagi!".
Apa komer nak jawab? komer ada mikio apa oghang macam aku nak jawab bila dah jadi macam ni? Kalau kalah PRU 13 nanti mula ler bagi alasan SPR tambah pengundi hantu ler!, nama pengundi hilang ler!. Ndak ker komer jawab bila kalah nanti benda ni salah komer!? Aci potong jari ler kalau komer jawab macam tu!
Pasai tu ler arwah Tok aku dulu pesan kat aku "kamu, kalu ndak keghojer, mikio pakai kepala hotak! jangan pakai kepala lutut!"
Aku tulih ni pakai kepala hotak tauuuu!
Aku tau lepas ni mesti ada yang maghah kat aku! hajaappppp!
15 Jun, 2009
Kkagho hok aku dok mmikir haghi nih! (Perkara yang aku pikir hari ni!)
1. Pakai lilitan kepala 'Bubarkan DUN' ditendang keluar dari sidang parlimen. Aik? Apa pulak kaitan? bukan pakai lilitan 'Bubarkan Parlimen'!
2. Polis melaksanakan arahan speaker DUN yang belum disahkan jawatan tetapi mengengkari arahan speaker yang sah! Mantap! Ghoper gampang!
3. 2 ekor katak keluar mahkamah senyum-senyum! Diiringi oleh Abdullah Antong! Pergh!
4. Ahmadinejad menang besar dan mengalahkan calon yang nak berunity dengan US! Jaga! Unity jangan sebut!
5. Puak2 Unity Government dilarang datang ke Manek Urai! he he! sebut gak, sori!
6. Sapo2 tak leh kecek kelate tok leh nok nngaku oghe Tanah Meghoh ko, Pasir Mah ko, Pengkale Chepo ko! Kawe buleh kkecek. Sapo2 nok gi ikuk kawe gi Manek ugha dok diye! Nnyamar jadi oghe bisu! he he
14 Jun, 2009
Kita kategori mana?
2,3 hari ni macam2 pendapat, macam2 bangkang, macam2 teguran dapat dibaca di dunia maya. Tajuk utama tak lain tak bukan pasal Unity Government (UG).
Selalunya, media UBN yang mengeluarkan isu untuk mengalihkan tumpuan tetapi kali ini darpada pihak kita.
Isu UG ini menenggelamkan semua cerita-ceriti! UBN lega! Cuti dari dari kena serang! Tetapi awas semua! Selagi isu UG ini diteruskan, UBN akan mengambil kesempatan merancang sesuatu untuk membenamkan kita ke lembah kegagalan!
Kali ini aku nak berkongsi dengan kengkawan pengalaman hidup yang boss tempat kerja aku dulu perturunkan kat aku semasa di alam pekerjaan. Boss aku ni simple tapi otak dia memang genius. Apa yang dia rancang dan buat semua jadi!
Biasanya sessi sembang boss aku sebelah petang selepas semua kerja untuk hari tu dah setel.
“Yob! (pasal aku sorang je orang Perak kat pejabat) hari ni aku nak cerita rahsia yang nko selalu tanya pasal macamana nak jadikan semua kerja yang kita buat gerenti sukses!” dia manggil aku.
“Anu… kejap! Nyimpan barang dulu” aku jawab.
“Anu,, anu…! Anu dalam seluar nko! Apa payah simpan- simpan!” macam biasa, bahasa dia kasar tapi hati baik.
Macam biasa aku bawak 2 gelas besor nescaffe ‘o’ sejuk yang aku buat tengahari tadi “Ok boss! Sedia dah!”
“Ok, macam ni! sebelum nko nak jadi seorang yang berjaya, nko kena kenal dulu kategori orang-orang di sekeliling nko!” boss aku mula.
“Orang pun ada kategori jugak ke, boss!?” aku macam biasa ler, buat-buat bodoh!
“Ada…! Manusia ni boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan yang besar. Yang pertama golongan “Look Thing Happen” (lihat sesuatu berlaku), yang ke 2 golongan “Wait thing to Happen” (tunggu sesuatu berlaku) dan yang ke 3 golongan “Make Thing To Happen” (buat sesuatu berlaku)” ujar boss aku bukak cerita.
“Camana pulak tu?” aku Tanya.
“Macam ni, kategori “Look Thing Happen” adalah golongan paling tak guna sekali! Perang ke, kecoh ke, apa ke, yang diorang pikir hanya nak selamatkan diri sendiri! Nak kenal puak ni senang je! Cuba nko perati, biasanya puak2 ni bila ada majlis atau kerja2 yang nak dibuat, depa ni akan cipta berbagai alas an nak melarikan diri! Anak sakit lah, ada appointment doktorlah, nak cabut gigilah dan macam2 lagi. Sebab tu bila nko jumpa orang yang pakai gigi palsu, nko kena hati2! Mungkin orang tu dari golongan ni! kalau dalam politik pulak, biasanya golongan ni akan sokong apa je yang boss dia cadangkan! Tapi bila kecoh atau nak mula kerja, tengkuk diorang akan masuk ke dalam macam kura-kura atau dia akan senyap atau hilang!” hurai boss aku tentang kategori yang pertama.
“Yang ke 2 pulak boss?” aku Tanya.
“Yang ke 2, “Wait Thing to Happen”. Yang ni unik sikit! Ada yang positif, ada yang negative! Yang positif dulu, yang positif ni biasanya bila ada event atau kerja yang nak dibuat, diorang ni boleh tolong! Masalahnya nko kena selalu keluarkan arahan step by step! Kalau nko tak rajin jengok, kerja tak jalan! Nko pun mesti tau kerja yang nko arahkan! Nanti diorang tanya nko tak boleh jawab, kantoi” terang boss aku sambil terbeliak bijik mata.
“Yang negative pulak?” aku tak banyak cakap taknak potong stim orangtua nih.
“Huh! Yang ni memang cilaka! Dia tunggu je idea orang! Kalau dia dengar ada idea baru, terus dia jumpa boss untuk dapat nama! Kalau ada kerja yang berjaya, dia akan ngaku kerja dia bila orang tanya! Kalau dalam politik pulak, bila menang, dekat 10 orang tunggu nak tumpang tui masa PC, kalau kalah, tinggal ler sorang berdua je nak menepis/mengelak bila wartawan tanya! Nko pernah nampak benda ni?” Tanya boss.
“ha ah! Selalu sangat!” aku mulai nampak.
Boss aku sambung lagi “Yang ke 3 pulak, golongan “Make Thing To Happen”, yang ni susah sikit! Nko mesti ada kemahuan yang tinggi dan tak mudah mengalah! Nko kena tau dari kecik2 benda sampai ke besar benda! Untuk mencapai kategori ni nko kena rempuh semua perkara baru nko dapat art dia! Cara nak capai taraf ni, nko kena cari jawapan kepada setiap soalan yang muncul dalam otak nko! Control hensem tak main! Nko bukan saja kena pikir tapi nko kena buat semua perkara sampai nko master! Biasanya kategori ni sikit je! Dalam 100 orang adaler sorang berdua je yang mencapai taraf ni! dalam politik nko kena selalu perhatikan diorang ni dari golongan mana! Samada golongan kategori 1,2 atau 3! Yang banyak aku nengok dari kategori 1 dengan 2, cakap diorang memang mantap! Gitu gini gitu gini, tapi cuba ada orang yang nak cabar jawatan dia, mula ler dia fitnah macam2” boss aku bagitau.
“Maknanya?” aku Tanya.
Boss aku jawab “Maknanya diorang tu bukan kerja untuk orang bawah atau rakyat tapi untuk perut diorang sendiri ler! Nko dah pencen besok-besok, nko mesti aktif untuk hapuskan puak-puak ni! kalau tak macam ni ler Negara kita! Hasil banyak tapi tak makmur-makmur! Yang makmur perut diorang dengan keluarga diorang jer! Boleh ke gamak nya?”
“Insyaallah!” aku jawab
Macam tu ler ceritanya. Jadi sekarang ni aku akan cuba buat apa yang aku mampu. Kepada pemimpin2 Pakatan Rakyat, aku mohon buat kerja betul2. Kalau hangpa betul aku puji, kalau hangpa tak betul aku taji! Aku tak kira dari parti apa. Apa yang aku piker hangpa dari kategori apa macam citer kat atas!
12 Jun, 2009
Band Baru!
Muktamar PAS dah selesai. Ada bunyi sikit2 tu biasa ler. Manek Urai sedang menanti. Yang terkini kat Jawi Penang tengah standby. Tak tau lagi keputusannya.
Sambil termenung pikir apa nak tulis, teringat aku zaman Sultan Derih dulu. Masa tu aku budak lagi, baru Tingkatan 3. Masa harijadi dia aku share dengan kawan singgit sorang isi minyak motor pegi ke Bukit Chandan. Macam2 ada woo! Yang paling bez pentas joget tapi aku tak boleh naik sebab aku budak (kata bonser yang jaga pentas). So, sambil kawan aku bertandak kat pentas joget aku pi pentas yang ada show artis. Masa tu SYJ takde lagi, yang paling bez pun band Chandni, 2nd band Kilang Kicap Tamin. Tapak pesta kat bawah istana yang telah dijadikan tempat parking sekarang ni. Tapi tu lama dah! Aku pun dah tak ingat banyak.
Dari situlah aku mengenali muzik. Pop, Blues aku tak minat. Yang aku minat Rock! Yeah Yeah! Band Rock Melayu yang paling minat mestilah Sweet Charity! Lagu yang paling bez lagu Ribut! Intro dia bunyi cenggini…. jeng jengge jeng jenge jeng jengge jeng kemudian kuar suara power singer dia Bro Ramli Sarip ‘ Pagi yang bermula…… Terang suasana…..’ wooo….. penonton suma berdiri angkat dua2 tangan!
Zaman berubah, minat berubah. Aku beralih ke muzik trashmetal. Band? Mesti ler Metallica! Lagu paling top –'Seek n Destroy' dgn 'Master of the puppets'! XPDC ada tiru sikit muzik dia dalam lagu Selendang Merdeka.
Dalam banyak lagu2 heavy ni, ada satu lagu slow yang aku suka. Band UG14. Tajuk lagu ‘Bunga Larangan’. Biasa ler, cinta tak kesampaian, layan lagu slow ler! Wording Intro dia, “sekuntum bunga larangan… tidak tercapai… tangan” leleh wa cakap lu!
Sekarang ni plak ada satu band tengah top. Kalau tak silap aku nama band tu UG5 kot? Sebab masa juruhebah siarkan lagu tu aku tengah kopek nyor bini aku suruh! (nyesal aku suruh dia masak gulai kari). Muzik intro dia gempak wa cakap lu. Dia punya drummer, pergh! Pakai double pedal! Dia belasah 2 bar triplet, bar ke3 sampai bar ke 9 semi quaver. Bar ke 10 dia belasah semi demi quaver (16 beat 1 bar!). Guitarist plak aku dengar juruhebah tu cakap pakai guitar 7 string macam Steve Vai. Intro music composing hebat!dia punya 1st phase Bar dia kadang2 selit 5/4 lepas tu masuk bar biasa 4/4 semula! Wording lagu tak berapa dengar sangat! Muzik terlalu kuat. Macam ada sebut uan..uan...uan... cenggitu ler! Tak tau ler band ni boleh top ke tak! Kih Kih Kih!
08 Jun, 2009
Pengertian Takrifan Ulama - a revision
Kebelakangan ini, aku lihat gelaran ulama digunakan sewenang-wenangnya. Yang pasti, label ulama ini dimanipulasi untuk kepentingan politik mendapatkan kuasa. Disebabkan timbul persoalan di fikiran aku, aku berusaha mencari berbagai pendapat tentang tafsiran ulama ini. Tiada satu pun pendapat yang aku jumpa menyatakan ulama adalah individu berilmu yang memperjuangkan bangsa demi mendapatkan kuasa! Wallahualam! baca sendiri dan jadikan pengetahuan ini suatu manfaat untuk kita semua! dipersilakan: (yang penting telah diwarnakan)
Pengertian Ulama 1 (sumber)
Secara bahasa, kata ulama adalah bentuk jamak dari kata ‘aalim. ‘Aalim adalah isim fail dari kata dasar:’ilmu. Jadi ‘aalim adalah orang yang berilmu. Dan ‘ulama adalah orang-orang yang punya ilmu.
Al-Quran memberikan gambaran tentang ketinggian derajat para ulama,
Allah meninggikan derajat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberikan ilmu (ulama) beberapa derajat. (QS. Al-Mujadalah: 11)
Selain masalah ketinggian derajat para ulama, Al-Quran juga menyebutkan dari sisi mentalitas dan karakteristik, bahwa para ulama adalah orang-orang yang takut kepada Allah. Sebagaimana disebutkan di dalam salah satu ayat:
Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama[orang yang berilmu]. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (QS. Fathir: 28)Sedangkan di dalam hadits nabi disebutkan bahwa para ulama adalah orang-orang yang dijadikan peninggalan dan warisan oleh para nabi.
Dan para ulama adalah warisan (peninggalan) para nabi. Para nabi tidak meninggalkan warisan berupa dinar (emas), dirham (perak), tetapi mereka meninggalkan warisan berupa ilmu.(HR Ibnu Hibban dengan derajat yang shahih)
Mungkin yang dimaskud pernyataan KH Kholil Ridwan tersebut adalah dibidang Agama saja, dimana beliau menkiyaskan dengan hadist Nabi “Bahwa Ulama adalah warisan Nabi”.
Padahal jika ditinjau lebih jauh bahwa Rasulullah memiliki ilmu politik, ekonomi, ilmu perang, dsb… begitujuga dengan Masa khalifah berikutnya.
Hal ini yang mungkin saya dapati dari pernyataan KH Kholil Ridwan tersebut bahwa Ulama harus bisa mengayomi semua ilmu. Namun kenyataannya sekarang tidak demikian ada ahli agama, ada ahli teknoloogi, ada ahli ekonomi dsb. Mungkin dalam benak KH Kholil bahwa kata ilmuwan hanya terbatas pada keahlian suatu bidang tertentu dan tidak mencakup semuanya seperti yang terjadi pada masa Rasulullah dan ke-empat khalifah setelahnya. Bagaimana dia disebut pewaris Nabi yang memiliki ilmu jika hanya memiliki satu keahlian saja?
Pengertian ulama 2 (sumber)
Konsep ulama’ boleh ditakrif dengan berbagai difinasi yang berlandaskan latar belakang kesarjanaan atau disiplin ilmu masing-masing. Perkataan ulama’ itu adalah kata jamak dari perkataan “’Arab iaitu ‘Alim. Kemudian lahir pula perkataan ‘Alamah iaitu orang yang benar-benar mengerti atau mengetahui dengan mendalam hakikat sesuatu. (Muhamad Ismail, 1961:26.)
Menurut Dato’ Dr. Harun Din, dalam al-Quran karim terdapat dua kali sahaja perkataan ulama’ itu digunakan. Kedua-duanya merujuk kepada yang mendalami pengetahuan agama. Yang mendalami agama Islam diistilahkan dengan al-ulama’. Ada alif dan lam. Ini bererti bahawa ulama’ adalah istilah khusus yang dimaklumi bahwa hanya diguna pakai untuk yang mengetahui dan mendalami tentang agama Islam sahaja. Di dalam bahasa arab ada banyak istilah selain ulama’ yang diguna bagi merujuk kepada bidang masing-masing. Contohnya (khabir atau khubara’ untuk pakar yang lain dari bidang agama), Muhtarif atau muhtarifun, Fanni atau fanniyyun yang merujuk kepada technician, Mahandis arkitek, Tabib akhsai pakar perubatan.
Seperkara lain yang patut disebut bahawa perkataan ulama ialah perkataan jama’. Kalau untuk seorang disebut alim mufrad. Akan tetapi sudah menjadi penggunaan yang menyeluruh dipakai ulama’ untuk merujuk kepada seorang seperti imam Syafie adalah ulama’ terbilang. Dibolehkan demikian kerana hakikatnya seorang alim dalam Islam memiliki dan mendalami berbagai bidang ilmu, ilmu bahasa Arab dengan segala cabangnya ilmu al-qawafi, badi’ maani, bayan, nahu saraf, usul feqh, ulum hadis, hadis, tafsir, ulum tafsir, ilmu al-adab al-arabi, arud, tarikh, mantiq, al-falsafah dan berbagai ilmu. (Dr. Harun Din, 2004: 7-8.)
Nizam Sakamat Sakjeha merumuskan pengertian ulama’ pada tanggapan masyarakat umum adalah mereka yang berat sangkaan mereka, amat ikhlas dalm melaksanakan tuntutan al-Quran dan al-Sunnah. Amat prihatin dan berusaha keras untuk menegakkan yang hak dan memerangi kebatilan, mereka adalah orang yang tidak mungkin tenggelam dalam hawa nafsu. Nizam Sakamat Sakjeha Nasaih wa Taujihat al-Mufakkirin wa Ulama’ al-Islam liljamaat wal ahzab al-Islamiah: 4
Menurut Jamal Mohd Lokman, menjelaskan secara estimologinya ulama’ membawa maksud “orang yang mengerti atau orang yang berilmu pengetahuan”, iaitu mengetahui hakikat sesuatu dengan penuh keyakinan. Jamal Mohd. Lokman Sulaiman, 1999:37.
Abi Talib dan Ismail Abdul Halim, Istilah ulama’ disandarkan kepada individu yang mengetahui mengenai al-Quran dan al-Sunnah serta memahami kedudukan hukum dan sumber hukum Islam yang berpandukan kepada sumber tersebut. (Abi Talib dan Ismail Abdul Halim, 1982:2. )
Mahyuddin Haji Yahya, di dalam Encyclopedia Sejarah Islam, para ulama’ ialah golongan penting kerana mereka merupakan pakar dalam bidang agama khususnya dalam bidang tafsir, feqah, hadis, Usuluddin dan segala cabang ilmu Islam. (Mahyuddin Haji Yahya, 1989:1708).
Al-Imam Abi Al-Qasim Jara Allah Mahmud Umar bin Muhammad al-Zamakhsyari, Ulama’ ialah mereka yang mengetahui mengenai sifat Allah, keadilannya, ketauhidannya, sifat yang harus dan yang tidak harus keatasnya, maka mereka membesarkannya, membesarkan kekuasaanya. Orang yang ilmunya bertambah maka bertambah takut ia kepada Allah SWT. (Al-Imam Abi Al-Qasim Jara Allah Mahmud Umar bin Muhammad al-Zamakhsyari, 1995:592-593. )
Menurut Syed Qutb mereka yang mengkaji al-Quran yang penuh keaijaiban dan mereka yang mengenal Allah dan mengetahui hakikat Allah, mengetahui kesan penciptaan Allah, mengetahui kesan kekuasaan Allah, dan bertaqwa kepada Allah, dan menyembah Allah dengan sebenar penyembahan. Ulama’ ialah orang yang mengetahui sifat Allah dan kebesarannya. Siapa yang bertambah ilmuya maka ia bertambah takut kepada Allah.( Syed Qutb, 1994:2943.)
Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka), Orang yang takut kepada Allah ialah orang-orang yang berilmu. Berdasarkan kepada ayat Fatir: 28. di pangkal ayat Allah mengguna perkataan “Innama”. Menurut ahli nahu bahawa huruf “innama” itu ialah adaatu hasr yang ertinya “alat untuk membatas”. Sebab itu ertinya yang tepat dan jitu ialah “ hanya orang-orang yang berilmu jua yang akan merasa takut kepada Allah. Kerana kalau tidak ada ilmu tidaklah orang akan takut kepada Allah. Kerana timbulnya satu ilmu setelah diselidiki. Maka jelaslah bahawa pangkal ayat tadi Allah telah berfirman “tidakkah engkau lihat” maka kalau tidak dilihat tidaklah akan tahu. Kalau sudah dilihat dan diketahui dengan sendirinya akan mengertilah bagaimana kebesaran Allah , kekuatanya dan keagunganya, merasa dirinya kerdil di hadapan kekuasaan Allah, dengan ini akan menimbulkan takut . Kalau takut telah timbul nescaya timbullah ketundukan , lalu segala perintahnya dilaksanakan dan larangannya dihentikan. .(Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka), 1984: 300-301. )
Menurut Ibn Kathir Tidak lain orang yang merasa takut kepada Allah itu hanyalah ulama’ yang telah mencapai matlamat ma’rifat, iaitu mengenali tuhan menilik hasil kekusaannya dan kebesarannya. Maha besar, maha kuasa, yang maha berilmu yang mempunyai sifat kesempurnaan dan yang mempunyai Asma’ al-Husna. Apabila makrifat bertambah sempurna dan ilmu terhadapnya bertambah matang, ketakutan kepadanya bertambah besar dan bertambah banyak. Imam Malik berkata” ulama’ bukanlah kerana banyak menghafaz riwayat hadis, bahkan ilmu ialah Nur yang dinyalakan tuhan dalam hati”.Hamka: 301 Menurut al-Syaukani ulama’ ialah mereka yang takut kepada Allah dan mengetahui bahawa Allah berkuasa atas sesuatu. Dan ulama’ ini bukan mereka yang banyak menghafaz hadis tetapi mereka yang memiliki ilmu dan takut dengan Allah SWT. (Muhammad Bin Ali Muhammad al-Syaukani: 459. ) Begitu juga al-Qurtubi menyebut bahawa ulama’ ialah seorang yang takut kekuasaan Allah dan yakin Allah berkuasa membalas atas maksiat yang di lakukan. Daripada Ibn. Abbas berkata ulama’ ialah yang mengetahui tentang tuhannya yang Rahman dan tidak syirik kepada Allah, dan menghalalkan apa yang dihalalkan Allah dan menghalalkan apa yang dihalalkan Allah dan memelihara peringatan Allah dan mengetahui bahawa semua yang dilakukan di bawah pengetahuannya. (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, juz 7:343-344.)
Dari Ibn Abi ‘Umrah dari ‘Akrimah dari Ibn Abbas katanya ulama’ ialah orang alim yang mengenal Allah dan tidak syirik kepadanya dan mengharamkan apa yang diharamkan dan memelihara wasiatnya” Berkata Ahmad bin Saleh al-Misri dari Ibn Wahab dari Malik katanya” Sesungguhnya alim ialah bukan orang yang banyak meriwayat ,sebenarnya alim ialah ilmu yang dimilikinya bercahaya. Allah menjadikan bercahaya dalam hatinya. Tetapi mereka takut kepada Allah bukan semata-mata banyak mengetahui riwayat( ilmu) Sebaliknya ia mengetahui kefarduan dan mengikut kitab sunnah dan apa yang dilakukan oleh sahabat radhiallahuahum dan selepas dari mereka “ ” al-Imam al-Maraghi ketika menafsirkan ayat dalam surah al-Fatir, Ulama’ ialah orang yang takut azab Allah dengan banyak melakukan kepadanya. Dengan ilmu yang mereka pelajari datanglah keyakinan, jika dibuat maksiat akan dibalas dengan siksa, demikian kalau dibuat baik maka mereka akan dibalas dengan syurga.
Menurut Ibn Abbas bahawa ulama’ ialah yang mengenal Allah dan takut kepadanya. (Muhammad Bin Ali Muhammad al-Syaukani, Tahqiq Dr. Abdul Rahman Umairah, Fathu al-Qadir, juz 4: 463)
Berkata Rabi’ Bin Anas “Siapa yang tidak takut kepada Allah maka ia bukan ulama’” (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, juz 7:343-344.)
Dari Ibn Abi ‘Umrah dari ‘Akrimah dari Ibn Abbas katanya ulama’ ialah orang alim yang mengenal Allah dan tidak syirik kepadanya dan mengharamkan apa yang diharamkan dan memelihara wasiatnya” (Imam Hafiz Jamaluddin abu al-Fida’ Ismail ibn Kathir al-Qudsi al-Dimasyqi, juz 3/ 4: 553-554.)
al-Hassan al-Basri ulama’ ialah orang yang takut kepada Allah dan cenderung melakukan apa yang Allah suka dan menjauhkan apa yang Allah murka” (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, 7/20: 343-344)
Sheikh Abul Aziz Badri ulama’ sebagai pewaris nabi iaitu yang menyambung kembali perjuangan dan dakwah para nabi. Ulama’ yang menjadi pewaris para nabi ialah ulama’ yang tidak takut kepada pemerintah yang zalim. Tidak takut kepada pihak yang kejam kerana kepatuhan mereka hanya kepada Allah SWT. (Sheikh Abul Aziz Badri, 1988:53. )
Berkata Ahmad bin Saleh al-Misri dari Ibn Wahab dari Malik katanya” Sesungguhnya alim ialah bukan orang yang banyak meriwayat ,sebenarnya alim ialah ilmu yang dimilkinya bercahaya. Allah menjadikan bercahaya dalam hatinya. Tetapi mereka takut kepada Allah bukan semata-mata banyak mengetahui riwayat( ilmu) Sebaliknya ia mengetahui kefarduan dan mengikut kitab sunnah dan apa yang dilakukan oleh sahabat radhiallahuahum dan selepas dari mereka “ (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, 343-344.)
Ibn. Masud berkata ketakutan kepada Allah petanda seorang itu alim. Yang berilmu bukanlah kerana ia banyak meriwayatkan hadis akan tetapi yang amat takut kepada Allah. Di tanya Saad bin Ibrahim siapakah yang paling alim di kalangan penduduk Madinah? Jawabnya orang yang paling takut kepada Allah.
Ali Bin Abi Talib pernah berkata seorang alim ialah seorang yag tidak pernah melakukan maksiat, tidak jemu mengingatkan dirinya dan manusia sekalian akan azab allah swt dan tidak membelakangi al-quran. (Al- Imam al-Qurtubi, juz 14:243)
Sabda Rasulullah SAW “ Sedahsyat-dahsyat manusia yang diazab di hari qiamat ialah seoang alim yang tidak bermanfaat imunya”. (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:92.)
P/S: adakah individu yang dilabel sebagai ulama di negara ini benar2 layak?
04 Jun, 2009
Pendapat orang PAS kampong aku tentang pemilihan timbalan presiden PAS.
Petang tadi aku jumpa Pak Long terus aku ngajak dia nyembang di kedai kopi.
Lepas order kopi O dengan roti bakar 2 set terus aku tanya Pak Long “Apa citer pemilihan Timbalan Presiden Pas nih Pak Long!? Teman baca blog hangat bebenor!
Pak Long nyeghongin “Huh! Hangat bebenor kopi ni, aku ingatkan sejuk! Ghaser nak tebakor tali perut aku! Apa benda kamu kabor tadi!? Tanya Pak Long
“Ni ha! Pertandingan Timbalan Presiden Pas, Husam, Mat Sabu dengan ustaz Nasha! Apa kehei!? Sughat abor UMNO asyik nyokong ustaz Nasha aje 2,3 hari ni!” sambung aku.
“Huh! Memang ler! Kalau Husam atau Mat Sabu yang naik, tumpor UMNO! Kalau Ustaz Nasha yang naik, seghgonok bebenor ler deme! Boleh ler sambung projek demer!” kabor Pak Long sambil kunyah roti bakar.
“Hah! Projek!? Projek apa kebender pulak? Nak buat highway ke stadium!?” macam biasa aku jolok.
“Aku luku dahi kamu baru tau! Bengap benor! Projek muqabalah macam masa Pak Lah ada dulu ler!” Pak Long jegil mata kat aku.
“Ate! Ngapernya kalau Husam dengan Mat Sabu naik Pak Long kata UMNO tumpor pulak!? Tanya aku pasal nak tau isi hati Pak Long tentang Husam dengan Mat Sabu.
“Husam kamu tau ler, orang PAS yang gila nak kaya pun tak boleh nak makan dia! Cer kamu tengok pentadbiran Kelantan tu, kirim salam ler kalau orang PAS nak mintak projek ikut pintu belakang ! Husam ni transparent orangnya, nak projek mohon ikut saluran yang betoi! Ikut pintu belakang waalaikumsalam ler!” Cis! Selit cakap oghang puteh juga Pak Long ni!
“Mat Sabu pulak, peghonah kamu dengor dia nak perpaduan dengan UMNO!? Nak bagi penerajang ada ler!” sambung Pak Long lagi.
“Sebagai ahli PAS, apa pulak pendapat Pak Long tentang siapa yang layak jadi Timbalan presiden!?” tanya aku lagi.
“Kalau ikut pendapat aku, mula2 jadikan timbalan president u 2 oghang! Timb. Presiden 1 dengan Timb. Presiden 2! Bior Husam dengan Mat Sabu yang naik! Siapa nombor 1 siapa nombor 2 tak kisah ler! Kalau dua2 tu combine, insyaalah, PRU 13 kita dapat peghentah Negara! Kalau Ustaz Nasha yang naik, ghoper ini ler aku sampai sudah! Oghang buat keghojer penat2 nak jatuhkan UMNO, dia sebok nak perpaduan! Jaga perpaduan sesama parti2 dalam Pakatan Rakyat ada le juga pekdahnya!”
He he! Aku tak tau! Itu orang PAS bawahan yang cakap! Aku tak campor. Aku sokong semua parti dalam Pakatan Rakyat!
02 Jun, 2009
Jawapan kepada provokasi UBN tentang Ulamak VS Profesional di dalam parti PAS
2, 3 menjak ni aku lihat media UMNO sibuk mengapi-apikan politik dalaman PAS. Isu2 yang diwujudkan antara lain tentang Arbakan dan Erdogen serta kepimpinan ulamak dan profesional.
Maksud tersirat depa yang utama pada pandangan aku hanyalah untuk menaikkan golongan yang depa "boleh makan"!. Di bawah ni aku kutip pandangan2 blogger Al-Bakistani yang aku kira paling tepat untuk menghuraikan isu ulama dan profesional.
KEPIMPINAN ULAMA TERCABAR??
"apa pandangan anta tentang kepimpinan ulama yang semakin hari semakin dicabar?" seorang kawan melontarkan soalan untuk bertanya pandangan.
Mendengar soalan itu, aku terus menjawab, "kepimpinan ulama wajar di pertahankan. Ana rasa, apakah kepimpinan ulama tercabar itu, ia tidak berlaku sama sekali".
Mendengar jawapanku, kawan tersebut mengkerutkan dahinya. Sambil itu dia berkata, "anta tak nampak ke, sekarang golongan professional sedang usaha hendak melawan ulama?"
"ulama adalah orang bertaqwa. Orang bertaqwa itu adalah ulama. Apabila dia bekerja untuk menangkan islam, bermakna dia adalah ulama, kerana orang yang bekerja menangkan islam adalah orang bertaqwa" jawabku memberi penerangan yang tergantung.
Kawanku itu berkerut dahi, seraya bertanya, "macam mana tu syaikh??"
"anta tahu tak kadar banyak mana ilmu seseorang yang boleh dita'rifkan sebagai ulama?" tanyaku
"orang yang belajar agama secara formallah" jawabnya ringkas agak kurang memahami.
"anta tahu tak, ada orang belajar pondok 20 hingga 30 tahun, tapi dia tak pandai baca Al-Quran?" soalku lagi
"ada ke macam tu? Tapi, ia tidak mustahil" jawabnya.
"ana belajar pakistan 4 tahun. Sebelum tu, ana belajar Pondok lubuk tapah pasir Mas selama 3 tahun. Lepas pakistan, ana pergi mesir. Masa ana masuk pondok dulu, ada seorang kawan tu, dia dah belajar pondok 4 tahun. Masa ana balik dari mesir, dia masih lagi duduk di pondok. Sedihnya, dia masih lagi tak leh baca kitab. Kadang-kadang dia baca Al-Quran, banyak tajwid salah" keterangan permulaan yang aku lontarkan.
"maksud anta?" soalnya.
"Maksud ana, ulama itu tidak semestinya dia dilihat belajar agama secara formal, bahkan jika dia sudah boleh faham ilmu agama dan beramal, dia sudah cukup disebut sebagai ulama" jawabku sebagai sambungan dari keterangan awal tadi.
"ana kurang jelas" kawanku itu masih kesamaran lagi.
"anta tahu tak, orang kaya tu, berapa banyak kadar hartanya yang boleh diisytiharkan dia sebagai orang kaya?" soalku balik.
Dia mengkerutkan dahinya seakan-akan 'blur'..
"ada orang kaya dengan 2 ribu" sambungku. "ada orang kaya 2 juta. Ada orang kaya 20 juta. Betul tak?" lontaran soalan yang aku lakukan.
"yap. Betul" jawabnya ringkas.
"begitujugalah orang berilmu. Ada orang ilmunya banyak setahap 2 ribu. Ada orang mempunyai ilmu setahap 2 juta. Ada orang berilmu tahap 20 juta" jawabku.
Dia berfikir seketika, lalu berkata, "tapikan, lebih baik la kita lantik pemimpin, orang yang mempunyai ilmu setahap 20 juta"
"ya benar" jawabku, "tapi, apakah dengan sebab dia belajar agama secara formal, maka dia mempunyai ilmu setahap 20 juta itu?" tanyaku balik.
Dia melihat ke dinding. Dahinya berkerut berfikir. lalu berkata, "tidak semua la. Sebab, ada kawan anta duduk di pondok berpuluh-puluh tahun pun, masih tak betul lagi bacaan tajwidnya"
"itu yang ana maksudkan, ulama itu tidak boleh dinilai dengan semata-mata dia belajar agama secara formal; maksud ana, masuk universiti atau masuk pondok. Bahkan, sudah memadai dia dikira sebagai ulama, jika dia memahami ilmu agama dan dia beramal dengan ilmunya" aku memberi penerangan."pun begitu, ulama yang sebenar adalah ulama yang mencontohi Nabi SAW dalam semua sudut dan aspek" sambungku, "ulama atau orang bertaqwa itu, dia berfikir untuk majukan islam. dia tidak menipu orang bawahnya. Berstrategi dalam menyampaikan dakwah islamiyyah dan banyak lagi, maka dia adalah ulama yang sebenar. Walaupun ilmunya setahap kaya 2 ratus sekalipun""bermakna, jika dia dilihat mempunyai pendidikan professional secara formal, tetapi dia mempunyai kefahaman agama yang baik, disamping mempunyai kesungguhan dan berstrategi dalam menyampaikan dakwah islamiyyah. Maka dia adalah ulama juga, bahkan dia lebih baik berbanding orang dari kalangan orang yang belajar agama secara formal, tetapi tidak mempunyai kepakaran dalam dakwah secara berstrategi" sambungku secara panjang lebar.
Dia tersenyum mendengar kupasanku itu, sambil berkata, "maknanya, dakwaan ulama tercabar itu tidak benarlah?"
"yap.. mereka yang takut itu, hanya mereka yang tertipu dengan emosi mereka sendiri sahaja, malah tidak mengkaji maksud istilah ulama mengikut konsep Al-Quran itu sendiri" sambil senyum aku menjawab.Sambungku lagi, "mana lebih baik, dakwah islamiyyah tergadai dengan orang belajar agama tidak jadi pemimpin?" soalku
"kalau berdasarkan apa yang anta kupas tadi, ulama yang sebenar adalah mereka mempunyai strategi dakwah. Makanya, kalau dia belajar agama pun, dakwah islamiyyah tak berstrategi, malah dakwah islamiyyah tergadai, maka dia bukan ulama la.. bukankah begitu?" soalannya memprovoke.
Sambil senyum aku menjawab, "bukan bermakna dia tidak ulama, tapi dia ulama yang tidak layak menjadi pemimpin"
Kami ketawa dengan diskusi yang berlaku secara tidak sengaja itu.Sebelum kami berpisah, sambil ketawa aku menyebut dengan nada menyindir, "buat apa orang tu belajar agama banyak-banyak, tiba-tiba tipu orang bawah. Sekejap kata ada pertemuan. Sekejap kata tidak ada pertemuan"
Dia ketawa mendengar kata-kataku itu, seakan-akan faham maksud disebalik sindiranku itu. Sekian
Untuk keterangan lebih lanjut sila lihat di sini.
01 Jun, 2009
UBN yakin!
Malam ini dengan muka yakin Najib dan Muhyidin mengulas tentang kemenangan PKR di Penanti!
"Kemenangan PKR bukan ukuran populariti!" kata najib.
"Penurunan pengundi menunjukan populariti PKR menurun!" kata Muhyidin @ tokeh rombongan UMNO Penanti.
Kalau kata-kata kedua-dua Najib dan Muhyidin ni dijadikan ukuran, aku yakin kalau DUN Perak dibubarkan gerenti 59 DUN akan disapu bersih oleh BN! Itu aku yang yakin, tak tau ler kalau Najib dengan Muhyidin tak yakin dengan apa yang mereka sendiri cakap!
Mungkin apa yang mereka cakap ni bunga-bunga kemenangan BN atau sekadar bunga taik ayam je!
P/S: masalahnya kalau DUN bubar UBN tak bertanding!